Lunak tapi tak power macam ANAK
Orang buat, depa pun nak buat. Sebelum ni.... tak da pun dalam kepala hotak depa untuk membantu penipuan Felda terhadap para penerokanya. Yang teraniaya terus diabaikan.
Apabila ANAK ditubuhkan untuk membela nasib para peneroka dan telah pun membuahkan hasil, maka barulah mereka terhegeh-hegeh nak tubuhkan Jawatankuasa Bertindak Generasi Kedua Felda. Kononnya, nak lawan pengaruh ANAK yang semakin meluas, di samping mahu bertindak menyelesaikan masalah para peneroka.
Malas nak cakap banyak-banyak... Cuma nak kata, POOORAAHHH!!!
Usah jadi bodohler dengan mempercayai Jawatankuasa tersebut. Kalau ada kait-mengait dengan kerajaan 1Malaysia, mesti tidak ada kesungguhan dan keikhlasan. Tubuh jawatankuasa itu, hanya gimik untuk sedapkan hati saja.
Nak harapkan mereka bongkar penyelewengan Felda?? Nak harap mereka selesaikan masalah penyelewengan Felda?? Usah mimpi ler... Habisler para peneroka akan dikunta-kintekan. Last-last.... bukan para meneroka yang dibela, tetapi... Felda dan kerajaan.
Usah buat kerja gilerr dengan terpengaruh dengan gimik mereka. Adalah lebih afdal mempercayai ANAK, kerana pastinya, ia lebih boleh dipercayai untuk para peneroka sandarkan harapan
No comments:
Post a Comment