– Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf, mengarahkan pengkajian dan semakan semula kontrak gas yang dimeterai antara Mesir dan pelbagai negara termasuk kontrak yang pernah disepakati dengan entiti Zionis.
Kerajaan Mesir, telah menandatangani kontrak gas yang penuh knotroversi bersama Zionis pada tahun 2005 untuk membekalkan 1.7 billion meter padu gas setiap tahun selama 20 tahun, di mana harga yang dipersetujui adalah di antara 70 sen dan 1.5 dolar Amerika untuk setiap sejuta BTu. sementara harga kos pula adalah 2.65 dolar.
Menurut laporan media rasmi Mesir, penasihat Perdana Menteri Mesir, Ali Al-Simman, dalam kenyataannya pada hari Rabu (13 Mac) berkata : “Perdana Menteri (Mesir) menghendaki agar kajian dan semakan semula kontrak gas yang dipersetujui di antara Mesir dan beberapa buah negara, termasuk Jordan dan “Israel”, dan untuk meninggikan harga belian supaya memberi manfaat kepada rakyat Mesir.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen
No comments:
Post a Comment