Monday, April 25

Azmin dinasihat hentikan pertelagahan ,,dan jaga parti kamu dulu,,cerminlah diri sendiri tu dulu,,,,

 

Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Abdul Aziz merujuk kepada kenyataan Azmin di dalam Sinar Harian bertarikh 24 April.
REMBAU: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali diminta jangan cepat  dan menghentikan pertelagahan sesama kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang lain.
Setiausaha PKR Rembau, Norazizi Abdul Aziz berkata demikian merujuk kepada kenyataan Azmin di dalam Sinar Harian bertarikh 24 April yang memetik Azmin melabelkan Setiausaha PAS, Mustafa Ali sebagai “jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian”.
Azmin mengeluarkan kenyataan tersebut apabila akhbar yang sama melaporkan kenyataan Mustafa pada 23 April bahawa ada kemungkinan masa depan PAS turut bergantung pada keputusan siasatan kes video seks yang pelakunya didakwa mirip pemimpin pembangkang.
Mengulas perkembangan tersebut Norazizi berkata Azmin selaku pemimpin peringkat tertinggi dalam PKR beliau harus matang, faham dan melihat kenyataan Mustafa dari aspek positif dan bukan respon secara emosional yang akhirnya akan merugikan PR itu sendiri.

No comments:

Post a Comment