Thursday, March 31

Pusat Ahrar melancarkan laman web berbahasa Inggeris untuk mengetengahkan isu tahanan

 

 
Pusat Kajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia Ahrar melancarkan laman web baru berbahasa Inggeris dengan sasaran menyebarkan penderitaan tahanan Palestin di penjara Israel kepada dunia.
Pengarah pusat itu, Fouad al-Khafsh menyatakan bahawa laan web baru itu ialah laman web pertama dalam bahasa Inggeris yang bertujuan untuk melaporkan keadaan tahanan Palestin yang teruk di penjara Israel.
Khafsh menekankan kepentingan untuk mencipta cara baru untuk menyokong isu tahanan ini dan memberitahu dunia tentang kekejaman dan perlanggaran undang-undang ke atas tahanan Palestin di Israel, sambil menyatakan bahawa tindakan mengutuk tindakan Israel hanya sia-sia.
Dia menambah bahawa laman web itu hasil daripada usaha bersungguh-sungguh, dan kerjasama dengan remaja Palestin yang tinggal di Eropah. Mereka akan mengikui perkembangan dan berita tentang tahanan Palestin dan penderitaan mereka di penjara Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz

No comments:

Post a Comment