Wednesday, September 28

SATU KHILAFAH: SYARIAH DIDAHULUKAN MARDHATILLAH DIUTAMAKAN

 

 
Kalau dulu cogankata ‘Cemerlang Gemilang dan Terbilang’ memenuhi setiap ceruk dan rantau tanah air, apatah lagi di jabatan-jabatan kerajaan, kini giliran cogankata ‘Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’ pula yang bakal menghiasi landskap politik Malaysia. Walaupun pelbagai kecaman yang dilontarkan oleh banyak pihak, khususnya tentang idea ‘Satu Malaysia’, namun mahu tak mahu cogankata ini mestilah ‘ditelan’ oleh rakyat Malaysia sebagai kalimah keramat yang mesti dijunjung, setidak-tidaknya di sepanjang pemerintahan orang yang mengeluarkannya. Cogankata ini yang sekaligus menjadi gagasan baru yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Razak, pada Majlis Sambutan Kepulangan Pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke negeri kelahirannya di Padang MPK 1 pada 18 April 2009 yang lepas. Bagi beliau, ia merupakan kesinambungan sekaligus pelengkap kepada gagasan-gagasan yang telah diusahakan oleh dua Perdana Menteri yang terdahulu. ‘Cogankata’ kini sudah menjadi semacam tradisi apabila setiap kali seorang Perdana Menteri baru dilantik, maka muncullah satu cogankata baru bagi mencerminkan prinsip, bentuk dan corak pemerintahannya. Ini adalah kerana pengamalan kontrak sosial antara rakyat dan pemerintah dalam sistem demokrasi di mana pemerintah dan jentera kerajaan adalah pihak yang dibayar oleh rakyat untuk menjalankan suatu bentuk pemerintahan yang kononnya berdasarkan ‘kemahuan rakyat’. Jadi, untuk memenangi hati rakyat, pemerintah perlu melontarkan suatu gagasan agar rakyat terpikat untuk terus menyokongnya.
Jika Benar Rakyat Didahulukan..

Dalam usaha UMNO/BN memohon semula restu dari rakyat setelah ternyata mereka ditampar hebat oleh rakyat pada pilihan raya ke-12 lalu, maka gagasan Perdana Menteri Malaysia yang baru ini memasukkan idea “Rakyat Didahulukan”. Bukan sahaja PM, malah harapan semua parti komponen BN adalah mereka akan berjaya menggula-gulakan rakyat dengan slogan baru ini yang kononnya mendahulukan kepentingan rakyat dalam pemerintahan mereka. Entah di mana silapnya, ternyata slogan ini gagal menambat hati rakyat semasa pilihan raya di dua Bukit baru-baru ini. Walau apa dan panjang mana sekalipun penjelasan diberikan, namun nampaknya rakyat tetap yakin bahawa slogan ‘Rakyat Didahulukan’ hanyalah merupakan sebuah mimpi dan ilusi, jika pun tidak satu penipuan.

Jika benarlah rakyat didahulukan dan hal ini bukan satu mainan politik, maka dengarlah suara kami wahai Najib – bahawa kami mahu kamu menerapkan Islam secara kaffah. Kami mahu kamu mencampakkan hukum kufur-sekular yang zalim dan hina ini. Di samping menerapkan hukum Allah di dalam negara, kami juga mahu kamu melancarkan dakwah dan jihad ke negara-negara kufur, khususnya negara kafir harbi yang selama ini memerangi umat Islam. Kami mahu kamu menyelamatkan saudara-saudara seIslam kita yang sedang dibunuh, dipenjara, diseksa dan dizalimi di seluruh dunia oleh sang kuffar. Kami mahu kamu menyeru negara-negara umat Islam yang lain agar bergabung dengan Malaysia dan membentuk sebuah Daulah Khilafah dan bernaung hanya di bawah kepimpinan seorang Khalifah. Inilah yang kami mahukan! Pokoknya, kami (rakyat) mahukan kamu menerapkan hukum Allah ke atas kami, bukan hukum kufur seperti yang ada sekarang. Jika benar rakyat didahulukan, maka kamu wajib melakukan semua ini, kerana inilah yang kami (rakyat) mahukan. Maka apakah kamu akan mendahulukan kehendak kami ini? Atau slogan kamu ‘Rakyat Didahulukan’ hanyalah slogan yang penuh kedustaan ke atas kami?

Ingatlah wahai pemimpin bahawa setiap patah perkataan yang kamu ucapkan dicatit oleh dua malaikat yang berada di kiri dan kananmu. Apatah lagi perkataan kamu sebagai pemimpin kepada rakyat yang wajib kamu pelihara. Ingatlah bahawa kata-katamu ini akan dipersembahkan oleh malaikat-malaikat ini di hadapan Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak dan Allah akan bertanya kepada kamu tentangnya. Jika kamu tidak menunaikan apa yang kamu ucapkan, maka kemurkaan Allahlah yang akan menimpa kamu, sebagaimana Dia telah mengingatkan kamu,

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu lakukan” [TMQ as-Saf (61):1-2].
Pencapaian Apa Yang Ingin DiUtamakan?

Jika direnung dan ditilik tentang idea ‘Pencapaian Diutamakan’, idea ini sangatlah subjektif maksudnya. Apakah pencapaian yang ingin diraih? Ingin menjadikan Malaysia negara maju sebelum 2020? Ingin membina bangunan pencakar langit yang dua kali lebih tinggi dari KLCC? Ingin menghantar rakyat Malaysia ke bulan, ke bintang atau...? Yang pasti, apa yang kita saksikan saban hari adalah Malaysia sering menggapai pencapaian yang gilang gemilang dari segi pertambahan kadar jenayah, rasuah, penculikan, pembunuhan, perzinaan, anak luar nikah, kes buang bayi, kecurian, penyelewengan kuasa dan sebagainya. Semua jenayah ini dicapai oleh Malaysia dengan pencapaian yang amat membanggakan, hatta sejurus setelah cogankata ini ke udara, kita telah didedahkan oleh laporan akhbar mengenai statistik jenayah ragut di Kuala Lumpur tahun ini yang meningkat 100% berbanding tempoh suku pertama tahun lepas [Utusan Malaysia 17/04/09].

Lebih menarik, berapa banyak dari semua pencapaian kenaikan jenayah di Malaysia dilakukan oleh golongan yang memegang kekuasaan dan termasuk juga golongan yang memegang keselamatan negara. Semua orang tahu bahawa kes-kes rasuah di kalangan UMNO sudah mendarah daging dan sudah menjadi kanser. Siapa yang ingin menafikan? Lihat sahajalah ratusan kes rasuah yang telah dibicarakan dan diputuskan oleh Lembaga Disiplin UMNO sendiri. Namun UMNO menyebutnya dengan bahasa yang lebih lembut dan tidak menjadikannya satu jenayah, kerana ia dikategorikan sebagai ‘politik wang’, bukannya rasuah! Berapa ramai dari kalangan pemimpin, termasuk pemimpin tertinggi UMNO yang telah disabitkan kesalahan oleh Lembaga Disiplin mereka sendiri kerana terang-terang melakukan rasuah, namun tidak dibawa ke mahkamah, hanya diambil tindakan dalaman parti sahaja seperti digantung keahliannya?

Begitu pula dengan indeks jenayah lain yang dilakukan oleh pihak yang sepatutnya mencegah jenayah, PDRM sendiri. Kes rasuah yang melibatkan anggota PDRM tidak kalah dengan kes rasuah yang berlaku di dalam UMNO. Kita membaca saban hari akan ‘pencapaian’ kes rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kanan PDRM yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar. Kes-kes rasuah kecil lagi tak terkira, sehingga jika sesiapa yang tidak tahu akan hal ini maka tidak sahlah dia sebagai rakyat Malaysia.

Jika benar sekalipun gagasan yang dibuat Datuk Seri Najib ini ingin mencapai kemajuan di dalam bidang industri, sains, teknologi, pendidikan, pertanian dan sebagainya, maka kita perlu bertanya lagi, apa guna semua kemajuan madaniah ini jika hadharah Islam ditinggalkan? Apa guna kita mencapai kemajuan duniawi sedangkan aspek ukhrawi di ketepikan? Apa guna kita mempunyai sistem perbankan terhebat di dunia apabila asasnya adalah riba? Apa guna kemajuan sistem pendidikan apabila hanya berjaya melahirkan semakin ramai penzina-penzina, bohsia, bohjan, mat rempit, mat fit, mat lepak dan pelbagai mat lagi? Apa gunanya pencapaian di dalam bidang ekonomi jika 90% kekayaan negara dirampas dan hanya dibolot oleh golongan Kapitalis yang memerintah? Apa guna ada lebuh raya yang termaju di dunia sedangkan perut pemerintah semakin ‘maju’ ke depan kerana terlalu banyak memakan duit rakyat?

Sesungguhnya tidak ada gunanya semua kemajuan itu apabila asasnya tetap sekular dan Islam dipinggirkan! Rasulullah SAW berjaya membangun sebuah masyarakat yang jahil dengan cahaya Islam. Begitu juga para Khulafa’ Rasyidun yang berjaya meneruskan kesinambungan pemerintahan Islam dengan berjaya membangun peradaban dunia. Namun semua kemajuan keduniaan ini tidak pernah dipisahkan dengan aspek keakhiratan oleh Sang Khalifah. Sejak Islam diturunkan dan menjadi jalan hidup (way of life) bagi umat manusia, umat Islam yang dipimpin oleh Khalifah dengan sistem pemerintahan dari wahyu berjaya membawa dunia kepada satu ketamadunan yang luar biasa. Namun mereka berjaya melakukan semua ini dengan asas Islam, di mana mereka menjadikan Islam sebagai satu-satunya mabda’ (ideologi/cara hidup). Berbeza dengan pemimpin sekarang di mana mereka telah menjadikan Kapitalisme sebagai mabda’ di dalam pemerintahan negara.

Dahulu, umat Islam meraih setinggi-tinggi pencapaian di dunia kerana mereka berada di bawah payung syariah. Kemajuan sains dan teknologi, pendidikan, fiqh, tsaqafah, perindustrian, persenjataan, ketenteraan dan sebagainya berada di tangga teratas, jauh lebih tinggi dari segenap bangsa yang ada di dunia. Semua kegemilangan ini dicapai kerana mereka menerapkan hukum Allah dan menyebarkan Islam melalui jalan dakwah dan jihad (futuhat). Kebenaran semua ini tidak perlu dibuktikan lagi kerana ia telah menjadi sejarah yang tidak mungkin dinafikan oleh sesiapa sahaja. Semua ini adalah kesan dari penerapan mabda’ Islam di dalam Daulah Khilafah. Namun, sungguh malang bagi umat Islam kini, apabila pemimpin mereka ingin mengutamakan pencapaian tetapi melalui penerapan hukum kufur-sekular manakala hukum Islam ditolak mereka sejauh-jauhnya dari kehidupan. Sejauh mana sekalipun pencapaian diutamakan, tetapi sekiranya tetap berpaksikan sistem kufur-sekular yang ada, sesungguhnya apa yang mereka akan capai hanyalah setinggi-tinggi kemurkaan dari Allah SWT. Na’uzubillah min zalik.

Satu Malaysia -vs- Satu Khilafah

Sebagaimana yang telah dijelaskan, di dalam sistem demokrasi ciptaan manusia ini, pemerintah dan jentera pemerintahan adalah pihak yang mengaut duit rakyat untuk menjalankan suatu bentuk pemerintahan yang kononnya berdasarkan ‘kehendak rakyat’. Jadi, untuk menambat hati rakyat, pemerintah perlu melontarkan suatu gagasan bertujuan memikat dan memukau rakyat untuk terus mengundi mereka. Malang sedikit bagi Najib apabila sebaik sahaja gagasan baru beliau ‘Satu Malaysia’ ini dilaungkan, ia terus dikritik hebat kerana dikatakan tidak ubah seperti konsep ‘Malaysia Malaysian’ yang diperjuangkan oleh DAP selama ini. Kritikan yang datang dari pelbagai penjuru dan ketidakjelasan dari dalam parti sendiri ternyata memanaskan punggung anak jati Pahang ini sehingga memaksa beliau memperjelaskan perbezaannya dengan bersungguh-sungguh. Sedikit sebanyak Najib nampaknya terpaksa menerima ‘padah’ dengan apa yang diucapkannya.

Apa pun penjelasan dan pengertian terhadap slogan ‘Satu Malaysia’, yang pastinya ia langsung tidak mencerminkan corak pemerintahan Islam oleh orang yang mengucapkannya. Konsep ‘Satu Malaysia’ masih berada di bawah tempurung ‘negara-bangsa’ (nation state) yang telah dicipta oleh kuffar penjajah di bumi Malaysia ini. Gagasan ini hanyalah akan menjauhkan lagi umat Islam dari kefahaman Islam yang sebenar, khususnya dari aspek sistem pemerintahan. Sesungguhnya pemerintahan Islam itu adalah Khilafah. Umat Islam wajib bergabung di bawah satu payung pemerintahan yang bergelar Khilafah dan haram bagi umat untuk berpecah belah di bawah negara-bangsa. Sedarilah wahai kaum Muslimin bahawa sistem pemerintahan Islam adalah Khilafah. Telah lebih 1400 tahun Daulah Khilafah memerintah umat Islam di seluruh dunia di bawah kepimpinan seorang Khalifah. Sungguh, Abu Bakar adalah Khalifah, Umar adalah Khalifah, Utsman dan Ali adalah Khalifah. Mereka memerintah sebagai ‘Khalifah’ kerana itulah ketetapan (hukum) Allah dan Rasul ke atas mereka dan ke atas kita. Begitu juga dengan para pemerintah Daulah Umaiyyah, Abbasiyyah dan Utsmaniyyah, kesemua mereka adalah Khalifah kaum Muslimin. Inilah hukum Allah di mana umat Islam wajib bersatu dan bernaung hanya di bawah seorang Khalifah. Umat Islam adalah umat yang satu, aqidah mereka satu, Tuhan mereka Satu, Kitab mereka satu, Kiblat mereka satu dan Negara mereka juga adalah satu. Dan negara bagi umat Islam adalah Negara Khilafah.

Ingatlah bahawa Daulah Khilafah telah memerintah hampir dua per tiga dunia. Hanya setelah serangan dan penjajahan kuffar Barat ke atas negara Islam, maka barulah Barat merobek-robek kesatuan kita dan memecahbelahkan negara kita kepada negara-bangsa yang kecil, lemah dan berseteru sesesama sendiri. Justeru, setelah Allah memberi kekuasaan kepada pemimpin yang beragama Islam, mengapakah pemimpin ini masih mengekalkan kita di bawah negara-bangsa yang kecil, lemah dan bercerai-berai? Mengapakah mereka masih berhukum dengan hukum kufur yang penjajah tinggalkan, walhal kekuasaan kini ada di tangan mereka?

Sesungguhnya apa yang patut digagaskan oleh Najib adalah konsep Satu Khilafah, bukannya Satu Malaysia. Umat Islam wajib bergabung di bawah Satu Khilafah. Setelah itu, syariatlah yang wajib beliau dahulukan kerana kedaulatan adalah di tangan syarak, bukannya di tangan rakyat. Dan apa sahaja yang beliau lakukan, maka mardhatillah (keredhaan Allah) jualah yang wajib diutamakan. Inilah yang sepatutnya diucapkan oleh Najib, dan beliau sepatutnya mengajak pemimpin Muslim dari seluruh negara umat Islam yang ada agar bergabung di bawah satu payung pemerintahan dengan memilih dan memba’iah seorang Khalifah yang akan memerintah dengan Kitabullah. Jika ketua negara ini menerapkan syariat dan Khilafah, nescaya dia dan umat Islam keseluruhannya akan meraih semula kemuliaan yang telah hilang, dan Insya Allah dia bukan sahaja akan memerintah Malaysia, malah akan memerintah seluruh dunia sebagaimana Khalifah-Khalifah sebelum ini. Apa yang penting adalah dia wajib mempersatukan umat Islam di bawah Khilafah dan bukannya sekadar mengucapkan slogan-slogan kosong yang dipenuhi penipuan dan kedustaan.

Khatimah

Wahai pemimpin kaum Muslimin! Jika kalian ingin mengeluarkan ucapan, maka ucapkanlah perkataan yang benar lagi hak di sisi Allah. Sesungguhnya ucapan-ucapan kalian bukanlah bait-bait yang perlu kalian jadikan pemanis mulut atau halwa telinga untuk rakyat semata-mata. Tetapi ucapan-ucapan kalian adalah suatu perkara yang amat berat yang kalian akan pikul dari dunia hingga ke akhirat. Ingatlah bahawa ucapan kalian akan pasti membawa kalian menuju ke dua jalan. Ia akan mengheret kalian ke neraka jika ucapan kalian penuh maksiat dan penipuan, dan ia akan memandu kalian ke syurga apabila ia diucapkan dengan baik dan benar.

Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah! Sedarlah bahawa para pemimpin kalian merupakan sebahagian dari kalian. Senantiasalah kalian bersama-sama mereka jika mereka berada di dalam kebenaran. Sebaliknya, perbetulkanlah mereka kiranya mereka telah tersasar dari jalan yang lurus. Sedarkanlah mereka bahawa tiada kemuliaan tanpa Islam. Sedarkanlah mereka bahawa kepimpinan bukan soal memenangi hati manusia dengan cogankata tetapi soal penerapan dan pelaksanaan perintah-perintah Allah sepenuhnya. Jika mereka lalai dalam menjalankan amanah besar ini, maka ucapkanlah kebenaran di hadapan mereka, dan jika mereka enggan menerima kebenaran, maka cabutlah kekuasaan mereka kerana sesungguhnya kekuasaan sebenar itu berada di tangan kalian. Tunaikanlah tanggungjawab kalian dan Allah akan pasti membantu kalian dan menunaikan hak kalian.

sejarah umat Islam

Gambaran tentang kejayaan dan kemuliaan umat Islam ini telah hilang dari minda kebanyakan kaum muslimin ketika ini. Ini kerana zaman kejayaan dan kemuliaan mereka wujud ketika mereka masih hidup dalam naungan Negara Islam yang menerapkan Sistem Islam. Satu-satunya generasi yang sempat menyaksikannya adalah generasi yang hidup pada zaman Khilafah Uthmaniyyah. Merekalah satu-satunya generasi yang mempunyai kesempatan untuk menyaksikan sisa-sisa kebesaran umat Islam yang hidup dalam naungan Negara Islam. Oleh itu, antara kemuskilan yang ditemui di tengah umat Islam.
Ketika ini adalah kemuskilan mendekatkan gambaran yang telah hilang itu dalam minda mereka disebabkan oleh realiti ada ketika ini.

Sekalipun demikian apapun kemuskilannya, kemuliaan umat Islam dalam naungan Negara Islam itu bukanlah catatan sejarah dan angan-angan semata-mata. Ini kerana bukti-buktinya benar-benar ada dan memenuhi ruangan sejarah selama 13 abad. Ketika ini, orang Islam yang mempunyai akal sihat akan merindui semula kejayaan dan kegemilangan Islam serta kemuliaan mereka di bawah naungan Negara Islam. Oleh itu, pemahaman yang benar dan jernih terhadap realiti tersebut akan meningkatkan keyakinan umat ini untuk meraih semula kemuliaan dan kejayaanya.

570M
1. Kekalahan Abraha didalam percubaannya untuk memusnahkan Kaabah.
2. Kelahiran Muhamad(saw),bapa baginda Abdullah, meninggal dunia sebelum kelahiran Nabi. Ibu baginda, Aminah, meninggal dunia ketika Nabi berumur 6 tahun.
594M
Muhammad berkhawin dengan Khadijah.
610M
1. Muhamad dilantik menjadi Rasul (utusan) Allah.
2. Memulakan fasa Dakwah Pertama:Membina para sahabatnya dan penganut Islam yang baru secara rahsia dirumah Al-Arqam .
613M
Memulakan fasa Dakwah Kedua dan berinteraksi diantara orang Islam dengan orang kafir.
619M
Isra dan Mi’raj berlaku. Mencari Nusrah (perlindungan) dalam rangka menerapkan Islam daripada orang yang memiliki pengaruh serta kekuatan dan suku-suku,kaum dengan syarat mereka memeluk Islam.
621M.
1. Fasa Dakwah ketiga: Mendapat Baiah Aqabah pertama: Rasulullah saw. Telah diberi baiah oleh suku al-Aus dan Al Khazraj yang berasal dari Yathrib(Madinah)
2. Muhamad mengirim Mu’sab bin Umair ke Yathrib untuk mengajarkan Islam kepada suku tersebut.
3. Sebahagian besar penduduk Madinah memeluk Islam.
622M
1. Baiah Aqabah kedua:Rasulullah telah menerima penyerahan pemerintahan Madinah dari Al-Aus dan Al Khazraj. Baiah Aqabah kedua ini diberikan oleh 73 lelaki dan 2 wanita. Mereka memberikan Muhamad baiah untuk memeluk Islam dan memberi perlindungan kepada Muhammad.
2. Perintah untuk berhijrah dikeluarkan oleh Muhammad kepada para sahabat. Quraisy merancang membunuh Muhammad, tetapi gagal dan Muhammad berjaya melakukkan hijrah.

622M/1 HIJRAH
Negara Islam ditegakkan di Madinah

622-32M
1. Muhammad sebagai ketua negara Islam Pertama.
2. Mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajrin
Menubuhkan masjid sebagai pusat pentadbiran agama dan politik
Menandatangi ‘Wathiqah Madinah (piagam Madinah) antara kaum Muslimin dengan orang kafir dan Yuhudi Madinah.
624M
Peperangan Badar: Islam dan kaum muslimin menang, 313 kaum muslimin berhadapan dengan 1000 kaum kafir. Peperangan yang paling penting dalam sejarah Islam.
625M
Peperangan Uhud: pihak kaum muslimin kalah. Sebahagian dari tentera Islam menggengkari salah satu dari perintah Muhammad dan meninggalkan posisi penting dimedan perang. Muhammad sendiri tercedera.
627M
peperangan Khandak(al Ahzab): Islam telah menang. Selepas peperangan ini pihak Quraisy tidak mampu untuk melancarkan serangan terhadap orang Islam.
628M
1. Peperangan Bani Quraidah: Islam telah menang
2. Perjanjian Hudaybiyah: Perjanjian damai dengan tempoh masa 10 tahun yang dimeteri oleh kaum muslimin dengan Quraisy. Langkah bijak politik Nabi.
3. Titik perubahan dalam sirah
4. Peperangan Khaibar: Islam telah menang
629M
Peperangan Mu’tah: perang antara Islam dengan Rom yang pertama.
630M
1. Pembebasan Mekkah:selepas pihak quraisy melanggar perjanjian damai Hudaybiyah.
2. Peperangan Hunain: Islam telah menang
3. Peperangan Ta’if: Islam Menang
4. Peprangan Tabuk: Rom berundur.
631M
1. Tahun Deligasi
2. Suku arab yang lain disemenjung Arab memberikan baiah mereka kepada Rasulullah
632M
1. Haji perpisahan:100,000 kaum muslimin menghadirnya.
2. Muhammad mempersiapkan bala tentara Usamah bin Zaid untuk menyerang Rom.
3. Muhammad saw. Telah wafat.

632-661M / 11-13H
Khalifah Abu Bakar As Siddiq
632M
1. Para sahabat melantik Abu Bakar sebagai Khalifah.
2. Meneruskan misi Usamah bin Zaid.
3. Abu Bakar memerangi golongan murtad dan suku Arab yang enggan membayar zakat.
633M
1. Peperangan Yamamah: Islam berjaya membebaskan selatan Syria.
2. Penaklukan Al-Hirah di Iraq.
3. Pengumpulan Al Quran, Al Quran dibukukan yang diketuai oleh Zaid bin Thabit.
634M / 13H
1. Peperangan Ajnadin di Palestin.
2. Abu Bakar meninggal dunia.
634-644M / 13-23H
Khalifah Umar bin Al Khattab.
636M
1. Barah dan Ba’labak dibebaskan.
2. Damsyik dan Hims dibebaskan.
637M
1. Syria dan jordan dibebaskan
2. Peperangan Yakmuk yang dipimpin oleh Khalid bin Al Walid.
3. Bandar Al Kufah dibina.
638M
1. Iraq dibebaskan
2. Peperangan Al Qadissiyah
3. Jerusalam dibebaskan secara aman
4. Peperangan Jalula: Parsi dikalahkan
5. Banyak lagi kota-kota Syria dibebaskan.
639M
1. Penyusunan kalendar Hijrah.
2. Para sahabat mengesyorkan permulaannyadidasarkan kepada peristiwa yang paling penting dalam sejarah Islam, iaitu penghijrahan Rasulullah dari Madinah untuk mendirikan Negara Islam.
640M
Kawasan di Iraq dan Syria yang masih tinggal dibebaskan.
641M
Qaysariyyah dibebaskan
642M
1. Mesir dibebaskan.
2. Kaum Yahudi berpindah dari negara Arab ke Syria.
643M
1. Empayar Parsi runtuh dan Iran dibebaskan
2. Peperangan Nahawand
644M / 23H
1. Tripoli (libya) dibebaskan
2. Azerbajian dibebaskan
3. Hamazan dibebaskan
4. Asfahan dibebaskan
5. Umar dibunuh oleh seorang Majusi
644-656M / 23-35H
Khalifah Uthman bin Affan
648M
1. Syapur dibebaskan
2. Tripolitania dibebaskan
652M
Khurasan dan Naisapur dibebaskan
653M / 35H
Uthman dibunuh di Madinah
656-661M
Khalifah Ali bin Abi Talib
658M
Peperangan Jamal: Peperangan antara Khalifah Ali dengan penentangnya
659M
Peperangan Siffin, perang antara Khalifah dengan Muawiyah.
660M
Peperangan Nahrawan:peperangan untuk menentang golongan Khawarij
661M / 40 H
Ali dibunuh di Kufah

661 M
Al Hasan bin Ali, dilantik sebagai Khalifah dan mengundur diri selepas enam bulan
661-750M / 41-132H

Al Khulafa Al Umawiyyun
661-680 M / 41-60H
Khalifah Mu’awiyah bin Abi Sufyan
661 M
Mu’awiyah menjadi khalifah selepas Al Hasan memberikan Baiahnya
663 M
Burqaha(libya) dan Kuwar(sudan) dibebaskan
663-671M
Kebanyakan negeri di Asia ditakluki.
680-683 M
Khalifah Yazid bin Mu’awiyah
683-683 M
Khalifah Mu’awiyah bin Yazid
683-692 M / 64-73 H
Abdullah bin Zubayr menjadi khalifah. Dia dibunuh oleh golongan Umawiyyah juga.
683-692 M
Khalifah Marwan bin Hakim
691 M / 72 H
Kubah Batu (dome of the rock) dibina di Jerusalam
692-705 M
Khalifah Abd. Malik bin Marwan
696-705 M
Banyak bandar Rom dibebaskan
698-703 M
Keseluruhan utara Afrika dibebaskan
705 M
Turkistan dibebaskan
705-715 M
Khalifah Al Walid bin Abd Malik
706 M
1. Perluasan masjid Nabawi
2. Pembebasan Bukhara dan tempat lain.
711 M
Andalusia dan sebahagian Perancis dibebaskan
712 M
1. Sind dan punjab (india) dibebaskan
2. Khawarizm dan Samarqand dibebaskan.
713 M
Kabul (afghanistan) dibebaskan
715 M
Tus dibebaskan
715-717 M
Khalifah Sulaiman bin Abd. Malik
1. Imam Zayd bin Ali (700-742 M)
2. Imam Abu Hanifah (700-768 M)
3. Imam Ja’afar (700- 768 M)
4. Ibn Ishaq (708-774 M)
5. Imam Malik (713-797 M)
717-720 M
1. Khalifah Umar bin Abd Aziz.
2. Kemiskinan sifar di negara Islam.
720-724 M
Khalifah Yazid bin Abd Malik
732 M
Pertempuran Balat As Syuhada di tengah Perancis. Islam dikalahkan
743-744 M
Khalifah Al Walid bin Abd Malik
744-744 M
Yazid bin Al Walid
744-744M
1. Khalifah Ibrahim bin Al Walid.
2. Penerjemahan buku-buku Hellenistic (falsafah Yunani) ke bahasa Arab. Ini mengakibatkan lahirnya golongan Mutakalimin, seperti Mu’tazilah, Jabariyyah, Ahlusunnah dan lain-lain.
744-750 M
Khalifah Marwan bin Muhammad.
755 M
Abd Rahman Ad Dakhil memulakan pemerintahan di Andalusia.

