Thursday, January 13

Foto Topeng Perak Unmasked - Kunjungan Shaykh al-Habib 'Umar bin Hafiz ke JKR 10, Kelanta    Foto Topeng Perak Unmasked · Profil Topeng Perak Unmasked


 

Topeng Perak Unmasked Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta penjelasan berhubung projek sistem tebatan banjir di jajahan Pasir Mas yang dijanjikan UMNO/Barisan Nasioanl ketika pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir pada tahun 2005.

Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, janji berkenaan dibuat oleh Datuk Seri Najib Razak yang... pada waktu itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sambil mengingatkan janji ini masih diingati oleh pengundi-pengundi di DUN Pengkalan Pasir.

Selain itu, beliau turut menuntut janji projek jambatan 2 hala menuju ke Manek Urai Lama yang dijanjikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009 sewaktu Pilihanraya Kecil Manek Urai. "Khabarnya papan tandanya hanya didirikan sewatku Pilihanraya Kecil Galas yang lepas. Jangan pula papan tandanya rebah ke bumi sebelum sebutir batupun tiba!

"Apa pula perkembangan Projek Perumahan Rakyat bernilai RM300 juta yang dijanjikan di Galas, Gua Musang baru-baru ini yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri? Jika BN tewas di Manek Urai menjadi alasan janji tidak dilaksanakan,apa pula alasan BN di Galas?," soal beliau.

Tegasnya lagi, tiga soalan itu sudah cukup untuk pimpinan UMNO/Barisan Nasional khususnya di Kelantan mentelaah jawapannya sebelum bertanyakan soalan-soalan mengenai pembangunan yang lain dijanjikan pemimpin UMNO/Barisan Nasional.

"Apapun, saya yakin inilah janji yang akan terus ditabur oleh UMNO/Barisan Nasional di dalam menarik sokongan rakyat.

"Apa lagi yang ada pada UMNO/Barisan Nasional jika tidak hanya berjanji seperti ini? Mereka akan terus berjanji, manakala rakyat pula terus dibebani dengan kenaikan harga barang ekoran ketiadaan amanah di dalam mengurus harta rakyat," ujar Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Minggu lalu dalam satu kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri , Datuk Seri Mustapa Mohamed mendakwa projek tebatan banjir di Kelantan tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat kerana membabitkan kos RM3 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam bajet 2011 yang lalu mengumumkan pembinaan Menara Warisan bernilai RM5 bilion yang mendapat pertikaian pelbagai pihak.

Lihat seterusnya..

Topeng Perak Unmasked UMNO diingatkan tidak perlu menawan Kelantan jika ikhlas mahu membawa pembangunan ke negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan PAS negeri itu sentiasa membuka ruang kepada UMNO melalui Kerajaan Pusat untuk melaksanakan pembangunan di negeri Serambi Mekah itu.

"Suka saya ...tegaskan, UMNO/Barisan Nasional tidak perlu menawan Kelantan jika benar ingin membawa pembangunan.

"Kita membuka pintu 25 jam sehari untuk Kerajaan Pusat pimpinan UMNO/Barisan Nasional untuk melaksanakan pembangunan di Kelantan," katanya yang juga Mursyidul Am PAS.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berkeyakinan merampas Kelantan pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan dan Antarabangsa dan Industri didakwa meletakkan keyakinan itu atas alasan Kerajaan PAS Kelantan gagal menyelesaikan masalah rakyat khususnya dalam dalam pembangunan infrastruktur negeri itu.

Bagaimanapun Tuan Guru berkata, jika UMNO/Barisan Nasional ikhlas, isu pembangunan ini sepatutnya boleh dibuat Kerajaan Pusat dengan peruntukan yang ada, tanpa merampas Kelantan kerana negeri Kelantan juga sebahagian dari Malaysia.

Beliau memberi contoh bagaimana projek melebarkan jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu yang dibuat Kerajaan Pusat yang langsung tidak diganggu Kerajaan Negeri.

"Hari ini, jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu sedang dilebarkan dan prosesnya sedang rancak berjalan. Ini projek Kerajaan Pusat dan proses tender pun diuruskan oleh Kerajaan Pusat.

"Sekalipun khabar angin kuat bertiup menyatakan kontraktor asalnya telah lari, Alhamdulillah jambatan tersebut tidak dibawa lari. Hari ini saksikanlah projeknya sedang berjalan lancar tanpa sedikitpun gangguan dari Kerajaan Negeri," ujar beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri juga tidak menolak pembangunan yang dijanjikan Kerajaan Pusat pimpinan UMNO/Barisan Nasional ke negeri itu.

"Saya nak sangat UMNO jawab soalan yang sudah lama saya lontarkan. Apakah sebab UMNO mahu merampas Kelantan?" soalnya.

Sejak Rancangan Malaysia ke-6 diperkenalkan pada tahun 1991, difahamkan sejumlah 118 projek pembangunan telah dibekukan Kerajaan Pusat di negeri Kelantan.

Jumlah itu meliputi 1,086.278 hektar atau melebihi 2500 ekar tanah dari sepuluh jajahan di negeri ini.

Tindakan Kerajaan Pusat itu juga didakwa telah membantutkan pembangunan negeri dan dipandang serong oleh rakyat yang terlibat dengan pengambilan tanah tersebut.

PAS mula megambil alih pemerintahan negeri itu selepas Pilihan Raya Umum 1990 setelah mendapat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Sejak mentadbir negeri itu, mereka mendakwa Kelantan sering dianaktiri oleh Kerajaan Pusat khususnya dalam meyalurkan peruntukan.

Lihat seterusnya..

Foto Jeming Hasan - BONGKAR

Gambar ke26 daripada 59   Kembali ke Album · Foto Jeming · Profil Jeming


ABU HASEEF: SESAT TIDAK SEMESTINYA KAFIR!

ABU HASEEF: SESAT TIDAK SEMESTINYA KAFIR!SESAT TIDAK SEMESTINYA KAFIR!
Pengalaman penulis dalam menyampaikan siri-siri taklimat berkaitan ajaran sesat dan pemulihan terhadap golongan pelampau agama, penulis dapati antara kesilapan yang berlaku adalah memahami bahawa setiap yang terlibat dengan ajaran sesat itu telah kafir. Ini akhirnya menjadi punca mereka bertindak sendiri mengkafirkan 'yang sesat' malah lebih dari itu sehingga ke peringkat menghalalkan darah mereka. Hakikatnya perkara yang perlu kita fahami, tentang 'level sesat' itu sendiri dan bila 'pengamal ajaran sesat' itu boleh dikatakan terkeluar daripada Islam atau murtad.Penentuan Hukum Ajaran Sesat Secara zahirnya pengamal ajaran sesat telah memenuhi ciri-ciri murtad. Persoalannya adakah ia boleh dihukumkan murtad? Hukum bagi menentukan status keislaman sesebuah ajaran sesat adalah bergantung kepada tahap atau jenis kesesatan yang dilakukan oleh pengamalnya. Menurut para ulama jenis kesesatan boleh dibahagikan kepada dua kategori. Pertama; kesesatan yang mengkafirkan (bid’ah mukaffirah). Kedua; kesesatan yang tidak mengkafirkan (bid’ah ghair mukaffirah atau bid’ah mufassiqah) . Takrifannya adalah seperti berikut: a) Kesesatan yang mengkafirkan (bid'ah mukaffirah) iaitu mengingkari sesuatu hukum syara’ yang telah disepakati (ijma’), telah mutawatir (khabarnya) serta sewajibnya dimaklumi dalam agama (ma ‘ulima min al-din bi al-dharurah) atau orang yang meyakini sebaliknya. b) Kesesatan yang tidak mengkafirkan (bid’ah ghair mukaffirah atau bid’ah mufassiqah) iaitu kesesatan yang tidak menyebabkan kekafiran tetapi ia dihukumkan sebagai fasiq atau pelaku dosa. Kesesatan jenis ini tidak sampai merosakkan pokok-pokok keimanan (usul al-iman), tidak membatalkan sesuatu hukum yang mutawatir dan sesuatu hukum yang sewajibnya dimaklumi dalam agama (ma ‘ulima min al-din bi al-dharurah). Akan tetapi ajaran atau amalan ini tetap dikategorikan sebagai sesat dan menyimpang daripada kebenaran (al-haq).Penentuan Hukum Pengamal Ajaran SesatPenentuan bagi menentukan status keislaman seseorang pengamal ajaran sesat adalah tertakluk kepada kategori sesat yang dilakukannya. Sekiranya kesesatan yang dilakukan adalah termasuk dalam jenis bid’ah ghair mukaffirah, maka tidak syak lagi bahawa dia adalah kekal sebagai seorang Islam. Namun sekiranya kesesatan itu menyentuh persoalan bid’ah mukaffirah, maka menjadi tanggungjawab umat Islam agar berhati-hati serta benar-benar melakukan penelitian kerana ia boleh mengakibatkan seseorang dijatuhkan hukuman terkeluar daripada Islam atau murtad. Kaedah Takfir Menurut Ahli Sunnah Wal-JamaahPara ulama menggariskan dua kaedah dalam mengtakfir:-
a) Takfir Mutlak. Bererti menyatakan bahawa sesiapa berbuat sesuatu perkara yang boleh mengkafirkan maka ia boleh membawa kepada kekufuran, tanpa memaksudkan pelaku/orang tertentu. Kenyataan seumpama ini difokuskan kepada perbuatan atau ajaran atau pembawaannya, bukan pelaku/orang secara khusus.
b) Takfir Mu’ayyan. Bererti menyatakan bahawa si fulan bin si fulan, iaitu dengan menyebut nama orang tertentu telah kafir. Kenyataan seumpama ini ditujukan secara langsung kepada seseorang yang melakukan sesuatu perkara yang boleh mengkafirkan.
Menurut Dr. Yusof al-Qaradawi takfir perlu dibezakan dengan dua cara iaitu takfir nau’ (jenis) dan takfir syakhs mu’ayyan (peribadi). Beliau menyebut: “Hendaklah diberikan perhatian apa yang telah diputuskan oleh para `ulama muhaqqiqun mengenai wajibnya dibezakan antara peribadi dan jenis dalam isu takfir (mengkafirkan). Ini bermaksud, contohnya kita katakan: Golongan komunis itu kafir, atau para pemerintah sekular yang membantah hukum syarak itu kafir, atau sesiapa yang menyatakan sebegini atau menyeru kepada ini maka dia kafir. Ini semua adalah hukuman pada jenis. Adapun apabila perkara ini berkait dengan peribadi seseorang, yang disandar kepada mereka itu dan ini, maka wajiblah diambil masa untuk dibuat kepastian dan kesabitan mengenai hakikat sebenar pendiriannya. Ini dengan cara menyoal atau berbincang dengannya sehingga ditegakkan hujjah, tiada lagi syubhat dan juga tiada lagi keuzuran untuknya” . Dr. Yusof al-Qaradawi menambah lagi: “Perkara ini pernah disebut oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: Sesungguhnya perkataan boleh menyebabkan kufur. Secara umumnya dikafirkan pengucapnya. Dikatakan: Sesiapa yang mengucap begini maka dia kafir. Tetapi peribadi berkenaan yang mengucapkannya tidak dihukum dengan kafir sehingga ditegakkan hujjah yang membukti kufur sesiapa yang meninggalkannya (meninggalkan berpegang dengan hujjah yang jelas tersebut)” . Ibnu Taimiyyah menjelaskan hal ini dengan berkata: “Dan yang tepat dan benar dalam masalah ini, bahawa kadang kala perkataan tersebut adalah kekufuran, sebagaimana halnya dengan perkataan orang-orang jahmiyyah, yang mengatakan: Sesungguhnya Allah tidak berbicara, dan tidak boleh dilihat kelak di akhirat, akan tetapi kadangkala hal itu tidak diketahui oleh sebahagian orang, sehingga diitlakkan ucapan pengkafiran kepada orang yang mengucapkannya, sebagaimana yang dikatakan oleh ulama salaf: Barang siapa yang mengatakan bahawa al-Qur’an adalah mahkluk, maka ia kafir, dan barang siapa yang mengatakan bahwa Allah tidak dapat dilihat di akhirat, maka ia kafir, dan tidaklah dikafirkan orang tertentu, sampai tegak ke atasnya hujjah” .Oleh kerana itu kita dapati para salaf mengkafirkan firqah-firqah secara mutlak seperti firqah Jahmiyah dan Rafidhah, akan tetapi mereka tidak serta merta mengkafirkan setiap anggota firqah tersebut, kecuali hanya beberapa orang daripada mereka seperti Ja’d bin Dirham, Hallaaj dan Hafs al-Fard (yang pengkafirannya masih diperselisihkan) .Ibnu Taimiyah berkata: “Sesungguhnya orang yang menyeru kepada perkataan (al-Qur’an makhluk) lebih parah dibandingkan dengan orang yang (hanya sekadar) berpendapat demikian. Dan orang yang menghukum orang yang menyelisihinya lebih parah lagi dibandingkan orang yang hanya sekadar menyeru kepada pendapatnya. Dan yang