Tuntutan itu disuarakan oleh gerakan pelajar berkenaan menerusi satu memorandum yang diserahkan kepada timbalan naib canselor hal ehwal pelajar UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan pagi ini.
Memorandum berkenaan juga menggesa supaya pelajar dibenar menjalankan pilihan raya berkenaan "bermula dari proses pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi."
Pengerusi Pro-M UPM Syed Shafiq Syed Hashim berkata tuntutan itu dikemukakan kerana "pihaknya sudah hilang kepercayaan terhadap jawatankuasa yang diamanahkan" untuk menguruskan pilihan raya kampus.
Katanya, beliau bersama tiga lagi pemimpin mahasiswa kampus itu telah bertemu dengan Mohd Fauzi bagi mendesak UPM menubuhkan sebuah jawatankuasa di peringkat mahasiswa seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menguruskan sendiri pilihan raya kampus.
Bercakap dalam sidang media yang diadakan di kampus tersebut hari ini, Syed Shafiq juga berkata, tidak ada sebab mengapa mahasiswa tidak boleh menguruskan pilihan raya kampus mereka sendiri.
Suhakam pemerhati
"Di kampus ini, lebih kurang 15,000 pengundi (mahasiswa). Kita boleh buka secara umum siapa yang mahu menjadi anggota jawatankuasa (untuk mengurus pilihan raya).
"Kami juga bertegas dan menuntut supaya sebuah jawatankuasa seperti Pemantau Pilihan raya Bersih dan Adil (Mafrel) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diberi kebenaran dan kebebasan untuk menjadi pemerhati dalam pilihan raya kampus agar ianyaberjalan secara telus tanpa korupsi dan sebarang penyelewengan," katanya.
Syed Shafiq memberi alasan bahawa tuntutan itu dibuat berdasarkan kepada beberapa fakta kes yang berlaku dalam pilihan raya kampus yang lalu.
"Antaranya, pembatalan semua calon pro-Mahasiswa UPM di kerusi umum kerana didakwa melanggar tatacara kempen," katanya.

Syed Syafiq juga mendakwa peraturan kempen sedia ada itu juga "aneh dan lucu" kerana tidak mahasiswa dibenarkan berkempen di mana-mana laman web, blog, sistem pesanan ringkas serta media elektronik.
Lanjutkan tempoh kempen
Dalam pada itu, presiden Pro-M Nasional, Mohd Taufiq Abdul pula berkata pentadbiran universiti perlu melanjutkan tempoh kempen untuk pilihan raya kampus sehingga seminggu.
Bercakap di sidang media yang sama, Mohd Taufiq berkata, tempoh yang ditetapkan untuk kempen tahun lepas terlalu singkat.
"Kalau di Universiti Malaya (UM) tahun lalu, 2 hari 1 malam... Jadi kita nak tahun ini diselaraskan (tempoh berkempen)," kata mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM itu lagi.
Turut hadir di sidang media itu ialah Jurucakap Gerak Mahasiswa Maju UPM Gan Zhi Jie.

No comments:
Post a Comment