Tuesday, March 29

Perbicaraan , Hukuman dan Balasan Yang Adil Ketika Berada di Hari Akhirat

 

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abi Barzah al-Aslami r.a., dari Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?"
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Apabila habis orang-orang yang disoal oleh Tuhan yang Maha Adil;  maka suratan amal manusia dikeluarkan untuk diberi ke tangan masing-masing yang apabila menerimanya ia dapati suratan amalnya itu terbuka,  boleh ditatap dan dibaca olehnya sendiri.

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan setiap manusia telah Kami kalungkan (catatan) amal perbuatannya dilehernya. Dan pada hari kiamat Kami keluarkan baginya sebuah kitab dalam keadaan terbuka. 'Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada hari ini sebagai penghitung atas dirimu."
(Surah al-Isra' ayat 13-14 )

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Adapun orang yang kitabnya diberikan di tangan kanannya, maka dia berkata, "Ambillah, bacalah kitabku (ini)." (Surah al-Haqqah ayat 19)

"Dan adapun orang yang kitabnya diberilkan ditangan kirinya, maka dia berkata, "Alangkah baiknya jika kitabku (ini) tidak diberikan kepadaku."
(Surah al-Haqqah ayat 25)

Selepas itu perbicaraan diteruskan - perbicaraan perkara-perkara yang berkenaan dengan hak-hak makhluk dan perkara-perkara yang berhubung dengan amal ibadat kepada Allah.  Perkara-perkara berkenaan dengan hak-hak makhluk meliputi.

Pertama : Perkara-perkara yang berkenaan dengan melakukan jenayah ke atas nyawa dan tubuh badan satu-satu makhluk seperti bunuh membunuh,  tikam menikam, pukul memukul, seksa-menyeksa, sabung-menyabung, laga-melaga dan sebagainya.

Kedua : Perkara-perkara yang berkenaan dengan melakukan jenayah terhadap kehormatan diri dan maruah,  seperti caci-mencaci, buruk-memburuk, maki-hamun, umpat-keji, tuduh-menuduh, ceroboh-mencerobohi fitnah memfitnah dan sebagainya.

Ketiga : Perkara-perkara yang bersabit dengan harta benda seperti curi-mencuri, rompak -samun, ragut, rebut-merebut, tipu-menipu, hutang-piutang dan lain-lainnya.

Hukuman ke atas sesiapa yang di dapati bersalah dalam perbicaraan ini ialah:

Pertama - Menerima balasan dari makhluk yang dilakukan jenayah itu terhadapnya.

Kedua - Memberi amal kebajikannya kepada orang yang ia aniayakan, untuk membayar hutang orang itu atau mengganti-ruginya; dan apabila tidak ada lagi amal kebajikannya untuk diberi kepada orang itu, maka ia terpaksa menanggung kesalahannya.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”

(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)

Ketiga - Dimasukkan ke dalam penjara yang disediakan Tuhan (Neraka Jahanam)

Sahabat yang dikasihi,
Untuk menyelamatkan seseorang daripada menghadapi perbicaraan yang tersebut, maka Nabi Muhammad  S.A.W. mengingatkan umatnya serta menerangkan jalan keselamatan masing-masing - dalam hadis-hadis yang berikut:

1. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya; bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya."
(Hadis Riwayat Bukhari)

2. Dari Sa'id bin Zaid r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengambil tanah secara zalim sekalipun sejengkal, akan dibelitkan pada hari kiamat dengan tanah yang diperintahkannya mengangkut sebanyak itu dari tujuh petala bumi."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W. melarang menyeksa binatang sampai mati dengan jalan mengikatnya untuk dijadikan sasaran panah,  rejaman dan sebagainya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Dari Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah S.A.W. melarang perbuatan melagakan binatang. "
(Hadis Riwayat Tirmizi dan Abu Daud)

5. Dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, niscaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Ada pun perkara-perkara yang berkenaan dengan ibadat kepada Allah,  maka yang mula-mula dibicarakan ialah ibadat sembahyang yang lima sehari semalam - sesiapa yang sembahyangnya itu diterima Tuhan maka berjaya dan beruntunglah dia; sebaliknya rugi dan menderita orang yang tidak diterima sembahyangnya. Sesiapa yang didapati sembahyang fardunya terkurang, sama ada terkurang bilangannya, rukun,  syaratnya, sunatnya atau khusyuknya maka ditampal dan dicukupkan dengan sembahyang-sembahyang sunatnya jika ada, kalau tidak ada terpulanglah hukumnya kepada keadilan atau kemurahan Tuhan Rabbul `Alamin.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia. Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: "Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?" Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain." .
(Hadis Riwayat Tirmizi).

Demikianlah pula halnya ibadat-ibadat puasa,  zakat dan haji dibicarakan seperti sembahyang juga, iaitu apabila di dapati mana-mana fardunya terkurang maka ditampal dan dicukupkan dengan sunatnya yang ada.

Tiap-tiap perbicaraan dibuat keputusannya oleh Tuhan yang Maha Adil dengan berdasarkan keterangan-keterangan saksi, iaitu selain daripada dua Malaikat yang menulis amal seseorang maka anggotanya, hartanya, tempatnya dan masanya juga menjadi saksi .

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu Allah menyempurnakan balasan yang sebenarnya bagi mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." (Surah an-Nur ayat 24-25)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W.  membaca ayat ini: "Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya:" Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"

Para sahabat menjawab:" Allah S.W.T. dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya."
Bumi akan berkata: 'Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."
(Hadis Riwayat Tirmizi).

Sahabat yang di hormati,
Setiap amalan manusia yang dikerjakan ketika di dunia akan dihisab di hari akhirat nanti di Hari Penimbangan Amal (Yaumul Hisab) samaada amalan kebaikan atau amalan kejahatan.

Firman Allah S.W.T. maksudnya :  “Barangsiapa yang mengerjakan amal kebaikan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya”. (Surah al-Zalzalah ayat 7)     

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : “Kebersihan itu separuh iman dan (kalimat) alhamdulillah dapat memenuhi mizan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Jabir r.a., katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Diletakkan neraca pada hari kiamat, lalu ditimbang amal-amal yang baik dan amal-amal yang jahat; maka sesiapa yang berat timbangan amal-amal baiknya daripada amal-amal jahatnya, masuklah ia ke syurga dan sesiapa yang berat timbangan amal-amal jahatnya daripada amal-amal baiknya, masuklah ia ke neraka. "
(Hadis Riwayat Abu Al-Syeikh)

Setelah perbicaraan selesai dan hukuman balas-membalas dan bayar-membayar dijalankan, maka apa jua amalan yang tetap ada atau yang baki bagi tiap-tiap seorang ditimbangkan dengan neraca keadilan Tuhan untuk ditentukan apakah balasan yang masing-masing berhak menerimanya, lalu neraca itu dibawa datang dan penimbangannya pun dijalankan.

Tentang ini, Allah S.W.T. berfirman, maksudnya : "Penimbangan amal pada hari kiamat adalah satu keadilan yang benar, maka sesiapa yang berat timbangan kebaikannya, mereka itulah orang-orang yang berjaya memperolehi apa yang mereka harapkan dan sesiapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan diri sendiri dengan sebab mereka telah meletakkan ayat-ayat keterangan Kami pada bukan tempatnya."
( Surah Al-A'raaf ayat 8-9).

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Dan Kami akan adakan penimbangan-penimbangan yang adil pada hari kiamat, oleh sebab itu maka tidak ada seseorang yang akan teraniaya barang sedikit pun, walau amalannya seberat biji sawi Kami tetap menghitungnya dan cukuplah Kami menjadi penghitung." (Surah al-Anbiya' ayat 47)

Dari Abdullah bin `Amr r.a., katanya: Rasulullah S.A.W.  bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah akan memberi keistimewaan kepada seseorang dari umatku dengan memanggilnya di hadapan khalayak yang ramai pada hari kiamat, serta membentangkan kepadanya sembilan puluh sembilan gulung suratan amalnya, tiap satu gulung panjangnya sejauh mata memandang; kemudian Tuhan bertanya kepada orang itu: "Adakah engkau hendak menafikan sesuatu dari apa yang ada dalam suratan ini? Adakah penulis-penulis yang Aku tugaskan menjaga amalmu itu telah menzalimkanmu?" Orang itu menjawab: "Tidak, wahai Tuhanku"; Tuhan bertanya lagi: "Kalau demikian, maka adakah engkau mempunyai sebarang alasan atau kebaikan untuk engkau melepaskan diri?" Ia menjawab: "Tidak ada juga wahai Tuhanku"; Tuhan berfirman maksudnya : "Ia, ada sebenarnya engkau ada mempunyai satu kebajikan yang tersimpan pada Kami dan sebenarnya engkau tidak akan menanggung sebarang kezaliman pada hari Kami; lalu dikeluarkan sehelai kertas kecil yang tertulis padanya

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُه

maka Tuhan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Melihat timbangan amalmu", lalu ia berkata: "Ya Tuhanku! Apakah nilainya kertas yang secebis ini berbanding dengan suratan jahat amalku yang bergulung-gulung itu?" Maka Tuhan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Walau bagaimanapun, sesungguhnya engkau tidak akan di zalimi." Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Kemudian suratan amalnya yang bergulung-gulung itu diletakkan pada sebelah daun neraca dan kertas kecilnya, diletakkan pada daun neraca yang sebelah lagi lalu suratan amal buruknya itu terangkat ringan dan kertasnya yang secebis itu berat menurun, kerana tidak ada sesuatu benda pun yang boleh menjadi berat berbanding dengan apa yang mengandungi nama Allah".
(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi dan lbn Majah)

Setelah habis timbangan amal manusia akan terbagi tiga golongan :

Pertama : Golongan  yang mempunyai timbangan kebaikan lebih berat daripada timbangan kejahatan , maka golongan ini akan masuk ke syurga.

