Oleh Aspan Alias
Kegagalan sesebuah negara untuk bertahan dengan kejayaannya selalunya adalah disebabkan kegagalan kepimpinan mengendalikan kejayaan yang telah dicapai. Itulah sebabnya kalau kita ikuti urutan sejarah yang lama dan yang baru kadangkala kita tidak percaya bagaimana sesebuah negara dan temaddun yang kuat dan gagah itu boleh jatuh dan lenyap ditelan zaman.
Punca kejatuhan sesebuah negara dan empire besar sebagai yang ditulis oleh sejarah adalah disebabkan kelemahan dalam menguruskan kejayaan itu dan kalau diteliti dengan halus ianya berpunca dari sifat kufur nikmat. Pimpinan dan negara yang telah mencapai kejayaan cemerlang selalunya tidak akan mengagak yang kejayaan mereka itu mungkin lebur kerana mereka sudah merasakan yang mereka sudah terlalu kuat dan tidak mungkin ada unsur-unsur yang akan menjatuhkan mereka. Tetapi sifat takbur itu memang selalunya diakhiri dengan kejatuhan dan kemusnahan. Ini adalah hakikat yang susah untuk diterima oleh mereka yang sedang diulitkan oleh kuasa yang besar. Lazimnya yang akan menjadi kufur nikmat itu adalah dari kepimpinan yang tidak mempunyai pengalaman untuk membina kejayaan dan pencapaian itu. Mereka hanya pewaris kejayaan yang telah dicapai oleh pimpinan sebelum mereka. Apabila mereka tidak mengalami penat lelah dan kepayahan untuk mencapai kejayaan itu, mereka akan mengendalikan kejayaan yang diwarisinya itu dengan rasa takbur dan ujub, maka apa yang akan menanti mereka hanyalah satu; iaitu kemusnahan kepada kegemilangan yang diwarisi mereka yang tak mungkin dapat dikembalikan jika kemusnahan itu datang bersama ombak penentangan yang begitu hebat.Saya merasakan proses itulah yang sedang kita lalui sekarang. Pimpinan sejak 3 dekad yang lalu telah begitu takbur dan kufur dengan nikmat yang telah diwarisi mereka dari kepimpinan sebelum itu. Tunku, Razak dan Hussein telah mencipta kejayaan dan kegemilangan pembangunan negara dengan premis pembangunan yang melingkupi semua asas keperluan pembangunan negara dan rakyat.Selepas sahaja tamat pimpinan Husein Onn, kejayaan yang telah dicapai melalui pembangunan express sehinggakan asas yang diwujudkan untuk pencapaian keharmonian kaum melaui ‘economic dan social engineering’ yang telah menempa kejayaan telah diubah kepada dasar ‘siapa cepat dia dapat’. Hasilnya salah satu dari kaum terbesar iaitu Bumiputra khususnya orang Melayu secara beransur-ansur ketinggalan dalam ‘glamour’ pembangunan yang pesat yang dibangga-banggakan itu.Semangat membina pembanynan melalui ‘economic dan social engineering’ itu diabaikan kerana yang ‘priority’ bagi pimpinan-pemimpin kita ialah hendak melihat bangunan yang tertinggi didunia, jambatan yang panjang-panjang, pusat pentadbiran yang terindah dalam dunia, tiang bendera yang tertinggi serta gong yang paling besar dalam dunia yang terletak diangkasapuri dan banyak projek-projek glamour yang lain.Kita mahu dipuji oleh dunia luar walaupun mengorbankan rakyat kita sendiri. Kita hendak jadikan semuanya menjadi elemen pujian dan kita merasa bangga dan angkuh apabila mendapat pujian itu. Tetapi rakyat Bumiputra hanya memandang dari jauh kejayaan pembangunan pesat negara. Semasa itu jugalah ‘Unit Penyertaan Bumiputra’ disetiap bank dan jabatan serta kementerian ‘unceremoniously’ ditutup kerana unit-unit itu