Friday, February 4

Nik Aziz akan terus bersuara

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan ‘menutup mulut’, sebaliknya akan terus mengkritik biarpun mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin UMNO.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau telah lali dengan kritikan sepanjang sepanjang karier politiknya dan tidak pernah berasa tergugat dengan tindakan yang dilakukan pihak tersebut.

“Satu cara UMNO nak tutup mulut saya ialah dengan menukar dasar Islam, selesai masalah... selagi tak tukar benda ini, mulut saya terus bercakap.

“Saya tidak kisah dihentam, tidak ada apa, kalau orang kampung saya maafkan, kalau menteri saya tidak maaf, akhirat kelak dia kena mintak maaf saya. Baik mereka ini minta maaf di dunia lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyerahkan sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan bernilai RM120,000 kepada pelajar Malaysia di Mesir bagi membantu mengurangkan beban berikutan krisis pemerintahan yang melanda negara itu.

Sebelum ini, Nik Aziz mendapat kecaman pelbagai pihak, termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Pas mengambil tindakan supaya menteri besar itu ‘menutup mulut’ daripada pelbagai kenyataan kontroversinya.

Mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadapnya baru-baru ini pula, Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak kisah dan setiap orang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.

“Biar Tun nak bercakap. Kalau kita tidak benarkan orang bercakap nanti jadi macam Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang digulingkan rakyat sendiri,” katanya.

[ Dipetik…]



===================================================
Dr Mahathir seorang yang bijak - Nik Aziz
KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam.

"Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir."

Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka.

"Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," kata Nik Aziz dalam tulisannya itu./ [ lagi.......]

No comments:

Post a Comment