Kedua : Golongan yang mempunyai timbangan kejahatan lebih berat daripada timbangan kebaikan maka golongan ini akan masuk ke neraka.

Ketiga : Golongan yang sama berat kebaikan dan kejahatan iaitu  50 : 50, ke  syurga tidak dan ke neraka pun tidak. Maka golongan ini  sangat memerlukan syafaat daripada Rasulullah S.A.W, syafaat daripada anaknya yang hafal al-Quran atau anaknya yang mati semasa kecil dan dia reda dan bersabar. Dia juga memerlukan syafaat daripada guru-gurunya dan sahabat-sahabatnya yang terpilih untuk memasuki syurga.

Apakala penimbangan amal itu selesai, maka manusia diperintahkan dan dibawa pergi ke kampung tempat balasan yang diuntukkan bagi masing-masing mendiaminya melalui satu titian (al-Sirat) yang biasa disebut dengan nama "Titian Siratal Mustaqim", titian yang diletakkan untuk menyeberangi lautan api Neraka,  titian yang di kiri kanannya terdapat banyak pengait-pengait untuk mengait kaki sesiapa yang berhak dikait.

Orang-orang yang terkait kakinya itu ada dua golongan:

Pertama : Golongan yang gugur jatuh ke dalam lautan api itu ialah orang-orang yang pada masa hidupnya di dunia telah terkait, terpengaruh dan terpedaya dengan hasutan syaitan atau galakan nafsu liarnya sehingga jatuhnya ke dalam lubang kejahatan dan kederhakaan sampai matinya dengan tidak sempat bertaubat.

Kedua : Golongan yang rebah bangun, rebah bangun, dan akhirnya selamat sampai ke seberang, iaitu orang-orang yang pada masa hayatnya di dunia kerap-kali dikait, dipengaruhi dan diperdaya oleh syaitan atau nafsu amarahnya melakukan maksiat,  tetapi pada tiap-tiap kali mereka jatuh ke dalam satu-satu kesalahan,  mereka segera ingatkan azab seksa Tuhan,  lalu mereka menyesal dan bertaubat sampai mati dengan keadaan taatkan Allah.

Pendeknya orang-orang yang melalui titian itu terbahagi kepada tiga golongan:

Pertama - Golongan yang selamat sentosa menyeberangi lautan api Neraka.

Kedua - Golongan yang diputus-putuskan perjalanannya oleh pengait-pengait titian itu, tetapi dapat juga menyeberangi lautan api itu.

Ketiga - Golongan yang terkait kakinya lalu jatuh terus ke dalam api Neraka.

Oleh itu marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri kita akan menjadi golongan yang mana? Adakah kita akan terlepas setiap soalan dan siasatan , timbang amal dan dipermudahkan meniti Siratul Mustaqim tanpa terjatuh ke dalam jurang api Neraka? Justeru itu perbanyakkan amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan dan niat-niat yang baik untuk melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T.

Saturday, March 26

Pemimpin Tertinggi PKR Dan Pas Sudah Berada Di Sarawak

 

BEBERAPA pemimpin tertinggi parti komponan Pakatan Rakyat telah pun berada di Sarawak dalam rangka membuat persiapan dan penyusunan menghadapi pilihan raya umum Sarawak 16 April nanti. Antara mereka yang berada di Sarawak ketika ini ialah Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta beberapa wakil rakyat.

Sallehuddin kini berada di Bintu, sedang membuat penyusunan bersama barisan kepimpinan Pas kawasan berkenaan. Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa pula akan turun ke Sarawak esok atau lusa bagi mengemaskan beberapa sudut yang masih belum mantap.

Setakat ini menurut Nasraudin, Pas telah memastikan akan bertanding di dua kerusi ialah di Beting Maro dan Subuyau. Kemungkinan Pas akan mendapat satu lagi kerusi iaitu di Senadin yang terletak dalam Parlimen Miri. Senadin merupakan kawasan campuran yang didominasikan Cina dan Melayu. "Kita sedang berunding dengan DAP dan PKR agar memberi laluan kepada Pas bertanding di kerusi ini," ujarnya.

Adalah dipercayai kedatangan Salluddin ke Bintulu untuk berunding mengenai kerusi berkenaan.

Secara umumnya pembahagian kerusi di antara parti komponen Pakatan Rakyat - PKR, Pas dan DAP masih belum selesai. Kerusi Pakatan Rakyat juga menjadi rumit bilamana Snap yang sebelum ini berhasrat untuk bersama Pakatan tetapi telah memilih jalan sendiri di saat-saat akhir. Langkah Snap itu menyebabkan akan berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru di mana ini tidak memberi suasa baik kepada Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Snap telah membuat pengumuman secara bersendirian akan bertanding di 24 kerusi. Pengumuman Snap itu dilihat parti berkenaan kemungkinan tidak akan bersama Pakatan Rakyat. Apa lagi ada usaha untuk membawa Snap kembali semula ke dalam BN. Usaha ini diusahakan oleh bekas Menteri Tenaga, Leo Mogge.

Dalam tilikan saya sekiranya benar Snap bertanding di lebih 40 buah kerusi jelas parti itu telah menjadi alat kepada BN. Bahawa kersama dengan BN itu sangat jelas. Apa yang berlaku Snap hanya akan meletakkan calonnya untuk mengacau pengundian untuk memberi alternatif kepada BN.

Dari cakap-cakap kedengaran di Kucing ini juga parti Kita turut sama akan bertanding. Parti itu akan menggunakan lambang Snap kerana ia tidakdidaftar di Sarawak.

Sementara itu PKR sendiri juga masih belum memuktamadkan calon-calon mereka. Ia dipercayai dalam proses diperingkat terakhir dan semua calon akan diumumkan oleh Penasihat Umum, Anwar Ibrahim selewat-lewatnya pada 29 Mac ini. Bagaimana pun beberapa pemimpin utama PKR Sarawak sudah pun dikenali pasti kerusi masing-masing.

Sehingga ini seperti mana dilaporkan Utusan Borneo PKR baru mengenal pasti 19 calon. Parti itu akan bertanding di 35 kerusi.

Manakala kedatangan Nurul Izzah petang ini pula adalah untuk meninjau persiapan awal jentera pilihan raya. Beliau juga dikatakan akan turun ke beberapa kawasan untuk melihat persiapan dan mood pilihan raya dari dekat.

Saya terserempak dengan Nurul Izzah ketika beliau chekc in di sebuah hotel yang diteman oleh Penasihat PKR Sarawak, Hafsah Harun. Turut sama kelihatan ialah bakal calon PKR di kerusi Pantai Damai, ali Hussein Abang.
MSO.

Dun Damak bukan untuk PKR?

 

Selaku Anggota Jawatankuasa PKR Negeri yang ditugaskan untuk menyelaraskan pergerakan Parti Keadilan Rakyat untuk Cabang Jerantut, saya meminta supaya parti-parti didalam Pakatan Rakyat supaya memberhentikan cakap-cakap bahawa DUN Damak adalah diantara kawasan DUN yang akan diserahkan kepada sebuah parti didalam Pakatan Rakyat dan akan terlepas dari PKR.

Eloklah hentikan cakap-cakap seumpama ini kerana pertamanya perkara penyerahan itu tidak akan berlaku; dan keduanya PKR Cabang Jerantut adalah sebuah organisasi yang masih dan tetap segar, dan kerja-kerja untuk menyusun rakyat didalam DUN Damak sedang dilakukan.

Jerantut mempunyai 3 DUN dan satu Parlimen. PAS bertanding untuk Parlimen dan dua DUN yang lain iaitu Pulau Tawar dan Tahan; manakala PKR hanya bertanding di DUN Damak. Didalam pertandingan yang lalu (2008) PKR hanya kalah tipis sahaja di DUN Damak, dan jika tidak ada calon Bebas pada waktu itu, besar kemungkinan PKR sudah memenangi DUN Damak.

Calon Bebas didalam Pilihanraya 2008 di DUN Damak itu adalah ahli MCA yang diketepikan oleh partinya sendiri dan beliau memilih bertanding bebas. Kini calon itu menjelma sebagai ahli DAP dan berterusan memancing pandangan PAS supaya DAP diberikan kerusi DUN Damak kepada DAP.

PKR tidak berhajat untuk menyerahkan kerusi DUN Damak ini kepada PAS atau kepada DAP dan sebagai parti-parti didalam Pakatan Rakyat maka PKR menyeru supaya PAS dan DAP memberikan kerjasama yang erat kepada PKR untuk mempertahankan kerusi DUN Damak ini.,

Apa Kata TG Nik Aziz?


Kota Bharu - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.

Mursyidul Am Pas itu berkata, lebih memalukan apabila perbuatan itu didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan negeri.

Katanya, beliau berasa amat malu untuk membaca berita mengenai pendedahan skandal terbabit ­kerana ia dilaporkan oleh ­semua media massa di negara ini.

“Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi individu yang tidak bermoral.

“Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" katanya kepada pemberita selepas ­menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemimpin atau tokoh yang mempunyai gelaran sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain.

“Mereka ini diberikan gelaran sedemikian rupa dengan harapan boleh membimbing rakyat, tapi apa yang berlaku adalah ­sebaliknya.

“Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­agama,”
katanya.

Isnin lalu, rakaman video aksi seks yang dikatakan membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri ­Anwar Ibrahim dipertontonkan kepada editor kanan dan wartawan di Carcosa Seri Negara.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim ­Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim (kumpulan Datuk T) mengakui terlibat dalam pendedahan video terbabit.



Mustahil Anwar terlibat

KUALA TERENGGANU – “Mustahil Anwar terlibat video salah laku seks memandangkan saya bersama beliau pada petang hari kejadian,” demikian kata Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Dungun, Abd Rahman Yusof.

Beliau berkata demi-kian ketika mempersoalkan video salah laku seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Abd Rahman menganggap isu yang kononnya dibongkar satu kumpulan diketuai Datuk ‘T’ itu hanyalah fitnah sambil menyifatkannya melampau dan melebihi had.

Pada 21 Februari lalu, saya ada di rumah Anwar kerana terlibat dengan mesyuarat staf bagi tujuan pengurusan program pada bulan itu dan Mac ini. Jadi bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku, sedangkan kami bersama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Seorang individu menggelari dirinya Datuk ‘T’ mendedahkan kepada media didakwa rakaman video salah laku seks pemimpin tertinggi PKR di hotel.

Rakaman berdurasi 21 minit itu menunjukkan individu terbabit mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing, dirakam pada 21 Februari lalu.

Abd Rahman turut khuatir sekiranya semakin ramai orang Islam di negara ini ‘difasikkan’ berikutan fitnah yang dilempar terhadap Anwar.

Beliau turut difahamkan bahawa video itu hanya merakam individu dikatakan Anwar dari pandangan tepi, selain bentuk badan tidak menunjukkan bahawa ia adalah Anwar.

“Saya bimbang orang ramai yang percaya dan menyebarkan perkara sedemikian boleh termasuk golongan fasik,” katanya. -SH

Kita willing to forge political ties

 

Kita says it is ready to work with any political parties on power sharing after the next general election as long as it is not a 'marriage of convenience'.

SUNGAI PETANI: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air or Kita is prepared to work with any political blocks or parties on power sharing after the next general election as long as it was not a “marriage of convenience”.
Kita president Zaid Ibrahim said Kita would never compromise its policies and principles merely to be in power.
The former de facto law minister insisted that his party was neither power-grabbing nor power- crazed.
Citing PAS-DAP link vis-à-vis Pakatan Rakyat as an example of marriage of convenience, he said Kita would only accept any power-sharing concept if the interested parties agreed to his party’s political struggle.
“Otherwise, we would not commit into such power-sharing cooperation,” Zaid told reporters after officially launching the party Kedah branch here today. Present were Kedah Kita chairman Zamil Ibrahim and Penang Kita chairman Tan Tee Beng, the Nibong Tebal MP.
He said that Kita could be offered a chance to share power in the federal government or state government if the party managed to win seats in the next general election.
He said Kita could be interested in power sharing based on policies and issues if no political blocks could muster a majority to form the next government.
He added that a political marriage of convenience was all about an electoral pact to help each other to win votes and seats.
Although DAP and PAS do not have much in common, he noted both parties were prepared to set aside their vast differences and work together for electoral gains.
However, Zaid assured that Kita would never enter into such an unholy alliance in a marriage of convenience.
He said his party would, however, go solo in the next general election.
He indicated the party would field candidates in viable seats in states of Kedah, Perlis and Selangor.
Kita may opt out of Penang because “DAP seems too strong in the state”.
‘ A documentary, not pornography’
On the much-talked about sex video allegedly involving a top Pakatan politician, Zaid, an ex-PKR supreme council member, said he was prepared to face the police for viewing the obscene clips.
However, he insisted that police should also haul up others, like Sungai Petani MP Johari Abdul, for watching the tape.
He, however, said that he was prepared “to pay the price” if viewing the tape was considered an offence under the law.
“But it was also offence for a top leader to do such an act,” he said.
Describing the sex video as “documentary, not pornography”, he said he wanted to view the tape out of curiosity.
He said that he wanted to watch the video because it would assist him to give an opinion on the hot issue, which had now caught fire across the country.
He reiterated that the person shown having sex with a woman in the video was PKR de facto leader and Opposition Leader Anwar Ibrahim.
“But whether the video was genuine or not will depend on a scientific probe.
“It’s for the investigators and forensics experts to find out,” he said.
He reiterated his call on the government to engage international bodies such as Scotland Yard, FBI and even the Royal Canadian Mounted to verify the authenticity of the clip.
Zaid quit PKR blaming electoral malpractices of marring the party election in which he was vying for the deputy president’s post late last year.

Bekas Penolong Pengarah Bomba sertai KEADILAN

 

Wahab Timpai 'menenyehkan' cap jari bukti penyertaannya dalam KEADILAN

KEADILAN terus mendapat sambutan hangat apabila beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) menyertai parti ini di Sabah.
Ahli Majlis Presiden KEADILAN Sabah, Datuk Halik Zaman berkata, mereka ialah bekas Naib Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tenom, Wahab Timpai dan seorang ahli Umno Tenom yang juga bekas Penolong Pengarah Bomba Sarawak, Sanchi Kalingou.
“Kedua-duanya menyertai KEADILAN di pejabat parti di Tenom hari ini,” kata Halik kepada KeadilanDaily.
Halik yang juga Ketua Cabang KEADILAN Tenom berkata,  penyertaan itu, membuktikan BN di Sabah bakal tumbang.
“Yang penting ialah kerja keras berterusan demi memastikan kemenangan melalui pemerkasaan parti di peringkat cabang masing-masing,” katanya.
Beliau menjangka,  kira-kira 80 ahli parti komponen BN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap yang juga terletak dalam Parlimen Tenom turut menyertai KEADILAN.
Halik ketika ini turut diberi kepercayaan untuk menjawat portfolio Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, dan Kemajuan Teknologi Maklumat dalam kepimpinan KEADILAN Sabah.
Sejak hujung tahun lalu sehingga kini, hampir setiap bulan ada sahaja ahli Umno BN dalam Parlimen Tenom menyertai KEADILAN.

Siapa Percaya Umno Tak terlibat Dalam Fitnah Video Seks Anwar? woit,,,budak PASTI pun gelak la ,,,,

 

Oleh Angkasanuri
Pada peringkat awal penerbitan Video Seks Fitnah yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim, pemimpin Umno seperti bersorak dan bertepuk tangan dalam soal ini. Maka keluar kenyataan daripada beberapa orang Menteri dalam Umno yang menambah perisa dengan memburukkan Anwar.


Pada peringkat awal penerbitan Video Seks Fitnah yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim, pemimpin Umno seperti bersorak dan bertepuk tangan dalam soal ini. Maka keluar kenyataan daripada beberapa orang Menteri dalam Umno yang menambah perisa dengan memburukkan Anwar.

Nada mereka hampir serupa... Maka sekali lagi berlaku demontrasi di merata tempat di negara ini. Akhbar dan media milik Umno seperti Utusan dan TV3 bergegar-gegar memburukkan Anwar. Anwar dimalu dan diaibkan sedemikian rupa untuk menggambarkan betapa tidak bermoralnya Anwar. Ada yang yang kata ada 18 video lucah, ada yang minta Anwar serah pasport, ada yang kata 110% betul dan tidak kurang juga yang mendesak Anwar meletak jawatan.

Setelah menyerang Anwar dari pelbagai sudut dan dakwaan tak masuk akal tiba-tiba Umno kata mereka tak terlibat! Siapa yang nak percaya? Bermula dari awal sehingga hari ini jelas menunjukkan bahawa Umno dan pemimpin mereka menjadi dalang dalam fitnah video seks ini. Umno seolah-olah cuba cuci tangan apabila isu ini menjadi senjata makan tuan.

Jika tidak berlaku pembongkaran berserta bukti dan saksi saya yakin Umno terus akan menjaja dan menokok tambah untuk memburukkan Anwar. Umno ternyata cukup tertekan dengan isu ini sehingga memaksa Dato Seri Najib semalam menafikan Umno terlibat. Umno kena bertanggungjawab 110% atas tangan dan perbuatan jijik mereka selama ini. Tunggu sahaja hukuman rakyat pada pilihanraya Negeri Sarawak dan pilihanraya umum akan datang. Terima kasih dan tahniah kepada penerbit dan produser video lucah dalam Umno yang terlibat menjayakan video seks ini. Harap-harap filem ini akan menjadi Box Office memecahkan rekod pecah panggung Rahim Tamby Chik dan Chua Soi Lek!

Saf Anti Fitnah (SAF)

 

Oleh Mohd Azmi Abdul Hamid
Kami pada hari ini 26hb Mac 2011 mengumumkan pelancaran Saf Anti Fitnah (SAF) . Sehingga pelancaran hari ini kami dianggotai oleh NGO berikut : TERAS , SHURA , PAKSI , Budayawan Bertindak , SALIMAH , Kelab GADIS –SALIMAH ,ISRA (Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat ,MBWM( Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia) , Pusat Tassawur Islam Perak, Jaringan Kuliah Dhuha Perak , Muafakat Perubuhan Islam Kedah (WEHDAH), (JAMA’IY) Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak.


Kami mengambil inisiatif ini adalah berdasarkan perkembangan politik tanah air yang sangat memprihatinkan kami.
Kami menyatakan ketegasan dan bantahan keras kami terhadap gejala berkembangnya budaya politik fitnah yang kini sudah menjadi amalan sebahagian ahli politik Negara. Beberapa hari yang lalu muncul lagi isu video seks yang didalangi oleh sekumpulan ahli polItik yang mengelar diri mereka Datuk T .
Kami berpendirian bahawa isu fitnah seks yang nampaknya menjadi-jadi dinegara ini bakal menghunjam negara dan rakyat ini ke kancah kehancuran dan kehinaan yang tidak akan boleh dirawat jika ia tidak dibentaras dari sekarang.
Implikasinya amat berat kerana jika budaya politik begini terus menjadi wajah politik tanah air ia bukan sahaja akan menjadikan Negara ini bahan ketawa seluruh dunia malah akan menjadikan bangsa Melayu dan Islam dihina .
Pemerhatian kami mendapati kini ujud ahli politik dan pihak-pihak yang berkepentingan terlalu ghairah untuk mempertahankan kuasa walaupun dengan cara yang kotor.
Malang sekali ia semacam mendapat restu pihak yang berwewenang dan mereka yang menjadi musuh politik antara parti yang memberi komen yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk mempengaruhi sikap dan pemikiran khalayak awam. Sementara pendalang fitnah dilihat sebagai pahlawan moral , pihak media tertentu pula secara sengaja turut memanaskan fitnah terhadap tertuduh sebagai suatu berita murahan hanya untuk melariskan akhbar.
Natijahnya seluruh rakyat diheret kedalam kekacauan pemikiran yang tidak karuan sehingga politik tanah air dilihat sarat dengan isu-isu yang penuh dengan adegan cantas-mencatas dan fitnah-menfitnah.
Amalan saling menjatuh dan mengaibkan seteru politik melalui apa cara sekalipun sehingga sanggup berkonspirasi dengan isu perlakuan seks ,sudah sangat keterlaluan dan berunsur jahat.
Kami berpendirian sesungguhnya fitnah merupakan satu elemen yang cukup bahaya, apatah lagi fitnah yang membabitkan pertarungan untuk mendapat kuasa politik.
SAF diujudkan adalah bertujuan untuk mengabungkan tenaga NGO Islam dengan para ulama bagi mengemblengkan tenaga melancarkan perang keatas budaya dan konspirasi fitnah dalam Negara semada dalam aspek sosial , budaya , ekonomi mahupun politik.
SAF berhasrat untuk mengujudkan kesedaran kepada rakyat mengenai bahaya fitnah dan akibatnya dan bagaimana rakyat tidak boleh bertoleransi dengan fitnah , konspirator fitnah , pencanang dan penyebar fitnah serta segala alat komunikasi dan media yang mempromosi fitnah.
SAF menggariskan pendiriannya dalam usaha memerangi fitnah kepada 4 sikap :
1. Fitnah mesti diperangi habis-habisan
2. Fitnah yang berkait dengan hukum Qazaf dalam Islam mesti dikuatkuasakan 3. Fitnah mesti dibanteras dalam semua budaya hidup masyarakat
4. Fitnah politik untuk menjatuhkan lawan ditolak dan dibantah sekeras-kerasnya.
Kami mewakili suara rakyat Malaysia yang sudah tidak lagi boleh bertolak ansur dengan budaya politik fitnah yang melampau dan berniat jahat.
SAF menuntut mana-mana pihak yang terbabit dengan fitnah yang terbukti bersalah menyebarkan fitnah hendaklah dihukum dengan hukuman yang sejajar dengan peruntukan undang-undang. Jika ia disabitkan bersalah mengikut hukum Qazaf dalam Islam , maka penguatkuasaan undang-undang syariah hendaklah dilaksanakan.
SAF mengumumkan bahawa bermula hari ini kegiatan kempen dan pendedahan terhadap mereka yang menyebarkan fitnah akan diketengahkan kepada masyarakat agar masyarakat menilai keburukan mereka yang terlibat dengan penyebaran firnah.
SAF bersandarkan hujahnya untuk memerangi fitnah berdasarkan sikap dan prinsip Islam mengenai amalan fitnah. Demikian beratnya implikasi fitnah sehingga al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan. (Maksud ayat 191 dan 217 surah al-Baqarah)
Allah berfirman: وَ الَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَ الْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَ إِثْمًا مُبِينًا ) [ الأحزاب : 58 ] .
Orang-orang yang menyakiti mu’min lelaki dan mu’minah wanita mengenai perkara-perkara yang mereka tidak melakukannya maka mereka telah melakukan pembohongan dan dosa yang jelas nyata
و قال جلّ و علا : ( إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَ الآخِرَةِ وَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ ) [ النور : 23
Orang-orang yang membuat pertuduhan palsu terhadap wanita mu’minah , Muhsanah yang alpa mereka dilaknat di dunia dan di akhirat . Untuk mereka disediakan azab yang sangat besar. Rasulullah bersabda:
وروى أبو داود في سننه و أحمد في مسنده بإسنادٍ صحيحٍ عَنْ ‏ ‏سَعِيدِ بْنِ زَيْدٍ ‏عَنْ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏: ( ‏إِنَّ مِنْ ‏ أَرْبَى ‏ ‏الرِّبَا الاسْتِطَالَةَ ‏ ‏فِي عِرْضِ الْمُسْلِمِ بِغَيْرِ حَقٍّ ‏) .
Riba yang paling dahsyat ialah perbuatan menjatuhkan maruah individu muslim lain tanpa asas dan bukti yang benar.
وقال تعالى : ( وَ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَ لا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ) [ النور : 4 ] .
Orang yang menuduh wanita Muhsanat berzina kemudian tidak menampilkan empat orang saksi yang sah maka deralah mereka dengan lapan puluh kali sebatan . Janganlah terima lagi kesaksian mereka untuk selama-lamanya dan golongan itu adalah golongan orang –orang fasiq
Dengan sanadaran dalil yang kukuh berdasarkan SAF mengambil tanggungjawab untuk mengembleng rakyat supaya bangkit menentang fitnah sehingga ke akar puncanya.
SAF mengesa rakyat diseluruh peringkat berwaspada terhadap fitnah yang disebarkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik sempit dan politik penting diri.
SAF menyeru agar para ulama , cendekiawan serta para budayawan yang berpegang kepada prinsip kebenaran dan keadilan memainkan peranan yang aktif dan proaktif agar menjadi pemandu kepada rakyat untuk membentaras fitnah sehingga ke akar umbi. Rakyat harus sentiasa mendapat isyarat yang betul dari para ilmuan supaya budaya fitnah tidak dibenarkan berleluasa dalam Negara ini. Rakyat perlu menilai dengan matang antara politik kebenaran dan politik fitnah.Sudah sampai masanya rakyat menolak dan tidak bertolak ansur dengan politik fitnah demi membangunkan masa depan Negara yang lebih terhormat dan bermaruah.
SAF mengesa semua pihak yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang bertegas supaya tindakan menfitnah dihukum mengikut peruntukan yang ada dan tidak tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba mengguna kuasa politik untuk kepentingan diri.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Jurucakap SAF

Menyanggah memoir Mahathir II: Sejarah yang cuba dibetulkannya!

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Apabila saya semak kembali ruangan indeks dalam memoir Dr Mahathir Mohamad, A Doctor in the House, bekas Perdana Menteri itu memang ada mencatatkan Peristiwa Memali pada halaman 7, bab pertama.


Sesudah saya menatap bagaimana pembaca cuba dikelirukan dengan beberapa peristiwa penting semasa 22 tahun pemerintahannya, seperti kes pengharaman Umno, cabaran Tengku Razaleigh Hamzah, kebebasan kehakiman, Operasi Lalang 1987 dan pemecatan Tun Salleh Abas bersama dua Hakim Mahkamah Agong, baru saya terkesan bahawa Dr Mahathir mahu menyamakan tragedi berdarah itu di dengan kes-kes seperti pencerobohan  kuil Hindu di Kerling, Selangor pada 26 Mei 1979 dan  serangan ke atas balai polis di Batu Pahat, Johor pada 16 Oktober 1980.
Memali, bagi Dr Mahathir, dilihat tidak lebih daripada satu lagi fenomena  "ajaran songsang" dan ini amat dikesali. Asyahid Ibrahim Libya dan anak-anak muridnya tidak pernah melakukan serangan kepada pihak lain, malahan mereka yang berlindung di rumahnya diceroboh dengan ketumbukan bersenjata berat sehingga mengakibatkan 14 penduduk kampung terkorban.

Selain itu, kritikan Dr Mahathir mengenai perjumpaannya dengan bekas Presiden Singapura, Benjamin Henry Sheares dan sambutan dingin bekas Perdana Menteri republik itu, Lee Kuan Yew dalam lawatan pertamanya, disanggah wartawan  The Straits Times. Akhbar Nanyang Siang Pau, 12 Mac, yang merujuk pertemuan dengan kedua-dua negarawan Singapura itu menyifatkan ingatan Dr Mahathir "lebih teruk".

"Beliau tidak dapat lagi melawan usia yang semakin tua. Kesahihan daya ingatan beliau mengenai peristiwa silam boleh dipertikaikan dan perlu dikaji selidik untuk mencari kebenarannya. Sebab itu, ungkapan 'sejarah saya' yang disebut Tun Mahathir sebenarnya hanya bertujuan menyedapkan telinga orang ramai sahaja," petikan penulis Nanyang, Huang Zi.

Justeru, sukar dipastikan kesahihan beberapa kritikan Dr Mahathir terhadap perwatakan pemimpin-pemimpin lain, seperti Tun Hussein Onn, Perdana Menteri sebelumnya.

Dakwaan Dr Mahathir mengenai pemecatan Tun Salleh Abas, cukup menyimpang daripada hakikat sebenar. Beliau beria-ia mahu menafikan krisis kehakiman 1988 berpunca daripada masalah yang dihadapinya bagi mengekalkan kuasa sebagai Presiden Umno, sekali gus Perdana Menteri. Dr Mahathir meletakkan bebanan itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Walaupun menyedari Tun Salleh mengkritiknya dalam beberapa ucapan, Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak mengambil apa-apa tindakan, jauh sekali untuk menyingkir Tun Salleh. Dia  hanya bertindak apabila Agong menyatakan rasa tidak puas hati berkenaan "dua surat tersebut", iaitu berkaitan rungutan Tun Salleh mengenai bunyi bising proses baikpulih kediaman Agong (?) dan aduan berkenaan tuduhan Perdana Menteri terhadap badan kehakiman.

Seperti saya jelaskan sebelum ini, adalah menyalahi Perlembagaan apabila yang memulakan tindakan untuk memecat Tun Salleh ialah Agong dan bukannya PM. Motif jahat Dr Mahathir lebih ketara jika dilihat komposisi tribunal. Dia terpaksa meletakkan orang yang paling dipercayainya, iaitu Abdul Hamid Omar, Hakim Besar Malaya, yang turut terlibat bersama 20 hakim menghantar surat yang dikatakan menimbulkan kemurkaan Agong.

