Sunday, January 9
Mengapa anak anak mencari kasih sayang diluar melebihi kasih sayang ibu bapanya??
oleh Bilik Kaunseling pada pada 09hb Januari 2011 pukul 12.31 pagi
Assalamualaikum,, Hujan renyai2 menimbulkan pelbagai ilham,terutamanya ilham mengupdate blog, semoga penulisan kali ini memberi
menfaat pada diri kita semua, Mudah mudahan InsyaAllah Amin,,
Hari ini saya ingin kupaskan sedikit sebanyak gejala gejala yang tidak sihat,yang terus menjadi Virus didalam kehidupan masyarakat
kita sekarang ini, dimana saja didalam negeri diluar negara didalam kampung didalam bandar kita sering perdengarkan atau sering
melihat golongan Gay,lesbian, pengkid,dan gejala sosial yang tidak sihat lainnya..
Gejala yang tidak sihat ini,selalu disisih,dihina dan sebagainya,ada juga yang mengatakan orang orang seperti ini gay,lesbian,
pengkid,tomboy, harus dilupuskan oleh masyarakat agar tradisini Islam dinegara ini terus berpegang teguh,
bagi saya keadaan ini boleh berubah ini kerana manusia diberikan akal oleh Allah menilai mana baik mana buruk, dan bagi saya
dengan adanya gay,lesbian,pengkid,tomboy ini dapat membuka mata kita disebalik kebenaran yang HAQ,
Sejujurnya sebagai seorang manusia bukanlah hak kita untuk menghukum golongan seperti ini, sebaliknya kita harus memberikan support
agar golongan seperti ini dapat berubah kepada keadaan asal sifat fitrah semula jadi yang dijadikan oleh Allah kepada hambaNya,
Setelah terlalu banyak menerima email daripada golongan seperti ini untuk berubah,analisa yang saya buat terlalu terkait rapat
pada kekeluargaan,ini bermakna ibu bapa yang menjadi sandaran anak anak tidak beberapa menjalankan tanggungjawapan yang sebetul2nya,
Seharusnya sebagai ibu bapa harus menjalankan tanggungjawab yang bijak yakni contoh pada anak anak, Kita sendiri melihat dengan perbedaan
dunia sekarang ini pelbagai jenis ragam manusia budaya yang tak sihat yang mendorong anak anak mengikutinya,
Disini Ibu bapa harus menjadi Icon yang sebetul betulnya pada anak anak, jangan lah sampai anak anak menjadikan selebrity sebagai icon idola
mereka, Jika idola anak anak adalah pelakon2 sudah tentu pembawaan anak anak kearah tidak sihat,ape ape pun tidaklah semua pelakon2 membawa jalan tidak sihat
hanya segelintir sahaja,akan tetapi kebanyakan dengan dunia masa ini mahukan kemodenan,
Satu soalan yang sering timbul dipikiran saya, mengapa anak anak mengikuti gelaja tidak sihat? terutama gejala lesbian,gay,pengkid,tomboy dan lain2
dan jika anak2 anda wanita,kenapa anak anda mendengar rayuan lelaki melibihi rayuan anda sendiri sebagai ibu bapanya?
Sebagai contoh: ibu bapa mengharapkan anak anaknya berjaya,belajar tingi2 tapi anak anaknya (wanita) lebih dengar cakap teman lelaki,
dan membawa padah dengan berlakunya seks bebas dan gejala tidak sihat lain lainnya,
Mengapa anak anak wanita mencari kasih sayang dengan lelaki berbanding kasih sayang dengan ibu bapanya sendiri??
Jawapannya mudah saya: ibu bapa sibuk dengan bisnes!! anak anak terbiar akan tetapi bila anak anak buat kes kene tangkap khalwat
anak anak berubah jadi lesbian,gay baru ibu bapa sibuk menghantar anak anak mengaji alquran dipondok membetulkan akidah anak anak??
Sepatutnya ibu bapa harus diperbetulkan, Didalam islam,Nabi Muhammad mengajar erti kasih sayang yang teramat mendalam,untuk ummatnya
berkasih sayang, tapi sayang makna kasih sayang yang diajar oleh Nabi kita perlahan lahan sudah hilang pada diri kita kini,
sebaliknya apa yang ada pada diri kita hari ini adalah dengan sikap kemodenan harta pangkat dan sebagainya, dan batas batas agama pergaulan dilupakan ini padahnya
menimpa manusia zaman sekarang..
Cube kita lihat ibu bapa sekarang ini, bangun pagi2 berniaga,malam malam balik tidur, dan jika ada waktu terluang cari kerja lain (parttime), semata mata hidup menjadi hamba duit
Ini bukan semuanya pada manusia dizaman ini,akan tetapi kebanyakan seperti ini, cube kita lihat jika ibu bapa sibuk mencari harta begini masa bila mereka ibu bapa
meluangkan masa pada anak anak mengajar mengaji alquran pada anak anak, masa bila??
Lagi persoalan yang timbul dikepala benak saya dimanakan letaknya Amanah Allah pada ibu bapa?
Kita sendiri tahu, anak anak adalah amanah yang berharga pada kita sebagi ibu bapa,anak anak ibarat kertas putih,kitalah yang mencorakkannya,
jika dicorak dengan baik sekali pasti lukisannya juga sempurna.. tapi sayang ibu bapa hanya tahu memberikan (racun) kepada anak anak yakni kemewahan
tapi tidak memberikan (madu) ajaran yang sebenar benarnya yang dituntut sebagai seorang islam, jadi adakah anak anak dipersalahkan sekiranya anak anak liar
dan berkelakuan tidak sihat?? sedangkan anak anak tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya dari ibu bapanya?? salah ke anak anak mencari kasih sayang diluar bersama
lelaki/Wanita yang memahaminya?? dan munkin akan berlaku penzinaan?? ini kah yang ibu bapa mahukan??
Sebagai ibu bapa sewajarnya mahukan anak anak menjadi yang terbaik dalam hidupnya,seiring dengan kehendak agama Islam,
akan tetapi ibu bapa harus menjadikan diri ibu bapa icon yang terbaik untuk anak anak, berikan kasih sayang yang sebenar benarnya
bukan berikan kemewahan semata mata, sebagai orang islam,kita harus yakin dengan rezeki yang dijanjikan oleh Allah kepada kita,
setiap manusia yang wujud dimuka bumi ini sudah disediakan rezeki masing masing,jadi tidak perlu lah ibu bapa bersengkang mata siang malam hanya mencari kemewahan hidup
sebaliknya bersyukurlah apa yang ada, dan gunakanlah masa sebaik baiknya untuk anak anak, dan ajarkanlah anak anak mengaji Alquran Bersolat,
dan didiklah anak anak dengan Ikhlas, sabar,,
Harta,kemewahan hidup tidak dapat membeli kasih sayang dari seorang ibu bapa, saya yakin dengan kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa dapat
menghindari anak anak dari gejala sosial yang tidak sihat, langsung menjaga adat susilah hidup beragama, dan anak anak tidak akan mencari kasih sayang "diluar" dengan orang lain
yang hanya mengambil kesempatan sahaja, jadi pupuklah anak anak dengan kasih sayang yang sebenar benarnya..
Akhir kata majulah Islam demi Allah semata mata,, maaf jika tulisan ini menguris hati kepada pembaca,
Sekian Assalamualaikum
Santai santai, penulisan,, Ejaan banyak silap bilik xde lampu hehe
Read more: http://bilikkaunselingislam.blogspot.com/2011/01/mengapa-anak-anak-mencari-kasih-sayang.htmlIZ (INFO PAKATAN RAKYAT SAHAJA)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment