Monday, February 28

PRK Kerdau : Selepas Berpuluh Tahun Memerintah, Kerdau Hanya Dapat 10 Juta?

Peruntukan hampir RM10,000,000 untuk :

  • Projek menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta.
  • Projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000,
  • Projek membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000)
  • Projek membina Balai Bomba sukarela (RM150,000).


Dalam pada itu, Najib menegaskan bahawa kesemua projek berkenaan ialah untuk memancing undi,kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengekalkan kemenangan Barisan Nasional lebih lebih lagi jika tibanya pilihanraya kecil seperti ini.

"Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya memang kena cakap, sebab saya secara terang terangan membeli undi. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap di dua majlis berasingan di majlis ramah mesra bersama penduduk Batu Sawar dan ramah mesra bersama masyarakat Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau di sini. Katanya, kerajaan BN sentiasa melakukan projek bagi pembangunan dan keselesaan diri sendiri,merompak dan menzalimi rakyat sejak merdeka walaupun kepimpinannya silih berganti.

Sajak untuk UMNO, PAS dan PKr

Sajak untuk UMNO, PAS dan PKR









UMNO
PAS
PKR
tidak akan dihisab
di Yaumil Mahsyar
kerana ia abstrak
bukan manusia
tetapi manusia
di belakang
UMNO
PAS
PKR
akan dihisab
di Yaumil Mahsyar.

Setiap amal dengan niat
niat itu yang akan dikira Allah
justeru ada sahabat yang mati berjuang di medan perang dimasukkan ke dalam neraka
kerana nawaitunya bukan kerana ALLAH.

Ini bukan sajak politik
ini sajak amar makruf
berjuanglah
untuk keredhaan ALLAH
bukan keredhaan manusia.

Setiap yang ada di atasnya (muka bumi) akan binasa. Yang kekal zat Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (Ar Rahman

( PANTUN MATI ) untuk peringatan diriku dan kepada semua hamba2 Allah yang masih hidup ini..

 

oleh[ tinta hijau]









sampailah waktu ajal akan datang
malaikat maut segera menjelang
dicabut nyawa tiada terbilang
sakit terasa bukan kepalang

mati itu terlalu sakit
di dalam kubur terlalu sempit
ular dan kala datang mengigit
papan dan bumi pula datang menghimpit

masuklah mayat ke dalam bumi
mungkar dan nakir tanyakan diri
tiada terjawab amalan sendiri
dipukul malaikat ke dasar bumi

setelah dikubur baru menyesal
teringat diri membuat dosa
teringat diri tiada beramal
tak mungkin lagi pulang ke dunia

mati itu terlalu lazat
bagi syuhada di medan jihad
oleh itu wahai sahabat
iman di dada perlu ditingkat

'ORANG YANG PALING BANYAK INGAT KEPADA MATI DAN PALING BANYAK
PERSIAPANNYA UNTUK BEKALAN MATI,ITULAH ORANG YANG BETUL-BETUL CERDIK'
( RIWAYAT; Malik Ibnu Hajar)

SALAM SAYANG UNTUK SEMUA RAKAN2 FB)

Bukan semua yang kita nak,akan dapat

Bukan semua yang kita nak,akan dapat

Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH SWT...sedikit perkongsian untuk kita renungi bersama,insya'ALLAH mudah-mudahan ianya bermafaat untuk kita.

Dalam dunia ini, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai. Banyak perkara dalam pelbagai situasi kita tidak dapat apa yang kita hajati. Walaupun kadangkala kita telah berusaha bersungguh-sungguh, kadangkala telah bermati-matian memikirkan strategi. Tetap tidak berjaya juga kita mendapatkannya.hakikatnya itulah lumrah kehidupan.
Persoalannya, bagaimanakah kita merasionalkan diri kita dalam menerimanya?

Kita tidak tahu
Pertama sekali, kita perlu melihat kembali betapa hakikatnya kita tidak mengetahui apakah pilihan yang baik atau pilihan yang buruk pada kita.tetapi ALLAH maha mengetahui:
“Telah diwajibkan kepada kamu berperang, padahal (perang)itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa” Surah Al-Baqarah 216.

Boleh jadi apa yang kita hajatkan, apa yang kita mahu, bakal memberikan keburukan kepada kita. Apabila tidak mendapat apa yang kita hajatkan, boleh jadi hakikatnya kita sedang diselamatkan oleh ALLAH SWT atas keburukan yang bakal kita hadapi.perkara ini tersimpan di dalam HIKMAH Dan HIKMAH tidak semestinya kita ketahui pada masa ianya terjadi."Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa”.

Belum bersedia
Ada kemungkinan juga, kita belum bersedia atas apa yang kita hajati itu. Kemungkinan apa yang kita hajati itu datangnya ia bersama tanggungjawab yang besar. Contohnya, hajat hendak berkahwin, tetapi Allah tidak izinkan pada waktu yang kita hajati. Ada kemungkinan Allah tidak izin itu kerana kita belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
Begitulah juga dengan kejayaan-kejayaan dalam kehidupan. Biasanya, kejayaan akan datang bersama tanggungjawab.
Kemungkinan besar, Allah tidak mengizinkan kita mencapai kejayaan itu, kerana diri kita masih tidak mampu memikul tanggungjawab yang hadir bersamanya.

Dosa
Kadangkala, hajat kita tidak tercapai adalah kerana kita ada perkara yang belum selesai dengan Allah SWT. Maka Allah tidak memenuhi hajat kita kerananya.
Sebab yang hendak memberikan segala perkara terjadi adalah Allah SWT. Dan Dia berkuasa untuk tidak membenarkannya.

Berusaha untuk positif dengan Allah
Allah Maha Mengetahui. Dia tahu kita siapa. Dia yang paling kenal kita. Dia yang paling mencintai kita. Justeru sekiranya ada perkara-perkara yang kita rasakan buruk menimpa kita, sepatutnya kita perlu kembali memuhasabah diri.
Mengapakah kita tidak dapat apa yang kita hajati? Jangan sekadar memandang secara teknikal. Ada kemungkinan lain selain hal teknikal yang menyebabkan hajat kita itu tidak tercapai, usaha kita itu tidak berhasil.
Dan sepatutnya, perkara ini kita patut pandang pada sudut kasih sayang Allah.
Ada kemungkinan Allah hendak menyelamatkan kita dari sesuatu yang kita tidak tahu, sebab itu Dia menghalang dari hajat kita tercapai. Ada kemungkinan kita masih belum mampu, lantas Allah tahan dahulu kita dari mendapat apa yang kita hajati, agar kita tidak terkapai-kapai di kemudian hari. Ada kemungkinan Allah hendak mendidik kita, agar lebih dekat denganNya, sebab itu kerana dosa kita Dia tidak membenarkan kita mendapat apa yang kita hajati.
Allah itu Maha Penyayang.
Jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagian dari kasih sayangNya.
“Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku…”(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain).


oleh itu marilah kita sentiasa memahami bahawa di dalam kehidupan, bukan semua perkara yang kita hajati akan berjaya kita capai.jangan rasa kecewa apabila tidak mendapat apa yang kita hajatkan. Pandanglah dari sudut yang positif. Fikir jauh ke hadapan. Jika kita manusia yang punya ikatan dengan ALLAH SWT, maka kita akan berlapang dada, bersangka baik dengan aturan-aturanNya kepada kita.
Sekiranya kita mampu memahami perkara ini, lumrah ini, hakikat ini, insya'ALLAH jiwa kita tidak akan rasa terbeban kerana kita sentiasa positif.
Positif, sentiasa membuahkan positif yang lain, Insya'ALLAH....

Jauhilah Perkara Syubahat Untuk Menjaga Agama dan Kehormatan Diri.

 

oleh Abu Basyer pada pada 27hb Februari 2011 pukul 6.48 ptg
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap perkara yang halal dan haram cukup jelas di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T. tidak meninggalkan perkara asas dan pokok di dalam al-Quran mengenai urusan akidah, ibadah, syariah  dan akhlak yang mulia. Walaubagaimana pun di antara perkara yang jelas halal dan haram ada perkara-perkara yang  syubhat iaitu perkara yang samar-samar di antara yang halal dan haram tadi. Orang mukmin yang bersifat warak akan meninggalkan perkara syubhat kerana dia khuatir tanpa disedari ianya boleh terjatuh kepada perkara yang haram.

Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Nukman bin Basyir r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah S.A.W.  bersabda, sambil Nukman memegang kedua belah telinganya : "Sesungguhnya perkara halal itu jelas dan perkara haram itu pun jelas. Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai.

Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram, seperti penggembala yang menggembala di sekitar kawasan larangan, maka kemungkinan besar binatangnya akan memasuki kawasan tersebut.

Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya.

Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis ini  jelas nyata apa yang nak di beritahukan kepada kita. Secara terang dan jelas Rasulullah SAW telah mengajar kita bukan hanya apa yang halal dan haram bahkan syubhat. Untuk memudahkan pemahaman umatnya, baginda membuat contoh yang jelas.

Kita ambil contoh buah rambutan misalnya, tidak ada orang di dalam dunia ini menyatakan benda itu haram kerana telah jelas bahawa buah itu halal. Begitahu juga sebaliknya. Adakah di antara kita yang mengatakan babi itu halal? Sudah pasti tidak. Kerana Allah telah pun tetapkan sedemikian.

Di dalam dunia ini sekarang, pelbagai benda umat Islam terlibat dalam perkara yang haram. Secara tidak sengaja mahupun sengaja. Kalau sengaja tu memang mencari nahas.  Minum arak contohnya jelas haram tetapi masih ada umat Islam yang tidak peduli dan terus menerus meminim arak. Ketahuilah bahawasanya mereka ini bukan mencabar manusia lain tetapi mencabar Allah. Ingat, Allah berhak buat apaapa kepada hambanya. Dengan hanya mengatakan "Kun fayakun" maka binasalah mereka. Seperti yang tertera di dalam  Surah Yaasin, ayat 82 yang bermaksud;
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya, apabila Ia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada benda itu:"Jadilah engkau!".Maka ia terus terjadi."

Contoh yang tidak sedar adalah riba. Riba merupakan satu gejala yang satu ketika dahulu memang tidak dapat dielakkan. Tiada bank yang menggunakan sistem Islam. Tapi sekarang sudah ada Bank Islam, Bank Muamalat dan bank-bank lain pun telah membuka kaunter perbankan cara Islam. Maka tiada alasan untuk seseorang menghindarkan diri dari riba.

Sesungguhnya riba merupakan salah satu dosa besar seperti yang dinyatakan dalam hadis di bawah: Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah telah bersabda maksudnya : "Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk neraka atau dilaknati oleh Allah. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda maksudnya :
"1. Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukan-Nya.
2. melakukan perbuatan sihir.
3. membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak.
4. memakan harta anak yatim.
5. memakan harta riba.
6. lari dari medan pertempuran dan
7. memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya dengan fitnah melakukan perbuatan zina."

Manakala di antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara syubhat yang tidak diketahui oleh orang ramai. Memang tak dapat dinafikan, tidak semua perkara telah Allah dan Rasul nyatakan sama ada halal atau haram sesuatu itu. Namun begitu tak bermakna apabila Allah dan Rasul tidak mengatakan mengenainya, perkara itu halal.

Rasulullah SAW telah menjelaskan di dalam hadis di atas bahawa antara halal dan haram, terdapat perkara syubhat. Syubhat merupakan seuatu perkara yang tidak pasti akan hukumnya. Syubhat juga boleh juga ditakrifkan sebagai perasaan was-was akan sesuatu perkara. Walaupun syubhat bukanlah halal atau haram, tidak bermakna perkara syubhat boleh dilakukan sesuka hati.

Oleh yang demikian, Rasulullah SAW menjelaskan lagi :

"Oleh itu, sesiapa menjaga diri dari perkara syubhat, dia telah bebas (dari kecaman) untuk agamanya dan kehormatannya dan sesiapa yang terjerumus ke dalam syubhat, bererti dia telah terjerumus ke dalam perkara haram."

Dari penyambungan hadis di atas, terang dan jelas syubhat bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan. Kerana Rasulullah SAW menekankan sesiapa menjauhkan perkara syubhat, maka dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya manakala jika sesiapa mengamalkan amalan syubhat, bermakna  kita mengamalkan perkara yang haram. Bukankah itu satu penekanan yang berat.

Di dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang menjauhi syubhat, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhat, ia seolah telah jatuh dalam yang haram" ( Riwayat Muslim)

ULASAN HADIS :

1. Hadis ini mengingatkan kita agar sentiasa berhati-hati dalam kehidupan seharian yang kita lalui.

2. Apabila kita meragui sesuatu perkara,seharusnya kita menjauhkan diri daripada melakukan perkara tersebut kerana dikhuatiri kita terjerumus dalam melakukan perkara yang haram.

3. Jika kita berhati-hati dan mengambil berat mengenai urusan agama dan perkara yang berkaitan dengannya, sudah pasti kita akan dapat menjauhi diri daripada terjebak
dengan perkara yang diragui atau syubhat sekaligus menjauhkan diri kita daripada terlibat dengan perkara yang haram.

4. Ingatlah, jika kita tidak berwaspada, kita akan mudah terbabit dengan perkara-perkara syubhat dan sekaligus mendedahkan kita pada perkara-perkara yang haram.

Justeru,elakkan diri dariapda perkara-perkara yang syubhat agar kita dapat menjaga diri dan agama kita serta ahli keluarga.


Contoh perkara-perkara syubahat adalah seperti berikut :

1. Bekerja sebagai juruwang di bank perdagangan yang menggunakan sistem konvensional(menggunakan sistem riba)

2. Makanan dan minuman daripada luar negara (walaupun daripada negara Islam) yang tidak ada pegesahan tanda halal oleh negara tersebut atau daripada Jakim. Di khuatiri makanan tersebut dibuat oleh orang bukan Islam dari negara tersebut.

3. Makan dan minum di hotel, restoren, cafeteria atau kopitiam yang tidak ada kelulusan Jakim, kelulusan halal daripada luar negara boleh dipertikaikan sebab tidak ada siapa yang boleh mengesahkan dan pantau kehalalannya.

4. Makanan dan minuman yang dikeluarkan oleh syarikat bukan muslim yang tidak ada kelulusan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama negeri-negeri.

5. Menerima hadiah atau hamper oleh kakitangan kerajaan (yang menguruskan tender atau pembekalan barang-barang) daripada syarikat-syarikat pemborong yang ada kepentingan perniagaan. Di khuatiri ada unsur-unsur rasuah.

6. Apa sahaja samaada pekerjaan, makanan, minuman, perkhidmatan yang mana di situ ada keraguan dan boleh menimbulkan fitnah atau kesangsian ianya boleh dikategorikan sebagai perkara syubahat.

7. Melabur di dalam pelaburan internet yang tidak jelas skimnya dan menyerupai skim cepat kaya. Tidak ada perjanjian dan muamalah yang jelas mengikut sistem Islam.

8. Membeli, menjual, membuat dan menghisab rokok. Sesetengah ulama mengatakan ia haram (dengan huraian yang terkini) manakala yang lain mengatakan makruh. Jabatan Fatwa Perak sebulat suara mengatakan rokok itu haram di sokong oleh Jabatan Agma Islam di Selangor. Walaupun majlis fatwa negeri-negeri tidak 100% mengatakan ia haram, bukankah perbuatan ini syubhat dan menurut hadis di atas dan boleh terjerumus ke dalam perkara yang haram. Ini kerana Rasulullah SAW telah bersabda bahawa mengamalkan perkara syubhat itu merosakkan kehomatan diri sendiri. Marilah kita cuba berhenti beramai-ramai. Memang tidak dapat dinafikan untuk berhenti itu sukar. Tetapi ingat Allah ada berfirman di dalam al-Quran surah al-Talaaq ayat 3 yang bermaksud :" dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya)."

9. Membeli lembu, kambing atau ayam daripada tuan binatang ternak  yang tidak menjaga  binatang belaan mereka. Binatang tersebut dilepaskan dengan bebas. Kita khuatir binatang tersebut telah memakan tanaman orang lain dan tuannya membiarkannya saja. Oleh itu binatang seperti ini termasuk di dalam perkara syubahat. Belilah binatang-binatang ternak yang jelas makanannya daripada sumber yang halal.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhkan diri kita daripada perkara-perkara yang haram samaada makan, minuman, perbuatan dan pertuturan. Kita juga perlu jauhkan diri kita daripada perkara-perkara syubahat yang tidak jelas halal dan haram semata-mata untuk menjaga agama  dan kehormatan diri supaya  tidak tergelincir kepada perkara yang haram.

Friday, February 25

Ni lah kerja puak2 haramjadah umNO ni ...

 


umNO Pahang rasuah ahli pemimpin Keadilan keluar parti

KUALA LUMPUR: KEADILAN mendedahkan beberapa laporan dalaman parti mengenai usaha tersusun Umno untuk merasuah pimpinan akar umbi KEADILAN supaya keluar parti menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau dan Kerdau Mac ini.

Terbaru, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifudin Nasution Ismail, berkata Umno Pahang dikatakan memujuk lima pimpinan cabang parti di negeri itu untuk keluar parti bersama kira-kira 500 anggota.

“Mereka dijanjikan ribuan ringgit dan projek untuk mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat,” katanya pada kenyataan media yang dibacakan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam sidang media di ibu pejabat parti. Hadir sama, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau adalah yang pertama di Pahang dan ia dilihat menguji sejauh mana sokongan rakyat di negeri itu terhadap kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Saifuddin berkata, parti sedang mengumpul bukti lengkap berkenaan taktik Umno BN dan mendedahkannnya dari semasa ke semasa.

“Ini perlu dipandang serius Suruhanjata Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana gejala itu adalah kesalahan serius dan jika SPRM enggan membasminya, ia akan menjadi asam garam politik Malaysia.

“KEADILAN juga akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana anggota parti yang terlibat menerima rasuah dengan menggantung keanggotaan serta-merta sementara siasatan penuh dijalankan.

“Ini keputusan parti sebagaimana yang diputuskan Biro Politik pada mesyuarat 23 Februari lalu,” katanya yang kesal berikutan Umno BN setiap kali menjelang PRK menggunakan media untuk melaporkan kononnya ahli KEADILAN keluar parti.

Peliknya, Saifuddin berkata, ada antara yang dilapor keluar parti itu sudahpun lama meninggalkan KEADILAN tetapi dilapor kembali bagi mengelirukan pengundi. -KeadilanDaily

Cerita geli-geli malam ni ...

 



Kata Ismail Sabri menteri KPDNKK
walaupun harga minyak tengah melambung sekarang ni ...
hahaha, itu lah baiknya kerajaan pimpinan najib 1Malaysia ni,

sapa kata najib tak baik?
najib sentiasa mengutamakan rakyat ...
rakyat didahulukan ... rakyat sentiasa diambil berat.
Kerajaan najib amat peka pada kesusahan rakyat,
tidak menaikkan minyak sewenang-wenangnya

najib tahu akan penderitaan rakyat kalau minyak di naikkan
rakyat akan berdemo lagi depan PETRONAS KLCC
rakyat akan berarak lagi dari masjid KLCC ke Menara KLCC
jadi najib tak akan buat semua tu

Sebab ...
rakyat akan marah kalau minyak naik lagi,
bila rakyat marah
maka orang Kerdau marah
orang Merlimau pun marah

hahahahaha minyak tak akan naik lagi walaupun minyak dunia dah naik
bukan sebab najib takut rakyat marah
tapi ...
minyak tak dinaikan
SEBAB PRK MERLIMAU
SEBAB PRK KERDAU ....
sama-sama kita tunggu ....
rakyat bakal ditipu lagi ....
selepas PRK nanti ...

Jumuud... Kucuut... Kemetuutt...

 


Ini jer lah bahasa dan perkataan yang paling sesuai untuk menerangkan mentaliti puak-puak lahanat bawah tempurung UMNO ni.

Jumuuuud.... Kucuuuttt..... dan Kemetuuuutt....!!

Pandangan orang langsung tak boleh terima. Mereka jadi defensif dan giler babi. Puak-puak mereka seolah-olah maksum dan hebat belaka. Weh.... hilangkanlah sikap perasan tu, okay?? Poyonya...

Teguran para pakar, jika terkena batang hidung mereka, akan dianggap sebagai satu penentangan terhadap mereka. Berbeza pendapat dengan mereka.... satu penentangan. Ciiittt...!! Umur dah tua bangka, tapi otak....... masih 'separuh masak'. Haprak dan berkelodak!!

Hello.... grow up pleazzzzz!! Setiap orang berhak mengeluarkan pandangan dan pendapat, terutama, jika ia ada kaiatn dengan kepentingan negara. Mentang-mentanglah yang lantik si Isa tu, ialah Najib.... maka murni sungguhkan tindakannya itu hinggakan tak boleh disanggah dan dipertikaikan??

Weh.... cukup-cukuplah menjilat tu oi. Kalau nak jilat pun, berpada-padalah.... Jangan sampai otak jadi sasul dan tak boleh nak berfikir secara waras dah. Ha...ha...ha... Kuat menjilat ni ada negatif effect pada pertumbuhan otak. Otak tak boleh mature dan tak boleh berkembang. Ia akan jadi...... jumud, kecut dan kemetot!!

Haaaa.....dengar sini. Apa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul serta Datuk Dr Zainal Aznam Mohd. Yusof adalah satu tindakan patriotik. Dalam isu Isa Samad dan Felda ini.... terpancar patriotisme mereka. Mereka bercakap demi kepentingan ekonomi negara yang semakin merudum.

Pelantikan Isa Samad, on the other hand... dilihat akan melingkupkan lagi ekonomi Malaysia. Skandal rasuah Isa Samad, is bad for business. Itu nasihat dan pandangan pakar. Para penjilat..... shut up!! Lu orang apa tau...?

Kalau otak jumud... kecut dan kemetot, menjilat dan membodek jer ler yang depa tahu.... Ha...ha...ha... bab tu, depa dah sampai tahap PAKAR!! Tahniah!!
 
 A Mum Of Three Mohd

Ketuanan Bangang : SPR kabur tentang 'lu tolong gua, gua tolong lu'..." lu kencing gua..gua kencing lu"..,!!!!

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini enggan menyatakan pendiriannya sama ada pemberian 'habuan' dalam kempen pilihan raya, melanggar undang-undang pilihan raya.

NONEKetika ditemui wartawan ketika beliau melawat Kolej Politeknik Merlimau yang akan digunakan sebagai pusat penamaan calon esok, Abdul Aziz berkata beliau bukan seorang yang ahli mengenai perkara itu.

Ia walaupun suruhanjaya tersebut telahpun mengendalikan 12 pilihan raya umum dan banyak pilihan raya kecil selama ini.

Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya mengenai misteri NGO 1Malaysia yang muncul sewaktu pilihan raya kecil untuk menganjurkan majlis makan dan mengedarkan 'ole-ole' yang termasuk makanan ruji seperti Milo, beras dan susu pekat bersama-sama dengan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sasaran utama NGO 1Malaysia itu ialah pengundi bukan Melayu yang mengundi menentang BN dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

'Lu tolong gua, gua lu tolong'

Abdul Aziz juga memberi jawapan yang sama ketika ditanya tentang ucapan Najib "lu tolong gua, gua tolong lu' dalam satu majlis di SRJK (C) Merlimau pada 19 Februari lalu.

Ia dilaporkan oleh akhbar Sin Chew Daily, bahawa Najib telah memberitahu kira-kira 1,000 hadirin di majlis itu bahawa: "Lu tolong gua, gua lu tolong".

Kata-kata itu pertama kali diucapkan ketika pilihan raya kecil Sibu, di mana Najib telah berjanji untuk melaksanakan kerja mitigasi banjir hanya jika menang. DAP berjaya merampas kerusi tersebut dari BN dengan majoriti tipis

PERGI MAMPOSLAAAA SAPA PEDULI ini mahafiraun



nota:
orang melayu kata
macam macam auta keling
semua nak menipu melayu
kah kah kah




TEGURAN NIK AZIZ PERSOAL ISLAM SAYA TUDUHAN SERIUS, KATA MADEY - minsider

Mahathir Mohamad bertanya Nik Abdul Aziz Nik Mat berapa banyak bukti yang Murysidul Am PAS itu perlukan untuk mendakwa beliau dan Umno adalah “kafir.”
Malah pada masa yang sama Mahathir berkata tindakan Nik Aziz menidakkan keislamannya juga “satu tuduhan amat serius.”