750- 1517 M / 132-923 H
Al Khulafa Al Abbasiyyah
750-754 M
Khalifah Abu Al Abbas As Saffah, memerintah dari Kufah
754-775 M
Khalifah Jaafar Al Mansur
756-766 M
Pembinaan Kota Baghdad
755-785 M
Khalifah Al Mahdi
1)Imam Syafie (767-820 M)
785-786 M
Khalifah Hadi
786-809 M
1. Khalifah Harun Ar Rashid
2. Penaklukan banyak kawasan Rom.
1) Imam Ahmad bin Hanbal (781-856 M)
2) Imam Muslim (meninggal 833M)
809-813 M
Khalifah Al Amin
813-833 M
Khalifah Al Ma’mun
1)Imam Bukhari (816-878 M)
833-842 M
Khalifah Mu’tasim Bi-llah
837 M
1. Khalifah menyahut seruan seorang perempuan Islam yang meminta pertolongan kerana ditawan oleh Rom dan menyelamatkannya.
2. Ammuriyah dibuka 30,000 Rom terbunuh dan 30,000 ditawan.
1) Abu Dawud (824-897 M)
842-847 M
Khalifah Al Mutawakkil Ala-llah\
1) An Nasa’I (837-925 M)
861-862 M
Khalifah Al Mutazz Bi-llah
870-892 M
1. Khalifah Al Mutamid Ala-llah
2. Di abad ke-4 hijrah, seruan menutup pintu ijtihad telah terdengar, selepas al Qaffal mengeluarkan fatwa mengharamkan ijtihad. Bagaimanapun, secara rambang masih terdapat ramai mujtahid dalam Negara Islam.
1) Imam At Tirmidhi (meninggal 918M)
892-902 M
Khalifah Al Mu’tadid Bi-llah
899 M /264 H
kemunculan golongan Qaramira, yang dihancurkan pada 458H
1) Imam At Tabrani (meninggal 932 M)
902-908 M
Khalifah Al Muqtadir Bi-llah
913 M / 301 H
Al Hamra Qars (istana Al Hamra) dibina di Sevile, Andaslusia.
930 M /317 H
Qaramita menyerang Makkah ketika musim haji dan melarikan Hajar Aswad.
933-934 M
Khalifah Al Qadir Bi-llah
934-940 M
Khalifah Al Muttaqi Bi-llah
944-945 M
Khalifah Al Muti’ Li-llah
947 M/ 336 H
Sayad Dawlah mendirikan pemerintahan Hamadiyin di Allepo.
969 M
Kota Kahirah dibina.
970 M-972 M
1. Al Mu’iz membina Universiti Al Azhar untuk menyebarkan fahaman Fatimiyah.
2. Salah Ad Din Al Ayubbi kemudian membersihkan Al Azhar dari fahaman tersebut.
974 M- 991 M
Khalifah At- Ta’I Li-llah
987 M /377 H
Masjid agung Cordova dibina.
996- 1031 M
Khalifah Al Qadir Bi-llah
996M-1021 M
Al Hakim Bi-Amri memerintah Mesir
1)Imam bin Hazm (994-1064 M)
1031 M- 1074 M
Khalifah Al Qa’im Bi Amri-llah
1037 M / 429 H
Kaum Saljuk diketuai oleh Tughril menakluki Khurasan
1046 M /489 H
Pope Urban II memulakan perang salib pertama.
1060 M
Kepulauan Sicily dibebaskan
1070 M
Alb Arsalan dikalahkan oleh Rom. Rajanya ditawan dan dibebaskan setelah membayar tebusan
1074 M-1094 M
Khalifah Al Muqtadi Bi-Amri-llah
1090 M / 483 H
Permulaan kumpulan Al Batiniyyah, dihapuskan pada 1256M
1094-1118 M
Khalifah Al Mustazhir Bi-llah
1099 M
1. kumpulan al Batiniyyah muncul di Affahan.
2. Kaum salib menguasai Jerusalam dengan pertolongan Fatimiyyah.
1107-1108 M
Kaum Salib menakluki sebahagian Tripoli(syria)
1109 M
Yusof bin Tasfin Al Babar mengalahkan kaum Salib di Andaslusia
1) Imam Sarkasyi (meninggal 1112M)
1118-1135 M
Khalifah Al Mustarsyid Bi-llah
1135-1136 M
Khalifah Ar Rashid Bi-llah
1136-1160 M
Khalifah AL Muqtafi Li Amri-llah
1148 M
Khayr Ad Din Zinki mengalahkan kaum Salib berhampiran Damsyik.
1160-1170 M
Khalifah Al Mustajid Bi-llah
1169-1179 M
Khalifah Al Mustadhi Bi-Amri-llah
1171 M
Salah Ad Din membina tembok bandar Kahirah
1) Ibn Asakir (meninggal 1193M)
1179-1225 M
khalifah An Nasir Li Dini-llah
1187 M
Salah Ad Din mengalahkan kaum Salib di Hittin (palestin), Al Quds (jerusalam) dan Syria dibebaskan.
1193 M
Salah Ad Din meninggal dunia
1) Ibn Rusyd (meninggal 1217 M)
1219 M
Kaum Salib menawan Dumiat (di Mesir)
1220 M
Ganghis Khan (tatar) menawan Turkistan, Bukhara, Samarqand dan Khurasan.
1221 M
Al Malik Al Kamil membebaskan Dumiat.
1225-1226 M
Khalifah Az Zahir bi-Amri-llah
1) Imam Ar-Razi (meninggal 1228M)
1226-1242 M
Khalifah Al Mustansir Bi-llah
1229 M/ 626 H
Kaum salib menawan Jerusalam buat kali kedua
1) Ibn Qudamah (meninggal 1242 M)
1242-1258 M
Khalifah Al Mutasim Bi-llah
1244 M/ 642 H
Jerusalam dibebaskan kembali.
1249 M / 647 H
Kaum salib melancarkan serangan kali ketujuh dan terakhir, diketuai oleh Louis 7 dan ianya gagal.
1256 M
Kekalahan muklak kaum al Batiniyah ditangan Tatar.
1258 M
1. Hulaku menawan Baghdad dan membunuh khalifah. Kaum Tatar membunuh 1.6 juta orang Islam. Dua pengkhinat iaitu Ibn Al Alqami dan nasir ad Din at Tusi membantu kaum tatar.
2. Titik ke arah perubahan yang lebih parah terhadap intelektual Umat Islam yang memang telah merosot.
3. Ketiadaan khalifah selama 3.5 tahun.
4. Al Malik Al Muzaffar Qutuz (dari Mesir) mengalahkan kaum Tatar di Ayn Jalut (palestine)
10 Imam An Nawawi (1223-1277M)
1261-1262 M
Al Mustansir Bi-llah, khalifah terakhir di Baghdad.
1262-1301 M
Khalifah Al Hakim Bi-Amri-llah 1
1262 M
Kebanyakan kumpulan kaum Tatar memeluk Islam.
1265 M
1) Ibn Ahmar menawan kembali 32 bandar di Andaslusia.
2) Hulaku, raja Tatar meninggal dunia.
1281 M
1) Al Malik Al Mansur Qalawun(dari Mesir) mengalahkan kaum Tatar di Syria.
2) Sultan Qalawun membebaskan Syria dari kaum Salib selepas 150 tahun.
1293 M
Islam tersebar dikalangan tentera Tatar.
1299-1326 M
Uthman 1, sultan Uthmaniyyah yang pertama. Dia berperang melawan Rom.
!) Ibn Taymiyyah (1263-1328M)
1301-1329 M
Qurkhan 1, sultan Uthmaniah yang kedua. Dia menakluki Asia kecil (Turki)
1) Ibn Katsir (meninggal 1373 M)
2) Ibn Qayyim Al Jauziyyah (meninggal 1350 M)
1339-1341 M
Khalifah al Wathiq Bi-llah II
1341-1352 M
Khalifah Al Hakim Bi-Amri-llah II
1352-1362 M
Murad I, Sultan Uthmaniah yang ketiga.
1352-1362 M
Khalifah Al Mu’tadhid Bi-llah pertama
1361 M
Murad membebaskan Adranah
1362-1377 M
Khalifah Al Mutawakkil Ala-llah (pengangkatan pertama)
1365-1405 M
Taimurlink (monggol) memulakan peperangan terhadap kaum muslimin.
1377-1377 M
Khalifah Al Mu’tasim.
1377-1386 M
Khalifah Al Wathiq Bi-llah II
1389 M
Peperangan Kosovo,Murad mengalahkan Serbia (yugoslavia)
1389-1401 M
Ba-Yazid I, Sultan Bani Uthmaniyah Ke-4
1393 M
1. Bulgaria dibebaskan oleh Ba-Yazid
2. Perancis dan German dikalahkan .Taimurlink menakluk Baghdad, pertama kali.
1401 M
1. Taimurlink menakluk Baghdad, kali kedua.
2. Taimurlink menakluk sebahagian Syria.
1402 M
1. Taimurlink menakluk Ankara, Ba-Yazid tertawan.
2. Ba-Yazid dibebaskan, banyak kawasan kaum muslimin dibebaskan semula.
1403-1421M
Khalifah Al Must’in Billah.
1421-1451 M
Murad II, sultan Uthmaniyah keenam.
1422-1428 M
Murad menakluk semula kawasan yang ditakluk oleh Taimurlink.
1)Ibn Hajar (meninggal 1474M)
1430-1441 M
Khalifah Al Mustadhid Bi-Llah II
1431 M
Albania ditakluk oleh Murad II
1441-1450 M
Khalifah AL Qa-im Bi-Amri-llah
1451-1481 M
Muhammah II, sultan Uthmaniyah ketujuh.
1453 M/ 857 H
Constaninople (Istanbul) dibebaskan oleh Muhammad II, yang kemudian mendapat gelaran AL Fatih yang bererti sang pembebas.
1458-1460 M
Serbia (yugoslavia) dibebaskan.
1459-1479 M
Khalifah Al Mustanjid Bi-llah
1462 M
Bosnia (yugoslavia) dibebaskan
1479-1497 M
Khalifah Al Mutawakil Ala’-llah II
1480 M
Sebahagian kepulauan Greek ditakluki oleh Muhammad Al Fatih
1481-1512 M
Ba-Zayid II, sultan uthmananiyah kelapan
1492 M
Kejatuhan Granada dan Inquisisi Sepanyol pemerintah Islam sepanyol ditamatkan.
1497-1508 M
Khalifah Al Mustansik Bi-llah (pengangkut pertama)
1508-1516 M
Khalifah Al Mutawakil Ala-llah III
1512-1520 M
Salem I, sultan uthmaniyah kesembilan
1514 M
Tabriz (iran) ditakluk, Shah Ismail dikalahkan.
1516 M
Peperangan Marj Dabiq Syria ditakluki oleh Bani Uthmaniyah
1516-1517 M
Khalifah Al Mutawakil Ala-Bi-llah III
1517-1924 M/ 923-1349 H
Al Khulafah Al Uthmaniyyah
1517 -1520 M
Khalifah Salem I
1517 M
1. Al Mutawakil meletakkan jawatan khalifah untuk Salem I
2. Peperangan Al Ahram Mesir ditakluk oleh Uthmaniyah.
1520-1566 M
Khalifah Salem II
1521 M
1. Belgrade (Yugoslavia) ditakluk.
2. Gereja terbesar telah telah diubah menjadi masjid dimana Khalifah Sulaiman mendirikan sembahyang Jumaat.
1522 M
Rhodes ditakluki
1526 M
Buda(sebahagian Hungari) dibuka, Raja Louis telah terbunuh.
1527 M
Ausria menawan Buda.
1529 M
1. Buda ditakluk semula, Ausria berundur.
2. Vienna dikepung tanpa ditawan.
1532 M
Algeria dibebaskan oleh Uthmaniyah daripada Sepanyol.
1534 M
1. Tabriz ditakluki semula.
2. Uthmaniyah memerintah Baghdad.
1535 M
1. Tunisia dibebaskan oleh Uthmaniyah daripada Sepanyol.
2. Pulua Greek ditakluk.
1539 M
Perdamaian dengan Ausria yang bersetuju untuk membayar jizyah.
1541 M
Pest (sebahagian Hungari) ditakluki khalifah Islam. Raja Ausria berundur.
1543 M
Niche (selatan Perancis) dibebaskan
1549 M
Sulaiman meminta Ibrahim Al Halabi untuk menulis sebuah buku berkenaan perundangan Islam yang bertajuk Ultaqa al-Ablur. Kemudian dia mendapat gelaran Sulaiman Al Qanunni.
1560 M
Tentera laut Uthmaniyah mengalahkan Sepanyol di Jerba.
1565 M
Pulau Malta dikepung.
1566 M
Szegeh (Hungari) ditakluk
1566-1574 M
Khalifah Saleem II
1568 M
Ausria bersetuju untuk meneruskan pembayaran jizyah.
1571 M
1. Pulua Cyprus ditakluki.
2. Pope berusaha untuk mengabung Venice dan Sepanyol untuk menawan semula Cypus.
1572 M
Sepanyol menawan Tunisia
1573 M
1. Perdamaian dengan Venice.
2. Cyprus kembali semula kepangkuan Islam dan Venice terpaksa membayar denda ketentaraan.
1574-1595 M
Khalifah Murad III
1575 M
Polania memilih untuk tinggal dibawah perlindungan Khalifah Islam.
1577 M
Kargstan ditakluk.
1578 M
1. Portugis menyerang Maghrib.
2. Maghrib dibebaskan dari Portugal.
1583 M
Taghistan dibebaskan.
1590 M
Sharwan, Luristan dan Azerbaijan dibebaskan secara aman.
1595-1603 M
Khalifah Mehnet III
1596 M
Orlo (hungari) dibebaskan, Ausria kalah.
1603-1617 M
Khalifah Ahmad I
1617-1618 M
Khalifah Mustafa I
1618-1622 M
Khalifah Uthman II
1622 M
Golongan Inkishari (tentara khas) menjadi terlalu kuat dalam pengaruhnya dan mula mengubah khalifah mengikut kehendak mereka.
1622-1623 M
Khalifah Mustafa I
1623 M
Shah Abbas menawan Baghdad.
1625 M
1. Buat kali pertama kalinya mubaligh Kristian berada di Lebanon dan meracuni pemahaman umat Islam terhadap Islam.
2. Srangan mubaligh Kristian bermula.
1623-1640 M
Khalifah Murad IV
1635 M
Tabriz ditakluki semula oleh Khalifah.
1638 M
Baghdad ditakluk semula oleh khalifah.
1640-1648 M
Khalifah Ibrahim I
1645 M
Pulua Crete ditakluk semula.
1648-1687 M
khalifah Mehmet IV
1663 M
Kota Neohazed (Ausria) ditakluk.
1672 M
1. Limburg ditakluk buat jangka yang singkat.
2. Polania dikalahkan dan bersetuju untuk membayar jizyah.
1683 M
Vienna dikepung untuk kali terakhir, kebanyakan kotanya berjaya dibuka tetapi Pope telah menyeru kepada negeri Eropah untuk membantu Ausria dan berakhirnya mereka berjaya mengalahkan kaum muslimin.
1686 M
Ausria, Polania, Vience, Malta, Rusia dan Pope telah membuat perjanjian suci dan berjaya merampas semula Budapest dan Neohazel.
1687-1691 M
Khalifah Sulaiman II
1688 M
1. Samandriah, Qlubaz dan Belgrade terlepas ketangan musuh.
2. Kaum muslimin hilang kawalan ke atas bandar Udine dan Niche di Eropah.
1690 M
Samadriah, Belgrade, Urdine dan Niche dirampas semula.
1691-1695 M
Khalifah Ahmad II
1695-1703 M
Khalifah Mustafa II
1711 M
Khalifah Mustafa mengepong Tzar Russia tetapi panglima tentara melakukan pengkhinatan kerana wang dan membebaskan Tzar dengan satu perjanjian.
1730-1754 M
Khalifah Mahmud II
1737 M
Russia dan Ausria dikalahkan oleh Islam
1739 M
Perjanjian Belgrade dengan Rusia dan Ausria, Belgrade dan banyak kawasan lain diserahkan kepada negara Islam.
1754-1757 M
Khalifah Uthman III
1757-1773 M
Khalifah Mustafa III
1771 M
Armada laut Rusia ditumpaskan oleh armada laut Islam
1773-1789 M
Khalifah Abd Al Hamid I
1774 M
Rusia mengalahkan kaum muslimin, perjanjian damai telah ditandatangani.
1784-1787 M
Rusia dan Ausria merampas banyak kawasan dari tangan Islam.
1789
1. Ausria menawan Belgrade dan Serbia.
2. Rusia menawan banyak bandar
1798-1799 M
Napoleon Bonaparte menawan Mesir dan membawa masuk kebudayaan Perancis.
1801 M
1. Napoleon ditundukkan di Akka(palestin)
2. Napoleon tumpas di Iskandariah dalam peperangan Laut Abu Qir.
3. Perjanjian damai dengan Perancis.
1804 M
Tentara Rasmi Uthmaniyah dibentuk, disamping pasukan Inkishari.
1806 M
Rusia dan Britain menyerang negara Islam.
1807 M
1. Britain tumpas setelah mengepung Bosporus.
2. Muhammad Ali mengalahkan Britain di Rashid. Britain berundur dari Mesir secara keseluruhan.
3. Perjanjian damai diantara Perancis dan Rusia untuk berhadapan dengan Negara Islam.
1817 M
Serbia keluar dari negara Islam.
1826 M
1. Kegagalan Revolusi Greek.
2. Athen ditakluki
3. Pasukan Inkishari dibubarkan, hanya tentera rasmi mengantinya.
1828 M
1. Negara Eropah membantu Greek untuk memisahkan diri dari Negara Islam.
2. Rusia menyerahkan semula banyak kawasan Islam setelah menandatangani satu perjanjian damai.
1830 M
1. Perancis menawan Al geria.
2. Khalifah mula mengambil perundangan Eropah.
1867 M
Serbia bebas dari pengaruh negara Islam. Tentra Islam meninggalkan Servia secara keseluruhan.
1869-1879 M
Terusan Suez dibina oleh Perancis.
1876 M
1. Revolusi Bulgaria tercetus dengan bantuan Rusia tetapi gagal.
2. Servia menyerang tentera Islam dengan bantuan Rusia. Islam mengalahkan mereka dan merampas Bulgaria dan keseluruhan Servia.
1877 M
1. Rusia dan Romania dikalahkan selepas mereka menyerang orang Islam.
2. Rusia dan Hungari menawan Pleven (utara Bulgaria)
3. Rusia dikalahkan dan Kaisar dibebaskan, Rusia telah tumpas sebanyak enam kali.
1878 M
1. Rusia menawan Sofia, Pleven dan Edrine (turki)
2. Perjanjian damai dengan Rusia.
3. Bulgaria dan Servia mencapai kemerdekaan.
4. Edrine dan lain-lain kawasan orang Islam kembali semula ketangan orang Islam.
5. Britain merampas Cypus.
6. Perjanjian Berlin, pihak Eropah mula membahagikan tanahair Orang Islam.
1909-1918 M
1. Khalifah Mehmet V
2. Khilafah dibawah pengawalan parti Nasionalis Turki.
1911 M
Umat Islam Libya bangun menentang Itali di Tripoli.
1912 M
Peperangan Balkan melawan Greek, Bulgaria dan servia. Pihak musuh berjaya merampas keseluruhan kawasan Islam di Balkan.
1913 M
Pergerakaan Sanusiyah bermula di Libya untuk menentang penjajahan Itali.
1914-1918 M
1. Peperangan Dunia Pertama : Kaum muslimin kalah dalam peperangan tersebut dan negara Islam semakin kecil.
2. Britain merampas Palestin dan Trans-Jordan.
1916 M
1. As Syarif Husain di Makkah mengkhinati khalifah dan bersekongkal dengan Perancis dan Britain untuk menentang khalifah.
2. Persetujuan Sykes-picot oleh kuasa Eropah untuk menguasai tanah air kaum muslimin.
1917 M
Balfour, perdana menteri Britain, berjanji akan memberikan orang yahudi sebuah tanah air di Palestin
1918-1922 M
Khalifah Mehmet VI
1920 M
1. Mustafa Kamal (pengkhianat) mengetuai pemerintah di Turki.
2. Negara Islam dibahagi-bahagikan diantara pihak Bersekutu yang menubuhkan pemerintah Nationalisme Arab dan Turki di semua kawasan yang ditakluki, kebanyakan negeri Umat Islam menjadi koloni. Barat.
1922-1924 M
Khalifah Abd Majid II
1922M
Kekuasan khilafah dimansuhkan. Abd Majid II tidak ada kuasa lagi
1923 M Mustafa Kamal mengistiharkan penubuhan Republik Turki dan mengharamkan seruan azan dalam bahasa Arab.
1924 M
1. Ketiadaan Khilafah.
2. Khilafah dimansuhkan secara multak oleh mustafa kamal dengan bantuan penjajah barat, Maka, berakhirnya Negara Islam yang berusia 1,300 tahun

apa yang Islam tawarkan

Apa yang Islam tawarkan?
Hasil penerapan hukum syarak secara menyeluruh
Penyelesaian masalah manusia
Pembawa kerahmatan untuk sekelian alam.

Islam diturunkan oleh Allah
Melalui perantaraan Muhammad-Rasulullah SAW
Yang ditunjukkan kepada semua manusia didunia ini
Secara amali dan praktiknya.

Tanpa sempadan geografi,
Tanpa ada batasan zaman,
Tanpa batasan tempat tinggal,
Islam sememangnya sesuai diterapkan.

Islam terkandung hanya dua perkara,
Iaitu Aqidah dan Syariat,

Islam datang sebagai Penyelesaian Masalah Manusia
Islam datang sebagai Pembawa Kerahmatan Untuk Sekelian Alam,
Islam datang sebagai Pembawa berita gembira dan Peringatan
Islam datang menepati fitrah dan fikiran manusia.