mengkafirkan orang yang menyelisihinya lebih parah lagi daripada yang (hanya sekadar) menghukum (orang yang menyelisihinya yang tidak mengatakan al-Qur’an mahluk).Begitu mereka di kalangan pemerintah yang berpendapat dengan pandangan Jahmiyah bahawa al-Qur’an adalah makhluk dan bahawa Allah tidak dapat dilihat di akhirat serta yang lainnya. Mereka menyeru rakyat untuk berpendapat sedemikian. Mereka menguji rakyat dan menghukum mereka jika mereka tidak setuju dengannya.Mereka mengkafirkan orang yang tidak memenuhi (seruan mereka yang mengatakan al-Qur’an itu makhluk). Sehinggakan jika mereka menangkap seseorang tawanan, tidak akan mereka lepaskan sehingga ia mengakui pendapat Jahmiyah bahawa al-Qur’an adalah makhluk serta (pandangan Jahmiyah) yang lain.Meskipun demikian Imam Ahmad tetap mendoakan kerahmatan bagi mereka dan memohon ampun bagi mereka. Ini kerana beliau beranggapan bahawa mereka belum sampai pada tingkatan mendustakan Rasulullah s.a.w. dan menentang syari’at yang dibawa Baginda. Akan tetapi mereka berta’wil dan mereka tersilap serta hanya sekadar bertaqlid dengan orang lain yang mengajarkan hal itu (aqidah Jahmiyah) kepada mereka” .Antara kaedah penting yang menjadi keistimewaan Ahli sunnah wal-jamaah berbanding golongan selainnya adalah mereka membezakan antara sesuatu pendapat dengan pelakunya. Sesuatu pendapat adakalanya berupa kekufuran, tetapi pelakunya tidak dihukumkan kafir.
Syarat-syarat Takfir Peribadi (Mu'ayyan)
Para ulama Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu terhadap sesuatu pendapat atau amalan itu sebelum menghukum seseorang itu terkeluar daripada Islam atau murtad. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :
a. Hendaklah pendapat atau amalan itu secara jelas menunjukkan kekufuran yang dilakukan berdasarkan pilihannya dan bukan kerana terpaksa.
b. Hendaklah dia terus berpegang dengan pendapat atau amalan kufur tersebut, dan ketika dijelaskan kepadanya (al-haq) dia tetap berpegang kepadanya.
c. Hendaklah telah ditegakkan hujjah kepadanya dan dia telah jelas terhadap perkara tersebut.
Di samping itu seseorang itu terhalang daripada hukuman murtad atau terkeluar Islam sekiranya ia berada dalam situasi berikut :
a. Baru memeluk agama Islam.
b. Hidup di tempat yang jauh. Termasuk dalam kelompok ini adalah orang yang tidak mempunyai ulama selain ulama bid'ah yang mereka minta berfatwa dan mereka ikuti.
c. Kehilangan akalnya kerana gila atau kerana yang lain.
d. Belum sampai kepadanya nas-nas daripada al-Kitab dan al-Sunnah, atau telah sampai (nas-nas tersebut) tetapi belum jelas kefahaman nas-nas tersebut.
e. Nas-nas tersebut telah sampai kepadanya, dia telah jelas dalam memahaminya, akan tetapi didedahkan kepadanya sesuatu yang bertentangan dengan nas-nas tersebut (sama ada yang berasal daripada akal fikiran mahupun perasaan) yang mendorongnya untuk menta'wil, walaupun dia akan berbuat kesalahan. Termasuk kelompok ini adalah mujtahid 'ahli ijtihad' yang salah dalam ijtihadnya. Ini disebabkan Allah akan mengampuni kesilapan golongan ini dan memberinya pahala atas ijtihadnya itu.
Kesimpulannya tidak boleh menghukum seseorang itu murtad kecuali setelah memenuhi syarat-syarat tersebut dan tidak terdapat sebarang halangan. Apa yang diriwayat daripada Salaf tentang pemutlakan kufur dan laknat, ia tetap berada pada kemutlakan dan keumumannya. Oleh itu tidak sekali-kali ditetapkan kekufuran pada seseorang Islam secara peribadi kecuali wajib disertai dengan dalil dan bukti.Keperluan Konsep Siyasah Syar'iyyah Dalam Definisi Ajaran SesatPara ulama’ telah sepakat bahawa seseorang itu tidak boleh dihukum ‘murtad’ kecuali dengan bukti-bukti jelas tanpa sebarang ta’wil atau syubhah. Menurut mazhab Hanafi, jika ada syubhah maka hendaklah ditutup. Ini bersesuaian dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bemaksud; “Hendaklah dihindar hukuman hudud daripada orang Islam apa yang termampu, jika ada jalan keluar maka berilah laluan (jalan) kepadanya” .Oleh itu dalam menangani isu ajaran sesat, sesebuah kerajaan perlu mengambil pendekatan dengan mengisytiharkan sesuatu ajaran sesat itu sebagai menyimpang daripada ajaran Islam sebenar atau ajaran Ahli Sunnah Wal-Jamaah iaitu dengan menggunakan kaedah takfir mutlak atau takfir nau’ yang tidak sekali-kali memberi maksud memuktamadkan hukum murtad kepada pengikut atau individu yang terlibat dengan ajaran sesat tersebut. Dalam konteks ini perlu menggunakan pendekatan Siasah Syar’iyyah yang bertujuan membawa manusia kepada kebaikan dan menjauhkan mereka daripada keburukan - demi menjaga kepentingan umum (maslahah ‘ammah) dalam menangani sesuatu isu agama dan Negara.Berdasarkan prinsip Siasah Syar’iyyah, penghukuman murtad secara umum (ta’mim) dan tanpa usul periksa terhadap individu tertentu dapat dielakkan. Ia bertujuan membendung suasana tidak tenteram di dalam Negara khususnya apabila isu murtad diperkatakan dengan meluas oleh pihak tidak berautoriti.Selain itu sesuatu pertuduhan jenayah adalah tertakluk kepada bidangkuasa dan tatacara undang-undang Islam dan tidak sekali-kali boleh dikeluarkan oleh pihak yang tidak berautoriti.Menurut hukum syara’, sabitan murtad boleh berlaku hanya melalui dua kaedah berikut:
Pertama: Iqrar di Mahkamah Syariah;
a) Diterima apabila dibuat di hadapan Mahkamah Syariah.
b) Dibuat dengan kerelaan tanpa ada unsur paksaan.
c) Iqrar itu hendaklah menjelaskan secara nyata dan pasti akan perbuatan pihak yang membuat pengakuan tentang kesalahan riddah.
d) Mengetahui akan akibat daripada iqrar itu seperti hukuman bunuh, menghilangkan kehormatan diri, sekatan ke atas harta dan sebagainya.
Kedua: Keterangan saksi;
a) Dua orang yang adil.
b) ‘deed poll’ tidak boleh diterima di sisi syara’ sebagai bukti kes murtad.
c) Keterangan perempuan tidak boleh diterima dalam kes murtad mengikut pendapat jumhur.
Kesimpulannya, hanya setelah segalanya jelas dan tanpa sebarang keraguan, maka hakim akan memutuskan keputusan murtad ke atas individu yang berkenaan,,,info ini ehsan dari blog,,ABU HASEEF

PENYEBARAN SYIAH SEMEMANGNYA DISEKAT DI BUMI SUNNI!

Penulis hairan bila ada sesetengah orang mengatakan kita tidak perlu menggunakan kuasa bagi menangani Syiah. Bagi penulis, benar ia tidak perlu jika penganut Syiah itu adalah penganut asal ajaran ini dan hanya beramal bagi dirinya sendiri. Tetapi jika selepas lebih kurang 10 tahun kerajaan mengambil tindakan ISA terhadap Syiah, tiba-tiba Syiah di Malaysia dilihat semakin berkembang biak sehingga tumbuhnya banyak hauzah-hauzah pengajian mereka, berlakunya perkahwinan sunni-syiah, kedatangan ayatollah-ayatollah Syiah...tidakkah itu namanya satu perkembangan dek kerana penyebaran Syiah yang amat pesat.

Bagi penulis, keadaan ini perlu disekat dengan menggunakan kuasa. Bukan hanya berhujjah semata-mata. Penulis juga tidak melihat apa-apa usaha daripada pihak yang menentang Syiah untuk berhujjah. Mereka lebih mengambil pendekatan hujjah belakang tabir. Iaitu berceramah depan ASWJ sendiri bagi menghentam Syiah. Bukan berhadapan dengan tokoh-tokoh Syiah sendiri. Penulisan-penulisan tentang Syiah atau jawapan balas terhadap tohmahan Syiah kepada ASWJ terbiar tidak dijawab. Sebagai contoh, ketika Dr MAZA menjadi Mufti Perlis tiada pula satu program diadakan oleh Mufti Perlis untuk berhujjah dengan Syiah Perlis. Padahal di Perlis hauzah Syiah sememangnya wujud! Sebaliknya Mufti Perlis pernah menulis surat supaya pihak tertentu menghentikan penerbitan tulisan Faisal Tehrani yang dikatakan mempunyai unsur-unsur Syiah. Maksudnya, Mufti Perlis ketika itu juga menggunakan kuasanya bukan berhujjah. Berhujjah itu hanya retorik semata-mata seperti orang politik jua.

Kerana itu, penulis berpandangan setiap sesuatu kena lihat pada tempatnya. Kemaraan Syiah secara mendadak di negara kita perlu dilihat dalam konteks yang lebih global. Ini adalah satu gerakan tasyayyu'' yang sedang berlaku di seluruh dunia sunni hatta ianya diakui oleh al-Azhar sendiri. Ia bukan berlaku di Malaysia tetapi  di seluruh dunia sunni. Oleh kerana itu, Syeikh al-Azhar terdahulu, al-Marhum Dr. Muhammad Sayyid Tantawi telah menegaskan, "tiada Syiah di bumi Mesir dan kami tidak akan menerima penyebarannya!"

Sebagaimana ia juga ditegaskan oleh Syeikh al-Azhar yang baru, Dr. Ahmad Tayyib bahawa, "Sesungguhnya aku merasai di sana terdapat perancangan bukan dgn tujuan 'taqrib' tetapi untuk mensyiahkan pemuda-pemuda sunni!". Oleh kerana Dr. Ahmad Tayyib juga menegaskan bahawa beliau akan berusaha menyekat apa jua percubaan untuk menyebarkan mazhab Syiah di kalangan masyarakat sunni.

Wallahu a'lam.
Januari 12

Sejak bila pulak Malaysia ada mazhab Syiah Imam 12?


Ini persoalan yang tidak perlu dijawab. Sememangnya Syiah Imamiyah Ithna 'Asyriyyah tidak pernah bertapak di Malaysia sebagai sebuah 'mazhab' kecuali selepas Revolusi Syiah oleh Khomeini tahun 1979. Sejak bila pulak Tanah Melayu ini ada 'mazhab' Syiah Imam 12? Kalau ada apa bukti-buktinya? Apa kitab Syiah Imam 12 yang pernah diterjemah di Tanah Melayu? Di mana hauzah Syiah pertama yang dibina di Tanah Melayu? Di mana komuniti Syiah Imam 12 yang pertama? Negeri mana? Daerah mana? Kampung mana? Siapa tokoh ulama Melayu Syiah Imam 12 di Tanah Melayu zaman dulu? Takkan sejak dahulu Syiah Imam 12 bertapak di Tanah Melayu, baru hari ini kita dengar ada Hujjatul Islam Kamil Zuhairi. (Agak-agaknya sama tak ilmu beliau dengan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, wafat 505H?)

Adapun pengaruh umat Melayu terhadap kecintaan kepada Alul Bayt sememangnya tidak pernah luput kerana Islam yang datang ke Tanah Melayu ini adalah Islam Ahli Sunnah yang tidak pernah meminggirkan kecintaan kepada Alul Bayt. Ahli Sunnah bukan nawasib sehingga mereka membenci Alul Bayt, tetapi Ahli Sunnah juga bukan rawafidh seperti Syiah Imam 12 yang mengutuk dan menolak para sahabat.

