MAK AIII ..KAT TENANG PUN ADA UNDI POS???
KERAJAAN POS AKN DIBENTUK
Malaysia adalah antara negara yang banyak mengunakan undi pos sebagai satu kaedah untuk menyelamatkan kerajaan yang ada.Jika dahulunya kerajaan Suharto dilihat sebagai sebuah kerajaan yang banyak mengunakan berbagai intrument termasuk undi pos, kini kerajaan tersebut telah luput.
Malaysia akan terus menggunakan undi pos selagi ianya di fikirkan releven bagi mengunakannya sementara SPR dilihat berkompromi dalam usaha menhalalkan tindakan tersebut.
DUN Tenang: SPR edar kertas undi pos hari ini
LABIS, 26 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengedarkan 119 kertas undi pos bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang pada Ahad ini.
Penolong Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Mohd Farid Kassim berkata daripada jumlah itu, sebanyak 101 kertas undi dikeluarkan kepada petugas SPR, 17 kepada polis dan satu kertas undi kepada seorang pengundi yang berada di Hong Kong.
Petugas SPR terbabit akan mengundi di pejabat Majlis Daerah Labis manakala anggota polis di Balai Polis Labis, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Farid berkata satu kertas undi untuk pengundi yang berada di luar negara telah diserahkan kepada pejabat pos untuk dihantar kepada pengundi tersebut.
Beliau berkata kesemua kertas undi pos berkenaan perlu dikembalikan semula kepada SPR sebelum pukul 5 petang Ahad ini.
Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Barisan Nasional Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38.
Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember tahun lepas.
Jumlah pengundi adalah 14,753 orang. — Bernama
No comments:
Post a Comment