Friday, October 14

Cabaran-Cabaran Untuk Memperkukuhkan Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan ..siri 2

Perkara 3(1) Meletakkan Islam Lebih Istimewa



Terdapat juga pandangan yang berpendapat peruntukkan dalam perkara 3(1) ini sekadar menyatakan bahawa sebagai agama rasmi Persekutuan, Islam adalah satu-satunya agama yang diberi kedudukan yang sebegitu tinggi berbanding dengan agama-agama lain. Peringatan sedemikian pernah diutarakan oleh Y. A. Dato' Abdul Hamid Mohamad dalam kes Kamariah bte Ali Iwn Kerajaan Negeri Kelantan. Hakim bekenaan menjelaskan bahawa Perlembagaan juga memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk mengkanunkan Hukum Syarak dalam perkara-perkara yang disebut dalam Senarai II, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 juga digubal selaras dengan kehendak Senarai II tersebut.



Kedudukan istimewa Islam sebagai agama yang paling dominan juga diiktiraf melalui Artikel 11 walaupun Artikel tersebut menyebutkan tentang kebebasan beragama. Ini dapat dilihat dalam Klausa (1) dan (4):



(1) "Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Perkara (4), mengembangkannya,



(4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam"



Fasal (4) bertujuan untuk memberi kuasa kepada Negeri untuk membuat undang-undang yang dapat mempertahankan agama Islam dari dipengaruhi oleh ajaran atau amalan agama-agama lain.



Dengan lain perkataan, walaupun agama lain bebas diamalkan oleh penganutnya dalam negara ini, mereka adalah dilarang dari menyebarkan ajaran agama mereka kepada umat Islam atas alasan Islam adalah agama bagi negara ini dan tidak boleh sama sekali diperlakukan secara menghina.





Pendekatan Holistik Dalam Menafsirkan Perlembagaan



Mahkamah Persekutuan dalam kes Danaharta Urus Sdn. Bhd. V. Kekatong Sdn Bhd & Anor menyebutkan betapa perlunya Perlembagaan dilihat secara menyeluruh untuk mengelakkan dari penyelewengan maksud sebenar sesuatu peruntukan dalam Perlembagaan. Mahkamah menyatakan dalam penghakimannya;



".. .Tafsiran terhadap peruntukan dalam Perlembagaan dibuat dengan cara merujuk kepada dua peruntukan atau lebih secara bersama untuk mendapatkan maksud yang tepat. la adalah satu kaedah yang sememangnya diiktiraf dalam mana-mana perlembagaan. Adalah perlu untuk merujuk kepada 'Bindra's Interpretation of Statute 7th Ed' di mana ia menyebut,



Perlembagaan mesti dilihat secara menyeluruh untuk memastikan bahawa kesemua peruntukannya adalah berikat dan berkuasa. la adalah satu kaedah yang diiktiraf dalam mana-mana Perlembagaan bahawa sesuatu peruntukan dalam Perlembagaan tidak boleh dipisahkan dari peruntukan yang lain dan dibiarkan berasingan. Pengasingan yang sedemikian akan menyebabkan kedaulatan sesebuah Perlembagaan itu tergugat dan lari dari tujuan sebenar penggubalan sesebuah Perlembagaan.



Di atas sebab yang sama, mengasingkan sesuatu peruntukan dari peruntukan yang lain dan memberikan tafsiran yang juga dibuat secara berasingan adalah janggal dan tidak tepat..."



Kedudukan Islam dalam perlembagaan perlu dilihat secara keseluruhan perlembagaan itu sendiri. Aspek utama perlembagaan yang sering diperkatakan oleh peguam hak asasi manusia sebagai dominan dan perlu dihormati adalah Bahagian ll yang merangkumi Kebebasan Asasi, Kesamarataan, Hak Kebebasan Berucap, Berkumpul dan Berpersatuan, Hak Kebebasan beragama , Hak Mengenai Pendidikan dan sebagainya.



Secara dasarnya hak-hak yang diiktiraf oleh Perlembagaan ini adalah selaras dengan Islam. Malah Islam yang mendahului pemikiran lain termasuk barat dalam mempelopori hak-hak ini walaupun tidak dinamakan secara khusus seperti hak asasi manusia, hak wanita, hak kebebasan dan sebagainya. Namun begitu hak dan kebebasan yang diberikan oleh Perlembagaan itu tidaklah mutlak. Perkara 5 -No person shall be deprived of his life or personal liberty save in accordance with law. Perkara 8 (2) - Except as expressly authorised by his constitution, there shall be no discrimination against citizens..., Perkara 10 (1) Subject to Clauses (2), (3) and (4) - (a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;



Oleh itu apabila menafsirkan hak-hak yang dikurniakan oleh Perlembagaan, penafsiran kepada Perlembagaan terutamanya perkara-perkara yang terkandung dalam Bahagian II ini tidak sewajarnya dilakukan dengan hanya bersandarkan kepada doktrin-doktrin asing tanpa melihat kepada keseluruhan Perlembagaan itu sendiri. Bahagian II ini perlulah ditafsir secara harmonis dengan Bahagian I dengan menilainya dari aspek pandangan falsafah dan ideologi negara.



Mahkamah Persekutuan dalam kes Danaharta Urus Sdn. Bhd. berpendapat bahawa;



"...Mahkamah sepatutnya berpegang kepada andaian bahawa tiada peruntukan yang saling bercanggah dalam Perlembagaan dan mengandaikan bahawa itulah yang dimaksudkan oleh para penggubalnya... Raja Azlan Shah FJ dalam kes Loh Kooi Choon Iwn Kerajaan Malaysia menyatakan, "Perlembagaan sebagai undang-undang yang tertinggi dalam sesebuah Negara, tidak boleh diubah sewenang-wenangnya, dan berbeza dengan undang-undang biasa. Oleh sebab itu peruntukan dalam Perlembagaan tidak boleh bercanggah sesama sendiri..."



Suffian LP dalam kes Phang Chin Hock Iwn Public Prosecutor pula menyatakan,



"Dalam mentafsir Artikel 4 (1) dan Artikel 159, prinsip harmonious construction menghendaki kita supaya mengambil perhatian terhadap kedua-dua peruntukan tersebut..."





Kedudukan Doktrin-Doktrin Moden Di Sisi Perlembagaan



Konsep keperlembagaan adalah suatu konsep yang sentiasa berkembang dan bukan berbentuk statik. Konsep ini telah melahirkan berbagai-bagai konsep lain seperti doktrin pengagihan kuasa, kedaulatan undang-undang, imbangan kuasa dan sebagainya. Konsep-konsep yang baru diperkenalkan seperti good governance, transparency, akauntabiliti juga boleh dikatakan sebagai perkembangan keperlembagaan.



Kesemua perkembangan ini perlu dilihat dari kacamata Islam sama ada ia selaras dengan ideologi negara atau sebaliknya. Walaupun sebahagian dari konsep-konsep baru ini adalah selaras dengan Islam namun tidak dapat dinafikan bahawa pendetilan bagi sesetengah konsep itu ternyata bercangggah dengan Islam. Sebagai contoh, hak kesamarataan gender walaupun pada hakikatnya Islamlah yang mengangkat martabat wanita (sedangkan barat pada masa itu langsung tidak memberikan sebarang nilai kepada wanita) namun dalam beberapa hal tertentu hak kesamarataan yang dituntut oleh wanita di Barat seperti memberikan ruang kepada wanita untuk menjawat jawatan awam tertentu yang berkaitan dengan agama seperti mufti, imam dan sebagainya adalah bercangggah dengan ajaran Islam.