Assalamualaikum, para pembaca sekelian, yang dihormati dan disanjungi.
Seperti kita maklum, Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah. Allah sebagai Maha Pencipta dan Maha Pengatur setiap kejadian, mencakupi, alam semesta, manusia dan kehidupan.

Setiap kejadian tidak akan wujud kecuali ada yang menciptakannya dan setiap kejadian tidak akan beroperasi @ berfungsi kecuali ada yang mengaturnya. Yang menjadikannya dan yang mengaturkannya itu adalah Allah.

Oleh itu, mustahil sungguh, Islam yang datang dari Allah tidak mempunyai peraturan dalam urusan peribadatan kepadanya. Peribadatan kepadaNya itu tidak secetek makna masalah peribadatan Ruhiyyah (seperti solat,puasa dan sebagainya). Malahan makna peribadatan kepadaNya itu melewati batasan urusan kehidupan seharian manusia.

Jadi, layaklah hanya Islam itu mendapat gelaran agama yang syumul, yang menyeluruh segala aktiviti kehidupan manusia. Ini berbeza daripada kesemua agama yang ada didunia ini baik agama yang tiada kitab maupun agama yang tiada kitab.

-0-

Apakah Islam Tawarkan?
Penyelesaian masalah manusia.

Masalah bebanan hutang
Masalah perniagaan
Masalah kemiskinan
Masalah pelacuran
Masalah pembangunan
Masalah masyarakat
Masalah keperluan asasi
Masalah kesempitan berbelanja

Kesimpulannya, banyak masalah datang dari masalah kewangan. Dari masalah kewangan akan menyebabkan masalah sampingan dan masalah kecil dan seterusnya akan membawa masalah yang lebih besar dan serius.

Maka, manusia akan mencari jalan penyelesaian menurut fikiran mereka sendiri. Tanpa manusia menyedari ada cara penyelesaian masalah yang mereka hadapi itu dengan cara Islam iaitu Sistem Ekonomi Islam.

Manusia sekarang ini adalah hamba abdi kepada sistem ekonomi kapitalis, sebenarnya tiada apa yang dijanjikan dari sistem ekonomi kapitalis itu melainkan kebinasaan dan kehancuran belaka.

Hasil dari kesempitan hidup, manusia akan mengambil langkah untuk menambahkan pendapatannya seperti melakukan pekerjaan sambilan, kerja lebih masa, jualan terus dan sebagainya disamping memikul tanggungjawab dengan pekerjaan utamanya. Penumpuan pendapatan sampingan itu menyebabkan penggunaan masa untuk riadah dan berehat terjejas. Akibatnya manusia akan mempunyai perasaan tertekan, muram, tak ceria serta tahap kesihatan turut merosot. Ini timbal balik tertekan dengan pekerjaan dan mencari pendapatan sampingan itu.

Sebenarnya, masalah ini terjadi disebabkan oleh Sistem Ekonomi Kapitalis. Seperti dimaklumkan, sistem ini memestikan dan mewajibkan kutipan cukai. Dari cukai itu digunakan untuk membiayai urusan negara. Bebanan cukai itu dikenakan kepada rakyat secara menyeluruh. Tanpa cukai, negara kapitalis (termasuk Malaysia) tak berfungsi.

Adanya cukai-harga barangan melampung dan pendapatan manusia dibelanja untuk membeli barangan dengan harga agak tinggi jugak. Disebabkan menaikkan harga minyak sahaja, kesan harga barang pun turut naik. Hidup manusia semakin tertekan dan semakin sengsara.

Maka, Islam menawarkan satu jalan penyelesaian dalam masalah ini. Dalam sistem ekonomi Islam-sumber pendapatan daulah(negara) Islam bukan datang dari cukai-cukai semata-mata.

Sumber kemasukkan Baitul Mal negara Islam seperti hasil-hasil galian,Ghanimah,Fa’I,Jizyah, zakat, Kharaj,Usyur, rikaz dan sebagainya.

Hanya satu contoh diambil, yang boleh menunjukkan keberkesanan penerapan hukum Sistem Ekonomi Islam dapat menyelesaikan masalah kewangan manusia sejagat ini. Iaitu hasil galian atau lebih difokuskan hasil Petroleum. Kalau Malaysia (berikut laporan bajet 2004) sahaja, ada keuntungan 56 trilion. Dengan keperluan 117 billion dari kutipan cukai, maka masalah 117 billion ini mudah-mudah sahaja dapat diatasi. Dengan hasil keuntungan petroleum sebanyak 56 trilion boleh membiayai banyak keperluan negara dalam melayani masalah umat. Malahan itu lebih dari mencukupi. Sekiranya 56 trilion untuk memenuhi keperluan negara, rasanya tidak perlunya cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat. Sistem Ekonomi Islam telah mengariskan Keuntungan petroleum itu adalah hak-hak milik umum (semua manusia) bukannya hak milik persendirian atau syarikat perswastaan(shell, BP, mobil dll).

Islam datang membawa penyelesaiannya. Berpandukan dari hadis Rasulullah,”Manusia berkongsi dengan 3 perkara,iaitu air, padang dan api/garam”. Sistem Ekonomi Islam akan menggunakan hasil galian tersebut(petroleum) itu untuk diagihkan kepada seluruh manusia yang tinggal dibawah naungan daulah/negara Islam.

Bayangkanlah, wahai manusia sekelian.
Itu baru sahaja Malaysia. Konsep negara Islam yang sebenarnya adalah gabungan 54 pecahan negeri umat Islam diseluruh dunia ini akan dijadikan satu. Pastinya negara Islam akan menjadi lebih kaya dan makmur. Jadi, kalau masalah kewangan itu dapat diselesaikan, adakah senarai masalah yang tertera diatas itu akan timbul. Jawapannya Tidak Ada.

Jadi, manusia akan menggunakan masanya dengan beramal soleh dan beramal kebajikan. Ada masa untuk beriadah, berehat dan beribadat. Bahkan akan banyak masa itu digunakan untuk memikirkan membangunan sains dan teknologi. Dari hasil kretifviti dan inovasi akan melahirkan lebih ramai cendiakawan dan pakar-pakar yang akan memajukan dan membangunkan negara Islam itu sendiri. Hal ini dapat dibuktikan zaman Umaiyyah dan Abbasiyyah. Ini sesuatu yang tidak dapat dinafikan oleh semua orang.

Tetapi,,

Kalau manusia masih setia dengan Sistem Ekonomi Kapitalis. Memang banyak masa digunakan untuk mengatasi masalah kewangannya sahaja. Bahkan manusia tidak dapat menggunakan masa untuk befikir. Fikiran manusia biasanya terkongkong dengan masalah tempat kerja, urusan family dan sedikit masa untuk masyarakat. Jadi tak hairanlah, kalau time kenduri khawin, orang yang datang rewang dah berkurangan. Pasal masa untuk bermasyarakat dah semakin singkat. Semata-mata mencari pendapatan sampingan dan mencari jalan keluar dalam masalah kewangannya.

Jadi, marilah kita menjatuhkan Sistem Ekonomi Kapitalis. Kita bina negara Islam dan terapkanlah syariat secara menyeluruh dengan mendirikan daulah Islam yang berkhalifah

POLITIK KUFUR -VS- POLITIK ISLAM

 

Mutakhir ini banyak perkembangan yang berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negeri telah menggugat kedudukan parti pemerintah. Ia juga sekali gus telah membuka mata banyak pihak bahawa ada sesuatu yang ‘tidak kena’ telah berlaku atau sedang berlaku dengan sistem pemerintahan yang ada pada hari ini. Jika dulu rakyat hanya menutup mata dan memendam rasa dengan segala kezaliman dan ketidakadilan parti pemerintah, kini kesedaran rakyat sudah semakin meningkat dan ia telah dimanifestasikan dengan pelbagai cara. Pemerintah pula dilihat semakin tertekan dan terdesak dengan gelombang kesedaran rakyat yang semakin menerpa mereka. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pakistan, Myanmar, Indonesia dan tidak terkecuali di negeri orang-orang kafir sekalipun seperti di Amerika sendiri, United Kingdom dan Australia di mana iklim perubahan telah mula melanda. Rakyat sudah semakin nampak dan membenci pemerintah dengan kezaliman, penyelewengan yang mereka lakukan. Di Malaysia contohnya, baru sahaja perhimpunan besar-besaran di adakan pada 10 November lalu, beberapa hari lepas muncul pula perhimpunan yang dianjurkan oleh Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang menuntut keadilan kerana mendakwa mereka selama ini telah ditindas oleh parti pemerintah.

Walaupun terdapat banyak pandangan pro dan kontra dengan apa yang berlaku, namun yang pasti ialah telah muncul satu ‘kesedaran politik’ di kalangan rakyat bahawa terdapat banyak kepincangan dengan orang atau sistem yang ‘menguruskan’ mereka. Kesedaran ini mula muncul apabila rakyat mula merasa bahawa hak-hak mereka selama ini telah dirampas atau tidak ditunaikan oleh pemerintah. Justeru, tidak hairanlah jika di Myanmar, sami-sami Buddha yang selama ini tidak pernah terlibat dalam politik tiba-tiba turun padang dan bukan setakat menyertai, malah mengetuai perhimpunan besar-besaran menuntut perubahan. Jika di kalangan orang-orang kafir sekalipun telah wujud kesedaran ini, apatah lagi kita umat Islam seharusnya mempunyai ‘kesedaran’ yang jauh lebih tinggi. Ini kerana kita sepatutnya sedar bahawa kita wajib ‘diurus’ oleh pemerintah dengan Islam – dengan Al-Quran dan As-Sunah, bukannya dengan sistem taghut (selain Allah). Kita sewajibnya mengetahui apakah hak dan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim/rakyat, dan juga apakah hak dan tanggungjawab pemerintah menurut Al-Quran dan Al-Hadis. Dengan ini barulah kita tahu sama ada kita ‘diatur’ dengan betul (dengan hak) atau dengan batil oleh pemerintah yang ada, dan jika kita diatur dengan bathil, maka wajib pula bagi kita mengetahui apakah kewajipan yang Allah kenakan ke atas kita untuk membetulkan kebatilan ini. Inilah yang dinamakan ‘kesedaran politik’ dan kesedaran ini wajib ada pada umat Islam agar kita semua dapat memastikan satu sama lain hidup hanya dalam keadaan tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah dan Rasul. Dengan itu, Insya Allah Sautun Nahdhah kali ini akan mengupas pengertian politik (siyasah) menurut Islam dan mengharapkan agar umat Islam sedar akan tanggungjawab yang wajib mereka mainkan sebagai seorang ahli politik Islam.

Kesalahfahaman Tentang Pengertian Politik

Sejak kemunduran berfikir melanda umat Islam dan setelah jatuhnya Daulah Islam pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), keseluruhan negeri umat Islam telah diperintah dengan sistem sekular yang berasal dari Barat di mana asas/tunjang pemerintahannya adalah memisahkan agama dari kehidupan (faslu din anil hayah). Bermula dari sini, kafir Barat telah berjaya menguasai dan mengawal pemikiran umat Islam bahawa agama dan politik mesti dipisahkan (sebagaimana mereka memisahkannya). Mereka seterusnya mengangkat pemimpin-pemimpin dari kalangan umat Islam yang sepemikiran dengan mereka dan melalui pemimpin-pemimpin inilah, sistem sekular telah diterap dan dipertahankan. Apabila setiap detik dan ketika, rakyat dihidangkan dan dijamu dengan pemikiran-pemikiran kufur ini, sudahnya pemikiran ini berjaya meracuni mereka. Apatah lagi, dengan adanya ‘ulama’ yang digaji oleh pemerintah untuk ‘membenarkan’ segala tindakan mereka, maka keyakinan rakyat akan politik dan agama adalah suatu yang terpisah, semakin kuat. Ulama yang diberi gaji ini akhirnya digunakan habis-habisan oleh pemerintah sekular yang ada untuk menyokong pemerintahan dan undang-undang kufur yang diterapkan. Tugas ulama hanya dipersempit untuk mengeluarkan fatwa terhadap perkara-perkara furu’ (ranting), manakala dalam bab pemerintahan, undang-undang, ekonomi, pendidikan, jihad, dasar luar dan dalam negeri, ‘tugas’ ulama ini hanyalah untuk mengangguk dan mengiyakan apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah. Akhirnya, ulama yang sepatutnya bertugas membetul dan menasihatkan pemerintah dengan Islam, telah berjaya ‘di sekularkan’ oleh pemerintah.

Racun sekular yang telah menular hingga ke urat saraf umat ini menyebabkan wujudnya umat Islam dan jemaah Islam yang tidak mahu terlibat dengan politik kerana beranggapan bahawa agama dan politik adalah dua perkara yang berlainan. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada orang bergelar ulama yang bukan sahaja tidak mahu terlibat dengan politik, malah menyalahkan individu Muslim mahupun gerakan-gerakan Islam yang terlibat dengan politik. Kecelaruan ini timbul disebabkan oleh satu perkara asas, iaitu kerana mereka tidak memahami apakah maksud politik (siyasah) menurut Islam. Hal ini timbul kerana mereka telah sebati hidup dalam lingkaran politik kufur/sekular yang ada sekarang di mana apa yang mereka lihat hanyalah kekotoran dan kejijikan politik yang diamalkan oleh ahli-ahli politik yang ada. Politik, bagi mereka adalah suatu yang kotor manakala Islam adalah suatu yang suci, justeru, bagi mereka Islam tidak sama dengan politik atau perlu dipisahkan dari politik. Memang benar, kita bersetuju jika dikatakan politik (sekarang) adalah kotor dan keji. Kenapa? Kerana politik yang ada sekarang adalah politik kufur – politik yang datangnya dari kafir Barat, politik yang dikuasai oleh orang-orang yang berkiblatkan Barat, politik yang membelakangkan al-Quran dan Sunnah, politik yang dipenuhi dengan penipuan, politik yang dilingkungi ketamakan akan kekayaan dan kerakusan untuk berkuasa, politik di mana seseorang cuba menjatuh dan mengaibkan satu sama lain, politik di mana seseorang suka memfitnah satu sama lain, politik yang dipenuhi dengan rasuah, politik yang membenarkan arak, judi, riba serta pergaulan bebas merajalela, politik yang mana sistem dan undang-undangnya dibuat oleh manusia dan pelbagai kekejian lagi yang ada. Dengan kata lain, politik yang ada sekarang sememangnya kotor dan keji kerana telah memisahkan agama dengan kehidupan.

Dengan segala kamaksiatan yang ada inilah yang menjadikan umat Islam melihat bahawa politik itu kotor dan jijik sehingga ada sebahagian umat Islam yang menolak politik. Memang benar, kita mesti menolak politik kotor ini, kerana ia adalah politik kufur. Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak boleh menolak dan hanya membiarkan politik kotor ini terus bermaharajalela dan menguasai kita, bahkan kita wajib menggantikannya dengan politik Islam (siyasah syar’iyyah) yang bersih dan benar. Sesungguhnya inilah apa yang wajib kita lakukan sebagai seorang Muslim. Kita sedih kerana ada ulama yang tahu akan segala kekejian dan kekotoran yang ada dalam politik sekarang, bahkan menolak politik kerana kekotorannya, tetapi ada di antara mereka yang tetap ‘rela dan redha’ dilantik oleh ahli politik dan terus berkhidmat dengan pemerintah dalam sistem politik yang penuh maksiat ini. Walhal apa yang wajib dilakukan oleh para ulama ini adalah ‘membersihkan’ segala kekotoran ini dengan menasihati pemerintah atau ahli-ahli politik yang ada agar kembali mengamalkan politik Islam (siyasah syar’iyyah), bukannya hanya duduk sepejabat atau semeja (dengan pemerintah) dan bergelumang dengan sistem kufur dan politik kufur ini.

Definisi Politik

Terdapat di kalangan umat Islam yang kerana telah dibesarkan dengan sistem pemerintahan sekular yang diwarisi dari British ini, beranggapan bahawa politik adalah pilihan raya dan pilihan raya adalah politik. Pemikiran mereka telah disempitkan sehingga sudah tidak boleh keluar dari pengertian ini. Kemalasan belajar dan mengkaji fiqh Islam menyebabkan mereka ini dilanda kejumudan berfikir yang amat parah, malah lebih parah lagi, mereka sanggup belajar, mengkaji dan mengamalkan politik sekular, tapi tidak sanggup untuk belajar, memahami dan mengamalkan politik Islam. Ada yang terjerumus dengan kesalahan yang fatal bila berani mengatakan bahawa politik tidak ada di dalam Islam atau Islam perlu dipisahkan dari politik. Ada juga yang terkeliru dengan mengakui bahawa ada politik di dalam Islam, tetapi kita tidak perlu mementingkannya. Juga, ada yang bercelaru pemikirannya dengan mengakui bahawa politik adalah sebahagian dari Islam, tetapi dia sendiri tidak mahu terlibat di dalam politik. Sebagaimana dimaklumkan, segala ketidakjelasan dalam berfikir ini wujud kerana mereka tidak memahami apakah maksud siyasah (politik) menurut Islam.

Secara lughah (bahasa), siyasah (politik) berasal dari kata sasa, yasusu, siyasatan yang bererti ‘mengurus kepentingan seseorang’. Perkataan siyasatan menurut pengertian bahasa adalah ‘pemeliharaan/pengurusan’. Dalam kamus Al-Muhits dikatakan – sustu ar-ra’iyata siyasatan, ai amartuha wa nahaituha, ai ra’itu syu’naha bi al-awamir wa an-nawahi (aku memimpin rakyat dengan sungguh-sungguh, atau aku memerintah dan melarangnya, atau aku mengurusi urusan-urusan mereka dengan perintah-perintah dan larangan-larangan). Ini dari segi bahasa. Adapun maksud siyasah menurut istilah/syara’ adalah ri’ayah asy-syu’un al-ummah dakhiliyyan wa kharijiyan (mengatur/memelihara urusan umat sama ada dalam atau luar negeri) [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur]. Pengertian ini diambil dari beberapa hadis di mana Rasulullah saw menggunakan lafaz ‘siyasah’ untuk menunjukkan maksud pengurusan/pemeliharaan urusan umat, antaranya hadis riwayat Bukhari dan Muslim,

“Adalah Bani Israel dahulu yang mengatur urusan mereka adalah nabi-nabi (tasusuhum al-anbiya’). Bila wafat seorang Nabi, maka diganti dengan Nabi yang berikutnya. Sesungguhnya tidak akan ada lagi Nabi sesudahku tetapi akan ada Khulafa’ dan jumlahnya banyak. Para sahabat bertanya, ‘Lalu apa yang engkau perintahkan kepada kami?’ Nabi bersabda, ‘Penuhilah ba’iat yang pertama, yang pertama sahaja, berikanlah kepada mereka hak mereka. Sesungguhnya Allah akan meminta pertanggungjawaban mereka atas apa saja yang mereka urus/pelihara.”

Berkenaan lafaz tasusuhum al-anbiya’, Ibn Hajar al-‘Ashqalani berkata, “Dalam hal ini terdapat isyarat bahawa harus ada bagi rakyat, orang yang mengatur urusan mereka, membimbing mereka ke jalan yang baik, dan memberikan keadilan kepada orang yang dizalimi dari orang yang zalim.” [Fath al-Bari, VI/497] Menurut Imam As-Suyuthi pula, tasusuhum bermaksud “yang menjalankan urusan mereka” [As-Suyuthi, ad-Dibaj, IV/456]. Dan menurut Imam an-Nawawi, tasusuhum bererti “yang menangani urusan mereka sebagaimana para amir dan wali menangani urusan rakyat.” [Imam an-Nawawi, Sahih Muslim bi Syarh an-Nawawi, XII/231-232]. Justeru, hadis ini menjelaskan makna as-siyasah (politik). Secara bahasa, kata sasa-yasusu-siyasah juga boleh membawa makna ra’a syu’unahu (memelihara urusan-urusannya). Dengan kata lain, as-siyasah (politik) maknanya adalah ri’ayah syu’un al-ummah (pengaturan dan pemeliharaan urusan-urusan umat). Inilah pengertian politik menurut Islam, yang mana berdasarkan hadis ini, semua nabi, termasuk Nabi Muhammad saw menjalankan peranan politik mereka sebagai pengurus, pengatur, dan pemelihara urusan umat. Dan peranan politik (mengatur urusan umat) ini dengan jelas akan diambil alih pula oleh para Khalifah yang sekali gus menjelaskan bahawa pemimpin/pengurus umat Islam (untuk seluruh dunia) setelah Rasulullah adalah Khalifah, yang akan mengurusi/memelihara kepentingan umat Islam.

Dari pengertian politik ini, tidak hairanlah jika ada ulama menekankan bahawa politik dan agama adalah ibarat dua saudara kembar [Lihat: Imam al-Ghazali, Al-Iqtishad fî al-I‘tiqad, hlm. 199]. Dikatakan juga, “Jika kekuasaan (as-sulthan) terpisah dari agama atau jika agama terpisah dari kekuasaan, nescaya keadaan manusia akan rosak” [Lihat: Ibn Taimiyah, Majmu‘ al-Fatawa, 28/394]. Ulama-ulama yang ikhlas, baik yang salaf mahupun yang khalaf memahami pengertian politik dari perspektif ini dan mereka adalah golongan yang selalu melakukan amar ma’ruf nahi mungkar terhadap pemerintah sehingga ada yang dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini jauh berbeza dengan kedudukan ulama sekarang di mana ada yang menolak politik, ada pula yang memahami dan mengambil politik ala sekular dan ada pula yang bersekongkol dengan pemerintah sekular dan menyalahkan gerakan Islam yang melakukan aktiviti politik memuhasabah pemerintah.

Berdasarkan maksud politik (siyasah) menurut Islam, maka adalah jelas bagi kita bahawa mengurus/memelihara (ambil peduli) tentang urusan umat Islam adalah tanggungjawab politik yang dibebankan oleh Allah swt ke atas bahu pemerintah. Ini sesuai dengan sabda Nabi saw bahawa,


“Imam (pemimpin) itu pemelihara dan dia bertanggungjawab di atas orang yang dipelihara (rakyat)nya”
[HR Muslim].

Memelihara rakyat bermaksud mengambil berat tentang kepentingan-kepentingan rakyat yakni menunaikan segala hak dan kewajipan rakyat mengikut ketentuan yang telah Allah perintahkan ke atas mereka. Bagi setiap individu Muslim dan gerakan Islam pula, mereka juga wajib berpolitik dengan maksud wajib ke atas mereka memerhatikan urusan atau kepentingan umat Islam. Wajib bagi mereka memastikan bahawa mereka ‘diatur’ (oleh pemerintah) dengan hukum-hakam Islam dan wajib pula bagi mereka memuhasabah pemerintah sekiranya pemerintah tidak menerapkan hukum Islam ataupun mengabaikan kemaslahatan kaum Muslimin. Dalam hal ini, Allah swt telah mewajibkan adanya segolongan (jemaah/gerakan) dari kalangan umat Islam agar mengajak manusia kepada Islam dan melakukan amar ma’ruf nahi mungkar. Firman Allah,

“Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (Islam), dan menyuruh kepada yang ma’ruf serta mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang menang.” [TMQ Ali Imran (3):104].

Inilah tanggungjawab politik umat Islam yang telah diwajibkan oleh Allah swt. Peri pentingnya muhasabah dari rakyat kepada pemerintah yang zalim, yang tidak menerapkan Islam sehingga Allah dan RasulNya meletakkan satu darjat yang tinggi kepada mereka yang melakukan aktiviti politik (muhasabah) ini, dengan status sebagai sayid asy-syuhada (penghulu para syahid). Sabda Nabi saw,

“Penghulu syuhada adalah Hamzah ibn Abi Thalib dan seseorang yang berdiri di hadapan penguasa yang jahat/zalim, lalu menyerunya berbuat baik dan mencegahnya berbuat mungkar, kemudian ia dibunuh (oleh penguasa tersebut)” [HR Hakim].

Rasulullah adalah Ahli Politik

Sesungguhnya amat salahlah orang yang mencontohi Rasulullah hanya dalam bidang akidah, ibadat dan akhlak semata-mata. Sesungguhnya amat naiflah pandangan orang yang tidak mahu terlibat dengan politik dan hanya mementingkan soal akidah dan ibadat sahaja. Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah uswatun hasanah bagi kita di dalam semua perkara, bukan hanya akidah, ibadat atau akhlak semata-mata? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah adalah seorang ahli ekonomi dan ahli politik yang agung? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah merupakan seorang pemimpin sebuah kutlah (kelompok/gerakan) Islam (semasa di Mekah) dan baginda adalah Ketua Negara Islam (semasa di Madinah) dan sekali gus merupakan seorang pemimpin dunia Islam? Adakah sebagai seorang pemimpin sebuah kutlah, Rasulullah bukan ahli politik? Adakah sebagai seorang pemimpin negara dan pemimpin dunia, Rasulullah bukan ahli politik? Tidakkah mereka sedar bahawa Rasulullah mengajak manusia kepada (agama) Islam dan dalam masa yang sama melakukan aktiviti politik di dalam dakwahnya, baik di Mekah mahupun di Madinah? Tidakkah mereka sedar akan hadis Rasulullah yang masyhur (semasa Rasulullah masih di Mekah),

Demi Allah, andaikata mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku meninggalkan urusan (dakwah) ini, hinggalah Allah benar-benar memenangkanku atau aku hancur bersamanya, sekali-kali tidak akan aku tinggalkan.” [HR At-Thabari].

Hadis ini sebenarnya agak panjang di mana pada awalnya orang kafir Quraisy sudah tidak tahan dengan dakwah Rasul yang meremeh-remehkan akidah dan kepercayaan mereka, mencaci sembahan-sembahan mereka dan ‘menghentam’ segala bentuk ‘sistem kufur’ yang mereka amalkan. Kafir Quraisy tahu dan memahami bahawa apa yang Rasulullah inginkan ialah sebuah kekuasaan/negara di mana sistem Islam dan hukum Allah boleh diterapkan di dalamnya. Atas sebab inilah mereka cuba menawarkan atau memberi kuasa kepada Rasulullah, cuma dengan syarat Rasulullah mesti meninggalkan dakwah baginda. Jadi, apakah dakwah Rasulullah yang ‘menghentam’ akidah, pemerintahan dan sistem kufur yang ada ini bukan dakwah yang bersifat politik? Apakah usaha Rasulullah untuk mendapatkan kekuasaan/negara (untuk menerapkan hukum Allah) ini, bukan aktiviti yang bersifat politik? Hadis ini (dan banyak lagi hadis lainnya) sebenarnya dengan jelas menunjukkan bahawa aktiviti dakwah yang Rasulullah lakukan adalah berbentuk politik. Hadis ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah tidak pernah kompromi atau tunduk kepada orang-orang kafir (apatah lagi bersekongkol dengan pemerintah dan sistem kufur) di dalam aktiviti dakwah/politik baginda. Walhal jika difikirkan secara logik, adalah lebih baik Rasulullah menerima sahaja tawaran kuasa yang diberikan oleh orang kafir Quraisy, kemudian baginda bolehlah merubah sistem yang ada setelah baginda berkuasa. Namun, hal ini samasekali tidak dilakukan oleh baginda Rasul kerana Islam wajib dimenangkan di atas kekufuran, bukannya disatukan atau dikompromikan dengan kekufuran. Di dalam dakwah dan aktiviti politik untuk mendapatkan kekuasaan, bukan maslahat/manfaat dunia yang diambil kira oleh Rasul, tetapi kepatuhan kepada perintah Allah dan keredhaanNya sahajalah yang dicari.

Mengatakan Rasulullah berdakwah hanya dari segi akidah, ibadah atau akhlak sahaja tanpa mengaitkannya dengan siyasah/politik (mengurus urusan umat) adalah menyalahi al-Quran itu sendiri. Adalah suatu yang amat dangkal apabila seseorang itu hanya mementingkan aspek akidah tetapi tidak mementingkan aspek siyasah (yang merupakan sebahagian dari hukum syara’). Ini kerana terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh tentang aspek siyasah/politik di dalam dakwah Rasul walaupun ketika itu masih di peringkat awal dakwah (di Mekah). Malah, terdapat ayat-ayat Al-Quran (semasa di Mekah) yang membincangkan (dan ada yang diturunkan kerana) hal-hal politik yang sedang berlaku (contohnya Surah ar-Rum). Ini belum lagi mengambil kira ayat-ayat Madaniyah yang begitu banyak menyentuh tentang politik. Rasulullah di peringkat awal dakwah lagi telah diperintah oleh Allah agar melakukan aktiviti siyasah dengan melaknat sistem kufur yang dipraktikkan dan membetulkan sistem tersebut. Firman Allah,

“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka minta dipenuhi dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.” [TMQ al-Muthaffifin (83):1-3].

Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makan orang miskin.” [TMQ al-Ma’un (107):1-3].

Ayat yang pertama di atas adalah ‘menghentam’ sistem ekonomi yang diamalkan oleh kafir Quraisy yang suka menipu dan ayat yang kedua pula ‘menghentam’ (celaan Allah ke atas) pembesar/pemerintah Mekah yang suka mengherdik anak yatim dan tidak mempedulikan orang-orang miskin di kalangan mereka. Ayat-ayat ini dan banyak lagi ayat lainnya di mana Allah mengajar Rasulullah (dan orang-orang yang beriman) bagaimanakah aktiviti dakwah siyasah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pendakwah, bukan hanya dakwah dari segi akidah sahaja, walaupun di peringkat awal dakwah. Jadi, dalam keadaan sekarang pun samalah kedudukannya di mana kita sedang dilingkari oleh sistem yang rosak, maka adalah menjadi kewajipan atas kita untuk menghentam sistem yang rosak ini dan berusaha menggantikannya dengan sistem Islam.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Dalam pada kita yakin bahawa Allah itu Esa, dalam masa yang sama kita wajib menyeru (tidak memaksa) orang kafir menyembah Allah Yang Esa; dalam pada kita yakin al-Quran adalah Kalamullah, kita dalam masa yang sama wajib solat dan menegur saudara kita yang tidak bersolat, wajib meninggalkan riba dan menegur saudara kita yang mengambil riba; dalam pada kita yakin Rasulullah adalah penutup para Rasul, kita dalam masa yang sama wajib memuhasabah pemerintah yang tidak mengikut perintah Rasulullah; dalam pada kita beriman dengan qadha’ dan qadar, kita juga wajib melakukan amar ma’ruf nahi mungkar; dalam pada kita yakin adanya syaithan dan taghut, dalam masa yang sama kita diharamkan berdiam diri dengan sistem taghut yang ada; dalam pada kita yakin Daulah Khilafah akan tegak semula dengan izin Allah, kita dalam masa yang sama wajib berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Khilafah. Saudaraku sekalian! Inilah kaitan antara akidah dan siyasah. Kesempurnaan iman itu adalah apabila kita mengambil dan mengamalkan Islam itu di dalam semua aspek dan bukannya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian. Apabila seseorang itu telah masuk Islam melalui pintu tauhid, maka wajiblah baginya untuk menyempurnakan ajaran Islam dengan memasuki pintu ibadah, pintu politik, pintu ekonomi, pintu pendidikan, pintu uqubat, pintu jihad dan semua pintu-pintu lain yang ada. Wallahu ‘alam

MANSUH ISA, UNDANG-UNDANG KUFUR LAINNYA BAGAIMANA?

 

 
Banyak pihak, termasuk para menteri nampak agak terkejut dan tidak bersedia dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam 16 September lepas. Dalam perutusan khasnya sempena Hari Malaysia yang disiarkan secara langsung oleh RTM, Najib mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan juga Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Menurutnya, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah supaya ketenteraman dan keselamatan awam sentiasa terpelihara.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia itu berkata, undang-undang berkaitan keganasan masih dikekalkan di bawah kuasa Menteri. Di dalam ucapannya itu, Najib menegaskan bahawa kerajaan turut memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. “Kuasa untuk melanjutkan penahanan juga akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecuali undang-undang berkaitan keganasan,’’ katanya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kajian semula terhadap beberapa undang-undang negara secara lebih komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. “Bagi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan sebaliknya akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga ia dibatalkan,’’ katanya. Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun katanya, kebenaran berhimpun diberikan selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak di samping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa [UM 17/09/11].

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semasa mengulas pengumuman ketuanya itu, berkata, penggubalan akta serta undang-undang baru bagi menggantikan ISA  akan mengambil kira pandangan pihak serta agensi yang berkaitan seperti polis dan tentera terlebih dahulu. “Akta baru yang digubal bagi menggantikannya akan mengambil kira peredaran zaman tetapi perubahan terhadapnya perlulah diimbangi dengan kepentingan terhadap keselamatan negara dan rakyat serta kepentingan suasana demokrasi semasa. Bagaimanapun, menurut Hishammuddin, proses menggubal undang-undang baru menggantikan ISA tidak akan mengambil masa yang lama kerana ia akan merujuk kepada undang-undang di negara lain sebagai contoh. “Undang-undang yang berhubung kait dengan keganasan, seperti Akta Patriot di Amerika Syarikat, Akta Anti Keganasan di United Kingdom dan Australia boleh dijadikan contoh untuk menggubal akta baru tersebut dalam usaha memerangi keganasan,” katanya [UM 17/09/11].

Walaupun rakyat tidak menduga pengumuman seumpama itu akan dibuat, namun semua orang tahu bahawa Najib perlu melakukan sesuatu yang besar bagi menyelamatkan kedudukannya menjelang pilihan raya umum ke-13 tak lama lagi. Seperti biasa, media arus perdana terus memberi pujian melangit kepada Najib, malah komen-komen dari akhbar luar negara yang memuji Najib terus-menerus disiarkan. Para Menteri yang selama ini menyokong dan mempertahankan ISA, kini terpaksa terbalik 180 darjah dengan memuji boss mereka sebagai seorang Perdana Menteri yang berani dan hebat. Hatta bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed yang selama pemerintahannya kental mempertahankan ISA dan terkenal dengan langkah menyumbat musuh-musuh politiknya ke dalam ISA, kini turut memuji langkah yang diambil oleh Najib memansuhkan akta yang zalim itu.

Mansuh Undang-Undang Kufur, Ganti Undang-Undang Kufur Lainnya

Bagi rakyat yang celik politik, pengumuman yang dilakukan Perdana Menteri Malaysia itu bukanlah suatu yang patut disanjung, kerana ia boleh disifatkan sebagai umpan pilihan raya sahaja. Tindakan pemansuhan ISA dilihat sebagai usaha Najib untuk ‘meredakan’ kemarahan rakyat yang selama ini semakin menolak kerajaan pimpinannya. Dengan langkah pemansuhan ini, semua isu kebobrokan pemerintah seperti penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, rasuah, fitnah, peningkatan kadar jenayah, konspirasi politik dan lain-lain dapat ditenggelamkan. Mungkin Najib mengharapkan kesemua ‘dosa’nya selama ini akan terampun dengan dimansuhkannya ISA dan rakyat kembali memberi sokongan kepada kerajaan. Jika tidak ada suatu perubahan besar yang dilakukan oleh Najib, kemungkinan UMNO-BN boleh kecundang di dalam perebutan kuasa dengan pembangkang di dalam pilihan raya nanti. Dengan banyaknya isu menjengkelkan yang berlaku di sepanjang pemerintahannya, yang menyebabkan rakyat semakin mual dan tidak dapat menahan amarah dengan kerajaan dan parti pemerintah, langkah pemansuhan ISA ini dilihat menjadi talian hayat Najib dalam rangka untuk terus kekal berkuasa selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Ini dari satu aspek. Dari aspek yang lain dan yang lebih penting adalah, keputusan untuk memansuhkan ISA ini bukanlah suatu yang patut disanjung kerana ia dilakukan bukan atas dasar Islam! Najib menyatakan bahawa tindakan pemansuhan ini dilakukan kerana mendengar suara hati rakyat yang inginkan perubahan. Inilah ‘alasan demokratik’ seorang pemimpin di mana segala sesuatu dilakukan (kononnya) ‘kerana rakyat’ sesuai dengan ajaran demokrasi. Hakikatnya, ia bukanlah kerana rakyat, tetapi kerana maslahat politik yang ingin diraih darinya. Apa pun alasan yang diberikan, yang lebih penting adalah, pemansuhan itu bukan dilakukan atas dasar keharaman ISA di sisi Islam, tetapi atas dasar kehendak demokrasi!  Sesungguhnya tidak ada kebaikan walau sebesar zarah pun di dalam melakukan sesuatu perkara apabila Islam dikebelakangkan.

Langkah menghapuskan ISA ini bertambah tidak bermakna apabila kerajaan mengumumkan akan menggubal dua akta baru bagi menggantikan akta haram itu. Lebih buruk, kedua-dua akta baru yang haram yang akan menggantikan ISA itu akan diambil contoh dari Akta Patriot Amerika Syarikat dan Akta Anti Keganasan UK. Di dalam pengumumannya, Najib telah menyatakan dengan jelas bahawa hal-hal yang melibatkan keganasan masih diletakkan di bawah bidang kuasa eksekutif, bukannya kehakiman. Justeru, dengan penggubalan dua akta baru ini, kesannya lebih kurang sama dengan ISA di mana eksekutif (kerajaan) adalah pihak yang berkuasa menentukan siapakah yang dianggap sebagai pengganas. Jika di bawah ISA, seseorang itu akan ditahan tanpa bicara atas alasan ‘mengancam keselamatan negara’, maka di bawah akta yang baru nanti, kemungkinan besar seseorang itu akan ditahan atas alasan baru iaitu ‘pengganas’. Apa yang pasti ialah, definisi ‘pengganas’ sudah semestinya menjadi ‘hak mutlak’ kerajaan. Pokoknya, kerajaan (eksekutif) masih merupakan pihak yang amat berkuasa dalam menentukan kesalahan dan menghukum seseorang tanpa keputusan mahkamah! Walhal di dalam Islam, seseorang tidak boleh dihukum kecuali oleh qadhi/mahkamah.