“Apa lagi bukti yang dikehendaki oleh Nik Aziz yang dia telah mengkafir saya dan Umno kerana kami nasionalis yang tidak sokong PAS,” kata bekas perdana menteri dalam tulisan terbaru blognya hari ini.

Tulisan Mahathir itu menjawab kenyataan Nik Aziz bertanya apa bukti dia mengkafir Umno baru-baru ini.

“Kepada soalannya, dia sendiri menjawab, “tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ini. Jadi nasionalis Umno didakwa oleh Nik Aziz menolak agama. Dan, dia bertanya, ‘apa nama kerja ini’.”

“Tolak agama bermakna kafir. Jadi Nik Aziz tuduh Umno kafir,” katanya lagi.
Kata Mahathir, Nik Aziz menuduh beliau “fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu sahaja agama saya.”

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…APA PEDULI MAMAK INI KAPIR KE….LAKNAT KE…. kah kah kah..

kah kah kah… TAK PERLU AMBIL POT…. kah kah kah…

kah kah kah…DIA KAPIR KE.. DIA KAPAK KE… BUKAN ISU… kah kah kah..

kah kah kah…YANG JADI ISU… DIA SUDAH SEBAT 90 BILION RINGGIT…. kah kah kah…

kah kah kah..YANG JADI ISU… ANAK DIA REBAT HARTA RAKYAT…. kah kah kah..

woit… YANG JADI ISU… BETUL KE MALAON INI MELAYU…. kah kah kah…

nota:
malaoan ini sahaja nak perangkap pas
untuk berdebat sama ada dia islam atau tidak
tujuan untuk tunjukan pada orang melayu
bahawa nik aziz tuduh umno kapir
ini tujuan untuk memenangi hati orang melayu
agar jangan sokong pas

jelas niat kapiak malaon ini kah kah kah

Seks Sebelum Kahwin: Dosa Tapi... satu malaysia,,semuanya halal

 

by Kusha Basir   
.Suatu ketika dahulu bicara tentang seks acapkali dianggap sesuatu perkara yang sensitif dan janggal. Namun dengan peredaran zaman, soal seks bukan lagi dianggap ‘perkara dalam selimut’ malahan masyarakat lebih bersifat terbuka untuk berkongsi pendapat dan juga persepsi peribadi mereka tentang isu ini.
 
Hubungan seks sebelum kahwin! Sekali sebut pasti  ada yang dengan pantas memberikan jawapan HARAM! TAK BOLEH! DOSA BESAR! ZINA! MASUK NERAKA! Sesungguhnya sudah termaktub di dalam agama Islam bahawa seks sebelum kahwin adalah dilarang dan haram sama sekali! Sedia maklum dengan apa yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quran tentang isu pengharaman seks sebelum kahwin, namun penulis cuba melihat isu ini daripada persepsi dan ruang lingkup masyarakat hari ini. Bukan bermaksud menolak hukum agama, sekadar cuba mengintai apa sebenarnya pandangan segelintir masyarakat moden hari ini berkenaan isu seks sebelum kahwin.
 
Lain orang lain pendapatnya. Begitu juga alkisahnya apabila dikaitkan dengan isu ini. Ada golongan yang berpendapat bahawa seks sebelum kahwin bukanlah suatu isu besar, malahan ianya merupakan sesuatu yang LAZIM dilakukan oleh masyarakat kita pada hari ini tanpa mengira batasan agama dan budaya! Mereka percaya bahawa ianya merupakan hak dan privasi masing-masing. Dalam keadaan dunia hari ini, setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa sebarang sekatan. Tambahan pula, hubungan seks yang dilakukan adalah dasar suka sama suka, jadi tidak wujud sebarang pertikaian atau rasa bersalah antara satu sama lain. Golongan ini juga secara terbuka mengakui bahawa mereka sememangnya terlibat dengan seks sebelum kahwin kerana ia bukanlah sesuatu yang aneh bagi mereka!
 
.Golongan kedua berpendapat bahawa ianya bukan suatu perkara yang luar biasa kerana perbezaan mentaliti serta pendedahan yang dialami oleh masyakat dahulu dan sekarang. Dulu lain sekarang lain. Dahulu tiada pendidikan seks secara terbuka, tiada bahan pornografi secara berleluasa,  tiada kemudahan telefon bimbit dan sebarang gadjet khas untuk mendownload bahan-bahan lucah secara mudah. Justeru, masyarakat hari ini lebih mudah terjebak dengan seks sebelum kahwin dengan adanya faktor-faktor sampingan yang menjana kepada isu ini. Video lucah yang  melibatkan pelajar sekolah, pelajar IPT dan juga golongan dewasa yang TAK SEDAR DIRI  jelas menunjukkan bahawa masyarakat kita pada hari ini mempunyai lambakan akses kepada bahan-bahan tidak bermoral dengan jayanya. Golongan ini mungkin terlibat dengan seks sebelum kahwin, dan mungkin juga tidak! Namun mereka sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah dengan individu yang terlibat dengan seks sebelum kahwin malahan kadangkala menjadi ‘cover line’!
 
Namun begitu, terdapat juga  golongan yang tidak mempunyai apa-apa masalah tentang isu seks sebelum kahwin. Sokong tidak, bangkang pun tidak! Senang cerita mereka langsung tidak terkesan dengan isu ini. Tak amek port! Mereka berpendapat bahawa samada terlibat atau tidak, masyarakat tetap akan bercakap tentang perihal individu lain terutamanya jika ada simptom-simptom yang mereka sememangnya terlibat. Justeru, semuanya terpulang kepada individu itu sendiri.
 
Melihatkan kepada variasi komentar tersebut, penulis berasa terpanggil untuk berkongsi suatu pandangan peribadi penulis tentang isu ini. Golongan lelaki mungkin tidak rugi apa-apa kerana tiada apa yang ‘hilang’ disebalik hubungan seks sebelum kahwin.  Namun bagi seorang gadis, mahkota  diri tiada galang gantinya. (Mungkin ada yang berpendapat bahawa penulis out-of-date kan?... hahaha, celah mane, kite pun bukan baik sangat!)
 
.Pernah juga penulis bertanyakan soalan sensitif kepada beberapa orang responden lelaki tentang sejauh mana pentingnya mencari pasangan hidup yang masih mempunyai dara? Dan adakah ia penting dalam sebuah perkahwinan? Jawapan yang diterima mungkin boleh membuat gadis-gadis di luar sana menarik nafas lega kerana soal dara atau tidak, bukanlah perkara pokok. Yang utama, persefahaman, perasaan cinta dan kasih sayang. Terdetik juga di hati penulis bahawa “mungkin kau pun bukan teruna suci lagi”! Jangan salah sangka dengan apa yang penulis cuba sampaikan ini.  Sekadar berkongsi tentang isu yang mungkin terkena pada mana-mana batang hidung yang terlibat!
 
Realitinya hari ini, berperwatakan sopan, lemah lembut dan bertudung bukanlah tiket untuk seseorang itu terlepas daripada pandangan negatif masyarakat berkenaan isu seks sebelum kahwin. Lebih-lebih lagi bila anda sendiri yang GALAK menunjukkan aksi-aksi mesra terlampau di hadapan khalayak. Suka memerhati keaadaan sekeliling terutama di kompleks membeli belah dan beberapa lokasi taman bunga-bunga cinta, di situlah banyak pasangan yang MENEMPEL memadu kasih dan rindu dendam. Tak hirau orang keliling, daripada yang ringan-ringan terus jadi BERAT PERUT! Bila dah ‘jadi’ mulalah nak tuding jari sana sini salahkan mak bapak, pengaruh kawan-kawan, faktor media massa, tapi salah diri sendiri tak pernah nak kaji!
 
