Selasa, 19/04/2011 - Ratusan rakyat Mesir keluar bedemonstrasi pada hari Khamis, (14 April), di hadapan bangunan kedutaan Israel di Iskandariah (240 km barat laut dari Cairo), sambil melaungkan kritikan terhadap tindakan Zionis ke atas Gaza dan kepungannya, serta turut membantah pengharaman laman web “Intifadhoh Palestin ke-3″ dekat laman sosial Facebook.
Sebilangan besar tentera dan pasukan keselamatan diperlukan untuk mengawal bangunan kedutaan Zionis di daerah Kufr ‘Abdah di Iskandariah, pintu masuk utama pejabat kedutaan uga ditutup, dan segala pergerakan keluar masuk tidak dibenarkan, pada waktu yang sama para pendemonstrasi melaungkan slogan menentang Zionis, dan mengumumkan sokongan mereka kepada “Intifadhoh ke-3″ yang bakal keluar pada 15 Mei depan.
Menurut sumber akhbar “Quds Press”, para peserta demontrasi kebangkitan rakyat Mesir yang lepas turut serta dalam demonstrasi kali ini, yang menentang tebok kepungan Gaza dan keganasan berterusan ke atas kawasan itu oleh pihak musuh (Zionis), selain memprotes penutupan laman khas Facebook khas untuk Intifadhoh Palestin yang disifatkan sebagai “tindakan yang rasis dan tidak adil serta menunjukkan kepatuhan kepada politik Zionis, yang sepatutnya tidak dilakukan oleh Facebook yang pada asalnya bersifat universal.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen
No comments:
Post a Comment