Thursday, March 31

KERAJAAN PALESTIN BERKATA IOA BERTANGGUNGJAWAB ATAS NYAWA ASSAYED

 

 



 Kerajaan Palestn pimpinan PM Ismail Haneyya bertegas bahawa pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) bertanggungjawab ke atas nyawa salah seorang pemimpin Hamas yang di dalam tahanan mereka iaitu Abbas Assayed yang telah menjalani mogok lapar selama 20 hari.
Kata beliau dalam satu ucapan pada Isnin lalu, Assayed telah ditempatkan dalam bilik pengasingan di dalam penjara sejak 2002 dan telah dikejarkan ke hospital berikutan tahap kesihatannya yang semakin merosot akibat mogok lapar itu.
Situasi ini telah menyebabkan pihak Palestin dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia peringkat antarabangsa campur tangan demi menyelamatkan Assayed dan bagi mendedahkan jenayah yang dilakukan oleh IOA terhadapnya berlandaskan
piawaian antarabangsa.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

No comments:

Post a Comment