Saturday, April 9

Israel bersedia untuk menyerang Flotilla Kebebasan Kedua

 


 Akhbar Nazareth berkata bahawa kementerian luar Israel telah mula melakukan persediaan dari pelbagai aspek untuk berhadapan konvoi bantuan kedua Flotilla Kebebasan (Freedom Flotilla) yang sedang menuju ke Gaza yang dikepung pada pertengahan Mei.
Akhbar itu melaporkan pada Isnin bahawa kementerian luar melaksanakan mesyuarat dengan tentera dan pegawai keselamatan dalam usaha untuk mengkaji bagaimana untuk memintas dan mengawal konvoi itu secara ketenteran.
Tambahan pula, tentera Laut Israel sedang menambah kelengkapan dan latihan untuk melakukan penawanan ala-komando ke atas kapal konvoi itu dan penumpangnya.
Haaretz juga menyatakan bahawa kerajaan Israel menghubungi pemimpin negara yang menghantar rakyat mereka dalam konvoi itu untuk meyakinkan mereka supaya tidak membenarkan pelayaran kapal itu daripada pelabuhan mereka.

penterjemah : redz

No comments:

Post a Comment