SHAH ALAM 19 APRIL : Tahap kematangan berpolitik pengundi Sarawak yang semakin tinggi membolehkan Pakatan Rakyat mengejutkan BN apabila menawan 15 kerusi DUN pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak 16 April lalu.
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian berkata meskipun media alternatif memainkan peranan penting dalam mendedahkan segala kepincangan pemerintahan BN di Sarawak, hakikatnya tidak semua rakyat negeri itu yang jauh dipedalaman, mampu mencapai akses media itu.
Kenyataan itu sekaligus menepis alasan Perdana Menteri Najib Razak bahawa faktor media alternatif semata- mata menyukarkan kemenangan bergaya untuk BN.
"Bagi Sarawak, tidak banyak orang boleh baca atau capai internet, hanya golongan profesional sahaja yang terdedah dengan media alternatif itu," katanya.
No comments:
Post a Comment