Kalaupun ada teori yang mengatakan Islam sampai ke Tanah Melayu melalui Arab Yaman, Arab Yaman itu bermazhab Syiah Zaidiyyah bukan Syiah Imam 12. Bahkan orang yang mengkaji Syiah memang sedia maklum, Syiah Zaidiyyah tidak seperti Syiah Imam 12 yang menolak khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak seperti Syiah Imam 12 yang menerima taqiyyah, kemaksuman para imam, keghaiban imam, nikah mut'ah dan lain-lain. Apa yang pasti, Syiah Zaidiyyah pun tidak pernah diketahui penganutnya di Tanah Melayu. Inikan pula Syiah Imam 12! Namun, penulis tidak nafikan unsur-unsur Syiah memang ada dalam sesetengah amalan tasawwuf dan tariqat di Malaysia yang masuk melalui pelbagai faktor. Tetapi Syiah Imam 12 sebagai sebuah 'mazhab' di Tanah Melayu? Memang ini tidak pernah diketahui oleh ahli sejarah Melayu, dan ia berlangsung dari semasa ke semasa hinggalah ke hari ini. Itu sebab, Syiah Imam 12 adalah sesuatu yang sangat asing kepada umat Islam di Malaysia! Analoginya mudah, mengapa umat Islam di Malaysia tidak hairan dengan Mazhab Hanafi anutan kebanyakan India muslim? Jawabnya mudah, kerana mereka memang telah lama wujud dan bertapak di negara ini walaupun hanya minoriti.
Oleh kerana itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) telah menarik balik fatwa berkenaan Syiah pada tahun 1984 yang mengatakan bahawa "hanya Syiah Zaidiyyah dan Ja'fariyyah sahaja boleh diamalkan di Malaysia". Fatwa ini dimansuhkan dengan fatwa Syiah pada tahun 1996 kerana didapati Syiah Imam 12 telah mengambil kesempatan di atas fatwa tersebut untuk menyebarkan fahaman mereka yang pada asal usulnya memang tidak wujud di Malaysia. Sedia maklum, Syiah Zaidiyyah memang tiada penganutnya, manakala Syiah Imam 12 pula adalah jelas berdasarkan fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ) sejak dahulu hingga kini mereka adalah kumpulan bid'ah dan terkeluar daripada Ahli Sunnah. JFK akhirnya memutuskan bahawa hanya faham ASWJ yang dibenarkan untuk diamal di negara ini dari segi aqidah, syariah dan akhlaq.

Hakikatnya, kebangkitan semula Syiah Imam 12 hanya berlaku selepas Revolusi Iran 1979 yang meletakkan dalam Perkara 12 Perlembagaan baru Iran iaitu mazhab rasmi negara adalah mazhab Syiah Imam 12 dan tidak boleh ditukarganti. Di sini bermula pengaruh Syiah Imam 12 ke seluruh dunia Islam dan ia semestinya menyelinap masuk hingga ke negara-negara Sunni. Di Malaysia, hal ini terlihat dengan jelas melalui kajian yang menunjukkan bahawa orang pertama yang menyebarkan Syiah Imam 12 mula-mula dikesan pada 1980 iaitu fulan bin fulan di tempat fulan, termasuk juga bukti-bukti di mana 'sumber rujukan' fulan bin fulan ini iaitu di fulan tempat. Lebih penting dari itu, rujukan-rujukan 'penganut Syiah baru' ini (bukan Syiah keturunan) adalah buku-buku Khomeini seperti Kasyful Asrar, al-Hukumah al-Islamiyyah dan lain-lain. Ini bukti menunjukkan Syiah yang ada di Malaysia ini adalah Syiah yang direkrut (bukan Syiah keturunan) hasil daripada 'tangan-tangan ghaib' yang bekerja 24 jam di negara ini. Jika tidak, masakan Syiah hanya dikenali di Malaysia bermula pada tahun 80-an, sedangkan Tanah Melayu telah menerima Islam seawal abad 7,8 @ 9. Sekurang-kurangnya pun Batu Bersurat di Terengganu pada awal kurun 14. Mana perginya Syiah berkurun-kurun dan berabad-abad lamanya sehingga hanya pada penghujung abad ke 20 baru timbul???   

Ringkas cerita, apabila penyebaran Syiah Imam 12 semakin meruncing, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengenakan tindakan ISA ke atas 300 pengikut Syiah pada tahun 1997. Di situ bermulalah usaha agensi dan ulama Islam Sunni untuk berdialog bagi mengembalikan mereka yang telah terseleweng supaya balik ke pangkal jalan iaitu kembali kepada ASWJ. Hairannya, ketika itu tiada pula 'orang yang melenting' mengatakan hak minoriti dicabul, penghapusan etnik Syiah atau pencabulan hak asasi manusia. Mungkinkah kerana pada ketika itu, keahliannya belum ramai? Orang Syiah boleh jawab.

Seperkara lagi, penganut Syiah Imam 12 Malaysia dikatakan mahu berdialog dan bermuzakarah dengan pihak berkuasa. Penulis katakan, Syiah bukanlah ajaran baru untuk didialogkan. Ulama Sunni sudah habis membicarakan di mana letaknya Syiah menurut pertimbangan al-Qur'an dan al-Sunnah. Syiah Malaysia tak perlu cipta versi baru untuk mengatakan kami berbeza dengan Syiah Imam 12 di tempat lain. Mengapa? Adakah anda sudah meninggalkan kitab-kitab rujukan utama Syiah Imam 12 spt al-Kafi, Man la yahdhuruh al-faqih, Tahzib al-Ahkam dan al-Istibsar? Jika ye, kemukakan apa rujukan anda yang baru itu? Adapun bagi ASWJ kedudukan Syiah Imam 12 sudah teramat jelas dan tidak perlu dibahaskan lagi. Ini terbukti melalui karangan-karangan para ulama Ahli Sunnah spt...  

