Isnin, 25/04/2011 - Pihak rejim Zionis (IOA) mengumumkan bahawa pihaknya telah menahan 4 orang peguam Palestin yang berasal dari ‘tanah yang dirampas pada 1948’ atas dakwaan menyalurkan maklumat antara tahanan-tahanan penjara di penjara rejim Zionis dengan para pemimpin Pergerakan Jihad Islami yang berpengkalan di Gaza.
Akhbar Yedioth Ahronoth melaporkan pada Rabu lepas bahawa pertuduhan itu telah difailkan di Mahkamah Pusat di Baitulmaqdis. Ia melibatkan pertuduhan terhadap peguam bernama Suhair Ayoub atas dakwaan menyalurkan maklumat antara tahanan penjara Jihad Islami dengan pemimpin mereka yang berada di Gaza.
Menurut akhbar itu lagi, Ayoub sedang ditahan sehinggalah semua dakwaan rasmi terhadapnya berakhir manakala 3 peguam lagi telah dibebaskan dengan syarat. Ayoub didakwa menyebarkan maklumat berhubung beberapa perjumpaan antara anggota Jihad Islami yang ditahan di dalam penjara serta hukuman yang diterima dan aktiviti masing-masing di dalam penjara.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa
No comments:
Post a Comment