Monday, February 7

1Dunia Sokong Demo Di Mesir, Di Malaysia Najib Resah Apa Pasal?


Usah kaitkan suasana negara lain

Datuk Seri Najib Razak memberi amaran kepada pihak tertentu di negara ini supaya tidak cuba mengaitkan keadaan huru-hara yang berlaku di negara lain, sebagai sesuatu yang patut dilakukan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, ini kerana masyarakat pelbagai kaum di negara ini adalah satu keluarga besar yang cintakan keamanan dan berpaut kepada gagasan 1Malaysia.

“Mengapa rakyat pilih kita dalam keadaan berlaku tunjuk perasaan serta usaha mengguling kerajaan di negara lain? Alhamdulillah dalam pilihan raya kecil (Tenang) baru-baru ini, majoriti Barisan Nasional (BN) terus bertambah.

“Apakah maksudnya ini? Ia bermaksud jangan ada percubaan oleh mana-mana pihak nak kaitkan apa yang berlaku di negara lain itu sebagai seolah-olah sesuatu yang patut dilakukan di bumi bertuah ini.

“Kita menolak sebarang usaha seolah-olah kita perlu lakukan perkara itu di Malaysia atau di Sarawak. Sebenarnya kita tak perlu membuat perkara seperti itu sebab kita berpegang kepada semangat satu keluarga, yang kita pupuk selama ini, ” katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2011 di Dataran Kipas di sini, malam tadi.

Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin dan isteri, Toh Puan Norkiah, menjadi tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; dua Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Najib berkata, sambutan perayaan Rumah Terbuka Malaysia seperti itu adalah bukti kebersamaan semua kaum di negara ini dalam menyambut perayaan mana-mana kaum.

Sehubungan itu, katanya, kepelbagaian kaum di negara ini harus dilihat sebagai satu kekuatan dan aset yang tidak terdapat di negara lain, dengan perayaan seperti itu disambut oleh semua kaum, apa lagi ia dianjurkan di Miri yang didiami 27 suku etnik.

“Saya pernah sebut, walaupun gagasan 1Malaysia belum menjadi falsafah dan gagasan peringkat nasional, sebenarnya Miri khususnya dan Sarawak pada keseluruhannya, sudah mencermin konsep 1Malaysia selama ini, ” katanya.

Beliau berkata, apa yang rakyat Malaysia kecapi pada hari ini adalah sesuatu yang besar nilainya, yang harus dipertahankan menerusi usaha kebersamaan dalam satu keluarga, 1Malaysia.

Sementara itu, sebelum ke Dataran Kipas, Perdana Menteri dan isteri sempat mengadakan tinjauan di Seaworld Seafood Restoran, kedai kasut Bata dan Restoran Muara, yang ketiga-tiganya terletak di Jalan Yu Seng Utara di sini.

Ulasan GB

Kerajaan Malaysia bi bawah pimpinan DS Najib pernah menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi.

Al- Qaradhawi menyatakan: Peserta Demonstrasi Yang Terbunuh Mati Syahid!

Mungkin DS Najib akan tarik balik gelaran Tokoh Maal Hijrah yang diberikan kepada tokoh ulamak itu?

Untuk makluman PM, rakyat seluruh dunia menyokong demonstrasi menjatuhkan Presiden Mubarak itu, bukan sekadar di Malaysia. Hanya UMNO yang menjadikan APCO perundingnya yang tidak menyokong. Buktinya rakyat seluruh dunia menyokong perjuangan rakyat Mesir:

Kanada:




Amerika Syarikat




Brazil




Venuezela




Indonesia

No comments:

Post a Comment