Hakikatnya, yang haram tetap haram. Yang dosa tetap dosa. Cuma masih ramai diluar sana yang bernasib baik kerana ‘pandai makan-pandai simpan’! Kepada yang tak pandai nak simpan maka terheretlah kepada gejala sosial yang lebih parah seperti ANAK HARAM, buang bayi, bunuh diri dan sebagainya! Renung-renungkan...
 

18SG : PANAS BERAPI - Bunting di Merlimau, i guna jari..jer bro!

sumber berita dari blog al banjari

Marah sungguh gedebe UMNO bila baca artikel berasap aku semalam, dibawah tajuk : Bunting di Merlimau, kerana hari-hari mau maa..!! Depa memang patut marah kerana dengan marah itu saja yang mampu depa terjemahkan untuk tidak bersetuju dengan sekolah bunting Jasin tu. Oleh kerana darah gedebe itu memang azalinya berkaler 'biru', kemarahan itu hanya mampu dilampiaskan sekadar 'ketap-ketap' bibir saja bro..!

Nak lebih-lebih.., tak berani bro, kang tak dapat plak 'hadiah' rasuah beras sekampit cap dacing. Sekarang kan musim PRK. Musim Santa Kalus usung guni beras sana sini. Lagipun depan Ali ketam mana boleh lebih-lebihh..kang tak pasal-pasal buta jer dahi 'melayu' gedebe tu kena tunjal dengan Ali ketam. Jangan main-main dengan jari 1Malaysia Ali ketam, sekali ditunjal, mau penuh setengah sekolah bunting dibuatnya..! Itu belum lagi jari tambi tiang letrik..kalo itu kasi, kena bukak sebijik lagi ler sekolah bunting jawabnyer..! Wakakakak..

Pagi ni selepas balik dari jamaah suboh di masjid, aku bukak ruang komen, terpacul la komen kat bawah ni..mari kita hayati bersama, katanya,
" KALAU IKUT TEORI, TELOR PAS DAH TINGGAL SEBIJI TAPI TAKUT PULA ORANG KATA PONDAN MAKA PENCACAI PAS SESAT PUN CARI LAH BERITA2 HAMPEH KOT KOTLA BOLEH MENANG, SIAN PULA AKU TENGOK TERHEGEH2 KAU HUHUHU WAAAAAAAAAAAAA By TARANTULA
 Lama aku fikir TARANTULA tu apa? Apakah maknanya itu merujuk kepada perkataan "TERAN TU...LAA..!".  Kalau itu maknanya, maka sesuailah ia kita simpan di Sekolah Bunting Jasin..kerana kat situ jer kita boleh rasa bagaimana mangsa-mangsa gedebe tunjuk skil TERAN. Teran apa bro? Alaa..TERAN TU.., LAAA...! Syok ker TERAN? Nak tau tanya TARANTULA. Dia tahu laa..syiok ker tak? Hahahaha.

Pagi ini juga rakyat Malaysia sudah tahu siapa calon PAS untuk lawan Barisan Neraka, sudah pun diketahui. Di Kerdau PAS akan diwakili oleh Haji Hassanuddin Salim, 43 tahun dan di Merlimau pula lawan UMNO pula ialah Haji Yuhaizad Abdullah. Dua-dua calon PAS muda-muda belaka. Berbeza dengan calon BN yang depa kata ada kena kencing manis. Harap-harap kencing manis yang ada itu tak teruk tahap biru gelap, jika tahap kaler tu..memang punggah !! Bukan apa bro, kesian bini dia bro.., orang kena kencing manis ni anu tak berapa nak mantap, tido selalu... kata orang Merlimau...hahahaha !


(*) Bersambung nanti lepas aku makan pagi. Sementara itu ikuti Majlis Perisytiharan Calon PAS di DUN Kerdau oleh krew Cina Islam/albanjari Online, alustaz MRK albanjari yang kini sudah berkampung disana sejak 2 hari lalu. Layan foto dulu yaa..


sidang media sejurus peristiharan calon

Tuan Guru menjulang tangan calon mengistiharkan calon PAS N28 Kerdau

Gulai Kawah Kerbau....adalah menu tradisi Markaz PAS Kerdau sejak dahulu lagi... semalam 2 ekor kerbau telah disembelih sebagai juadah para tetamu

LIVE@MerDAU : NO to gendang, bontot YES !

Menjelang hari Penamaan Calon di N.27 dan N.28 :
Hari ini SPR lantang beri amaran kepada penyokong parti yang bertanding , jangan bawa gendang, jangan bawa alat muzik, jangan bikin bunyi-bunyian, siapa yang degil akan ditangkap polis, dan barang2 bawaan seperti itu akan dirampak Polis. 

SPR cuma akan luluskan penyokong bawa bendera parti, bawa poster parti saja. Kah..kah..kah!" Sejak bila pulak parti SPR jadi ketakutan dengan gendang dan trumpet? Tapi aku rasa, berani ker SPR nak rampas gendang 'Hindraf' esok? Wakakaka..! Jangan la buat lawak lucu SPR oi..! Sebelum hang rampas gendang Hindraf, baik la pi rampas jari-jari 1malaysia esok yang akan tunjuk aksi FUCK. Opps...jangan lupa juga sepak bontot2 puteri yang lucah goyang2 ponggong macam yang berlaku di Permatang pauh, sepak jaa na..jangan pi tutoh plak...! Susah plak forensik nak cam mana satu DNA yang nak kena pakai.

(*) Esok aku sekadar usung 'bulu' jer laa..di hari penamaan calon, jangan ber'bulu' plak? Wakakaaka..

PANAS BERAPI: N.27- WANITA UMNO MULA MENCARUT


Kesian Wanita UMNO Jasin, meraung-raung tak keruan. Gigit gusi lagi nampaknya Wanita UMNO mahu menonjolkan calon wanita dalam PRK kali ini, nampaknya Ali ketam masih belum minat letak Wanita UMNO di Merlimau. Wanita tak kaliber kah? Bukan tak kaliber, Ali ketam kata, wanita hanya layak letak di sekolah bunting Jasin tu jer..! Tu la pasal !!

Sudahnya kerana geram, Wanita Umno Jasin tutup bilik gerakan Wanita di Taman Merlimau Jaya. Kih..kih..kih..! Bagi mengubat lara, dilaman fesbuk Wanita Umno hari ini 'geger' mereka berpantun gurindam. Hot jugak pantun bikinan mereka. Mari kita baca..,

Bulu dada lebat di pangkal,
Gugur anu dengan buahnya,
Dibawa dagang pergi ke seberang;
Sungguhpun ringgit penuh sekapal,
Hati yang gundah apalah gunanya,
Kami wanita sekadar mengangkang?

N.27: MERLIMAU

Bukan fitnah tu bro ! Ini bukan blog PapaGomo der..! Ini hal telah disahkan benar oleh Ketua Wanita UMNO Jasin, Zaleha Bujang yang mengatakan bahawa beliau merasa sangat tersinggung dengan pilihan calon oleh pucuk pimpinan Umno dimana telah mengenepikan sumbangan dan peranan wanita UMNO di Merlimau.

Menurut beliau lagi ini menunjukkan bahawa suara Wanita UMNO tidak didengari oleh pimpinan UMNO berbanding dengan Pakatan Rakyat seperti di PRK Tenang yang mengangkat martabat wanita dengan memilih bekas guru Normala Surdiman sebagai calon. Lihat saja aksi wanita UMNO dibawah dengan wajah geram, cuba menanggalkan jubah merahnya kerana kecewa dengan calon BN tidak dipilih dari kalangan Wanita. 


Beliau yang ditemui pagi ini turut tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya apabila kesungguhan Wanita UMNO Jasin melancarkan "Gelombang Merah Wanita' yang menyasarkan 5000 petugas Wanita di Merlimau tidak dipedulikan oleh pimpinan UMNO. Menurut beliau lagi sepanjang 15 PRK pasca pilihanraya ke 12 tidak ada seorang pun wakil di kalangan Wanita UMNO dan BN dipilih menjadi calon berbanding dengan Pakatan Rakyat. Berantakan dah...! Wakakak..!!

