GOMBAK 26 MAC: Jangan guna taktik kotor, lawan secara bermaruah di gelanggang pilihanraya - itu desakan Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor berikutan cubaan mengguna video lucah fitnah untuk menghakis sokongan terhadap Ketua Pembangkang itu.
"Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja. Saya salahkan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri dia Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita," kata Anwar kepada lebih dua ribu penyokong Pakatan Rakyat di Gombak malam tadi.
"Saya mahu beritahu Najib supaya tunggu pilihanraya nanti. Jangan takbur," tambah Anwar kepada laungan takbir dan reformasi oleh penyokong Pakatan.
Anwar berkata pihak polis dan Najib malah seluruh rakyat tahu siapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, pengerusi Risda dan bekas Ketua Menteri Melaka yang mengaku mendalangi penayangan video lucah fitnah untuk mengaibkan Anwar di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu.
Rahim terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar sekolah dan dakwaan terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.
Rahim terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar sekolah dan dakwaan terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.
"Sekarang ini video seks pula. Saya nak tanya, polis tak tahu ke siapa Rahim Thamby Chik ? Tak tahu ke kes dia dulu di Melaka ? Orang ini nak jadi dewa, saya pulak kena jadi penjenayah," kata Anwar.
"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat. Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar.
Anwar terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis untuk menyuraikan majlis ceramah berkenaan.
Anwar terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis untuk menyuraikan majlis ceramah berkenaan.
Namun beliau sempat memberi peringatan kepada Najib supaya bertaubat dan menghentikan penggunaan amalan keji untuk mencari kelebihan politik.
"Apa jenis pemimpin ini. Saya hendak tanya Rosmah, tanya Najib, kamu ada anak, kamu ada bini, kamu ada keluarga, boleh orang aibkan keluarga kamu begitu rupa. Manusia jenis apa macam ini," tanya Anwar dengan nada kesal.
Anwar menggesa golongan muda menjadi pemangkin suara rakyat menentang kebobrokan sistem kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang semakin menekan.
Justeru, beliau mahukan penggunaan laman sosial Facebook, Twitter dan Blog diperhebatkan untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.
"Gunakan Facebook, Twitter dan Blog untuk melawan mereka dengan kuat. Anak muda perlu menjadi pembangkit suara rakyat. Bukan orang yang bagi duit RM50 untuk menjadi pencacai Umno. Ini yang mahu kita tanam dalam diri anak muda," ujar Anwar.
Belum selesai Anwar berucap, pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) menyerbu pentas untuk memaksa Anwar meninggalkan majlis itu. Dalam pergelutan yang menyusul, dua ahli PKR di tahan.
No comments:
Post a Comment