Dr Mahathir tentu sedar bahawa Abd Hamid bukan saja terlibat dengan surat itu, malahan beliau yang merupakan hakim kedua terkanan akan menjadi Ketua Hakim Negara yang baru jika Tun Salleh didapati bersalah oleh tribunal yang dipengerusikannya. Dilihat usia Abd Hamid yang lebih tua, beliau tidak akan menduduki kerusi no. 1 kehakiman sekiranya Tun Salleh menamatkan khidmat sehingga pencen pada umur 65 tahun.

Tun Salleh berusia lima bulan lebih muda berbanding Abd Hamid. Tarikh lahir Abd Hamid ialah 25 Mac 1925, manakala Tun Salleh, 25 Ogos 1929. Kedua-duanya dilantik Hakim Besar dan Ketua Hakim Negara, masing-masing pada 3 Feb 1984. Jelas, Abd Hamid merupakan orang berkepentingan dan mendapat manfaat jika Tun Salleh dilucutkan. Abd Hamid bukan sahaja tidak layak menjadi pengerusi tribunal malah tidak layak menjadi ahli.

Sepatutnya Tun Salleh diadili oleh mereka yang setaraf dengannya, misalnya dua bekas Ketua Hakim iaitu Tun Mohamad Azmi dan Tun Mohamad Suffian. Selain itu, Dr Mahathir juga memilih ahli tribunal yang dipersoalkan kewibawaannya, iaitu peguam Abd Aziz Zain (peguam pula yang mengadili hakim!) dan Speaker Dewan Rakyat, Tun Mohd Zahir Ismail (Dr Mahathir yang melantiknya sebagai Speaker).

Seorang lagi anggota tribunal ialah Hakim Mahkamah Tinggi Singapura, TS Sinathurai, yang dikenali paling memihak kepada kerajaan Singapura dan disyaki dipergunakan Lee Kuan Yew untuk mencari kesalahan musuh-musuh politiknya.

Beberapa perkembangan yang menakjubkan dalam proses tribunal itu, sehingga menyebabkan lima  Hakim Mahkamah Agung digantung dan seterusnya dua daripadanya dipecat, menunjukkan bagaimana terdesaknya Dr Mahathir untuk melakukan apa saja untuk menyingkirkan Tun Salleh. Sukar dibayangkan apabila pendaftar-pendaftar mahkamah diarah balik awal supaya tidak ada kakitangan mahkamah untuk memetrai perintah Mahkamah Agung dalam permohonan Tun Salleh untuk mendapatkan perintah larangan sementara kepada tribunal. Dan cop mohor Mahkamah Agung turut disembunyikan!

Jika Dr Mahathir hanya menurut kehendak Agong (dan ini bercanggah dengan Perlembagaan), masakan beliau bersungguh-sungguh melakukan komplot yang luar biasa dahsyatnya! Sila rujuk buku "Islam, Kehakiman dan Kediktatoran - Kes Tun Salleh Abas"; Penerbitan Pemuda 1989.

Begitu juga dengan dakwaan karut Dr Mahathir bahawa Operasi Lalang, Oktober 1987 yang membabitkan penahanan borong lebih 100 aktivis, dikendalikan sepenuhnya oleh pihak polis, dan bukannya atas kehendak eksekutif.

Saya masih ingat waktu itu, bulan Oktober 1987 dirasakan cukup membahang dengan isu perkauman yang sengaja dibiarkan terbakar. Ramai teman-teman wartawan hairan mengapa persoalan perkauman boleh dibahaskan secara cukup terbuka, termasuk oleh para menteri dan timbalan menteri. Lebih pelik apabila Perdana Menteri Dr Mahathir bukan saja berdiam diri, malah bertindak keluar negara pula? Ketika itu, kes rayuan Umno 11 hangat diperkatakan.

4 Oktober, 5 resolusi diluluskan di Dewan Perhimpuna Cina membantah perlantikan 14 guru besar dan penolong kanan yang tidak mahir berbahasa Mandarin. Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai paling lantang bersuara. 11 Oktober, di kuil Thean Hou, Jalan Kelang Lama, perhimpunan lebih besar membabitkan tokoh-tokoh MCA, DAP dan NGO Cina, juga atas isu sama. Esoknya, di Dewan Rakyat, pertikaman lidah berlaku antara wakil Umno, MCA dan DAP. Speaker bermurah hati membenarkan perbahasan.

Lebih panas, 17 Oktober, di Stadium Jalan Raja Muda, ucapan perkauman, seperti "Basah ia (keris) dengan darah Cina" berkumandang. Kedai-kedai Cina berdekatan ditutup. Ia persiapan menyambut perhimpunan setengah juta pada 1 Nov, yang diusahakan Sanusi Junid, Setiausaha Agung Umno. Pendek kata, ketegangan sengaja dicipta bagi mewajarkan penahanan ISA, sebagai laluan buat Dr Mahathir memperkukuhkan kedudukannya yang begitu goncang berdepan cabaran musuh-musuh politiknya.

Dia turut meminda ISA secara gopoh-gapah, yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 13 Julai 1988, segera dibawa ke Dewan Negara esoknya untuk diluluskan dengan mudah dan diperkenankan Agong pada hari berikutnya 15 Julai. Ia semata-mata dibuat bagi memastikan penahanan Lim Kit Siang tidak dibatalkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Dzaiddin Abdullah.

Bayangkan ironinya, Kit Siang membawa kesnya ke mahkamah atas ISA yang belum dipinda tetapi perbicaraan ditangguhkan bagi menunggu pindaan ISA diluluskan, dan kemudiannya Ketua Pembangkang itu dibawa semula ke hadapan hakim dengan undang-undang yang baru! Hakim Dzaiddin mengatakan, jika Kit Siang diadili menurut ISA sebelum pindaan, maka beliau akan dibebaskan daripada Kamunting.

Cukuplah Dr Mahathir, biar sejarah menentukannya, usah cuba ditulis semula ...


II. Masalah pengedaran Harakah perlu langkah penyelesaian segera

Bukan Dinsman yang mula menyuarakan masalah pengedaran Harakah dan rungutan kesukaran mendapatkan lidah rasmi PAS itu. Suatu ketika dahulu, sehingga ada yang mengeluh: "Lebih mudah dapatkan bekalan dadah daripada mencari Harakah."  Ketika itu pihak penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) "mengamuk sakan" merampas Harakah yang dijual secara terbuka.

Tetapi, bukan itu yang hendak disuarakan Dinsman dalam kolumnya, Wacana Budaya, minggu lalu. Dia merungut apabila aktivis PAS sendiri menghadapi kesukaran membeli Harakah. Beliau merujuk pengalaman rakannya, aktivis PAS di Johor. Jika seorang penggerak PAS pun mengadu susah mencari akhbar parti, bagaimana dengan orang lain, ya?

Menjadi tabiat saya untuk sengaja meninggalkan Harakah di tempat-tempat awam bagi berkongsi dengan khayalak yang lebih luas, termasuk ketika menunggu lama di hospital. Sahabat saya juga selalu "buat-buat lupa" tertinggal Harakah dalam pengangkutan awam, seperti LRT. Kami perhatikan sebahagian besar kelihatan seperti baru pertama kali menatap sebuah akhbar yang begitu asing kepada mereka.

Saya dimaklumkan, kesukaran mendapatkan Harakah bukan saja berlaku di Johor tetapi juga di wilayah lain, hatta di sekitar Lembah Klang. Tidak dapat dipastikan apakah ia berpunca daripada kegusaran pekedai atau peruncit untuk menjual Harakah disebabkan label "hanya untuk ahli PAS" atau ahli-ahli (dan pimpinan) PAS sendiri tidak serius untuk meluaskan pengedarannya? Mungkin ada yang menuding jari kepada pihak Harakah yang dilihat tidak proaktif memasarkannya?  

Dinsman dalam artikelnya itu mengungkapkan: "Ada tokoh PAS yang tak balik rumah berhari-hari bermalam-malam kerana berceramah di seluruh pelosok negara bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat, dan dalam masa sama ada AJK kawasan sendiri pun tak baca Harakah, apakah lagi nak sebarkan maklumat yang terdapat dalam Harakah kepada orang-orang di sekitarannya?"

Sekurang-kurangnya untuk pilihan raya umum terdekat, saluran maklumat melalui media cetak masih merupakan wadah terpenting dan perlu diberikan perhatian serius oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Semasa sidang editorial diasak untuk meningkatkan kualiti bahan, soal memastikan akhbar parti seperti Harakah dan Suara Keadilan sampai ke segenap pelosok tanahair harus dijadikan agenda utama.

Bukan sahaja penceramah PAS wajar mengingatkan audien tentang keperluan mendapatkan Harakah, tetapi jauh lebih penting adalah memastikan rangkaian parti mempromosikannya kepada anggota masyarakat yang mungkin jarang terdedah dengan program-program tradisi penerangan parti. Kempen "Satu Keluarga Satu Harakah" yang pernah dilancarkan perlu disegarkan kembali, dengan pendekatan yang lebih praktikal.

Ada beberapa rakan  mencadangkan agar operasi langganan Harakah dipertingkatkan. Saya dimaklumkan jumlah langganan pos sekarang cukup kecil. Mungkin ada dermawan yang bersedia melanggan dengan kuantiti yang banyak dan seterusnya dibahagikan kepada sasaran yang sukar mendapatkan Harakah. Syor mereka agar skim langganan khas itu diiklankan besar-besaran, dengan pihak parti seeloknya menyenaraikan pihak yang patut menerima langganan Harakah tersebut.