Begitu juga dengan hak kebebasan untuk menjalinkan hubungan jenis. la perlu dilihat dari sudut pandangan agama negara ini. Islam tidak mengiktiraf hubungan jenis di luar nikah sama ada di kalangan umat Islam atau bukan Islam. Oleh itu dalam mempertimbangkan sama ada hak kebebasan individu perlu diberikan sehingga ke tahap kebebasan untuk mengadakan hubungan seks, maka rujukan perlulah dibuat kepada prinsip utama negara iaitu Islam.



"Whatever may be said of other constitutions, they are ultimately of little assistance to us because our Constitution now stands in its own right and it is in the end the wording of our Constitution itself that is subject to be interpreted and applied, and this wording can never be overridden by the extraneous principles of other Constitutions" Raja Azlan Shah dalam kes Pang Chin Hock v Public Prosecutor.



Begitu juga dengan hak asasi manusia yang terlalu memberikan tumpuan kepada hak dan kebebasan individu hingga bercanggah dengan keseimbangan hak antara individu dan komuniti yang dianjurkan oleh Islam.



Namun begitu Islam tidak pesimis terhadap doktrin-doktrin pengagihan kuasa, check and balance, ketelusan dan sebagainya. Malah Islam awal-awal lagi menegaskan kewajipan rakyat untuk menegur pemimpin sekiranya pemimpin melakukan kesilapan. Malah Islam lebih ke hadapan dalam aspek good governace ini. Islam melarang pemerintah dari bermewah-mewah sedangkan rakyat dalam kesusahan. Monopoli dalam perniagaan, mengaut kekayaan dan keuntungan secara rakus, eksploitasi ekonomi, penipuan yang berleluasa dalam perniagaan sehingga golongan kapitalis mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menindas pengguna. Semua ini adalah bercanggah dengan Islam namun ia tidak dibangkitkan sebagai bertentangan dengan Islam dan dengan itu unconstitutional kerana bercanggah dengan semangat agama negara.



Mengenai amalan demokrasi, walaupun sistem pilihanraya negara ini berasaskan amalan barat, namun cara pemilihan sedemikian tidaklah bercanggah dengan prinsip syura Islam yang memberikan kebebasan kepada orang ramai untuk memilih pemimpin yang paling layak antara mereka.



Pemilihan yang dibuat oleh rakyat bukanlah merupakan keputusan muktamad mengenai perlantikan Perdana Menteri kerana YDPA masih berkuasa untuk menimbangkan seseorang yang dipercayai mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri yang dilantik oleh YDPA semestinya seorang yang mampu melaksanakan ikrar Baginda iaitu - mempertahankan Islam.



Dalam hal penggubalan dasar dan undang-undang negara, prinsip asas demokrasi yang mementingkan pandangan majoriti rakyat perlu dilihat dalam kerangka Perlembagaan yang meletakkan nilai agama Islam sebagai garis panduan yang perlu dihormati. Walaupun pandangan majoriti rakyat mahukan hubungan jenis (perzinaan) atas kerelaan tidak dijadikan satu kesalahan jenayah, namun ia perlu dinilai dari kehendak agama Islam yang mengkategorikan kegiatan sedemikain sebagai kesalahan jenayah.





AGENDA MENGHAKIS KEDUDUKAN ISLAM DALAM NEGARA

a. Menghapuskan Kedaulatan Islam dalam Perlembagaan

· Berhujah (di Parlimen, Mahkamah Persekutuan dan di mana sahaja) untuk menafsirkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan dan Kedudukan Raja-Raja sebagai Ketua Agama di Negeri masing-masing) hanya sekadar untuk tujuan kera'ian (ceremonial) sahaja.
• Berhujah bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.
• Meletakkan Islam dan Syariah di bawah norma-norma atau konvensyen antarabangsa dan tertakluk kepada norma atau konvensyen berkenaan.
• Perkara 121 1A ditafsirkan dengan memberikan kuasa mahkamah tinggi sivil untuk melaksanakan judicial review - bagi menyemak dan mengubah keputusan Mahkamah syariah.
• Sistem perundangan syariah negara adalah sekadar administrative personal tribunal yang boleh diketepikan atau disemak oleh mahkamah tinggi sivil berdasarkan undang-undang sivil.
• Mahkamah Syariah tidak mempunyai asas dalam perlembagaan dan tidak setanding dengan Mahkamah Sivil