yang menyemakkan usaha untuk melaksanakan pembangunan fisikal yang besar.Sekarang kita telah mendapat pembangunan fisikal yang pesat. Tetapi kita ingin bertanya satu soalan pokok; ‘at what cost?’Dalam ‘obsession’ kita hendak melihat pembanguna fisikal yang besar untuk ditontoni oleh pemimpin seluruh dunia kita telah membelanjakan wang rakyat seperti Petronas tanpa had dan tidak siapa yang boleh menyoalnya. Dalam kegilaan mahu membangunkan bangunan yang tinggi-tinggi secara ‘express’ kos pengendalian projek telah melonjak dengan begitu tinggi melalui rundingan terus dan kos pembangunan telah dimasukkan kos ‘kick backs’ yang jumlahnya begitu besar. Lanjutan dari budaya pembangunan yang baru ii maka terselitlah elemen rasuah yang kini sudah sampai ketahap yang tidak terkawal lagi. Kita sudah kufur kepada nikamat yang dianugerah Tuhan. Budaya ini membesar dan berkembang pesat. Tidak lama lagi akan dibangunkan pula bangunan setinggi 100 tingkat untuk menyaingi dan melawan bangunan berkembar PETRONAS yang suatu ketika dahulu merupakan bangunan tertinggi didunia.Kita adalah rakyat yang mempunyai kekayaan yang luar biasa anugerah dari Tuhan. Itulah sebab agaknya kita boleh membayar segala kerugian yang jumlahnya ratusan billion ringgit dengan mudah dan rakyat membenarkannya pula.Tetapi dengan jumlah pembaziran dan kebocoran wang yang begitu besar itu menyebabkan kerugian kepada rakyat yang marhin dibawah. Sejak kerajaan membawa pembangunan yang pesat dan cepat anak-anak kita tidak lagi mendapat biasiswa dan penajaan pelajaran dengan mudah lagi. Ibu bapa yang ingin melanjutkan pelaran anak-anak mereka yang cemerlang dalam pelajaran terpaksa naik turun pejabat kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang dulunya mengeluarkan biasiswa seperti meminta sedekah kepada wang ringgit pembayar cukai.Dalam pada itu pemimpin-pemimpin kita melaungkan kejayaan yang negara kita akan menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Kenapa mereka tidak malu melaungkan itu semua? Jawapannya ialah mereka tidak tahu dan perihatin terhadap kesusahan ibu bapa dan penjaga anak-anak muda yang ingin melanjutkan pelajaran mereka.Lagi kuat laungan kejayaan lagi susah ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang yang tertentu. Pada hal jumlah keperluan untuk pembiayaan pelajaran anak-anak kita yang miskin bukannya banyak sangat. Jumlahnya adalah lebih kecil dari jumlah wang pembayar cukai yang dicuri oleh pemimpin melalui projek-projek raksaksa yang diberikan kepada kroni-kroni eksklusif yang hampir dengan orang yang berkuasa.Budaya material yang tidak terbatas ini telah meruntuhkan banyak institusi demokrasi seperti Badan Kehakiman, sistem perundangan, polis dan telah membina budaya rasuah yang pesat dikalangan pelaksana dasar, iaitu pegawai-pegawai dan penjawat-penjawat awam dari yang tertinggi sehinggalah keperingkat bawahan.Gejala buruk ini mesti dihentikan, kerana ianya mungkin menjadi salah satu penyebab kehancuran kepada kejayaan dan pencapaian pemimpin-pemimpin terdahulu. Kalau tidak tahu membina kejayaan, setidak tidaknya jagalah kejayaan yang telah diwarisi dari pemimpin-pemimpin terdahulu.Selamat Tahun Baru dan kita berusahalah untuk membina ‘ambience’ politik yang baru bagi kita dan negara kita.
No comments:
Post a Comment