"Mungkin bagi sesetengah dermawan, lebih baik menyumbangkan Harakah daripada memberi bantuan wang tunai. Dengan itu maklumat dapat disebarluaskan, termasuk menjawab pelbagai tohmahan dan perang saraf BN," kata seorang teman. "Cuba bayangkan kalau ribuan Harakah percuma dapat diedarkan di kawasan pilihan raya kecil, misalnya di penempatan Felda, yang sukar untuk ditembusi oleh jentera kempen. Lebih molek lagi jika Harakah percuma itu dapat dibeli dengan harga kos, tetapi dengan memastikan pasaran sedia ada tidak terjejas," tambahnya.

Semasa wartawan kanan, Wan Nordin Wan Yaacob melakukan tinjauan awal di Sarawak, di tengah keriuhan teka-teki tarikh pilihan raya negeri ke-10, saya bertanyakan soal pengedaran Harakah di sana. Memang tidak banyak  yang teredar, hanya sekitar 2,000 naskhah. Mungkin disebabkan Harakah sendiri tidak pernah membuat laporan khas politik Sarawak atau ada sekatan yang menghalang akhbar alternatif tersebar bebas?

Pelbagai dakwaan mengenai amalan korupsi, salahguna kuasa dan pembolotan kekayaan negeri oleh Ketua Menteri, Taib Mahmud dan kroninya dilaporkan oleh laman web, khususnya sarawakreport.org, namun ramai sangsi sejauh mana rakyat Sarawak dapat akses dengan pendedahan itu. Mungkin ia tidak menjadi masalah kepada masyarakat Tionghoa tetapi bagaimana dengan orang Melayu-Melanau atau Dayak (Iban) yang majoritinya tingal di luar bandar? Pengedaran bahan-bahan bercetak, seperti akhbar dan buku, agak mudah diganggu elit penguasa.

Penganalisis politik Sarawak, Prof Madya Dr Shahruddin Badarudin menyifatkan  kebanyakan isu seperti kekayaan Taib serta masalah tanah adat sukar untuk meninggalkan kesan di hati pengundi, terutama masyarakat Bumiputera. "Ia disebabkan halangan dari segi logistik termasuk cara penyebaran maklumat yang lebih banyak bergantung kepada internet serta kos penerangan melalui kertas yang tinggi. Ini cabaran getir buat Pakatan Rakyat melicinkan proses penerangan serta penyebaran bahan kempen kepada pengundi memandangkan kos yang terpaksa ditanggung begitu tinggi," katanya

MPP gesa UM tarik balik gantung wakil pelajar, bekas calon

 


KUALA LUMPUR, 26 Mac — Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia (UM) mendesak pengurusan pusat pengajian tinggi menarik balik keputusan menggantung dua penuntut satu semester atas alasan memalsukan sijil sakit.
Ini kerana jelas Yang Dipertua MPPUM Mohd Syahid Mohd Zaini, kedua-dua penuntut itu tidak sewajar dikenakan hukuman sedemikian kerana tidak mendapat keadilan.
“Kita nak UM menarik balik keputusan itu sebab keputusan yang dibuat tidak telus, UM tidak meminta penjelasan daripada penuntut dan penuntut juga tidak dibenarkan membela diri dan membawa saksi.
“Kita mahu keputusan itu dibuat secara adil, biar kedua-dua penuntut ini membela diri masing-masing, bawa saksi dan bukti mereka baru nampak adil,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kedua-dua penuntut itu dikatakan berbuat demikian ketika pemilihan kampus bulan lalu. Kedua-dua pelajar terbabit adalah penuntut tahun kedua dengan masing-masing menuntut di Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sastera.
Kata Mohd Syahid, langkah pengurusan UM menggantung kedua-dua penuntut itu tanpa bukti yang sah adalah satu tindakan yang “zalim.”
“Macam mana kata palsukan surat sijil sakit? Apa bukti yang kata ia adalah palsu? Mereka berdua ada resit dan surat sijil sakit, macam mana kata ia palsu?
“Ini adalah hukuman yang agak zalim... tiga hukuman dijatuhkan serentak, selain digantung mereka juga perlu membayar denda dan telah diberikan amaran... sedangkan tidak bukti mengatakan mereka menipu.
“Sebab itu kita nak UM tarik balik keputusan ini, kenapa baru sekarang buat keputusan? Kenapa tidak ketika penamaan dan kempen pemilihan dulu?” katanya.
Semalam, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UM Prof Dr Rohana Yusof mengesahkan dua penuntut pusat pengajian tinggi digantung pengajian selama satu semester atas kesalahan tersebut. Jelas beliau, salah seorang penuntut tersebut telah ke klinik swasta untuk mendapatkan sijil sakit tetapi pada 15 Februari iaitu tiga hari selepas kursus penerangan itu diadakan.
“Kursus penerangan ini kita buat pada 12 Februari tapi penuntut ini berikan sijil sakit bertarikh 15 Februari selepas saya meminta surat tunjuk sebab kenapa tidak hadir.
“Yang seorang lagi tidak berjumpa doktor tapi dapat surat sijil sakit, yang saya percaya ia mungkin dibeli dari klinik swasta itu,” katanya.
Kata Rohana, bagi penuntut yang memenangi kerusi umum Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM selain digantung satu semester dia juga digugurkan daripada menganggotai badan tersebut. MPPUM adalah antara pemilihan kampus dikuasai oleh kumpulan pelajar Pro Mahasiswa pada pilihan raya kali ini

Kenali individu di sebalik 'Datuk T' ,,,DATO TAHI

 

Sebaik sahaja skandal video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan Isnin lalu, tumpuan orang ramai adalah siapakah dalang di sebalik pita itu.

NONEWalaupun pelbagai nama dikemukakan, namun tugas mengenali mereka semakin mudah apabila pada pagi Rabu lalu, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah adalah mereka di sebalik video itu.

Beberapa jam selepas itu, Rahim dan Eskay pula tampil dan mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah 'Datuk T' yang bertanggungjawab di sebalik semua pendedahan itu.
Shazryl Eskay Abdullah

NONEEskay, 51, dari Naka, Kedah, adalah seorang ahli fisioterapi yang pernah bekerja di Amerika Syarikat dan berkhidmat dengan sebuah pasukan di liga football negara itu dan juga pasukan kebangsaan mereka.

Sekembalinya ke tanah air, beliau berkhidmat dengan Persatuan Badminton Malaysia dan kini adalah seorang pengarah Aman Agropreneurs Sdn Bhd.

Pada 2005, beliau dilantik oleh Raja Thai sebagi konsul kehormat negara itu ke Malaysia di Langkawi bagi mewakili kepentingan rakyat Thai dan menjaga hubungan baik kedua-dua negara.

Sepanjang tahun 2006 hingga 2007, Eskay dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai orang tengah bagi menyelesaikan konflik di selatan Thai yang dikenali sebagai Rundingan Damai Langkawi.

NONESepanjang tempoh 2008 hingga 2011, beliau dilantik sebagai pengerusi kehormat konsular kor di Malaysia.

Namun, ahli perniagaan itu yang juga pernah merawat sakit tulang belakang Anwar, mencuri tumpuan awal bulan ini berikutan saman RM20 jutanya ke atas Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil.

Fokus ke atas Eskay semakin menyerlah minggu ini, apabila beliau mengakui sebagai sebahagian daripada anggota kumpulan Datuk T bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang berperanan dalam pendedahan video lucah itu.


Rahim Tamby Chik


rahim thamby chik at bukit aman 240311 01Rahim adalah bekas ketua menteri Melaka dan pernah dilantik sebagai ketua pemuda Umno. Beliau pernah diberi pujian kerana dikatakan berjaya membangunkan Melaka daripada terus dibuai mimpi sebagai sebuah negeri mundur.

Beliau juga bertanggungjawab memindahkan pentadbiran negeri daripada kota Melaka ke Ayer Keroh.

Semua ini, sebelum beliau bersara daripada semua jawatan politik berikutan dakwaan terbabit merogol seorang gadis sekolah di bawah umur. Rahim telah menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Anwar adalah dalang di sebaliknya.

ghafar baba and umnoAnwar bagaimanpun menafikan terbabit dengan pemecatan Rahim.
Beliau juga adalah dalam kumpulan Wawasan yang bersama Anwar, Najib Razak dan Muhyiddin Yassin yang menamatkan kerjaya politik timbalan perdana menteri ketika itu, Tun Ghafar Baba.

Shuib Lazim

NONESebelum dilantik sebagai bendahari PERKASA, Shuib adalah seorang senator dan ahli parlimen Sungai Petani. Beliau berasal dari Sungai Petani dan adalah juga bapa saudara kepada MP Sungai Petani ketika ini, Johari Abdul.

Beliau juga adalah bapa mertua kepada naib presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali pernah dilaporkan berkata Shuib telah memaklumkan kepadanya hasrat beliau ingin berundur sebagai bendahari.

Meskipun didakwa sebagai anggota ketiga kumpulan Datuk T, Johari mempertahankan bapa saudaranya dan berkata beliau tidak percaya yang Anwar adalah lelaki dalam video seks itu.

Anwar Gesa Najib, Rosmah Lawan Secara Bermaruah ,,mcm org ada teluq

 



GOMBAK 26 MAC: Jangan guna taktik kotor, lawan secara bermaruah di gelanggang pilihanraya - itu desakan Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor berikutan cubaan mengguna video lucah fitnah untuk menghakis sokongan terhadap Ketua Pembangkang itu.
 
"Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon  tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja. Saya salahkan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri dia Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita," kata Anwar kepada lebih dua ribu penyokong Pakatan Rakyat di Gombak malam tadi.
 
"Saya mahu beritahu Najib supaya tunggu pilihanraya nanti. Jangan takbur," tambah Anwar kepada laungan takbir dan reformasi oleh penyokong Pakatan.
 