b. Menyamatarafkan semua agama (transcendental unity of religion) di negara ini;
• Melenyapkan dominasi Islam dalam berbagai aspek kehidupan dan pentadbiran negara.
• Semua agama berhak untuk menyebarkan ajarannya termasuk kepada orang Islam, perkara 11(4) Perlembagaan perlu dihapuskan;
• Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri tidak berhak untuk memberikan perhatian kepada Islam;
• Sebarang belanjawan untuk pembangunan Islam adalah menyalahi amalan negara demokrasi;
• Kerajaan juga perlu memperuntukan belanjawan untuk agama-agama lain sekiranya Islam diberikan peruntukan kewangan
• Mewujudkan masyarakat yang mengamalkan kepelbagaian agama (pluralisme); suami isteri boleh berbeza agama dan anak-anak boleh memilih agama yang mereka yakini.
• Tidak perlu memeluk Islam bagi pasangan yang hendak berkahwin dengan pasangan beragama Islam.
• Anak-anak bagi pasangan yang hanya salah seorang memeluk agama Islam sedangkan pihak yang satu lagi tidak memeluk agama Islam, tidak semestinya mengikut agama pasangan yang memeluk Islam.
Memperjuangkan kebebasan berfikir secara mutlak di kalangan umat Islam sehingga membolehkan -
• Orang Islam bebas untuk murtad sesuka hati mereka tanpa kawalan pihak berkuasa agama, jauh sekali dari dikenakan sebarang hukuman;
• Pelopor dan pengikut ajaran sesat bebas untuk mengamalkan kepercayaan mereka;
• Orang-orang Islam yang jahil tentang Islam juga diberikan hak untuk menafsirkan al Quran mengikut kefahaman mereka sendiri;
• Institusi Fatwa dihapuskan dari enakmen Pentadbiran Negeri-negeri kerana dikatakan bercanggah dengan semangat keperlembagaan, ia seolah-oleh menjadi badan pembuat undang-undang ketiga selain dari DUN dan Parlimen;
• Jurisprudens Syariah diranapkan sama sekali, pentafsiran dan pendekatan modern yang liberal dan progresif perlu diterima pakai.
• Pegangan agama, kepercayaan dan bagaimana mengamalkannya adalah hal persendirian yang tidak sepatutnya disentuh oleh mana-mana pihak berkuasa.
Menghapuskan undang-undang kawalan moral berasaskan agama
• Umat Islam perlu dibebaskan dari berbagai kawalan undang-undang Syara' yang mengawal akhlak.
• Berhujah (termasuk di Mahkamah) dan mendesak supaya dihapuskan kuasa Negeri-negeri untuk menggubal undang-undang jenayah syariah yang bertujuan untuk mengawal akhlak umat Islam seperti khalwat, minum arak, berjudi, berpakaian/ berkelakuan tidak senonoh dsb.
• Umat Islam bebas mengamalkan agamanya mengikut tafsirannya sendiri, tiada sebarang undang-undang yang boleh mengawalnya dan tiada sesiapa yang boleh memutuskan sama ada caranya itu salah atau sebaliknya.



