Saturday, February 12

ADUN KERDAU MENINGGAL DUNIA,,,AL FATIHAH..NAJIB PENING LAGI


Ahli Dewan Undangan Negeri Adun BN kerusi Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim 63 meninggal dunia di rumahnya di pekan Kerdau Pahang petang tadi. 

Perkembangan ini membawa kepada pilihan raya kecil yang ke-16 sejak Mac 2008 Pilihan raya kecil ke-15 iaitu di DUN Merlimau akan berlangsung awal bulan depan. Pada pilihan raya umum 2008 Zaharuddin menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim dengan kelebihan 1615 undi.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said mengesahkan yang Allahyarham Zaharuddin terjatuh di bilik air di rumahnya.

“Pukul 7 05 petang ambulans sampai dan dibawa ke Hospital Temerloh dan pukul 8 malam doktor sahkan Adun sudah pun meninggal di rumahnya ”

Beliau yang juga ketua Umno Kuala Krau Ismail berkata jenazah akan dikebumikan selepas waktu Zohor esok di Tanah Perkuburan Paya Taram Kerdau. Laporan Bernama memetik Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood juga mengesahkan Zaharuddin meninggal dunia Allahyarham pernah menjadi perhatian tahun lalu kerana dirawat selepas koma di Institut Jantung Negara IJN di sini.

Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah,semoga beliau ditempatkan bersama sama orang yang disenangi Allah

No comments:

Post a Comment