Anwar berkata pihak polis dan Najib malah seluruh rakyat tahu siapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, pengerusi Risda dan bekas Ketua Menteri Melaka yang mengaku mendalangi penayangan video lucah fitnah untuk mengaibkan Anwar di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu.

Rahim terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar sekolah dan dakwaan terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada tahun 1994.
 
"Sekarang ini video seks pula. Saya nak tanya, polis tak tahu ke siapa Rahim Thamby Chik ? Tak tahu ke kes dia dulu di Melaka ? Orang ini nak jadi dewa, saya pulak kena jadi penjenayah," kata Anwar.
 
"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat. Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar.

Anwar terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis untuk menyuraikan majlis ceramah berkenaan.
 
Namun beliau sempat memberi peringatan kepada Najib supaya bertaubat dan menghentikan penggunaan amalan keji untuk mencari kelebihan politik.
 
"Apa jenis pemimpin ini. Saya hendak tanya Rosmah, tanya Najib, kamu ada anak, kamu ada bini, kamu ada keluarga, boleh orang aibkan keluarga kamu begitu rupa. Manusia jenis apa macam ini," tanya Anwar dengan nada kesal.   
 
Anwar menggesa golongan muda menjadi pemangkin suara rakyat menentang kebobrokan sistem kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang semakin menekan.
 
Justeru, beliau mahukan penggunaan laman sosial FacebookTwitter dan Blog diperhebatkan untuk memastikan rakyat mendapat maklumat yang tepat.
 
"Gunakan Facebook, Twitter dan Blog untuk melawan mereka dengan kuat. Anak muda perlu menjadi pembangkit suara rakyat. Bukan orang yang bagi duit RM50 untuk menjadi pencacai Umno. Ini yang mahu kita tanam dalam diri anak muda," ujar Anwar.
 
Belum selesai Anwar berucap, pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) menyerbu pentas untuk memaksa Anwar meninggalkan majlis itu. Dalam pergelutan yang menyusul, dua ahli PKR di tahan.

Siapa individu penting di belakang Datuk T?

 

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor yakin ada individu penting di belakang Datuk T yang dianggap banyak pihak sebagai dalang penayangan video seks memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“AMK Johor yakin bahawa ada individu ‘penting’ dibelakang Datuk T,” kata Ketua AMK Johor, Mohamad Nazri Ismail pada satu kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, ia berikutan tayangan video seks itu  adalah satu perancangan tersusun dan seolah-olah mendapat restu dari pihak tertentu kerana ia diadakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan dari mana-mana pihak berkuasa.
“Mustahil apabila pihak berkuasa seoalah-olah tidak mendapat sebarang maklumat mengenai tayangan video lucah itu,” katanya.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dipancing untuk meninggalkan KEADILAN menggunakan video berkenaan dan trio Datuk T berjanji  untuk membawa beliau bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Raztak.
Pendedahan bekas pengawal peribadi Tan Seri Megat Junid, Mohamad Mahti Abd Rahim semalam pula menunjukkan Datuk Shazril Eskay Abdullah mengaku tindakan penayangan video seks itu dilakukannya untuk  ‘the number one’.
Mohamad Nazri juga percaya lebih banyak fitnah akan disebar pihak tertentu bagi meracuni pemikiran rakyat supaya membenci Pakatan Rakyat dan menganggapnya sebagai kerja terkutuk dan jijik yang diatur konspirator untuk menamatkan kerjaya politik dan mengaibkan Anwar.
“Ia untuk mengalihkan fokus pimpinan Pakatan Rakyat terhadap Pilihan raya Sarawak dan pemilihan hari penayangan serentak dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak jelas menunjukkan ia bermotif politik,” katanya.
Yakin pilihan raya umum (PRU) ke-13 berlangsung bila-bila masa dan menyeru AMK menyiapkan jentera, Mohamad Nazri berharap rakyat bijak untuk menolak politik kotor dan fitnah jijik seumpama itu.
“AMK Johor menyeru seluruh kepimpinan AMK di setiap cabang di Johor supaya bersedia untuk berdepan secara “anak jantan” dan bangkit melawan politik kotor dan jijik,” katanya.
Mohamad Nazri juga mendesak polis supaya membuat siasatan terhadap kenyataan Ummi Hafilda Ali dalam sebuah akhbar arus perdana, kononnya mengetahui dalang sebenar pembikinan video seks yang didakwanya ada 18 rakaman lagi.
“AMK Johor mengarahkan setiap AMK Cabang membuat laporan polis berhubung video lucah bagi mendesak polis segera membuat siasatan dengan telus dan berani tanpa menyebelahi mana-mana pihak,” katanya.
Beliau juga menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan tindakan Datuk T menayangkan video lucah tidak menyalahi mana-mana perundangan negara.
“Kenyataan itu tidak seharusnya keluar dari mulut seorang menteri dan ia amat berbahaya jika disalah erti. Kenyataan demikian merupakan catatan sejarah kerana Malaysia adalah negara Islam pertama mengizinkan pemilikan dan penayangan bahan lucah,” katanya.
Mohamad Nazri turut memetik Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 yang menyatakan:
“Tiada seorang pun boleh : (a) ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya; atau. (b) menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam”.

Friday, March 25

Ezam minta kerajaan rampas pasport antarabangsa Anwar..ha..ha...Senatak berbunyi..!!!

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK)  Senator Ezam Mohd Nor meminta pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menghalang ketua  pembangkang itu daripada terus memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara.
“Saya mohon pihak berkuasa merampas pasport antarabangsa Anwar dengan kadar segera. Dia (Anwar) akan terus berusaha untuk menghancurkan politik dan ekonomi negara.
“Ini bagi mengelakkan Anwar daripada terus menjaja kes liwat yang sedang dihadapinya itu di luar negara serta memburuk-burukan nama Malaysia,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Ezam berkata sebagai individu yang telah lama mengenali Anggota Parlimen Permatang Pauh itu, beliau sama sekali tidak akan percaya terhadap Anwar walaupun bekas ketuanya itu bersumpah menggunakan al-Quran.
“Saya yakin bahawa Anwar akan bersumpah jika beliau diletak di dalam suatu suasana terdesak dan jika beliau sudah tidak ada jalan keluar (berhubung dakwaan yang dihadapinya),” katanya.
Selain berhadapan dengan kes liwat membabitkan bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, Anwar juga berhadapan dengan isu terbaru apabila dikaitkan dengan video aksi seks dengan seorang wanita.
Anwar telah menafikan penglibatannya dalam video itu. — Bernama

Revolusi Rakyat : Syria pula kian bergolak

 

BEBERAPA tayar terbakar di salah satu sekatan yang dibuat oleh para penunjuk perasaan

antipemerintah di bandar Daraa, Syria kelmarin.


NICOSIA - Lebih 100 orang terbunuh selepas anggota-anggota polis bersenjata melepaskan tembakan ke sekumpulan penunjuk perasaan di bandar Daraa, selatan Syria kelmarin, menurut beberapa saksi dan aktivis hak asasi manusia semalam.
Aktivis hak asasi manusia di Daraa, Ayman al-Asswad berkata, anggota-anggota keselamatan menggunakan peluru hidup ketika menembak ke arah para penunjuk perasaan di bandar yang terletak 120 kilometer ke selatan Damsyik.
"Angka kematian sudah pasti melebihi 100 orang dan penduduk di bandar ini memerlukan masa selama seminggu untuk mengebumikan para syuhada mereka," katanya yang dihubungi melalui telefon di sini semalam.
Seorang lagi aktivis meletakkan angka kematian yang lebih tinggi iaitu sebanyak 150 kematian.
Namun, perkara berbeza dilapor oleh pihak berkuasa Syria apabila hanya 10 orang sahaja yang mati.
Bandar Daraa yang mempunyai penduduk seramai 75,000 orang telah menjadi kubu kuat tunjuk perasaan antipmerintah sejak 18 Mac lalu.
Sementara itu, ribuan orang menjerit kebebasan di bandar ini semasa majlis pengebumian sembilan orang penunjuk perasaan antipemerintah diadakan.
Tindakan para penunjuk perasaan itu membantah pemerintahan yang dipimpin oleh Parti Baath yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan Syiah di Iran.
Bandar ini dihuni oleh ramai penduduk berfahaman Sunah.
Amerika Syarikat turut mengutuk pembunuhan di bandar ini.
Ekoran tunjuk perasaan itu, Syria akan membuat beberapa keputusan penting.
Pengumuman itu dibuat oleh seorang penasihat kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad selepas tunjuk perasaan antipmerintah berlaku sejak seminggu lalu.
Para penunjuk perasaan itu mahu Bashar meletakkan jawatan. Tuntutan itu dibuat selepas Zine El Abidine Ben Ali meletakkan jawatan sebagai Presiden Tunisia pada Januari lalu dan Hosni Mubarak mengikut jejak sama di Mesir akibat kebangkitan rakyat.
Bashar menjadi presiden pada 2002 bagi menggantikan bapanya yang meninggal dunia, Hafez al-Assad. - Agensi

Sah! Kopi Itu Bercampur Gelatin Babi - Jabatan Agama Johor

 


.JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.

Difahamkan, pengusaha premis terbabit akan hadir ke pejabat JAJ, hari ini. Selain di Johor, kedai kopi itu dikatakan turut memiliki cawangan di Lembah Klang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Abdul Hamid Abu Bakar berkata, pihaknya menghantar lima pegawai ke premis terbabit, kelmarin.

“Selepas menerima aduan menerusi SMS, kami melakukan pemeriksaan di premis itu dan mendapati memang tiada tanda logo halal dipamerkan di situ.

“Berikutan itu, kami tidak boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Abdul Hamid, jika premis terbabit memaparkan logo halal, pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

Sehubungan itu, menasihatkan pelanggan beragama Islam supaya berhati-hati memilih lokasi untuk menjamu selera.