c. Memberikan imej buruk terhadap Institusi dan Undang-undang Syariah/Islam.
• Menggambarkan Ulama' silam sebagai tidak adil kerana mendiskriminasi kaum wanita dengan memberikan hak talak kepada lelaki, pengagihan harta pusaka yang mendiskriminasi wanita, keperluan wali dalam pernikahan, nasab keturunan hanya di sebelah bapa dsbnya yang pada pemikiran mereka adalah gender bias.
• Jawatan-jawatan utama berkaitan agama dimonopoli kaum lelaki.
• Secara tradisinya Jabatan Agama dan Mahkamah Syariah dimonopoli oleh kaum lelaki dan sentiasa menindas kaum wanita.
• Tafsiran al-Quran dalam hal-hal berkaitan wanita dipengaruhi oleh lelaki
• Isteri tidak wajib ta'at kepada suami kerana perkongsian hidup mereka adalah atas kedudukan sama rata
• Amalanberpoligamidigambarkan sebagai gila seks.
• Memberikan gambaran negatif mengenai amalan poligami Rasul.
• Isteri berhak untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja sebagaimana suami juga.
• Suami yang memaksa isteri untuk mengadakan hubungan seks boleh dituduh merogol isteri.



d. Mengadakan jaringan bersepadu untuk mengganyang Islam (Islam Bashing)
• Membentukpersepakatan dengan NGO-NGO, dan media massa khususnya internet bagi rnenjayakan program Islam bashing mereka.
• Mendapatkan sokongan parti-parti politik bukan Islam, termasuk tokoh-tokoh politik dalam atau luar kerajaan bagi melebarkan pegaruh mereka.
• Mewujudkan barisan peguam yang berkebolehan untuk berhujah di Mahkamah Persekutuan bagi meruntuhkan Islam dan Institusi Islam melalui proses mahkamah.
• Memberikan sokongan moral dan membela kelompok ajaran sesat dan memberikan gambaran buruk mengenai Islam kepada masyarakat antarabangsa.
• Bekerjasama dengan badan-badan aktivis hak asasi untuk membela golongan ajaran sesat dan pesalah jenayah Syariah hingga ke tahap mempertikaikan undang-undang kawalan tersebut di Mahkamah Persekutuan.
• Membangkitkan sentimen kebencian dan mewujudkan gelombang bantahan terhadap Institusi Islam dan Syariah melalui jaringan media serta memburuk-burukkan imej institusi agama/ Syariah.
• Melobi kepada parti-parti politik dan tokoh-tokoh poitik termasuk yang berada dalam kerajaan untuk melebarkan pengaruh mereka.
• Melobi kepada masyarakat antarabangsa untuk mengenakan berbagai tekanan terhadap negara sekiranya apa saja yang mereka kehendakki tidak dapat dilaksanakan.
• Merekrut siswa-siswi yang petah (terutamanya Bahasa Inggeris) dan pintar untuk menyemai pengaruh mereka di kalangan generasi muda.


KES-KES YANG MENG ANCAM KEDUDUKAN ISLAM



WalaupunKumpulanArtikel 11 (K-ll) baru ditubuhkan secara rasminya pada awal tahun 2006, namun kegiatan mereka telah berakar umbi sejak hampir sepuluh tahun yang lalu. Mereka bergerak secara individu atau atas kapasiti kelompok kecil dengan pendekatan masing-masing. Sepanjang 50 tahun kemerdekaan negara, terdapat banyak kes-kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah yang menjejas kedudukan Islam di negara ini.



Kebelakangan ini antara kes-kes yang telah dan sedang digunakan oleh K-ll untuk menegakkan prinsip perjuangan mereka adalah seperti berikut-


Daud bin Mamat Dan Lain-lain Lwn Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan Dan Satu Lagi [2002] 3 MLJ 728.



Kes yang pertama mengenai isu hak orang Islam untuk murtad. Di bawah Perkara 11 Perlembagaan. Plaintif adalah pengikut ajaran sesat Ayah Pin yang dipenjarakan kerana cuba keluar dari agama Islam tanpa melalui saluran yang wajar. Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan ia tiada bidang kuasa untuk memutuskan isu murtad kerana menurut seksyen 102 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Kelantan seseorang Muslim dianggap masih beragama Islam sehinggalah ia diisytiharkan sebaliknya oleh Mahkamah Syariah.



