Tuesday, April 19

Tentera IOF Langgar Keputusan Mahkamah, Runtuh Rumah Badwi di Nuwaimi’ah

 


Selasa, 19/04/2011 - Pusat Bantuan Undang-undang Jerusalemdan Hak Asasi Manusia mengatakan tentera penjajah Israel (IOF) melanggar keputusan mahkamah tinggi dan rumah-rumah milik warga Badwi di daerah Nuwaimi’ah berhampiran bandar Jericho diroboh.
Pusat ini menambah lagi pada Rabu bahawa ia menuntut biro pendakwaan Israel, penasihat perundangan IOF dan mahkamah tinggi untuk menjelaskan mengapa tentera Zionis melanggar keputusan mahkamah. Pusat ini mencatatkan bahawa tentera Zionis meroboh rumah, bumbung dan struktur lain milik keluarga Badwi tanpa arahan daripada kerajaan dan melanggar keputusan mahkamah tinggi itu yang memerintahkan pembekuan pada setiap tindakan terhadap keluarga dan harta benda mereka.
Badwi Nuwaimi’ah menerima amaran perobohan pada akhir tahun lalu dan awal tahun ini dan pusat Yerusalem yang mewakili mereka mengikuti semua prosedur undang-undang untuk menghalang setiap langkah bertujuan untuk meruntuhkan rumah-rumah mereka . Sementara itu, sebuah mahkamah tentera Israel mengeluarkan keputusan untuk menghancurkan sebuah gudang untuk unggas dan ternakan dan air telaga di desa Beera, barat daya bandar Al-Khalil.
Pusat kajian untuk tanah tersebut berkata pasukan IOF menyerbu desa dan memberikan pemilik satu minggu untuk menghapuskan gudang dan perigi dengan biaya sendiri. Dalam insiden berasingan, pasukan IOF menculik dua warga Palestin dari kota Al-Khalil pada waktu fajar Kamis dan mencuri perhiasan dan dua ribu syikal dari sebuah rumah di bandar IDNA.
Di desa burin, selatan bandar Nablus, penduduk Yahudi dan pasukan bersenjata pada Rabu malam menyerang desa dan menembak gas pemedih mata terhadap warga Palestin yang menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa

No comments:

Post a Comment