– Penasihat politik perdana menteri Palestin, Yousuf Rizqa mengatakan bahawa Richard Goldstone tidak mempunyai hak untuk menarik balik laporan PBB tentang perang Gaza kerana ia adalah milik organisasi antarabangsa yang disahkan dan telah diterima pakai.
Dalam satu kenyataan akhbar, Rizqa menekankan Goldstone adalah salah seorang ahli jawatankuasa pencarian fakta PBB dan tidak mempunyai hak undang-undang atau peribadi untuk membatalkan laporan itu, manakala artikel yang ditulisnya hanya mencerminkan pendapat peribadinya sahaja.
“Pendirian terbaru Goldstone itu terhasil dari tekanan yang dilakukan oleh lobi Zionis di Afrika Selatan, Amerika dan entiti Zionis yang lain, bahkan dia juga menghadapi kritikan berat dan menjadi orang buangan di antara komuniti Yahudi berikut laporannya dan permusuhan terhadap dirinya telah meningkat selepas dia menyerahkan laporan mengutuk kekejaman Yahudi itu, “menurut kenyataan rasmi Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nik man
No comments:
Post a Comment