Dari awal lagi aku ragu2 nak masuk campur dan ulas pasal neh. Dalam ahti mula2 nak tulis sebab teman suruh ulas tapi sengaja tangguh nak tengok dulu respon dan komen dari pelbagai pihak. Rasanya macam okey tapi last2 jadi tak okey juga. Salah faham tetap timbul. Persepsi serong dah dilahirkan dan pemimpin pas macam biasa orang pakai keyboard depa pakai mesin taip masih lambat nak jernihkan apa yang keruh.
Isu sebenarnya mudah. Benda neh bergolak bukan dari sekarang tapi dari lama dulu dah sejak tahun 2008. Mulanya ia masalah dalaman tapi akhirnya ia jadi masalah luaran bila seme pakat2 nak umumkan di media cari sokongan.
Aku berfikir sangat lama dan dalam. Adakah aku patut menulis dengan menyebelahi pemimpin pas? Adakah aku patut menyerap persepsi baik terhadap Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa? Ataupun aku hanya perlu menulis suara ahti ahli dan penyokong pas sahaja?
Kisah asalnya bermula nama Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali digugurkan dari senarai calon wakil rakyat pada pru-13. Kalau nak calonkan seseorang ia perlu lalui proses persetujuan dan perbincangan. Perkara yang sama perlu dilalui ketika nak keluarkan seseorang daripada pencalonan. Ia adalah suara yang dihormati oleh semua calon. Mereka faham dan bersedia menerima bahawa nama mereka boleh digugurkan dan dicalonkan pada bila2 masa.
Tapi biarlah ia berlaku dengan cara yang proper. Menulis isu neh di blog [mendedahkan hasil mesyuarat] dan menyebarkan ia sehingga wakil rakyat yang bakal digugurkan itu dari tidak tahu dan tiba2 menjadi tahu apakah dia tidak terasa dan kecik ahti? Adakah mereka bukan manusia? Adakah mereka tiada ahti dan perasan? Adakah mereka seseorang yang lahir tanpa emosi? Adakah mereka ialah patung nyawa? Mereka bukan ma. Mereka orang ma. Mereka itu wajib ada pelbagai perasan.
Siapa yang tidak rasa sedih, kecik ahti dan marah tiba2 sahaja dia tahu bahawa dia bukan bakal calon dari mulut orang lain. Bukanlah tidak boleh pergi dan berbincang kepada mereka. Ajak minum2 dan pujuk2. Berbincang dari ahti ke ahti. Berbincang sampai mereka yang digugurkan itu faham kenapa ia mesti berlaku.
Ana nak bagitau sesuatu pada enta. Enta bukan lagi calon MP dalam pru-13. Nama enta digugurkan. Kenapa2? Apa salah ana? Apa yang ana buat sampai nama ana digugurkan? Enta tak buat kerja dengan cekap dan agak malas. Di saat ramai wakil rakyat pas bawa pelbagai isu2 rakyat di parlimen, enta lebih banyak ponteng dan jadi patung bisu. Yang sedang sakit ketika itu pun [arwah Dr.Lolo, Alfatihah untuk arwah] lebih rancak buat kerja berbanding enta.
Macam mana neh? Dengan orang sakit pun kalah. Jadi enta di undurkan. Lagipun enta menghadapi krisis kepercayaan dan sokongan dari ahli2 dan penyokong pas. Sejak krisis enta terlibat dengan kerajaan perpaduan dengan umno ramai orang marah.
Ana cuma nak berfikir luar dari kotak. Ana fikir waktu itu mungkin ada ruang kerjasama dengan umno. Mungkin umno dah insaf. Enta jangan mimpi. Umno hanya nak gunakan kita. Lihatlah apa yang berlaku sekarang. Ada umno berubah? Tidak bukan. Jadi enta kena faham. Bukan suka2 nak gugurkan nama enta tapi semua berlaku ia bersebab.
Nah..
Kawan pujuk kawan lebih berkesan disini. Mendengar ia dari mulut orang lain yang mana maybe dah pongpang ditokoktambah dari cerita asal boleh menghasilkan persepsi yang berbeza apabila ia singgah di telinga hasan dan ustaz nasa.
Nak gugurkan ka nak apa ka lantak lue lah pimpinan pusat tapi jangan sampai mengecilkan ahti orang lain. Tidaklah best pun nasruddin tue dalam buat kerja2 hentam umno tapi kerja2 lain dia mungkin bagos tapi kita tidak tahu sebab ia bukan dihebahkan dalam berita.
Sama juga kes nya dengan Hasan Ali. Kemarahan Hasan Ali mudah difahami. Semua nya berpunca dari DAP yang menyemak masuk campur dalam urusan umat islam di selangor. PKR pula memilih sikap bohlayan. Hasan Ali pula walaupun dinasihat berkali2 agar bersabar tetapi dia memilih langgar arus. Cara dia sangat tidak betul. Janganlah kerana marahkan dap, maka dengan umno pun dia sanggup. Marah hal lain. Tapi janganlah biarkan rasa marah itu menyebabkan dia melukakan ahti pas pula. Ini salah.
Aku faham dia pun ada emosi dan ego dia juga. Tapi apahal pula dia sering ke depan dengan isu yang bercanggahan. Walaupun matlamat dan niat dia betul tapi cara dan kaedah dia salah. Dia nak provoke dap selangor tapi dia lupa kesan nya pada keseluruhan pimpinan pas dan pr. Adalah bukan mudah nak menjalankan kerja2 dakwah di saat umat kafir membenci islam, jadi lebih baik jangan tambah sukarkan ia lagi.
Apatah lagi, sekarang neh juga ada sekumpulan umat islam yang lain, bersama subahat menyusahkan kerja2 dakwah islamiah. Jadi, atasi yang neh dulu. Perbaiki akidah umat islam bila akidah umat islam dah lurus, maka kita akan bersatu, dan bila kita bersatu barulah boleh berdakwah kepada mereka yang sering pandang serong terhadap islam.
Cara nak menyelesaikan masalah mestilah dengan mengkaji punca masalah. Kalau tatau punca, macam mana nak atasi ia dengan berkesan? Ubat yang berbeza untuk sakit yang berbeza sebab ia datang dari virus yang berbeza. Hasan Ali bukan salah seme tapi dia juga bukan betul seme nya.
Kesilapan Nasaruddin dan Hasan Ali yang gunakan medium berita pro kerajaan luahkan perasaan juga amatlah dikesali. Itu belum masuk lagi penulisan yang ditokoktambah bagi tambah panas. Sendiri baca utusan sendiri rasa marah. Sendiri tengok tv3 sendiri rasa marah. Dah tahu utusan dan tv3 itu paper dan media yang suka fitnah lagi ada ahti mao percaya bulat2.
Yang sepatutnya harakah bagi ruang pada ustaz Nasa dan Hasan Ali luahkan apa yang mereka rasa. Itulah dia tujuan harakah. Ia adalah luahan rasa ahli, penyokong dan pimpinan pas seme pihak. Bukan pihak2 yang tertentu je. Bila dah jadi media rasmi pendapat pro pihak tertentu sahaja maka orang2 lain terpaksa lari salur pendapat di tempat lain.
Aku dah tak boleh bezakan antara utusan dan harakah sekarang neh. Sila tukar cara ia membawa berita ataupun bakar sahaja harakah sama macam utusan. Lebih bagos disitu. Sebab apa? Sebab instead of jernihkan suasana, dia pergi tambah api dan pecahkan lagi pas kepada beberapa kelompok. Maybe harakah dah jadi freemason. Ini ialah kesimpulan yang paling senang boleh dibuat. Heh.
Sebagai ahli dan penyokong pas apabila anda memilih untuk hentam Hasan Ali dan Nasaruddin pastikan anda benar2 balon mereka apabila mereka benar2 buat pada salah perjuangan. Niat menyatukan pas dan umno oleh mereka neh adalah salah. Yang neh kita hentam habis-habisan. Bagi kita, andai umno mahu berubah kita tidak perlu duduk di bawah satu parti. Cukuplah umno sokong apa sahaja usul2 menguatkan akidah dan kesatuan umat islam di malaysia yang dibawa oleh pas. Dengan neh kita akan dapat rasakan keikhlasan umno.
Buat apa duduk dalam satu parti selepas itu islam ke mana, akidah ke mana, last2 gadoh dan meroyan. Akhirnya jadi balik macam peristiwa lama2, pas keluar dengan ahti yang berdarah sebab ditikam belakang. Yang neh Hasan Ali dan Nasaruddin patut dah faham. UMNO tidak pernah ikhlas dengan PAS. Tidak dulu, tidak hari neh dan mungkin juga tidak pada masa akan datang.
Sama juga dengan penyokong dan ahli pas. Apabila anda dah bersetuju menyokong pas, maka berikanlah kepercayaan anda kepada mereka untuk membuat apa yang telah dipersetujui. Berikanlah sedikit kepercayaan anda kepada Hasan Ali dan Nasaruddin. Apakah anda ingat mereka benar2 akan masuk umno dan meninggalkan pas semudah ABC? Ya.. itu memang akan berlaku andai anda memegang watak tukang provoke.
Dan janganlah hentam dan balon mereka andai apa yang mereka buat itu betul. Betulnya hasan ali bila dia memang mahu mendakwahkan islamiah di selangor. Ini betul walaupun cara dia kurang tepat. Kritik dia pada tempat yang betul. Betulnya Nasa apabila dia beranggapan umat islam sesama sendiri berperang dan cara neh sepertinya tidak enak dilihat. Apakah ada penyelesaian yang lebih baik dari neh? Ini pandangan yang betul. Kritik lah dia bahawa "pemandangan" dia betul tapi cara penafsiran dia tidak betul.
Kita bukan sedang berbicara dengan musuh. Kita sedang berbicara dengan sahabat kita. Apa pula alasan kita menggunakan cara yang keras lagi kejam dengan sahabat kita sendiri? Kita sebenarnya tiada alasan itu. Jika sahabat tidak faham, ini ialah tanggungjawab kita untuk fahamkan mereka. Jika mereka tetap juga tidak faham, maka hormat sahaja perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat neh ada di mana2. Ini kita panggil demokrasi. Kalau dah pandai laung, kena pandai amal.
Menjadi ahli dan penyokong pas memang mudah. Memprovoke pun mudah. Marah pun mudah. Maki lagi mudah. Tapi siapa pula yang boleh menjernihkan suasana yang keruh dan memahamkan seme pihak bahawa isu neh ialah isu dalaman yang perlu diselesaikan dengan cara yang berhemah?
Adakah ahli dan penyokong biasa macam aku dan yang lain2 perlu ingatkan neh pada pimpinan pas pusat? Perlu melalui unit penerangan bagi menyampaikan isi ahti? Perlu ke kami mengajar kepada anda bagaimana cara mahu berbincang sesama sendiri? Perlu ke?
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/12/penjelasan-isu-nasruddin-mat-isa-hasan.html#ixzz1gz4Tmb7l
No comments:
Post a Comment