SHAH ALAM : Exco Pelancongan, Hal Ehwal Kepenggunaan dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong kesal dengan kenyataan sombong dan tidak berlandas fakta dan nilai saintifik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa projek Janakuasa Nuklear Malaysia tetap akan diteruskan walaupun ia mendatangkan bahaya seperti yang berlaku di Jepun.
Elizabeth turut mempersoalkan tindakan kerajaan Malaysia yang meluluskan projek sebelum penilaian keselamatan dilakukan.
"Pegangan Muhyiddin bukannya sains, atau pelaksanaan polisi berdasarkan fakta, ia hanyalah keangkuhan.
"Ini bukan cara menjaga keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia. Semua teknologi merbahaya perlu melalui penilaian dan proses yang teliti melalui pelbagai
agensi selain dipamerkan untuk penilaian awam sebelum sebarang kelulusan polisi diberikan untuk pelaksanaannya," tegas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam kenyataan ketika sidang media di Putrajaya semalam Muhyiddin tidak memberi kenyataan jitu mengenai hal ini tetapi menyatakan perkara paling penting
ialah soal keselamatan negara dan rakyat.
Beliau juga menaruh kepercayaan terhadap agensi yang bertanggungjawab atas alasan 'mereka' (agensi terbabit) tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin
mereka melaksanakan yang terbaik
Apabila ditanya mengenai kelulusan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng dekat Kuantan yang dikatakan telah diberikan kepada sebuah syarikat di Australia
dan mencetuskan kebimbangan ramai, Muhyiddin berkata beliau tidak pasti.
Isu projek Nuklear Malaysia menjadi kecoh berikutan kejadian magnitud 8.9 pada skala Richter yang menggoncang Jepun sehingga mengakibatkan reaktor nuklearnya
di Fukushima, yang hanya kira-kira 250 km dari Tokyo menghadapi kemungkinan musnah dan menyebabkan puluhan ribu masyarakat yang tinggal berhampiran pusat itu juga terpaksa dipindahkan kerana kebimbangan kebocoran radiasi.
Elizabeth turut menyuarakan rasa kurang senangnya terhadap sikap Muhyiddin yang tidak peka terhadap perkembangan loji pemprosesan tanah jarang di Gebeng yang didakwa diserahkan kepada sebuah syarikat Australia.
Menurut Elizabeth lagi, pendedahan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT) melaporkan pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan
pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia bernilai RM700 juta yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp membuktikan
betapa kerajaan hanya pentingkan keuntungan berbanding keselamatan rakyat.
"Kerajaan Persekutuan perlu menetapkan fikiran. Mana lebih penting? Keselamatan Awam atau janji dengan rakan niaga mereka? " soal Elizabeth lagi.

No comments:
Post a Comment