Wednesday, January 12

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MPAS S'gor makin mesra dengan KhusrinPesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau percaya isu berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) akan dapat diatasi.Hasan berkata, beliau sebelum ini pernah menghadapi masalah ketika bekerjasama dengan Mohd Khusrin yang ketika itu menjadi pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Exco hal ehwal agama Islam itu menjelaskan, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya.Bagaimanapun, masalah timbul apabila Khusrin mengambil pendekatannya sendiri dalam isu-isu tertentu ketika melaksanakan dasar berkenaan.Bercakap dalam satu sidang media di Gombak hari ini, Hasan berkata isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.NONETambahnya, beliau mungkin akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Mohd Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan.Katanya lagi, isu yang timbul susulan daripada pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK lebih banyak disebabkan amalan biasa tidak dipatuhi.Jelasnya, ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan boleh melantik sesiapa yang diingininya, namun ia hendaklah mengikut amalan biasa."Ia mungkin tidak dinyatakan dalam undang-undang, tetapi mengikut amalan biasa, kerajaan negeri mesti dirunding sebelum SUK dilantik," katanya.Malah, beliau berkata pelantikan ketua setiausaha sesebuah kementerian juga perlu menerima kelulusan menteri terbabit, mengikut amalannya.Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin.Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu."Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya. -mk
PAS beri ingatan kepada pimpinannya di SelangorKUALA LUMPUR, 12 Jan: PAS memberikan ingatan kepada pimpinannya di Selangor supaya tidak bertindak atau membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian yang telah diputuskan oleh PAS seperti yang dinyatakan oleh presidennnya baru-baru ini.Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS bersama dengan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa mereka akan menyokong penuh pucuk pimpinan kerajaan negeri di Selangor dalam menghadapi isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.Antaranya adalah menyokong penuh cadangan meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam perlantikan pegawai kanan kerajaan negeri sebagaimana yang diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.(Gambar: Presiden PAS mengimamkan solat hajat di Stadium Melawati)"Saya ingin mengingatkan semua pihak khususnya pimpinan PAS Selangor supaya tidak membuat kenyataan atau tindakan yang berbeza dengan apa yang telah dinyatakan sebagai pendirian parti."Saya mengikuti perkembangan di Selangor secara dekat dan berharap tidak ada pimpinan di Selangor yang mengambil pendekatan berbeza ini," katanya kepada Harakahdaily.Semua pimpinan utama PAS berhimpun di Stadium Melawati, Shah Alam baru-baru ini bagi menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kerajaan negeri Selangor."Majlis ini dianjurkan oleh pimpinan PAS untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN.“Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. Pakatan Rakyat makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam perhimpunan besar-besaran itu.Turut hadir di majlis ini adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin kanan dari kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini.Hari ini media menyiarkan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali yang antara lain menyatakan, beliau boleh bekerja dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dilantik kerajaan Pusat iaitu Datuk Khusrin Narawi kerana beliau pernah bekerja dengan kerajaan.Beliau juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri Selangor supaya tidak menyerang Khusrin secara peribadi kerana "ia tidak adil dan boleh menimbulkan masalah dengan 28,000 kakitangan kerajaan yang ada.""Jika mereka buat piket, kita akan bermasalah," kata Hassan sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini. -harakahdailyUlasan GBTatkala semua ahli Pakatan Rakyat menentang perlantikan Mohd Khusrin sebagai SUK Selangor, muncul Hassan Ali membelanya. Itu kepala UG di Selangor.Hassan Ali sepatutnya sudah lama digugurkan dari jawatannya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Selangor. Kenyataan Hassan Ali di atas merupakan satu tamparan hebat kepada PR Selangor dan ia menepati ulasan GB
sebelum ini. Petikan:Nampaknya, Selangor akan dirampas kembali oleh UMNO BN. Itu maksud simbolik yang ditunjukkan ekoran kejayaan Khusrin memasuki pejabatnya pagi ini.Dia akan melakukan apa saja untuk "menurut perintah" pihak yang menghantarnya - ya apa saja - dengan membuka songkoknya yang dipakai semasa menjadi Pengarah JAIS, apabila memasuki pejabat SUK seawal jam 6.45 pagi ini.Diperburukkan oleh wujudnya pemimpin talam dua muka di dalam kerajaan PR Selangor yang bakal menyokong Khusrin. Anda sudah kenal siapa mereka yang dimaksudkan!Dialah ikan berkepala buaya yang pernah muncul di Selangor beberapa bulan lalu. Petikan ulasan GB mengenainya:Ikan berkepala buaya - sungguh dasyat. Dia ada di kalangan manusia. Ada di dalam kalangan kita juga. Badannya bersama-sama jemaah, tetapi kepalanya tak sama dengan kita. Kepalanya serupa musuh yang suka membaham. Dan kisah ini tidak jauh, di negeri Selangor adanyaARHAEN

No comments:

Post a Comment