Firaq al-Syiah,al-Hasan bin Musa al-Nawbakhti (w.310H)
Maqalat al-Islamiyyin wa al-Ikhtilaf al-Musollin, Abu al-Hasan al-Asy’ari (w.324H)
Al-Tanbih wa al-Radd ‘ala Ahl al-Ahwa’ wa al-Bida’, Abu al-Hasan Muhammad bin Ahmad al-Malti (w.377H)
Al-Farq bayna al-Firaq, Abdul Qahir al-Baghdadi (w.429H)
Al-Imamah wa al-Radd ‘ala al-Rafidhah, Abu Nu’aim al-Asbahani (w.430H)
Al-Tabsir fi al-Din wa Tamyiz Firqat al-Najiyah ‘an al-Firaq al-Halikin, Tohir bin Muhammad al-Isfirayini (w.471H)
Al-Ghunyah fi Usul al-Din, Abu Sa’id al-Naisaburi (w.478H)
Fadha’ih al-Batiniyyah, Abu Hamid al-Ghazali (w.505H)
Al-Iqtisad fi al-I’tiqad, Abu Hamid al-Ghazali (w.505H)
Nihayat al-Iqdam fi ‘ilm al-Kalam, al-Syahrastani (w.548H)
Al-Milal wa al-Nihal, al-Syahrastani (w.548H)
Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa’ wa al-Nihal, Ibn Hazm al-Zahiri (w.548H)
I’tiqadat Firaq al-Muslimin wa al-Musyrikin, Muhammad bin Umar al-Razi (w.606H)
Ghayat al-Maram fi ‘Ilm al-Kalam, Ali bin Abi Ali al-Amidi (w.631H)
Minhaj al-Sunnah al-Nawabiyyah, Ibn Taimiyyah(w.728H)
Al-Muntaqa min Minhaj al-I’tidal fi Naqdh Kalam Ahl al-Rafdh wa al-I’tizal, Abu Abdillah al-Zahabi(w.748H)
Kitab al-Mawaqif, ‘Adhud al-Din al-Iji (w.756H)
Syarh al-Maqasid fi ‘Ilm al-Kalam, Sa’d al-Din al-Taftazani (w.791H)
Izalat al-Khafa’, Syah Waliyyullah al-Dihlawi (w.1114H)
Al-Tuhfat al-Ithna ‘Asyariyyah, Syah Abdul Aziz al-Dihlawi (w.1159H)
Mukhtasar Izhar al-Haq, Rahmatullah bin Khalilur Rahman al-Hindi (w1306H)

Maknanya, perbahasan mengenai Syiah ini sudah SELESAI di kalangan ulama Sunni. Fatwa Kebangsaan juga sudah muktamadkan perkara itu. Kerana itu sesebuah negara Sunni meletakkan undang-undang supaya Syiah jangan sekali-kali melebarkan sayapnya ke negara Sunni. Itu sahaja. Patuhilah undang-undang tersebut. Malaysia adalah sebuah negara Sunni yang berdaulat, punya perlembagaan sendiri dan pemerintahan sendiri. 

Dalam hal ini, peruntukan Fasal (2), (3) dan (5) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan kedudukan dan fungsi Yang Di Pertuan Agong (YDPA) dan Sultan-Sultan atau Raja-Raja sebagai ketua agama Islam bagi negeri masing-masing yang memiliki kesemua hak, hak keistimewaan dan kuasa prerogatif.

Oleh yang demikian, jika YDPA dan Sultan-Sultan atau Raja-Raja telah menjalankan kuasa prerogatif untuk meluluskan undang-undang tertentu seperti Enakmen Jenayah Syariah Negeri-negeri (termasuk undang-undang yang mengharamkan Syiah), maka undang-undang tersebut hendaklah dipatuhi dan dihormati oleh semua rakyat Malaysia. Mana-mana tindakan ketidakpatuhan akan dikira sebagai ketidaksetiaan dan ketidakhormatan kepada YDPA dan Sultan-Sultan atau Raja-Raja. Ini adalah selari dengan prinsip Rukun Negara iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” dan “Keluhuran Perlembagaan”.

Walhasil, di Malaysia, Syiah Imam 12 memang tak dikenali sebagai satu mazhab tetapi lebih dikenali sebagai ajaran menyeleweng berdasarkan tradisi, ilmu dan undang-undang.

Wallahu a'lam

Ustaz Misbah Munir Kemalangan..

oleh Sutera Biru pada pada 12hb Januari 2011 pukul 11.36 ptg

Pas Kawasan Tg Malim dimaklumkan tentang berita kemalangan yang melibatkan mantan Setiausaha Politik MB Perak yang sah, iaitu AF Ustaz Misbahul Munir.Beliau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur bersama anaknya telah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS laluan antara Tg Malim dan Behrang. Kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Ketika kejadian, kereta yang dinaiki oleh beliau dipandu oleh anaknya telah terbabas. Keadaan kereta beliau remuk.
Beliau dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan. Sejurus selepas itu, beliau terus dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.Menurut AF Ust Mohd Shafie, AJK Pas Kawasan Tg Malim, keadaan luka di kepala beliau agak parah, namun kedua-dua anaknya dilaporkan dalam keadaan stabil, hanya cedera ringan.


Marilah semua berdoa agar AF Ustaz Misbahul Munir diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan bersama Gerakan Islam dan Pakatan Rakyat.Pihak Pas kawasan Tg Malim mengucapkan takziah atas ujian yang menimpa AF ustaz dan berharap keluarga dan sahabat handai terus bersabar dan berdoa kesejahteraannya.

Wednesday, January 12

Batu Gajah Mari: PANAS!! Ahli Politik Perak ramas buah dada jurusolek

Batu Gajah Mari: PANAS!! Ahli PoSeorang jurusolek itu pada dalam laporannya berkata pada kejadian 31 Disember tahun lalu, seorang ahli politik di Perak yang terkenal telah meramas buah dadanya di sebuah kelab di Ipoh pada sambutan menjelang tahun baru.“Laporan polis dengan jelas menyatakan dia dicabul oleh ahli politik tertentu. Sekarang kes sedang disiasat dan pihak berkuasa akan menentukan sama ada mendalkwa atau tidak individu berkenaan,” kata peguamnya, Leong Cheok Keng.Menurut beberapa laporan media, Ketua Polis Perak, Mohd Shukri Dahlan mengesahkan laporan itu tetapi enggan mengulas.Leong juga menafikan bahawa vwanita itu telah menerima pampasan dari ahli berkenaan supaya menutup kes tersebut.Akibatnya jurusolek tadi dihujani pelbagai teks pesanan ringkas (SMS) lucah dan juga ugutan selepas membuat aduan bahawa seorang ahli politik di Perak itu. SMS berkenaan dihantar melalui beberapa nombor telefon bimbit yang tidak dikenali - ada yang menyarankan supaya hubungan seks diadakan dengan wanita itu dan ada pula yang mengugut untuk merogolnya.“Dia terima SMS itu selepas buat laporan polis. Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis kedua berhubung SMS berkenaan,” kata peguamnya.“Ada antara SMS itu menggunakan huruf 'F' dalam perkataan bahasa Inggeris.”... SIAPAKAH MENTERI ITU????*gambar hiasan jelitik Perak ramas buah dada jurusolek