Hakim Dato' Suryadi Halim Omar juga berkata; The act of exiting from a religion is certainly not a religion, or could be equated with the right 'to profess and practise' their religion. Manakala di Mahkamah Rayuan pula Hakim Hamid Mohamad mengesahkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi dan selanjutnya beliau memutuskan bahawa cubaan perayu dan rakan-rakannya untuk keluar dari agama Islam hanyalah bagi mengelakkan dari dipertuduh di Mahkamah Syariah bagi kesalahan yang telah mereka lakukan, oleh itu mereka perlu dibicarakan terlebih dahulu di Mahkamah Syariah bagi kesalahan itu.



Peguam-peguam:
• Harts Ibrahim (Mohana Kumar dan Jahaberdeen Md Yunos bersama beliau) (Haris & Co) bagi pihak perayu.
• Jalaldin Hussain (Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan) bagi pihak responden pertama.
• Azhar Mohamad (Alice Lake bersama beliau) (Jabatan Peguam Negara) bagi pihak responden kedua.


Kamariah Bte Ali Dan Lain-lain Lwn Kerajaan Negeri Kelantan Dan Satu Lagi [2002] 3 MLJ 657 (Mahkamah Rayuan) [2005] 1 MLJ 197(Mahkamah Persekutuan).



Perayu-perayu telah membuat akuan berkanun mengisytiharkan mereka keluar daripada agama Islam pada bulan Ogos 1998. Mereka dijatuhkan hukuman penjara pada 5 Oktober 2000 atas kegagalan mematuhi perintah Mahkamah Rayuan Syariah untuk bertaubat berkaitan dengan kesalahan di bawah Undang-undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang dilakukan oleh perayu-perayu sebelum Ogos 1998. Maka, persoalan yang timbul ialah sama ada perayu-perayu mestilah menganut agama Islam ketika hukuman-hukuman dijatuhkan ke atas mereka dalam bulan Oktober 2000.



Pada peringkat Mahkamah Rayuan, Hakim Abdul Hamid Mohamad memutuskan -
(1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan (berkaitan dengan agama Islam) tidaklah boleh ditafsirkan sebegitu luas sehingga ia membatalkan semua undang-undang yang menghendaki seseorang Islam itu mengerjakan sesuatu kewajipan agama Islam atau melarang mereka melakukan sesuatu perkara yang dilarang oleh agama Islam atau yang menetapkan acara bagi melakukan sesuatu perkara yang berkaitan dengan agama Islam. Ini kerana kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berlainan daripada kedudukan agama-agama lain. Pertama, hanya Islam, sebagai satu agama, yang disebut dengan namanya dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu sebagai 'agama bagi Persekutuan' dan kedua, Perlembagaan itu sendiri memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri (bagi Negeri-Negeri) untuk mengkanunkan Hukum Syarak dalam perkara-perkara yang disebut dalam Senarai n, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan ('Senarai n')



Manakala di Mahkamah Persekutuan Ketua Hakim Negara sekarang YAA Tun Ahmad Fairuz memutuskan untuk menolak rayuan perayu-perayu:
(1) Membuat akuan berkanun dan mengisytiharkan mereka bukan lagi menganut agama Islam tidak dengan sendirinya melepaskan perayu-perayu daripada pertuduhan yang ada di Mahkamah Syariah
(2) Mengambil pendekatan maksud, didapati bahawa masa yang material untuk menentukan sama ada perayu-perayu adalah orang yang menganut agama Islam ialah masa ketika mana perayu-perayu melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.



Oleh itu walaupun perayu-perayu telah mengisytiharkan mereka murtad pada tahun 1998, mereka selayaknya dibawa ke hadapan Mahkamah Syariah pada tahun 2000 kerana ia berkaitan suatu kesalahan yang telah dilakukan ketika perayu-perayu masih beragama Islam.



