Saturday, April 16

Wanita warga emas ditahan di Awarta

 


- Seorang warga emas berusia 80 tahun selepas tentera rejim Zionis (IOF) mencetuskan huru-hara di Kampung Awarta dekat Nablus. IOF mendakwa misi itu bagi mencari pembunuh 5 orang sekeluarga yang merupakan pendatang haram Yahudi yang mendiami penempatan haram Itamar yang terletak berhampiran kampung itu.
Penahanan penduduk Palestin berlaku selepas IOF mengepung kawasan kampung selama 2 hari berturut-turut. IOF terus-terusan menggeledah rumah-rumah penduduk awam Palestin berkali-kali dan memusnahkan perabot serta barang-barang di dalam rumah mereka,” kata
Gabenor Awarta, Qais Awwad.
“Tiada rumah, lorong, padang mahupun masjid yang terlepas daripada serbuan dan digeledah oleh IOF selepas 5 orang pendatang haram Yahudi daripada penempatan haram Itamar disahkan mati pada 15 Mac lalu,” kata seorang penyelidik di Awarta, Salahuddin Awwad.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

No comments:

Post a Comment