Saturday, April 9

UFree seru Mesir tutup fail tahanan Palestin selama-lamanya.

 


 Badan UFree (European Network to Support Rights of Palestinian Prisoners) yang bertapak di Oslo (Norway), menyokong pembebasan 13 tahanan Palestin dari penjara Mesir. Badan itu memuji tindakan Majlis Tertinggi Ketenteraan dan Kerajaan Mesir tersebut sambil menyatakan bahawa, “tindakan ini akan menghapuskan penderitaan yang dialami para tahanan dan keluarga mereka”, pada masa yang sama menggalakkan lagi pembebasan para tahanan yang lain dan menutup fail serta-merta.
Muhammad Hamdan, Pengerusi UFree, berkata dalam kenyataan akhbar yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin sebagai, “kami ingin menyatakan tahniah atas tindakan positif ini, yang bakal menguatkan lagi hubungan antara rakyat Palestin dan Mesir menuju ke arah kestabilan dan keamanan.”
Hamdan menerangkan bahawa UFree, telah mengutarakan kes tahanan Palestin ini dengan Kerajaan Mesir dengan bantuan beberapa anggota Parlimen Eropah, yang menyokong pembebasan mereka. Dalam lawatan terbaru delegasi Eropah ke Mesir ini, perbincangan berkisar tentang tahanan Palestin telah dilakukan dengan Majlis Tertinggi Kerajaan Mesir, sebagai hasilnya, pembebasan siri kedua ini yang melibatkan 13 orang tahanan.

penterjemah : Azleen

No comments:

Post a Comment