Oleh Ibn_bacoks
PENJAJAHAN Barat ke atas umat Islam sebelum ini telah menerapkan satu ajaran asing yang dikenali ‘agama suku politik suku’ menyebabkan fahaman itu sudah sebati dalam masyarakat.
Perkara ini ditegaskan oleh Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dengan katanya sejarah tidak pernah mengatakan bahawa kedatangan Islam yang asalnya dibawa oleh pedagang Arab ke rantau ini hanya sebahagian sahaja ajaran dalam agama.
Akan tetapi pelaksanaan Islam dilihat menyeluruh setelah pemerintahan Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka menjadikan ajaran agama itu sebagai rujukan kepada pelaksanaan undang-undangnya. ”Islam di bawa ke Malaysia adalah sempurna bukan dipotong-potong sekerat.
”Islam perintah negara. Penjajah datang Portugis, mereka hapus kerajaan adil. Bawa ajaran asing dari Islam. Pisahkan politik daripada agama,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, siri-siri penentangan telah dilakukan oleh masyarakat Melayu adalah kerana ingin membebaskan Tanah air mereka daripada sebarang bentuk penjajahan sama ada fizikal mahupun pemikiran.
”Kedatangan penjajah ditentang seluruh penduduk serta yang datang ke Tanah Melayu.
”Masyarakat Bugis (seperti) Raja Haji. (masyarakat) Banjar (dan) Minang datang ke Tanah Melayu untuk menentang Penjajah. Ini penulisan sejarah sebenar.
”Nenek moyang bukan nak datang tanam kelapa tetapi (dengan tujuan) menentang Penjajah.
”Kemudian Penjajah angkut (kaum) Cina dan India. Tak cukup mengperhambakan Melayu di sini. Cina-India pun sama. (tujuan) untuk kaut hasil di bawa ke negeri Penjajah
”Islam ajar, bumi ini milik Allah. Hukum Allah hendaklah dilaksanakan. Ini diperkenalkan PAS . Perintah Kelantan, cuba laksanakan dengan adil,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Tuan Guru yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang menegaskan kebaikan politik Islam dapat dilihat dengan pembentukan negara Islam pertama Madinah yang melibatkan sama masyarakat bukan Islam setelah kedatangan Baginda Muhammad SAW ke Tanah air mereka.
Menurutnya antara penyebab masyarakat tersebut ingin bersama Nabi adalah kerana mengetahui bahawa corak pentadbiran Islam itu telah diyakini keadilannya dan tidak mengamalkan sebarang bentuk penindasan terhadap kaum bukan Islam.
”Apabila pemimpin Madinah yang bergaul dengan Yahudi ahli Kitab. Manakala berita kelahiran Nabi membawa rahmat seluruh alam. Pemimpin Madinah kedatangan Nabi bersedia serahkan Tanah air dirikan negara yang adil
”Perkara menarik daripada hijrah bukan sahaja melibatkan orang Islam termasuk bukan Islam. Bukan semua tentang Islam termasuk kalangan orang bukan Islam, bencikan kezaliman,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment