Makin Terbelit : Berapa juta ringgit kos video lucah?
Terdapat seribu satu bukti tidak logik berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana didedahkan individu yang hanya dikenali sebagai ‘Dato T’.Selepas dikaitkan dengan dakwaan melakukan seks luar tabie, dituduh sebagai agen asing, agen Israel, pro militan Islam dan sebagainya, Anwar sekali lagi berdepan dengan satu lagi fitnah yang cukup mengaibkan beliau dan seisi keluarga.
Ketika rakaman itu didedahkan kepada wartawan dan editor media arus perdana di sebuah hotel mewah, Carcosa Seri Negara semalam, jelas ia menunjukkan rancangan itu telah disusun dengan begitu teliti dan rapi.
Ia bertujuan memberikan kegemparan kepada umum dengan menayangkan kepada pihak media terlebih dahulu, bagi mendapatkan publisiti semaksimum mungkin bagi memalukan Anwar, sebelum kesahihan video itu dapat diperincikan.
Apa yang lebih menghairankan mengapa pengawasan ketat dilakukan kepada wartawan yang dipanggil ke hotel mewah berkenaan?
Kenapa mereka diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik termasuk telefon bimbit, kamera serta pen mereka kepada pihak penganjur.
Malah wartawan yang hadir juga diminta memakai jubah sebelum dibenarkan masuk ke bilik di mana rakaman itu ditayangkan.
Apakah disebabkan pihak penganjur takut sekiranya video itu dirakam semula oleh wartawan terbabit?
Kepada wartawan, Dato T juga memberitahu beliau mendakwa menemui video itu selepas diminta ahli politik berkenaan iaitu ‘Anwar’ sendiri untuk mencari jam tangannya yang tertinggal di dalam bilik hotel mewah itu.
Namun Anwar menyatakan dengan tegas beliau sendiri tidak mengenali lelaki itu.
Apakah Dato T ialah seorang ahli politik? Kenapa muncul secara tiba-tiba dan kemudian menghilangkan diri?
Apa pula motif Dato T mendedahkan rakaman video kepada media tanpa membuat laporan polis terlebih dahulu?
Kenapa Dato T tidak didakwa?
Lebih tidak masuk akal, video seks yang dikata dirakam dari pelbagai sudut itu didakwa merupakan aksi seks Anwar bersama seorang pelacur daripada China
.Banyak pihak berpendapat, Anwar yang kini menghadapi pertuduhan kes fitnah 2 selepas diperangkap oleh seteru politiknya, tidak mungkin melakukan tindakan sebodoh itu- mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu kota.
Apa yang pasti, rancangan untuk mendedahkan rakaman itu disusun dengan begitu teliti oleh Dato T dan konco-konconya.
Mereka menempah sebuah bilik khas berharga RM1,350 di hotel mewah bagi menayangkan rakaman seks yang tidak diketahui kesahihannya.
Lebih menghairankan, bagaimana rakaman itu dikatakan dilakukan di sebuah bilik hotel mewah, yang sepatutnya memiliki pengawasan dan tahap keselamatan tertinggi?
Kenapa tidak ada siasatan dilakukan pihak berkuasa ke atas pihak pengurusan hotel berkenaan?
Jika dilihat daripada sisi undang-undang, Dato T sepatutnya didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki bahan lucah, tidak kira samada identiti pelakon di dalamnya itu tulen atau tidak.
Namun Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien menyatakan tayangan video berkenaan tidak sama sekali bersalahan dari sudut undang-undang.
Hishamuddin semalam juga menafikan pembabitan polis dalam isu, sedangkan tidak ada pihak yang menuduh polis terlibat ketika rakaman itu didedahkan.
Teknologi hasilkan video direka
Bagi mereka yang arif dalam teknologi pembikinan video, teknik memasang wajah pelakon bukan lah satu perkara yang mustahil menerusi penggunaan aplikasi teknologi yang canggih pada hari ini.
Ia berbeza dalam kes liwat 1998, kerana pendakwa tidak mampu menyediakan bukti berupa rakaman video kerana keupayaan teknologi yang masih rendah pada waktu itu.
Jadi, tidak mustahil berjuta ringgit dibelanjakan untuk membuat rakaman video seks berkenaan, dengan niat untuk menggoyah persepsi umum dan memalukan Anwar ketika perbicaraan kes liwat 2 sedang berlangsung.
Konspirasi tertinggi
Ia merupakan satu pembunuhan karetor yang paling melampau dilakukan setakat ini oleh Umno-BN, bagi memusnahkan dan menjatuhkan reputasi Anwar.
Ia diperkuatkan lagi dengan tindakan Dato T memaksa Anwar dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip itu disebar kepada umum. Jelas tindak tanduk itu sebenarnya bermotifkan politik.
‘Pendedahan klip’ itu juga dilakukan pada masa yang tepat- iaitu hari yang sama Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan dan ketika Umno-BN dilihat semakin terumbang ambing untuk mendapat sokongan rakyat.
Anwar dalam reaksi segera ketika mengadakan sidang media semalam dengan pantas menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah lelaki dalam video tersebut.
Anwar juga menyertakan bukti bahawa beliau berada bersama keluarganya pada masa video dirakam, iaitu pada 21 Mac sekitar 10.30 malam.
Beliau juga menegaskan ada berbalas mesej di laman twitter dengan penyokong-penyokongnya pada masa video itu dirakam. Malah Anwar menyatakan perut lelaki yang ditunjukkan dalam video seks berkenaan jauh lebih buncit daripada beliau.
Hari ini, Anwar membuat laporan polis berhubung pendedahan video itu, dan menyatakan dengan tegas pembabitan Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai pihak yang bertanggungjaab mendalangi konspirasi berkenaan
No comments:
Post a Comment