Thursday, March 31

Lapan Terbunuh, 35 Cedera Dalam Serangan Israel

 


- Dua pejuang pembebasan Palestin cedera pada pagi Rabu selepas serangan udara rejim Israel di timur Gaza, daerah al-Shajaa’iyya.
Kedua lelaki daripada Bridged al-Quds, sayap tentera Pergerakan Jihad Islam di Gaza. Salah seorang daripada lelaki itu terpaksa dipotong kaki dan dijangka bakal dipotong tangan jika keadaannya bertambah buruk, kata pegawai perubatan kepada PIC. Pejuang kedua pula mengalami kecederaan kecil.
Pesawat pejuang Israel meancarkan serangan di jalan al-Mansura di al-Shajaa’iyya di mana sebuah roket menghentam sebuah kereta mangsa dan sebuah roket lagi mengenai kumpulan manusia di kawasan itu, kata koresponden Pusat Info Palestin.
Sebuah kumpulan di sebuah ladang di timur al-Zaytoun juga menjadi sasaran dengan tiada laporan kecederaan direkodkan. Ambulan dikejarkan ke kawasan itu untuk melihat mangsa yang cedera.
Israel menguatkan serangan pada 24 jam terakhir (23 Mac), membunuh 8 penduduk Palestin termasuk dua kanak-kanak, seorang tua dan empat pejuang Palestin, mencederakan 35 yang lain termasuk kanak-kanak dan wanita.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

No comments:

Post a Comment