THE LINK BETWEEN ,,ALTANTUYA AND TEOH BENG HOCK,,

The link between Altantuya and Teoh Beng HockThis is the biggest cover-up in the political history of Malaysia and we all fell for it four years after the Altantuya Shaaribuu murder on 18 Oct 2006. When the murder was exposed in late 2006, those in UMNO who were opposed to Najib’s impending ascent to the PM's throne saw it as an opportunity to get rid of Najib through the ballot box in the 8 March 2008 General Election (GE).
But although the ruling party, Barisan National (BN) suffered badly, Najib managed to hold on to his seat by 500 votes through last minute postal votes inclusion. With Altantuya’s murder hanging over his head, Najib’s political career was hanging by a thread and not expected to mount a serious challenge to Badawi’s administration.
But Najib not only managed to force Badawi out of office but retook Perak by force and deception. It is one thing to take over a whole nation by physical force using the country’s corrupt police, administration and judiciary powers, it is another to wipe away from the minds of the voting population the “guilty image” of a PM involved in a gruesome murder. With the momentum gained in the 2008 GE, a murder tainted PM would definitely lead the ruling government into disastrous poll in 2012 even with massive doses of voting frauds.
If you cannot erase the memories of a gruesome murder like you erase the data files in your computer or even immigration records, what else can you do?  The next best strategy is to muddle the pool by creating even more turmoil and rumours so that the truth is hidden together with a pile of trash. Mass Deception is the latest technique in used all over the world now from 911 to the Gulf wars and financial scams.
Teoh Beng Huat mysterious and senseless death on 15 July 2009 at MACC headquarters was meant to provoke anger and hogged the limelight so that Altantuya’s murder pale in comparison and fade into the background; long enough for Najib to establish and stamp his authoritarian rule over a docile population. If Najib is successfully elected with a renewed and re-energised BN, Malaysia can look forward to another 20 years of dictatorial rule. Long enough to drain off Malaysia’s remaining wealth and bring the nation down to her knees become another Myanmar or Zimbabwe.
A comparison of Altantuya and Teoh Beng Huat murders bring out the extremes. Teoh’s murder needed to be so senseless over a few thousand dollars in comparison to the hundreds of millions of dollars in the Sorpene Submarine Scandal associated with the Altantuya’s murder. There was no apparent motive to contrast to the long drawn trysts between Altantuya, Baginda Razak and Najib Razak. The coroner’s inquiry lasted almost a year and the Royal Commision Inquiry will take just as long with an open verdict.
In contrast, the trial for Altantuya’s murder was swift and the crime limited to two police officers. The guilty principals were protected and escaped punishment but so far no one at MACC was even accused of Teoh’s murder. Teoh’s suicide letter was a long “after-thought” fabrication compared to Altantuya’s scribbled note.
There was no doubt as to how Altantuya died; by a C4 explosion that blew her to pieces in a hidden part of the jungle. Teoh’s death was meant to be controversial despite the dead body being intentionally “discovered” at MACC headquarters itself; without a shadow of doubt that Teoh had fallen from 14th Floor where he was interrogated. The CCTV recording was clearly used to reveal just enough to create ambiguities to confuse the situation.
Teoh was going to be happily married with a child along the way and a promising career to look forward to. In contrast, Altantuya was a “problem” to be discarded after a torrid love affair which would have destroyed the career of a deputy Prime Minister. The extremes in the two murders could not be so fortuitous without some deliberation on the second Teoh’s murder to muddle the pool and keep the focus of Altantuya’s murder. It is a Freudian slip and a mind game; designed to move attention to the other end of the light spectrum.
The question is whether the spate senseless police killings and brutalities that followed Teoh’s murder were similarly designed to provoke ill-feelings, public outcry and racial tension. The Malaysian public had been taken on a merry-go-round ride and made dizzy enough to vote back BN. It is human nature to revert back to the status quo amidst all the confusion and turmoil.
This message was brought to you at great risk to the writer. Judge for yourself the logic and sensibility of this article. Look beyond the magician’s deceptive hands as the future of Malaysia, your children and children’s children will be made to pay for one man’s folly and the insatiable appetite of his wife.
PAS may not capture Tenang but neither can BN be assured of a smooth ride.

KUALA LUMPUR: PAS seems to have lost its grip on the Tenang state seat in Johor, even before the countdown to polling day started.
However, Barisan Nasional (BN) is not expected to have a smooth sailing either, given the various issues being played up by PAS and its allies – DAP and PKR – at the national level.
The issues may not jeopardise BN’s chances of a victory, but they may make it harder for the ruling coalition to achieve its objective of doubling its majority gained in the 2008 general election.
Several controversial matters had cropped up lately including the open verdict returned in Teoh Beng Hock’s inquest, the appointment of the Selangor state secretary which involved the Selangor palace, the novel “Interlok” which raised the ire of the Indian community and the rising prices of food items.
Traditionally a BN seat, PAS has tried in vain to wrest the seat with the help of the DAP and PKR in the 2008 general election but failed.
In the 2008 political tsunami, BN received a sound drubbing to the extent that it lost its two-thirds majority, but in recent months, the turbulence in Pakatan Rakyat has given BN the opportunity to regain its strength all over the country.
Now BN feels confident of keeping Tenang in its bag.
Tenang, which has some 14,700-odd voters, comprises 49% Malays, 38% Chinese, 12% Indians and 0.9% others.
The constituency has a small busy town called Labis where the majority of the Chinese voters are located. They do business mostly with the four major Felda plantations where some 4,000-odd Malay voters reside and with small plantations where the Indians are the majority.
Big role
The Malay voters in the Felda plantations who at one time were PAS supporters have now “switched” camp and gone over to BN, according to some observers who went to Tenang for a preliminary survey.
They said that Felda management has played a big role in helping the settlers solve their problems, and they are no longer turning to PAS and PKR for help. Moreover, their confidence in the opposition has dwindled in the last two years.
Said an observer who spoke to the settlers: “They see PAS split between president Abdul Hadi Awang and spiritual adviser Nik Aziz Nik Mat, and PKR weakened with its de facto chief Anwar Ibrahim saddled with personal problems.
“Never underestimate the political understanding of these settlers. They too read newspapers and blogs and know what is going on in the opposition camp,” he said.
The observer said there were even rumours that Anwar would be coming to the Felda schemes “quietly” because the settlers are not too keen to want him around.
“However, what we fear here is the rising costs of food items which may affect voter sentiments, especially the Chinese given that the Chinese New Year is just around the corner.
“MCA president Dr Chua Soi Lek may have to do a lot of spade work to convince them that the hike in prices is a passing fad,” he added.
However, Chua, according to another observer, is well-liked by the Chinese voters and his son, Chua Tee Yong, has been servicing the constituents well.
As for Pakatan, its only hope of staying afloat is to harp on national issues to create public awarenes and a seismic shift towards its cause.
But still, the waters are rough despite the calm or “tenang” on the surface

