Friday, March 11

BAZAR TOK GURU:HARGA TAWARAN KEKAL,NIK AZIZ TIDAK GANJAK

KOTA BARU, 11 Mac — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri tetap tidak berganjak dengan tawaran harga RM63,000 bagi ruang premis baru di Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini walaupun dibantah kalangan peniaga.Katanya terpulanglah kepada peniaga Arked Uda dan Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) untuk menduduki premis baru itu.Nik Aziz (gambar) mendakwa tawaran harga RM63,000 adalah berdasarkan konsep sewa-beli dan beberapa tawaran menarik kepada 415 peniaga di dua kawasan itu.“Pasar itu tetaplah begitu, nak terima, terima dan lebih 100 orang dah terima, yang saya sudah tandatangan, baru nak tandatangan. Kita tidak berganjak, yang tolak... tolaklah, cari lainlah, yang terima pun ada,” katanya kepada pemberita selepas kuliah mingguanya di sini, hari ini.Semalam, dua persatuan yang mewakili 415 peniaga Arked Uda dan Pasar Lama MPKB menolak tawaran yang dibuat kerajaan negeri kerana mereka masih menuntut janji ketika pilihan raya umum 2008 iaitu ruang niaga berkeluasan 3.04 x 3.65 meter persegi pada harga RM40,000, bukannya 1.82 x 2.4 meter persegi ketika ini. — Bernama
info RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment