Thursday, March 17

Mahasiswa Bakal Bawa Kemusnahan Umno-BN Pada PRU-13








SHAH ALAM17march  - Mahasiswa yang dicengkam dan ditindas oleh Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 bakal memastikan Umno-Barisan Nasional tersungkur pada Pilihan raya Umum Ke-13 nanti.

Peguam kanan dan pakar Perlembagaan Dr Samarudin Rejab berkata mahasiswa yang ditekan dan ditindas dengan akta tersebut akan bangkit menentang sebagaimana sebelum Auku diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mengekang kekuatan mahasiswa.

Katanya, Auku digunapakai oleh Umno-BN bagi memastikan pergerakan pelajar dapat dikekang dalam usaha membonsaikan intelektual pemikiran golongan itu daripada menyampaikan buah fikiran yang kritikal.

Contohnya dalam kes 'UKM4' yang membabitkan empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia jurusan sains politik, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak rayuan mereka terhadap penggunaan Auku dalam pendakwaan ke atas mereka.

Mereka di dakwa melibatkan diri dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu tetapi menafikannya atas alasan kehadiran mereka di kawasan tersebut adalah sebahagian daripada keperluan pengumpulan mahkumat untuk kursus yang diambil.

Dr Samarudin yang juga bekas Presiden Kesatuan Pelajar Institut Teknologi Mara di tahun 1970an berkata, Umno-BN akan berdepan dengan jumlah mahasiswa yang celik maklumat begitu besar dan signifikan yang mendaftar sebagai pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Walaupun ditekan begitu rupa oleh Auku sejak hampir 40 tahun, pergerakan pelajar di peringkat universiti tidak lemah, masih dinamik dan ada kekuatan kerana jumlahnya yang besar. Misalnya, jika sebuah universiti mempunyai 5,000 pelajar, jika 10 buah universiti, di situ sudah ada 50,000 pelajar.

"Sekarang ini, di Malaysia kita ada kira-kira 20 hingga 30 buah institut pengajian tinggi awam termasuk swasta. Ini adalah jumlah yang sangat besar, bermakna lebih kurang 100,000 hingga 200,000 pelajar dan mereka ini adalah satu kekuatan yang tidak boleh diketepikan.

"Dalam konteks demokrasi dan pilihan raya, mereka inilah bakal pengundi yang signifikan tetapi dari segi kepimpinan, mereka ini tersekat oleh kerana adanya Auku yang menyekat pergerakan mereka," ujar beliau.

Menurut Dr Samrudin lagi, rakyat Malaysia yang telah mencapai syarat umur untuk mengundi dalam proses demokrasi tidak kira sama ada pelajar, pekerja atau pun masyarakat umum berhak mengambil bahagian secara aktif dalam proses demokrasi kerana hak tersebut telah diberikan oleh Perlembagaan Negara

No comments:

Post a Comment