Friday, February 11

GAMBAR PALSU LGE PAKAI KETAYAP TERSEBAR KERANA KEDANGKALAN PEJUANG PERKAUMAN

 

oleh Sutera Biru pada pada 11hb Februari 2011 pukul 12.06 pagi

Tidak lama dulu terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, sedangkan gambar sebenar ialah Menteri Besar PR, Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin tetapi kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap. 




Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.

Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan.Jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya.Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini.

"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah, kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarakat Melayu. Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri.”
-Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment