Monday, January 17

PRK DUN Tenang : Alhamdulillah, Inilah Calon Kita dan Suaminya diarah Tukar 24 Jam!

oleh Sutera Biru pada pada 16hb Januari 2011 pukul 11.45 ptg

Sebentar tadi menerusi Twitter Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mengesahkan calon Pakatan Rakyat dari PAS, Normala Sudirman (38 Tahun) dipilih secara rasmi mewakili Pakatan Rakyat bagi merampas kerusi DUN Tenang yang
dikosongkan berikutan kematian Adun Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lalu.

Turut hadi bersama dalam pengumuman calon adalah Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan puluhan pemimpin Pakatan Rakyat di hadapan markas PAS Labis di sini.Normala merupakan Ketua Dewan
Muslimat PAS Kawasan Labis. Dan maklumat terkini menerusi Twitter Ketua AMK Shamsul Iskandar mendedahkan Normala dan suaminya yang merupakan guru telah diarahkan bertukar ke Johor Bharu dengan notis 24 jam!

Dengan keputusan calon yang telah dibuat sebentar tadi maka kita wajar semakin bersemangat untuk teruskan gerak kerja secara bersama dan istiqamah. Cermati langkah dalam mengatur strategi, dengan usaha dan izin Allah kita dapat mengecapi kemenangan meskipun di kubu lawan.Ayuh Selamatkan Malaysia!! Allahuakbar!!!!

No comments:

Post a Comment