Kebangkitan kuasa rakyat di Mesir menggamatkan politik dunia. Inilah gabungan kuasa rakyat yang terbesar sekali dapat disaksikan dalam sejarah dunia moden. Amerika dan Israel tergamam, diktator diktator dunia jadi tak senang duduk.
Regim regim didunia lain yang asyik dengan kuasa yang dipaksa keatas rakyat merasa gusar, malah mereka tahu bahawa kemenangan rakyat Mesir menumbangkan Presiden Hosni Mubarak bukan bermakna kebangkitan rakyat sudah tamat. Tidak mustahil, roh kebangkitan itu akan menular ke seluruh dunia.
Kejayaan di Mesir bukan dicapai dengan mudah dan selesa kerana mereka berjuang dengan nyawa dan darah. Ribuan rakyat mengalami pelbagai penderitaan dan penyiksaan, ada dipenjarakan serta di ISAkan tanpa bicara. Tidak kurang juga yang syahid sama ada di hujung senjata atau di tali gantung.
Kebangkitan kuasa rakyat ini memberi isyarat cukup jelas kepada semua diktaktor yang masih berkuasa di serata dunia, kuasa yang ada dan diambil secara paksa dari rakyat kian terhakis dan tunggu masa dan ketika saja untuk terlucut dengan penuh aib. Bukan mustahil walaupun dalam serba kekurangan, kuasa pemimpin yang zalim, menindas, rasuah, skandal, terlibat dengan pelbagai penipuan dan penyelewengan dapat ditumbangkan
No comments:
Post a Comment