Ketua Persatuan Bunga dan Beri para pekerja bantuan pertanian dan petani berjumpa pada Selasa untuk membincangkan kesan penutupan penyeberangan Gaza oleh Israel ke pada eksport bunga-bunga liar dan buah ke pasaran luar negeri.
Dua juta bunga disimpan di dalam peti sejuk menunggu untuk dieksport ke pasaran luar negeri selain daripada banyak lagi bunga yang belum dituai terdedah kepada kerosakan.Ketua Persatuan Bunga dan Beri Mahmoud Khalil berkata, mereka bertemu untuk berfikir tentang strategi musim berikutnya dari kemelesetan perniagaan di saat ini.
Khalil mencatat bahawa suhu tinggi mempengaruhi penanaman bunga di samping krisis kewangan antarabangsa yang melanda pasaran Eropah. Dia menekankan perlunya penyeberangan Gaza dibuka semula untuk eksport mereka terus ke pasaran Eropah dan mengelakkan kerugian harian petani.
Dia menegaskan bahawa 30 juta bunga yang seharusnya untuk dieksport tahun ini, tetapi hanya 10 juta yang dapat sampai ke pasaran Eropah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen
No comments:
Post a Comment