Friday, March 11
MUDAH LUPA JADIKAN MAMAK KUTTY ,a spin doctor,,
KLANG: Segala tohmahan dalam buku terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad, A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad, tidak perlu dilayan kerana ia penuh putar belit, mengelirukan dan banyak percanggahan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketua Umum KEADILAN merangkap Ketua Pembangkang itu juga menganggap Mahathir, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, adalah seorang yang mudah lupa.“Sekarang dia ‘tet tet tet,’ (cakap banyak). Dia pun tak berapa ingat, banyak dia tarak ingat. Sekarang dia ingat pula, esok tanya balik, dia (jawab): ‘Saya lupa…’” kata Anwar dengan mengajuk kata-kata Mahathir.Beliau berkata demikian depan lebih 3,000 hadirin di Majlis Ceramah Sambutan Tiga Tahun Negeri Selangor di Dewan Serbaguna Taman Sri Andalas di sini, malam tadi.Pelbagai lapisan kaum hadir mendengar ucapan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat bermula jam 9 malam. Jalan raya sesak dengan kehadiran rakyat manakala banyak khemah makanan dan buku didirikan.Kerajaan Selangor turut membuka gerai mempromosi program Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar) bertujuan membantu rakyat mengurangkan paras kemiskinan sekali gus membantu rakyat miskin bandar berdikari.Selain Anwar, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ahli Dewan Undangan (Adun) Seri Andalas, Dr Xavier Jayakumar; Adun Seri Muda, Suhaimi Shafie; Ahli Parlimen Kota Raja, Mariah Mahmud; Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan Adun Pandamaran, Ronnie Liu turut berucap.Azmin pula ketika menyentuh penerbitan buku itu menggelar memoir berkenaan sepatutnya berjudul ‘A Spin Doctor in the House’ lantaran kandungannya penuh putar belit, mengelirukan dan bercanggah.- keadilan daily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment