Tuesday, January 25

RETRO : PEMIMPIN UMNO PERNAH MENGHINA KAUM CINA

Saya harap kaum Cina di Tenang ingat kembali pada satu ceramah di Permatang Pauh 25 Ogos 2008. Kaum Cina dihina oleh seorang pemimpin UMNO bernama Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bukit Bendera Pulau Pinang pernah meghina kaum Cina di Malaysia. Ahmad menyebutkan bahawa bangsa Cina di Malaysia adalah bangsa yang ‘menumpang’.Kenyataan balas-membalas antara para pemimpin Cina dan Ahmad Ismail telah diperbesar-perbesarkan oleh media terutama Utusan Malaysia yang marahkan kaum Cina menyokong Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan (DAP).


Wahai kaum Cina di Tenang, insaflah perbuatan Ahmad itu pastinya mengguris hati perasaan anda semua kerana kita (Melayu, India dan lain-lain bangsa) yang sama-sama bergelar insan ciptaan tuhan. Semua kita juga punya hak untuk hidup sejahtera dan terhormat di bumi Malaysia ini, bukan hanya UMNO sahaja.UMNO tidak berhak menjadikan bumi Malaysia ini sebagai harta pusaka makbapak mereka.
Memetik laporan Malaysiakini:


“Ahmad juga mendakwa bahawa beberapa pemimpin Gerakan sengaja mengambil kesempatan dan telah mengembar-gemburkan fakta menjadi isu-isu tersebut lebih nampak perkauman.


Beliau mendakwa, mereka berbuat demikian “untuk menyembunyikan kelemahan diri sendiri dan cuba menjadikan isu ini sebagai “kambing hitam” dan telah “cuba lari dari hakikat bahawa orang Cina sudah tidak lagi menyokong mereka”.


Dakwanya lagi, keadan menjadi gawat lagi bila pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon dan beberapa pemimpin Gerakan serta pemimpin Cina sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang melambangkan perkauman.


Sidang akhbar tersebut, yang berlangsung di ibupejabat Umno Pulau Pinang petang tadi berakhir dengan laungan ‘Hidup Melayu’ oleh kira-kira 50 pemimpin Umno.


Sebaik sahaja sidang akhbar itu tamat, bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim, dengan bantuan rakan-rakannya telah menurunkan gambar Dr Koh dari dinding ibupejabat Umno tersebut.


Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh dari bingkai
gambar dan mengoyaknya.


Jumaat lalu, Ahmad telah mengadakan sidang akhbar di mana beliau menegaskan tidak akan memohon atas atas kenyataannya itu.


Pendirian beliau itu disokong oleh kesemua 13 ketua bahagian Umno Pulau Pinang.”


Tindakan mengoyak-ngoyakkan poster pemangku Presiden Gerakan atas dasar apa? Sekadar mahu kepuasan atau apa? Tiada apa yang diperolehi melainkan perasaan tidak puas hati terus menyala-nyala.


Mereka (pemimpin politik) harus faham bahawa politik teras perkauman sudah semakin tidak relevan pada masa kini.Semua pemimpin politik termasuk pemimpin Cina dan pemimpin lain-lain bangsa tidak boleh menjadikan keharmonian kaum di negara ini sebagai pertaruhan fahaman politik sempit yang mereka agung-agungkan selama ini.


Apapun, ternyata bahawa semua ini menunjukkan bahawa bangkai politik perkauman semakin membusuk yang dimainkan oleh UMNO.


Malaysiakini turut melaporkan (
http://www.malaysiakini.com/news/88892) :


Gerakan mahukan Ahmad dikenakan tindakan


Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mahu tindakan diambil ke atas Ketua Umno bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.


Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.


Setiausaha Agung Gerakan Datuk Seri Chia Kwang Chye berkata ramai rakyat Malaysia kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila mengulas mengenai kenyataan Ahmad Ismail.


“Mereka menjangka satu kecaman yang kuat, terutama pada 31 Ogos, hari di mana semua rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.


“Selepas 51 tahun mencapai kemerdekaan, sebarang kesangsian mengenai kesetiaan mana-mana penduduk etnik Malaysia dan tindakan mempersoal kewarganegaraan adalah melampaui usaha menyemai persefahaman di kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, demikian menurut laporan Bernama.


Menjelang hari pengundian bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh minggu lalu, Ahmad didakwa membuat kenyataan itu dan semalam, ketika mengulas mengenai perkara itu Abdullah berkata beliau akan “memberitahu Ahmad jangan mengulangi lagi perkara itu.”


“Anda tahu semasa berkempen pelbagai perkara boleh timbul. Saya tidak fikir beliau bermaksud sedemikian. Saya akan pastikan untuk memberitahu dia jangan gunakan perkataan itu lagi,” kata Abdullah semalam.


Chia berkata kenyataan Ahmad sudah lapuk dan menimbulkan provokasi perkauman sambil menambah sebarang petanda bahawa BN bertolak ansur dengan mereka yang jelas bersikap perkauman dan mengeluarkan pendapat yang bersifat provokasi akan memberi isyarat yang salah kepada rakyat.


“Ahmad Ismail bukan sahaja patut menarik balik apa yang diucapkannya tetapi perlu meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia dan juga dikenakan tindakan disiplin bagi mengelak perkara itu daripada berulang,” katanya.


Akhirnya Ahmad hanya dikenakan hukuman amat ringan, beliau digantung selama 3 tahun sebagai ketua bahagian. Beliau tidak didakwa di mahkamah. Ahmad menerima hukuman politik sahaja dan kini kembali bergiat aktif dalam parti.

Rayuan saya : Jangan percayakan UMNO.UMNO parti pembohong dan membawa amalan perkauman yang tebal.

Demi rakyat dan negara


"TOLAKLAH UMNO, RAKYAT PASTI SEJAHTERA"

No comments:

Post a Comment