Sunday, January 9

NOH: BARISAN GILA KUASA DI SELANGOR

NOH: BARISAN GIL
Langkah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor meminda Perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri untuk mengembalikan kuasa melantik tiga pegawai eksekutif negeri itu kepada Menteri Besar memperlihatkan sikap mereka yang “gila” kuasa.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar (gambar), berkata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahu rancangannya meminda Perlembagaan Negeri tidak dapat dilakukan kerana ia memerlukan majoriti dua pertiga Dewan Undangan Negeri (DUN), perkenan Sultan Selangor serta kelulusan daripada Majlis Raja-raja.
“Abdul Khalid sengaja hendak menimbulkan huru-hara dari segi pentadbiran di peringkat kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Selangor memerintah mengikut hawa nafsu dan kepentungan politik mereka (dengan meminda perlembagaan).
“Bagi saya, ini boleh dikatakan contoh sikap gila kuasa yang dimalkan oleh PKR dan sekutu mereka (DAP dan PAS) yang melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang untuk hawa nafsu mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek Insentif Pengeluaran Padi (Pembajakan) sebanyak RM646,000 kepada Persatuan Peladang Kawasan Sungai Besar, di sini, hari ini.
Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata beliau tidak hairan dengan tindakan kerajaan negeri yang mempertikaikan pelantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru.
Ini kerana, katanya, PKR sememangnya dikenali sebagai sebuah parti politik membawa budaya menentang undang-undang dengan mengadakan demontrasi, kekecohan dan sebagainya sejak awal penubuhannya lagi.
Katanya, budaya itu telah dibawa dalam pentadbiran Selangor pada hari ini dan jelas dilihat menerusi siri tindakan Abdul Khalid dan barisan exconya dalam isu pelantikan SUK baru ini.
kahkahkahkita tunggu apa kenyataan senatak ezamlepas ni A KUASA DI SELANGOR

No comments:

Post a Comment