(*) Apa barang bukak baju merah tu makcik, bukak semua laa.., hahahaha..tambi mesti suka ! 

N.28 : KERDAU
Penasihat MB hari ini dijadualkan memulakan kempen diatas mimbar masjid. UMNO kelihatan amat islam di Kerdau. Solek pun pakai songkok nanti, ciri ciri keislaman di Kerdau terpancar jelas dimata pengundi. 

Calon PAS pulak tak berapa nak islam mengikut kata orang orang UMNO. Tak padan langsung nak lawan, kata orang UMNO. Aku kalau pergi bertugas dimana mana memang suka sangat minum dengan orang UMNO.

Yang aku dapat analisa tentang orang UMNO nih, sampai ke sudah mereka ditipu oleh pemimpin UMNO. Tak boleh lagi, kalau nak laksanakan hukum islam sebab islam di Malaysia tak menyeluruh. Tak boleh islam macam tu.., nanti huruhara negara, begitulah UMNO menipu rakyat malaysia.

UMNO memberikan mimpi indah kepada pengundi dimana mana mereka bertanding, mereka sanggup buat apa saja untuk pengundi masa ini, jadi badut pun sanggup, asal dapat undi. Kasihan UMNO, jadi pak lawak pun depa boleh, jadi Ahmad Nisfu pun boleh, kempen mereka hanyalah mimpi mimpi indah bagaikan filem bollywood yang siap guling-guling dan menari nari atas lereng bukit akhirnya mampus jatuh dalam gaung. (FZT

Melayu Lemah Terlalu Lelah Untuk Berpecah

 

oleh tinta hijau




Melayu Lemah Terlalu Lelah Untuk Berpecah





Selepas pilihan raya ke 12, pandangan landskap politik Melayu mulai berubah berhubung isu, cabaran dan ancaman dalam perspektif kuasa pemerintahan yang seterusnya melibatkan prestasi dan kualiti Melayu dalam penguasaan ekonomi, tonggak agama Islam serta perubahan sosial. Ransangan untuk memikirkan semula halatuju jatuh bangun Melayu dalam negara ini, mengundang banyak cadangan yang diluahkan menerusi wacana ilmiah dengan hasilnya dibentangkan dalam media massa. Agak menarik bahawa sebahagian besar pendapat dikemukakan oleh orang Melayu yang tidak terlibat dengan politik kepartian tetapi mereka bertindak atas dasar semangat membara demi cintakan bangsa Melayu. Hasil keputusan PRU 12 benar-benar mencetuskan perubahan kepemimpinan secara drastik membingungkan dan mencetuskan persoalan apakah puncanya mengapa berlaku penolakan sedemikian rupa ! Terlebih penting apakah semua ahli politik Melayu sedar bahawa mereka sedang membawa masyarakat Melayu berada dalam keadaan genting seolah-oleh seperti nasib telur di hujung tanduk. Luahan Prof Siti Zainon dalam satu laporan akhbar 26 Julai 2008 mungkin ada jawapannya...”[s]aya hendak tanya, apa orang-orang politik Melayu buat dalam mempertahankan bahasa dan budaya sendiri. Kami(pendidik) sudah memberikan pendidikan yang secukupnya kepada mereka(orang politik Melayu). Tolonglah jangan lupa lagi, jangan sampai(bangsa) tergadai”.





Hakikatnya soal perpecahan, hasad dengki dan perbalahan sesama Melayu sudah berakar umbi sejak sebelum kemasukan pendatang dari negara China dan India. Sebagai masyarakat peribumi, mereka dibentuk oleh ikatan kesukuan dengan kecenderungan mengidentifikasikan diri dengan nama puak masing-masing contonhnya Melayu Kelantan, Melayu Johor atau Melayu Kedah tetapi kesemua unsur berpuak-puak berkenaan berjaya disatukan hasil kebijaksanaan Za’ba. Pendeta Za’ba antara salah seorang pengasas penyatuan Melayu yang merangka cadangan dengan memartabatkan istilah kebangsaan (ke+bangsa+an) bagi merujuk penyatuan kesemua suku atau bangsa, lalu lahirlah sebuah kebangsaan Melayu atau lebih dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO), yang berjaya mempersatukan bangsa Melayu daripada pelbagi negeri, adat, dialek dan budaya yang berbeza.





Perancangan pembangunan Melayu haruslah dilaksanakan secara menyeluruh dengan mengemukakan pelan tindakan jangka panjang yang konkrit, munasabah dan berterusan. Fokus hendaklah jelas dengan menekankan prinsip kebersamaan, bersungguh-sungguh dan bukan hangat-hangat tahi ayam. Biar pun berbeza aliran dan pandangan antara individu dan kelompok Melayu, yang penting pada akhirnya adalah pencapaian matlamat kumpulan, iaitu kebaikan yang diraih oleh bangsa Melayu secara kolektif. Dengan demikian amatlah dituntut agar semua pihak terutama pemikir, perancang, pembuat dasar dan para pelaksananya berpegang pada agama dengan tebalnya semnagat jati diri Melayu serta mengamalkan nilai-nilai kesungguhan, ketelusan dan kejujuran.. Setelah hampir 62 tahun orang Melayu berjaya disatukan di bawah satu payung pentadbiran, menolak manipulasi penjajah namun situasi mutakhir menunjukkan bibit-bibit keretakan yang memungkinkan ketidaktentuan nasib bangsa Melayu pada masa-masa akan datang. Apakah sejarah akan berulang, dengan berlakunya penjajahan semula ke atas orang Melayu setelah hampir 446 tahun Melayu diperhamba dan diperkuda. Melihat senario politik semasa, tidak mustahil berapa detik lagi sejarah akan menghukum semula orang Melayu, hanya disebabkan segelintir politikus Melayu yang bersifat tamak hanya mengutamakan kepentingan diri, keluarga dan kawan-kawan. Pemimpin Melayu yang menghalalkan cara demi mencapai matlamat peribadi, menjajakan maruah bangsa Melayu dengan mengatakan Dasar Ekonomi Bumiputera(DEB), hanya menjaga kepentingan Melayu dan tidak memberi keadilan kepada semua rakyat berbilang kaum di negara ini. Ironinya pemimpin sebegini mendapat limpah manfaat, menambun kekayaan mencipta pengaruh hasil manfaat dasar ekonomi baru. Senario hari ini tambah keliru dan kalut, bila ada orang Melayu menyuarakan nasib bangsa mereka, dengan pantas dituduh ‘perkauman’ sedangkan mereka yang menolak Melayu lebih daripada perkauman.


Sebagai bangsa asal pemilik Malaysia, Melayu bumiputera pada tahun 2007 berjumlah sebanyak 16.35 juta daripada keseluruhan rakyat Malaysia iaitu sebanyak 27.23 juta orang berbanding Cina 6.20 juta dan India 1.86 juta. Hampir 65 % penduduk negara Malaysia adalah orang Melayu. Amat kurang ajar apabila ada orang Melayu menyuarakan kepentingan bangsa mereka di tanah air mereka sendiri dan mereka dituduh perkauman dan etnosentrik. Rupa-rupanya selepas 1957 dengan memberi hak kerakyatan pada bangsa asing, orang Melayu tidak boleh bercakap soal kepentingan bangsa mereka sendiri!. Apatah lagi mengangkat dan mencium keris sebagai lambang kedaulatan budaya Melayu.





Secara keseluruhan pencapaian Melayu dalam semua aspek kehidupan secara realitinya di Malaysia masih jauh ketinggalan dengan bukan bumiputera. Berdasarkan data terkini membuktikan bahawa orang Melayu masih tercicir jika ditinjau menerusi pendapatan per kapita bulanan hanya mencatatkan RM2,500, berbanding kaum India RM 3,200 dan Cina RM4,100. Kadar pemilikan bangunan komersial dan premis perniagaan masih lagi didominasi oleh bukan Melayu dengan bumiputera hanya memiliki 11.7 peratus, berbanding Cina 71.9 peratus dan India 4.6 peratus. Hakikatnya, DEB berjaya merapatkan jurang pendapatan orang Melayu, jika dilihat dalam tahun 1970, perbezaan pendapatan di antara Melayu dan bukan Melayu begitu ketara sekali. Majoriti Orang Melayu adalah golongan termiskin, pendapatan purata orang Melayu ialah RM178.7, berbanding dengan Cina RM387.4. Ekuiti korporat Melayu pula hanyalah 2.4 peratus, berbanding Cina 34.4 peratus.