“Sepatutnya orang Islam memastikan tanda logo halal sebelum memasuki sesuatu premis itu kerana dalam kes ini, tiada langsung logo berkenaan dipamerkan tapi pengguna Islam masih ke situ untuk menjamu selera.

“Pada masa sama, pengusaha terbabit juga perlu lebih bertanggungjawab kerana premis perniagaan mereka sering dikunjungi pelanggan beragama Islam,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Bumiputera Johor Bahru berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan pengusaha premis terbabit secepat mungkin dan menasihati pengusaha berkenaan supaya mempamerkan kandungan minuman dan makanan kepada pelanggan.

“Kami menerima banyak aduan dan pertanyaan daripada orang ramai yang bimbang selepas melihat sebaran berkaitan isu berkenaan di Internet dan laman web sosial,” katanya. -hm



UPDATED: SAH KOPI RAILWAY KLUANG TAK HALAL.

Sedang hangat diperkatakan di laman facebook, mendakwa kopi railway kluang tak halal.

Sumber sumber di Jabatan Agama Islam Johor yang aku hubungi tadi mengesahkan jabatan itu sudah memperolehi keputusan dari Jabatan Kimia di mana terdapat gelatin babi dalam kopi terkenal itu.

Manakala madu yang digunakan terdapat kandungan alkohol.

Aku dah puas melantak kopi Kluang railway ni. Adehhh..Hawau tul lah.

Hakikatnya, enforcement perlu lebih tegas dan penyiaran maklumat seperti ini perlu dihebahkan supaya umat Islam tak terperdaya.

One blogger Salmiah wrote about this on her blog.

UPDATED:

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai status halal kopi Railway Kluang:
Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.

Ia berikutan pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini.

Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan.

Untuk rekod, premis ini tidak memiliki sebarang pengesahan halal.

Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemak pada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek.

Manakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu.
Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam. -hazrey

Pulau Jerejak suit: BN praises Guan Eng

 

Chief Minister Lim Guan Eng gets a pat on the back from state BN for making the right decision to recover losses.

GEORGE TOWN: Barisan Nasional (BN) welcomed the state government’s plan to take legal action to recover losses pertaining to the multi-million ringgit Pulau Jerejak project fiasco.
State BN working committee chairman Teng Hock Nan hailed Chief Minister Lim Guan Eng’s decision to sue Tropical Island Resort (TIR) Sdn Bhd to recover RM10.6 million in land premium arrears over the earmarked 32.3-hectare project site in the resort island.
Pulau Jerejak is located just off the main island’s south-easterly coastline.
Teng commended Lim for heeding BN’s call to sue anyone deemed responsible for any wrongdoing pertaining to the estimated RM220 million “back to nature” Pulau Jerejak project.
“Lim has taken the right approach,” said Teng, the state Gerakan chairman.
On Wednesday, Lim announced that the state government would file a suit against TIR to recover the outstanding sum.
TIR is a company jointly owned by Penang Development Corporation (PDC – 49%) and Urban Development Authority (UDA – 51%).
PDC has invested 45% of the RM31.5 million capital investment for the Pulau Jerejak project, which was to be carried out in four phases.
The first two phases – clearing the project site and constructing a resort hotel – have been completed.
But the previous Barisan Nasional government could not complete the final two phases after it lost in the last general election.
Lim has said that the project undertaken by the previous administration had incurred a deficit of RM30 million.
The DAP-led Pakatan Rakyat state government has printed about 150,000 flyers to inform the people on the losses and urged the previous administration to return the money.
‘Childish politics’
It listed the RM30 million deficit to RM10.6 million in unpaid land premiums to the Penang land administrator, RM15.44 million in investment cost, and a RM3.6 million unsettled loan from TIR.
Lim has also challenged BN to sue the state government if he was not telling the truth over the Pulau Jerejak fiasco.
Teng on Tuesday has called on Lim to take appropriate action to recover the outstanding sum from the developer and on anyone responsible for any wrongdoing.
Penang BN has chided Lim for abusing his position and using public funds to print the flyers.
BN information chief Musa Syeikh Fadzir rebuked Lim for playing “childish politics” and challenging BN to sue the state government.
Teng said Lim had finally “done the right thing”, rather than wasting public funds to print and distribute leaflets to misinform the people with half truths.
He chided Lim’s government for openly demanding the previous BN administration helmed by former chief minister Koh Tsu Koon to pay up for the so-called loss of RM30 million.
He said that a check at the Registrar of Companies showed TIR had only suffered book value losses of RM18.5 million while PDC, RM9 million pertaining to the project as of December 2009.
“It’s only book losses, not actual losses,” he explained, noting that the state government still owned the development site land vis-a-vis PDC.
The land value was RM47.6 million in 2001 and he said its value now would surely have gone up three- to four-fold.
“It was futile politicking solely aimed at tarnishing BN and Koh’s image and credibility.
“Lim should have taken the right recourse in the first instance, instead of finding fault and going after the wrong target which he had done many times previously,” said Teng.
Nonetheless, he insisted that Gerakan and BN would continue to play a constructive role to monitor the performance of the state government without fear or favour

Hello.... Anwar is not you.

 


Apa hal pulak apek porno dari MCA ini merepek nyuruh Anwar letak jawatan.

"Saya juga letak jawatan kerana benda ini satu ketika dahulu... Jadi saya rasa, kalau benar itu beliau (Anwar), beliau seharusnya mempunyai keberanian dan moral untuk mengakui, dan bukan bersilat lidah sebaliknya," kata Chua Soi Lek. Petikan dari sini

Hello apek, dalam lu punya kes... itu olang dalam itu video porno, butut-butut lu maa. Obvious... pelakon dalam wayang porno itu Chua Soi Lek. Tak boleh nak deny-deny dah. Close up ke... tak close up ke... sah, Dr Chua Soi Lek ialah pelakonnya. Tak boleh nak kencing-kencing orang dah. It's obsolutely YOU!!

Tapi, dalam kes Anwar.... menurut kata mereka yang dah tengok wayang porno tu, ada keraguan tentang siapa sebenarnya pelakon porno itu. Tak ada close up shot dan shotnya pulak tak sharp tapi blurry... Jadi itu mungkin pelakon upahan yang diupah. Aha.... pelakon yang mempunyai mirip rupa Anwar but physically ada kesangsian.

Kalau bukan Anwar.... how do you expect him to mengaku yang itu dia. Itu bodoh namanya. Anwar sudah.... alah bisa tegal biasa.Ini bukan kali pertama dia dianiaya dan difitnah. And knowing Anwar.... dia akan tetap lawan sebarang fitnah terhadap dirinya. Dia tidak akan mengalah. Lawan tetap lawan!!

Sebab itu apek oi.... jangan bikin lu punya dili nampak boloh. Presiden MCA cakapmacamolang boloh... malu maa. Tengok itu wayang lulu maa, baru lu komen dan kasi nasihat sama olang. Haiyaaa... itu pun olang mahu kasi tau ka??
Otak mana pigi?? Taluk sama lutut ka??

Isy.... malas aku nak layan bebanyak kerenah puak-puak bangang ni. Kekadang tu, bukannya mereka bangang, tetapi... oleh sebab nak tunjuk yang mereka tu sekepala, maka terpaksa ler membangangkan diri.

Well.... bangang jugalah namanya tu!! Tak gitu....?? Mampuih pi la....

Tahniah sdr Anwar bin Ibrahim

 

Tahniah aku buat saudara Anwar bin Ibrahim.
Ini kerana, tanpa prejudis... Anwar sekali lagi membuktikan pada dunia bahawa beliau adalah politikus yang paling digeruni oleh lawan dan dihormati oleh kawan. Anwar telah berjaya menggerunkan musuh musuh politiknya sehinggakan segala kekuatan musuh digembelingkan semata mata untuk menjatuhkan Anwar dan karier politiknya di negara ini. Seluruh kekuatan musuh termasuklah kekuatan dalam memfitnah yang dikuatkan dengan wang ringgit untuk mengelabui ribuan orang semata mata untuk menghumban Anwar dari persada politik negara.
Tindakan tindakan paling hina yang sebelum ini begitu menghiris jiwa diri dan keluarganya telah dihumban semahunya oleh musuh musuh politiknya semata mata untuk membunuh karektor dirinya sebagai politikus yang bersih dan berwibawa. Tidak ada lagi dalam sejarah negara seorang ahli politik dihina dan dimalukan semahu mahunya oleh pihak berkuasa melainkan Anwar Ibrahim. Hairan ya, kenapa tidak orang lain... haha....
Jawapannya ialah, Anwar lah yang paling digeruni dan ditakuti oleh musuh musuh politiknya. Dia mesti dijatuhkan walaupun dengan apa cara sekalipun. Liwat I telah hanyut dibawa sejarah walaupun kini cuba dihangatkan kembali dengan kemunculan Ummi yang entah dari mana dan siapa yang membiayai kemunculannya. Kini muncul liwat II yang sudah nampak akan gagal walaupun masih sedang panas dalam perbicaraan mahkamah yang amat adil cara Malaysia... haha...
Dan terbaru, muncul pula fitnah dalam bentuk video seks yang didedahkan pada wartawan oleh Datuk "T" yang diketuai oleh si Rahim Thamby Chik. Insyaallah, rakyat akan terbuka mata kerana rakyat mengenali siapa Rahim Thamby Chik yang menuduh dan siapa Anwar sebagai tertuduh. Ini merupakan satu lagi siri "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi.
Aku amat yakin hanya masa yang akan menentukan bahawa video ini hanyalah satu lagi sampah yang tersangkut dalam longkang fitnah musuh musuh politik Anwar bin Ibrahim...
Tahniah Anwar... haha... LAWAN TETAP LAWAN...
Shalehudin