Kuala Lumpur, - Satu pertemuan telah diadakan diantara dua Gerakan Terbesar Mahasiswa Islam iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), turut hadir ialah gerakan mahasiswi iaitu Srikandi Gerakan Muslimat Muda(SIGMA GAMIS) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI PMRAM).
Pertemuan tersebut adalah untuk bersama-bersama berkongsi idea dan pandangan tentang gerakan mahasiswa Islam, disamping merapatkan hubungan dua organisasi gerakan mahasiswa Islam ini. Pada pertemuan tersebut, GAMIS yang diketuai saudara Zaki Sukery bersama pimpinan-pimpinan GAMIS pusat.
Perkongsian dua Gerakan Mahasiswa Islam ini membicarakan dan merencana gerakan mahasiswa Islam secara umum di Negara Malaysia dan juga Mesir. Kehadiran wakil-wakil pimpinan GAMIS dari setiap kampus juga memberi ruang kepada mereka untuk sama-sama berdialog dengan pimpinan PMRAM secara terus. Perbincangan lebih di fokuskan mengenai kebajikan mahasiswa islam di Malaysia dan mahasiswa Malaysia di mesir.
PMRAM adalah pertubuhan komuniti pelajar Malaysia tertua dan terbesar di Mesir. Jika dilihat dari segi sejarah, pertubuhan yang telah menjangkau usia 80 tahun itu sangat berpengaruh dalam kalangan pelajar Malaysia di sana.
Pertemuan ini diadakan pada sebelah malam, bermula pada jam 8 malam dan tamat pada jam 11.30 malam. Pertemuan-pertemuan sebegini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan, GAMIS juga percaya hasil dari pertemuan ini, gerakan mahasiswa islam akan lebih ke hadapan berkaitan isu-isu nasional dan di samping peka dengan isu-isu di dalam Negara
No comments:
Post a Comment