Harus diakui terdapat signifikan antara kemajuan ekonomi dengan pencapaian akademik. Lantaran kemiskinan kebendaan menyebabkan orang Melayu terus tertinggal dalam aspek kecemerlangan akademik. Bahkan pemikir bangsa, Prof diraja Ungku Aziz pernah menyarankan program rancangan makanan tambahan untuk membantu meningkatkan kecergasan para pelajar miskin yang rata-rata tidak memperoleh makanan berzat dan berkhasiat, disebabkan ketidakmampuan keluarga mereka. Hal demikian menunjukkan bahawa keterpencilan para pelajar Melayu luar Beberapa dekad lalu, peningkatan kemajuan akademik pelajar Melayu sudah mula kelihatan, walau bagaimanapun golongan peribumi ini masih memerlukan sokongan dan bantuan berterusan pihak kerajaan. Selain bantuan makanan tambahan, pelajar Melayu yang relatifnya miskin dan kurang kemampuan masih mengharapkan biasiswa kerajaan.


Neraca keseimbangan dalam sektor pendidikan dihodohkan lagi dengan tuntutan agar kuota biasiswa pelajar Melayu dikurangkan dan diberikan pada bukan bumiputera. Pihak JPA sebelum ini menawarkan 2,000 biasiswa setiap tahun dengan pecahan 90 peratus kepada pelajar bumiputera dan bakinya kepada bukan bumiputera. Namun, nisbah pemberian biasiswa ditukar secara drastik dengan 50 peratus diberikan kepada bumiputera, 45 peratus bukan bumiputera dan lima peratus untuk kaum-kaum lain.





Sebelum berlaku perubahan tersebut, Bumiputera berhak untuk mendapat 1800 biasiswa JPA setahun. Walau bagaimanapun atas desakan sesetengah pihak dan kelemahan pihak bertanggungjawab dalam menghadapi desakan itu, nisbah pemberian biasiswa kepada bumiputera telah dikurangkan secara drastik iaitu hanya 1000 biasiswa setahun. Apa yang pelik adalah orang Melayu sendiri yang beria-ia benar menunjukkan sokongan, kerasionalan kononnya atas nama prinsip hak asasi manusia. Sedangkan hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu bukan dibuat secara semberono tanpa mengikut lunas undang-undang. Hak ini bukannya satu polisi kerajaan semata-mata. Ia adalah suatu hak yang telah dijamin sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan (The Federal Constitution) dalam Artikel 153.





Tindakan pihak berkuasa yang ingin menyemak kembali kuota pemberian biasiswa ini setelah didesak oleh pihak-pihak berkepentingan jelas membuktikan ketidakupayaan pihak autoriti yang seolah-olah berada dalam satu keadaan yang sangat lemah dan gagal untuk berkompromi dengan pihak-pihak yang mendesak dalam soal pemberian biasiswa ini. Apakah dengan mempertahankan kuota biasiswa JPA sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan menjadikan orang Melayu bersifat perkauman? Adakah pihak yang menuntut dan mendesak, tidak perkauman? Sedangkan hari ini tiada lagi istilah hak dan keistimewaan mutlak Melayu untuk mana-mana institusi pendidikan negara ini. Lihat sahaja ke dalam setiap IPTA, maktab, pusat matrikulasi, sekolah asrama penuh dan semua institusi pendidikan yang dimiliki kerajaan sudah disediakan kuota untuk bukan bumiputera. Malah khabarnya pihak-pihak tertentu mendesak agar UiTM juga dibuka untuk bukan bumiputera. Namun hakikatnya UiTM sejak dulu lagi memang menerima kemasukan para pelajar bukan bumiputera terutama pelajar dari Sabah yang dikategorikan sebagai Sino (Perkahwinan campur antara Cina dan Kadazandusun).





Sejak diperkenalkan pada tahun 2002, sistem meritokrasi memberi lebih manfaat kepada bukan bumiputera, sehinggakan pelajar bumiputera yang gagal memasuki aliran Sains di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi 2004/2005 lebih tinggi berbanding peratusan calon bukan bumiputera. Seramai 24,678 pelajar bumiputera memohon untuk mengikuti pengajian aliran Sains tetapi 14,497 orang sahaja iaitu 58.7 peratus yang berjaya ke aliran itu di IPTA (41.3 peratus gagal). Berbanding dengan pelajar keturunan Cina, seramai 9,577 orang telah memohon dan 8,047 atau 84 peratus daripada mereka berjaya (16 peratus gagal), manakala bagi pelajar keturunan India, 1,858 memohon aliran sains dan mereka yang berjaya ialah 1,118 orang atau 60.2 peratus (39.8 peratus gagal).





Bagaimanapun ketidakpuasaan hati pihak-pihak tertentu terhadap sistem meritokrasi mula dipersalahkan hanya disebabkan pada sesi kemasukan 2004/05 jumlah pelajar bumiputera yang berjaya memasuki IPTA mengikut sistem meritokrasi lebih tinggi iaitu sebanyak 63.8 peratus berbanding Cina 30.3 peratus dan India 5.9 peratus. Ketidakpuasaan adalah satu manifestasi perkauman sempit mereka disebabkan pertambahan bilangan orang Melayu yang mendaftar untuk kursus perubatan dan pergigian. Nampaknya semakin dekat persaingan orang Melayu secara semula jadi tanpa dorongan politik untuk mengejar bangsa lain dalam bidang pendidikan, ada sahaja tangan ghaib untuk membentes dan mencantas mereka sehingga Melayu jatuh tersungkur menyembah bumi. Peri laku, tabiat dan kelakuan bukan bumiputera yang sentiasa iri hari dengan pencapaian Melayu waima melalui persaingan sihat menyebabkan sebahagian besar oran Melayu terpaksa menyandarkan harapan mereka pada kuasa politik Melayu.


Walau bagaimanapun sejak 1957 sehingga 2008, orang Melayu gagal memanfaatkan ruang ‘kuasa’ yang ada pada tangan mereka. Inilah delima yang terus menjadi persoalan; kenapa bangsa Melayu selama 51 tahun merdeka gagal menjadi bangsa terbilang sebagaimana Jepun bangkit tidak sampai 30 tahun selepas kehancuran Hiroshima dan Nagasaki.


Dilema yang dihadapi oleh bangsa Melayu kerana wujudnya ‘spesies pelesit ‘ segelintir Melayu elit berjiwa penjajah yang terlalu takjub dengan ilmu, pelajaran, falsafah, bahasa, budaya, sains dan teknologi Barat serta memandang rendah terhadap milik bangsa mereka sendiri. Dimensi kuasa yang dimiliki oleh elit Melayu, yang terdiri daripada ahli-ahli politik, para korporat, pegawai tinggi kerajaan, pengamal media, ahli akademik, artis, sasterawan dan wartawan tidak mengandungi semangat Melayu tulen dan mereka gagal untuk menterjemahkan ‘kuasa‘ melalui tindakan konkrit. Lebih memburukkan keadaan Melayu elit inilah yang menyapu segala peluang yang terhidang dalam DEB, atas kuota bumiputera mereka merampas hak orang Melayu miskin dengan cara yang paling kotor!. Namun kesedaran pendidikan telah membuka mata hati generasi Melayu pasca merdeka untuk menilai dan akhirnya menghukum perilaku Melayu Elit ini dengan ‘kuasa’ pilihan raya.