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
PUTRAJAYA, 12 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menggunakan peti undi bercirikan hologram bagi menghindar persepsi negatif dan dakwaan pihak-pihak tertentu kononnya peti-peti undi terdedah kepada unsur-unsur manipulasi. Buat julung kali peti undi yang membawa pelekat hologram keselamatan itu akan digunakan ketika pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri kerusi Tenang bulan ini sebelum diperluaskan ketika pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya umum kelak.
“Ia akan digunakan kali pertama ketika pilihan raya kecil di Tenang, kemudian di Sarawak dan semasa pilihan raya umum ke-13,” kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam.
SPR menggunakan peti undi lut sinar pada pilihan raya umum 2008 buat julung kali.
“Peti undi kita ini memang selamat, tapi ada orang kata peti undi ini boleh dibuang ke dalam sungai, ditukar dengan peti undi baru dan kertas undi lain, dimanipulasi... saya pun ketawa bila dengar dakwaan macam itu.
“Jadi untuk meyakinkan orang ramai, kita akan menggunakan pelekat hologram ini pada setiap peti yang akan digunakan,” kata beliau.
Difahamkan dakwaan seumpama itu dikeluarkan ketika pilihan raya kecil Batang Ai, Sarawak awal tahun lalu.
Katanya, kertas-kertas undi dalam peti undi tidak mungkin boleh diubah kerana ada borang yang memberikan butiran jumlah kertas undi dikeluarkan dan diperuntukkan.
Borang itu tidak boleh diubah sembarangan dan ditandatangani di depan ejen-ejen calon, kata beliau.
Justeru setiap peti undi akan mempunyai nombor siri yang berbeza, yang hanya dapat dilihat menggunakan alat khas, kata beliau.
“Masing-masing peti undi ada nombor keselamatan tersendiri, jadi tidak timbul soal meragui keselamatan peti undi, kononnya peti undi ditukar dalam tengah perjalanan,” katanya.
Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang akan diadakan hujung bulan ini dengan hari penamaan calon 22 Januari manakala pengundian pula 30 Januari.
Mengenai kos, kata beliau, langkah keselamatan terbaru itu tidak melibatkan perbelanjaan yang besar.
Kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Putra (UPM) hari ini tampil menyuarakan tuntutan supaya pentadbiran universiti memberi "peluang sepenuhnya" kepada mahasiswa untuk menguruskan pilihan raya kampus.

Tuntutan itu disuarakan oleh gerakan pelajar berkenaan menerusi satu memorandum yang diserahkan kepada timbalan naib canselor hal ehwal pelajar UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan pagi ini.

Memorandum berkenaan juga menggesa supaya pelajar dibenar menjalankan pilihan raya berkenaan "bermula dari proses pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi."

Pengerusi Pro-M UPM Syed Shafiq Syed Hashim berkata tuntutan itu dikemukakan kerana "pihaknya sudah hilang kepercayaan terhadap jawatankuasa yang diamanahkan" untuk menguruskan pilihan raya kampus.

Katanya, beliau bersama tiga lagi pemimpin mahasiswa kampus itu telah bertemu dengan Mohd Fauzi bagi mendesak UPM menubuhkan sebuah jawatankuasa di peringkat mahasiswa seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menguruskan sendiri pilihan raya kampus.

Bercakap dalam sidang media yang diadakan di kampus tersebut hari ini, Syed Shafiq juga berkata, tidak ada sebab mengapa mahasiswa tidak boleh menguruskan pilihan raya kampus mereka sendiri.
Suhakam pemerhati
"Di kampus ini, lebih kurang 15,000 pengundi (mahasiswa). Kita boleh buka secara umum siapa yang mahu menjadi anggota jawatankuasa (untuk mengurus pilihan raya).

"Kami juga bertegas dan menuntut supaya sebuah jawatankuasa seperti Pemantau Pilihan raya Bersih dan Adil (Mafrel) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diberi kebenaran dan kebebasan untuk menjadi pemerhati dalam pilihan raya kampus agar ianyaberjalan secara telus tanpa korupsi dan sebarang penyelewengan," katanya.

Syed Shafiq memberi alasan bahawa tuntutan itu dibuat berdasarkan kepada beberapa fakta kes yang berlaku dalam pilihan raya kampus yang lalu.

"Antaranya, pembatalan semua calon pro-Mahasiswa UPM di kerusi umum kerana didakwa melanggar tatacara kempen," katanya.
Syed Syafiq juga mendakwa peraturan kempen sedia ada itu juga "aneh dan lucu" kerana tidak mahasiswa dibenarkan berkempen di mana-mana laman web, blog, sistem pesanan ringkas serta media elektronik.
Lanjutkan tempoh kempen
Dalam pada itu, presiden Pro-M Nasional, Mohd Taufiq Abdul pula berkata pentadbiran universiti perlu melanjutkan tempoh kempen untuk pilihan raya kampus sehingga seminggu.

Bercakap di sidang media yang sama, Mohd Taufiq berkata, tempoh yang ditetapkan untuk kempen tahun lepas terlalu singkat.

"Kalau di Universiti Malaya (UM) tahun lalu, 2 hari 1 malam... Jadi kita nak tahun ini diselaraskan (tempoh berkempen)," kata mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM itu lagi.

Turut hadir di sidang media itu ialah Jurucakap Gerak Mahasiswa Maju UPM Gan Zhi Jie.