Peguam-peguam:
• Malik Imtiaz (Haris Ibrahim, Ang Hea nLeng dan Nor Isma Ismail bersamanya) (Harts &Go) bagi pihak perayu
• Tan Sri Abdul Gani Patail (Data' Azhar bin Mahomed, Puan Azizah bt Nawauri dan Che Muhd Ruzima bin Ghazali bersamanya) (Jabatan Peguam Negara) bagi pihak responden



Zaid Ibahim v Kerajaan Negeri Kelantan, Zaid Ibrahim v Kerajaan Negeri Terengganu.



Datuk Zaid Ibrahim Ahli Parlimen Kota Bharu bukan sahaja mencabar kesahan undang-undang hudud Kelantan dan juga Terengganu yang digubal oleh Kerajaan PAS. Malah beliau juga telah mencabar kuasa Dewan Undangan Negeri untuk menggubal apa sahaja undang-undang yang berbentuk undang-undang jenayah. Kes tersebut belum didengar di Mahkamah Persekutuan tetapi difahamkan ia ditarik balik. Namun undang-undang hudud tersebut tidak boleh dikuatkuasakan kerana bercanggah dengan Akta Bidangkuasa Mahkamah Syariah (Akta 355) yang mengehadkan hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah adalah penjara 3 tahun, denda 5 ribu dan sebatan 6 rotan.



Ahli Parlimen Kota Bahru itu juga sering mempertikaikan struktur pentadbiran Islam negara terutama sekali institusi fatwa yang dikatakan bertentangan dengan prinsip amalan demokrasi.



Sulaiman Takrib v Kerajaan Negeri Terengganu- 2006 (Mahkamah Persekutuan).



Peguam Malek Imtiaz dan Harith Ibrahim dengan dibantu oleh Edmund Bon bertindak bagi pihak seorang pengikut Ayah Pin mencabar Instistusi Fatwa dan berhujah mengenai hak kebebasan berfikir di kalangan umat Islam serta bebas dari terikat kepada sebarang pendapat pihak berkuasa seperti mufti. Sulaiman dituduh di bawah undang-undang jenayah Syariah Negeri Terangganu kerana melanggar fatwa Mufti yang melarang umat Islam dari mengikuti ajaran Ayah Pin kerana ia didapati bercanggah dengan akidah. Sulaiman bukan sahaja dibantu untuk membela dirinya di Mahkamah Syariah dari tuduhan tersebut, malah beliau mendapat bantuan bala tentera guaman besar dari K-ll yang berhujah untuk meruntuhkan institusi fatwa di seluruh negara.



Implikasinya setiap orang Islam berhak menggunakan akal fikirannya sendiri untuk menentukan pattern atau bentuk pegangan dan ajaran agama yang dipegang atau diamalkan oleh umat Islam. Persoalan sama ada mereka sesat atau tidak bukan bidangkuasa pihak pemerintah untuk menentukannya. Melalui kes ini juga mereka berhujah bahawa Dewan Undangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang jenayah Syariah sebagaimana yang ada sekarang ini. Apa yang boleh digubal hanyalah kesalahan berkaitan rukun Islam yang ditaf sirkan secara sempit.



Mereka telah berhujah mengunakan pakar rujuk Prof. Dr. Hashim Kamali dari UIA untuk memberikan tafsiran yang sempit kepada perkataan "precept of Islam" dalam perlembagaan. Manakala kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan yan menentang hujah K-ll menggunakan pakar rujuk Tan Sri Prof. Mohd. Kamal bin Hassan bekas Rektor UIA yang memberikan tafsiran yang luas kepada perkataan tersebut.



Walaupun keputusan kes ini akan mempunyai implikasi yang besar kepada Islam dan kuasa perundangan negeri-negeri untuk membuat undang-undang jenayah Syariah serta institusi fatwa namun tiada satu pun Majlis Agama Islam Negeri atau Kerajaan Negeri yang memohon untuk menjadi pencelah bagi mempertahankan kes ini. Tarikh keputusan kes ini belum ditentukan oleh mahkamah.

No comments:

Post a Comment