Implikasi pasca pilihan raya ke 12 barulah, barulah timbul sedikit kesedaran keter hakisan ‘kuasa’ Melayu dengan tumbangnya tradisi dominasi pimpinan Melayu seperti Selangor dan Perak manakala kawasan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sejak dulu memang didominasi oleh kuasa politik Cina. Kedengaran juga rasa berdosa dan bersalah, anak muda Melayu yang beriya-iya benar untuk mengalahkan parti pemerintah terdahulu tetapi tidak sampai pun setahun, mereka mula sedar dan insaf, bahawa lari daripada harimau masuk pula ke mulut buaya. Senario pimpinan cacamerba dalam melaksanakan dasar baru oleh pemerintah Selangor dan Pulau Pinan nampaknya lebih dahsyat berbau perkauman, menekan dan agak keterlaluan. Ambil sahaja contoh di negeri Selangor, kerajaan baru selepas PRU 12, telah meluluskan pembinaan ladang babi terbesar di Malaysia manakala di Pulau Pinang usaha memasang papan tanda jalanraya dalam bahasa Mandarin dilakukan secara sengaja untuk menidakkan pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Semakin hari tembelang mereka mula pecah dan generasi muda Melayu yang terlalu ghairah dengan slogan reformasi dahlu mula menghidu bau kebusukan pengkhianatan yang dilakukan oleh idola pemimpin mereka. Nyatalah dengan mendapat ‘kuasa’ manusia akan hilang punca, apatah lagi bila rakyat teramat mudah didustai dengan gula-gula politik menerusi retorik kata-kata.


Berlainan pula fenomena di Kedah dan Kelantan, scara realitinya, negeri Kedah tetap kekal di bawah teraju orang Melayu cuma berlaku peralihan kuasa pentadbiran dan keadaan yang sama wujud sepertimana yang berlaku dengan negeri Kelantan, bahawa dasar mengutamakan kebajikan kepentingan Melayu terus dipertahankan.


Keputusan pilihannya 12 menjadi indikator status quo Melayu di Malaysia bukanlah hak milik abadi sampai kiamat dan harus diingat bahawa perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan fasal hak keistimewaan Melayu boleh dipinda pada bila-bila masa, sokongan menerusi 2/3 ahli parlimen, walaupun tanpa persetujuan Yang dipertuan Agong. Bayangkanlah apa yang bakal terjadi pilihan raya akan datang jika Melayu terus bergelut, berkonflik berbunuhan sesama sendiri ! dan siapa yang untung?


Menelusuri sebuah pertubuhan siasah Melayu yang telah hilang kuasa di beberapa negeri, nampaknya tidak banyak memberi kesan kesedaran dan keinsafan, kepada seluruh ahlinya. Lihat sahaja tabiat dan kelakuan daripada pemimpin kanan sampai ke akar umbi di setiap cawangan, nampaknya lebih ghairah mengejar jawatan dalam parti daripada memikir dan merancang strategi untuk menambat hati golongan muda serta membujuk pengundi Melayu yang merajuk dengan parti mereka. Bayangkanlah sebuah parti yang sedang sakit tenat kerana sudah ditolak oleh majoriti bangsanya sendiri tetapi para ahlinya pula sedang sibuk merancang merebut jawatan dalam parti kononnya penukaran pemimpin hanyalah satu-satunya cara untuk mendapatkan kepercayaan majoriti bangsa Melayu. Namun hakikatnya segala dasar, perancangan dan pelaksanaan masih dalam kerangka berfikir lama iaitu terfokus tentang kebendaaan cari makan dalam politik, mendapatkan projek dan menghimpun komisen, Maka yang bakal berubah hanyalah orangnya sahaja tetapi jiwa kebendaan yang tetap beraja di hati, akan terus menghanyutkan pengikut baru dan lama, supaya kasih serta cintakan dunia.


Perubahan besar haruslah segera dilakukan dengan muhasabah diri daripada seluruh ahli dengan menjadikan perjuangan memartabatkan kepentingan kolektif bertunjangkan paksi agama, bangsa dan budaya; wajib diutamakan berbanding agenda peribadi. Orang Melayu harus belajar daripada muafakat bangsa Cina yang berbeza aliran parti politik tetapi mempunyai matlamat yang sama demi faedah bangsa, mereka mengorbankan tuntutan kebendaan(peribadi) lalu menyatukan perjuangan yang akhirnya berjaya memperkasa kedudukan ekonomi, memartabatkan bahasa Mandarin dan melestarikan budaya Cina di Malaysia.


Ringkasnya situasi orang Melayu di Malaysia sudah semakin parah dan terlalu lelah untuk terus berpecah. Kita semakin lemas dengan gelagat orang politik Melayu yang lansung tidak cemas melihat keadaan ini sebagai sesuatu yang perlu diambil tindakan segera. Bertambah parah bila mereka yang dulu diterima untuk berbumbung di bumi ini sudah mula berani memijak-mijak, mempertikai asas sejarah Tanah Melayu untuk mengelirukan seluruh warga bahawa bangsa Melayu sama seperti mereka tiada kelebihan atau mempunyai hak dan keistimewaan walau termaktub dalam perlembagaan. Namun, Keberanian mereka menuntut hak yang membayangkan mereka juga kaum peribumi Malaysia bukanlah disebabkan kekuatan mereka tetapi perpecahan sebagai sumber kelemahan kita sendiri yang gagal untuk membezakan keutamaan mementingkan pendaulatan bangsa sendiri dengan soal kompromi atau tolak ansur membabi buta. Sebagaimana yang disebutkan oleh seorang sarjana yang banyak mengkaji DEB iaitu Just Faaland; [p]erpecahan di kalangan orang Melayu pada satu atau dua dekad yang lepas sesungguhnya memperlihatkan ketidakupayaan orang Melayu untuk bekerjasama demi mencapai matlamat bersama...kadangkala mereka mengakui kesilapan mereka yang sering berselisih faham, itulah yang menyebabkan mereka menghadapi kerugian yang lebih besar.





.....nik,,man












MELAYU...........

oleh tinta hijau
Melayu bisa maju,
Bila hati sudah bersatu,
Bila jiwa tergenggam padu,
Bila akal jadi kelas satu.

Melayu takkan maju,
Bila kepala menjunjung nafsu,
Bila jiwa dengki beradu,
Bila akal terkhayal kaku,

Melayu bisa berkembang,
Bila semangat tajam mencancang
Bila pegangan menjadi rembang,
Bila keadilan di atas terpegang.

Melayu takkan berkembang,
Bila semangat terambing-umbang,
Bila pegangan menjadi songsang,
Bila keadilan disepak terajang,

Melayu takkan hancur,
Bila bangsa sesama bersikap jujur,
Bila maruah tidah dilacur,
Bila keamanan tidak berkubur,


Melayu bisa hancur,
Bila bangsa jatuh tersungkur,
Bila maruah jatuh terlungsur,
Bila keamanan dah jadi bubur,

Melayu bisa bangkit,
Bila mahu sesama sakit,
Bila angkuh tidak diungkit,
Bila susah senang sama berdikit,

Melayu takkan bangkit,
Bila hati senantiasa sakit,
Bila angkuh tinggi membukit,
Bila susah senang tak mahu berjangkit,

Melayu bisa kuat,
Bila ilmu dikongsi manfaat,
Bila amal diguna dibuat,
Bila iman tinggi diangkat,

Melayu takkan kuat,
Bila ilmu dibahagi dikerat,
Bila amal dicampur digugat,
Bila iman dibiar melarat

Melayu bisa gagah,
Bila bangsanya terjaga resah,
Bila agamanya kuat melangkah,
Bila negaranya perkasa sumpah,

Melayu takkan gagah,
Bila bangsanya disumpah seranah,
Bila agamanya terus disanggah,
Bila negaranya diambil diperah,

Melayu bisa berlawan,
Bila badannya kukuh menawan
Bila tenaganya gah pahlawan,
Bila kakinya mencengkam di awan,

Melayu gagal berlawan,
Bila badannya lembik dan rawan,
Bila tenaganya dirasuk syaitan,
Bila kakinya gila dan sawan,

Melayu takkan berundur,
Bila watan rela terkubur,
Bila musuh ditawan digempur,
Bila tawanan dihentam dihancur,


Melayu bisa berkubur,
Bila watan bersikap takbur,
Bila musuh indah disembur,
Bila tawanan tidak berhambur,

Melayu takkan hilang,
Bila niat kuat memegang,
Bila warisan dipelihara dijulang,
Bila adat terpelihara gemilang,

Melayu bisa hilang,
Bila niat merekah melayang,
Bila warisan dilelong sembarang,
Bila adat terbiar bersawang.