![]() Hubungan seks sebelum kahwin! Sekali sebut pasti ada yang dengan pantas memberikan jawapan HARAM! TAK BOLEH! DOSA BESAR! ZINA! MASUK NERAKA! Sesungguhnya sudah termaktub di dalam agama Islam bahawa seks sebelum kahwin adalah dilarang dan haram sama sekali! Sedia maklum dengan apa yang terkandung di dalam kitab suci Al-Quran tentang isu pengharaman seks sebelum kahwin, namun penulis cuba melihat isu ini daripada persepsi dan ruang lingkup masyarakat hari ini. Bukan bermaksud menolak hukum agama, sekadar cuba mengintai apa sebenarnya pandangan segelintir masyarakat moden hari ini berkenaan isu seks sebelum kahwin. Lain orang lain pendapatnya. Begitu juga alkisahnya apabila dikaitkan dengan isu ini. Ada golongan yang berpendapat bahawa seks sebelum kahwin bukanlah suatu isu besar, malahan ianya merupakan sesuatu yang LAZIM dilakukan oleh masyarakat kita pada hari ini tanpa mengira batasan agama dan budaya! Mereka percaya bahawa ianya merupakan hak dan privasi masing-masing. Dalam keadaan dunia hari ini, setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa sebarang sekatan. Tambahan pula, hubungan seks yang dilakukan adalah dasar suka sama suka, jadi tidak wujud sebarang pertikaian atau rasa bersalah antara satu sama lain. Golongan ini juga secara terbuka mengakui bahawa mereka sememangnya terlibat dengan seks sebelum kahwin kerana ia bukanlah sesuatu yang aneh bagi mereka! ![]() Namun begitu, terdapat juga golongan yang tidak mempunyai apa-apa masalah tentang isu seks sebelum kahwin. Sokong tidak, bangkang pun tidak! Senang cerita mereka langsung tidak terkesan dengan isu ini. Tak amek port! Mereka berpendapat bahawa samada terlibat atau tidak, masyarakat tetap akan bercakap tentang perihal individu lain terutamanya jika ada simptom-simptom yang mereka sememangnya terlibat. Justeru, semuanya terpulang kepada individu itu sendiri. Melihatkan kepada variasi komentar tersebut, penulis berasa terpanggil untuk berkongsi suatu pandangan peribadi penulis tentang isu ini. Golongan lelaki mungkin tidak rugi apa-apa kerana tiada apa yang ‘hilang’ disebalik hubungan seks sebelum kahwin. Namun bagi seorang gadis, mahkota diri tiada galang gantinya. (Mungkin ada yang berpendapat bahawa penulis out-of-date kan?... hahaha, celah mane, kite pun bukan baik sangat!) ![]() Realitinya hari ini, berperwatakan sopan, lemah lembut dan bertudung bukanlah tiket untuk seseorang itu terlepas daripada pandangan negatif masyarakat berkenaan isu seks sebelum kahwin. Lebih-lebih lagi bila anda sendiri yang GALAK menunjukkan aksi-aksi mesra terlampau di hadapan khalayak. Suka memerhati keaadaan sekeliling terutama di kompleks membeli belah dan beberapa lokasi taman bunga-bunga cinta, di situlah banyak pasangan yang MENEMPEL memadu kasih dan rindu dendam. Tak hirau orang keliling, daripada yang ringan-ringan terus jadi BERAT PERUT! Bila dah ‘jadi’ mulalah nak tuding jari sana sini salahkan mak bapak, pengaruh kawan-kawan, faktor media massa, tapi salah diri sendiri tak pernah nak kaji! Hakikatnya, yang haram tetap haram. Yang dosa tetap dosa. Cuma masih ramai diluar sana yang bernasib baik kerana ‘pandai makan-pandai simpan’! Kepada yang tak pandai nak simpan maka terheretlah kepada gejala sosial yang lebih parah seperti ANAK HARAM, buang bayi, bunuh diri dan sebagainya! Renung-renungkan... |
Friday, February 25
Seks Sebelum Kahwin: Dosa Tapi... satu malaysia,,semuanya halal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment