Wednesday, January 5, 2011
Tok Guru Tidak Nafi Berlakunya Perbincangan UG Sewaktu Majlis Persantapan
NOTA EDITOR: Membaca kenyataan rasmi TOk Guru Nik Aziz berkaitan dengan kontroversi Perjumpaan Dalam Gelap 2, saya tak nampak walau SATU PATAH penafian dari Tok Guru Nik Aziz atas berlakunya perbincangan "PERPADUANG". Yang dapat dibaca adalah bagaimana Tok Guru dijemput ke majlis persantapan dan beliau tidak mahu mendedahkan apa yang telah dibincangkan dalam majlis tersebut.
Sudah tentulah Tok Guru tidak akan mendedahkan butiran perbincangan secara terbuka kerana ianya melibatkan Istana. Sekiranya Tok Guru mendedahkan butiran perbincangan kepada umum, maka Tok Guru boleh dituduh sebagai menderhaka atau tidak menghormati Raja-Raja Melayu.
Apa yang Tulang Besi nampak juga, gambar Hj Mustafa Ali dan Presiden PAS tidak berapa ceria sewaktu sidang akhbar tersebut:
Yang jelasnya, khabar Presiden PAS menghadiri majlis tersebut adalah benar. Dan, khabar berlaku perbincangan dalam gelap ke arah PERPADUANG tidak dinafikan oleh Tok Guru Nik Aziz dalam KENYATAAN BERTULIS beliau.
Sama sama kita tunggu perkembengan selanjutnya, inshaalah
Tulang Besi
Kenyataan Media
Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
Merangkap al-Mursyidul Am PAS
Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :
Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.
Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.
Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.
Terima kasih. Wassalam.
“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”
TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.
And here is the rest of it.
No comments:
Post a Comment