Ringkasnya, sudahlah tindakan memansuhkan ISA ini tidak dilakukan atas dasar Islam, malah kerajaan ingin melakukan keharaman lain pula dengan cadangan menggubal dua akta yang mempunyai ‘ruh’ ISA. Inilah hakikat dan definisi sebenar demokrasi iaitu satu sistem pemerintahan di mana hak membuat undang-undang ada pada tangan manusia!!! Inilah sebuah sistem pemerintahan kufur yang mana Allah SWT telah mengingatkan kita di dalam Al-Quran akan kemungkaran penganut-penganutnya,

“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada taghut (selain Allah) padahal mereka telah diperintah mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya” [TMQ an-Nisa’ (4):60].

Inilah hakikat sistem demokrasi di mana manusia, walaupun mengaku beriman, tetapi berhukum dengan hukum taghut (selain Allah). Mereka membuat hukum sendiri dengan tangan-tangan mereka dengan mengambil hak Allah sebagai Pembuat Hukum!

Oleh yang demikian, sesungguhnya pemansuhan ISA ini tidak ada ertinya di sisi Islam kerana ia dilakukan atas dasar demokrasi (bukan atas dasar Islam) dan yang lebih buruk apabila ia akan diganti dengan undang-undang buatan manusia yang lain pula. Dengan kata lain, apa yang diumumkan oleh Najib hanyalah pertukaran satu undang-undang kufur kepada undang-undang kufur lainnya di bawah sistem demokrasi yang haram lagi hina! ISA wajib dihapuskan bukanlah kerana kezalimannya semata-mata yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk menahan seseorang tanpa bicara. ISA wajib dihapuskan kerana ia adalah undang-undang yang bertentangan dengan Islam! Jadi, yang seharusnya menjadi ukuran di sini adalah ‘Islam’, bukan yang lain. Justeru, apa sahaja undang-undang yang bertentangan dengan Islam, walaupun manusia melihatnya sebagai ‘tidak zalim’, ia tetap wajib dihapuskan. Akta yang tidak pernah dipandang zalim seperti Akta Syarikat, Akta Imigresen, Akta Mahkamah Kehakiman, Akta Undang-Undang Sivil, Akta Mahkamah Syariah, Kanun Tanah Negara, Enakmen Jenayah Syariah dan lain-lain, malah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri yang tidak pernah dipandang zalim, kesemua undang-undang ini wajib dimansuhkan kerana ia adalah bertentangan dengan Islam!

Ukuran ‘undang-undang yang zalim’ bagi setiap Muslim tidak boleh disandarkan kepada akal, tetapi wajib disandarkan kepada nas. Dalam hal ini, Allah SWT menjelaskan bahawa,
“Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45].

Allah SWT telah menetapkan bahawa penguasa yang tidak menerapkan hukum Allah sebagai zalim. Itupun sekiranya dia masih lagi meyakini akan hukum Islam. Jika dia tidak menerapkan hukum Islam kerana tidak meyakini kelayakan hukum Islam, maka Allah SWT menyifatkannya sebagai orang kafir, firmanNya,

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang yang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].

Wajib Terap Hukum Islam Secara Kaffah

Antara taklif (bebanan) hukum yang utama yang terletak di bahu pemerintah adalah menerapkan hukum Allah secara kaffah (menyeluruh). Kewajipan menerapkan hukum Allah ini merupakan persoalan yang ma’lum min ad-deen bi adh-dharurah (tidak ada alasan untuk tidak diketahui hukumnya oleh setiap Muslim). Firman Allah SWT,

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah kamu menuruti hawa nafsu mereka. Juga, berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkanmu dari sebahagian apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu” [TMQ al-Ma’idah (5):49].

Ayat ini memerintahkan kepada Rasul dan kaum Muslimin dengan perintah yang bersifat jazm (pasti) iaitu tentang wajibnya berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, baik itu berupa perintah ataupun larangan. Di dalam ayat ini juga, Rasulullah SAW dan kaum Muslimin dilarang untuk mengikuti hawa nafsu manusia lalu cenderung kepada keinginan/hawa mereka.

Sesungguhnya agama Allah ini telah sempurna dan wajib diterapkan dengan sepenuhnya. Firman Allah SWT,
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Aku redhai Islam itu sebagai agama bagimu” [TMQ al-Ma’idah (5):3].

FirmanNya yang lain, [TMQ al-Baqarah (2):208].

Setelah turunnya ayat-ayat ini, kaum Muslimin dituntut untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh dan sempurna baik dalam masalah akidah, ibadah, akhlak, muamalat, pemerintahan, ekonomi, pergaulan, pendidikan, politik luar negeri, peperangan dan lain-lain. Tidak ada hujah untuk sesiapapun yang tidak mahu berhukum dengan hukum Allah, kecuali kesemua hujah tersebut adalah batil.

Allah SWT telah mengangkat Muhammad SAW sebagai Rasul yang wajib diikuti dalam segenap aspek yang diperintahkan. FirmanNya,
“Apa yang diberikan oleh Rasul kepadamu, maka terimalah ia dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukumanNya” [TMQ al-Hasyr (59):7].

Rasulullah SAW adalah orang yang berhukum dengan hukum Allah semata-mata. Baginda bukan sahaja teladan yang wajib diikuti dalam aspek ibadat semata-mata, malah baginda adalah seorang suami, ayah, ahli ekonomi, ahli jihad dan juga merupakan seorang Ketua Negara yang menerapkan hukum Allah di dalam pemerintahannya, yang mana kesemua ini wajib diikuti oleh setiap Muslim. Ayat di atas memerintahkan agar setiap individu Muslim (termasuk pemerintah) agar mengambil dan mengamalkan seluruh perkara yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan meninggalkan seluruh perkara yang dilarang baginda. Berdasarkan nas-nas yang jelas dan tidak ada keraguan sedikitpun, wajib bagi kaum Muslimin, baik individu, jemaah/gerakan mahupun negara (pemerintah) menerapkan hukum-hukum Allah secara sempurna, tanpa alasan (untuk tidak menerapkannya), tanpa menunda-menunda atau bertahap-tahap di dalam penerapannya. Apatah lagi ke atas seorang pemerintah, tidak boleh ada uzur apa pun untuk tidak menerapkan hukum Allah kerana ‘kuasa’ ada di tangan mereka (pemerintah).

Rasulullah SAW mewajibkan untuk memerangi penguasa (Khalifah) sekiranya seseorang Khalifah itu menampakkan kekufuran yang nyata (di mana kita memiliki hujah atas kekufuran ini) di hadapan Allah. Ini berdasarkan penjelasan dalam hadis Ubadah bin Samit,
“Dan agar kami tidak merebut kekuasaan dari yang berhak, kecuali (sabda Rasulullah SAW) kalian melihat kekufuran yang nyata di mana kalian memiliki burhan (bukti nyata) di sisi Allah” [HR Muslim].

Dan Allah juga mewajibkan umat Islam untuk menukar penguasa yang tidak menerapkan Islam (seperti para penguasa Muslim pada hari ini), melalui thariqah (jalan) perubahan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, kepada penguasa (Khalifah) yang akan menerapkan Islam secara kaffah. Hadis di atas mengingatkan para penguasa agar tidak meremehkan mana-mana hukum Allah walaupun sedikit kerana sesungguhnya tidak ada perbezaan di antara satu kewajipan dengan kewajipan lainnya termasuk antara satu hukum dengan hukum lainnya. Hukum Allah sama-sama wajib diterapkan kesemuanya dan hukum kufur wajib ditinggalkan kesemuanya tanpa dibolehkan kompromi sedikitpun. Allah SWT menjanjikan azab yang amat pedih bagi mereka yang mengambil sebahagian hukumNya dan meninggalkan sebahagian, apatah lagi kalau tidak mengambil kesemua atau meninggalkan kesemuanya. FirmanNya,

“Apakah kamu beriman dengan sebahagian dari Al-Kitab dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang melakukan demikian itu di antara kamu, kecuali kehinaan dalam kehidupan dunia dan pada hari Kiamat mereka akan dikembalikan kepada azab yang amat berat” [TMQ al-Baqarah (2):85].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Lihatlah betapa berkuasanya seorang Perdana Menteri, hanya dengan ‘pengumuman’nya sahaja, kesemua Menteri Kabinet yang berada di bawahnya, walaupun ada yang tidak bersetuju dengannya, akan tetap ‘tunduk’ kepada perintahnya. Apatah lagi dengan rakyat jelata, yang sememangnya ‘terpaksa’ patuh kepada ketentuan dari pemerintah. Justeru, jika Najib berkuasa untuk mengumumkan bahawa ISA dihapuskan, sesungguhnya Najib juga berkuasa untuk mengumumkan kesemua undang-undang kufur yang ada di Malaysia ini untuk dihapuskan. Dengan kata lain, Najib juga berkuasa jika dia ingin mengumumkan penerapan hukum Islam di Malaysia. Itulah kuasa yang ada di tangan Najib yang sebenarnya merupakan amanah Allah ke atasnya. Masalahnya ialah, Najib tetap mahu menerapkan hukum kufur dan tidak mahu berhukum dengan hukum Allah walhal dia sedar bahawa kuasa ada di tangannya (untuk menerapkan hukum Allah)! Satu perkara yang Najib mungkin tidak sedar ialah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa mencabut pemerintahan Najib dan menggantikannya dengan seorang Khalifah yang akan menerapkan hukum-hukumNya...dan dengan melihat kepada realiti serta nas-nas yang berupa janji dari Allah dan RasulNya, sesungguhnya masa di mana Khalifah itu akan kembali semula untuk memerintah dunia ini sudah semakin hampir

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan dan janganlah kamu turut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”

Apakah Benar Dalam Masyarakat Majmuk Hukum Hudud Tidak Sesuai di Laksanakan?

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُم
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Masyarakat kita setiap hari di sogokkan dengan bermacam-macam kekeliruan mengenai hukum-hukum Islam. Hinggakan umat Islam sendiri terpengaruh dan tidak meyakini akan kemuliaan dan kebaikannya, sedangkan sebagai seorang muslim dia wajib mendaulatkan dan melaksanakan undang-undang Allah SWT di muka bumi ini.

Jika bukan Islam mempertikaikan kebaikan dan hikmah yang terkandung di dalam undang-undang Allah SWT kita tidak merasa hairan kerana mereka bukan orang beriman dan tidak pernah diajar untuk mempercayainya. Tetapi kita akan merasai hairan dan bimbang jika orang yang memberi kenyataan dan cuba menafikan kebenaran dan kemuliaan undang-undang Allah SWT adalah terdiri dikalangan umat Islam sendiri.

Kita sering mendengar akhbar arus perdana cuba membawa pandangan negatif dan menganggap hukum-hukum Islam seperti hukum hudud, qisas , diat dan takzir tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara Malaysia di sebabkan Malaysia adalah masyarakat majmuk , malah mendapat sokongan oleh para pemimpin  umat Islam sendiri dengan alasan bahawa masyarakat di sini terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Apakah dakwaan itu benar dan dapat diterima?

Mengikut serah Rasulullah SAW , semasa baginda Nabi SAW menegakkan Daulah Islamiah Madinah dan merealisasikan hukum-hukum Allah SWT yang terdapat di dalam al-Quran, ketika itu masyarakat di Madinah adalah terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama. Di Madinah ketika itu adalah terdiri daripada bangsa Yahudi, kabilah Arab daripada Muhajirin dan Ansar, bangsa Habsyah, bangsa Romawi dan Parsi. Bangsa Yahudi yang menguasai ekonomi di Madinah terpaksa akur dan bersetuju memateri perjanjian dengan Kerajaan Islam Madinah dibawah pimpinan Rasulullah SAW. Walaupun selepas itu puak Yahudi ini melanggar perjanjian dengan Rasulullah SAW hinggakan mereka dihalau keluar daripada kota Madinah.

Islam masih meghormati agama Yahudi dan Nasrani dan membenarkan mereka mengamalkan ajaran agama mereka . Sehingga Rasulullah SAW pernah menjatuhkan hukuman zina kepada orang Yahudi  berdasarkan ajaran kitab Taurat yang mereka amalkan.

Sahabat yang dimuliakan,
Jika di kaji secara teliti mengikut sejarah melayu Melaka, bahawa ajaran Islam dan perlaksanaan hukum hudud pernah dijalankan di Tanah Melayu semasa pemerentahan Kesultanan Melayu Melaka.

Hukum / Undang-undang Islam telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu. Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Ini menjadikan Melaka sebagai kesultanan Melayu Islam pertama di tanah air ini.
Parameswara telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah. Baginda diIslamkan oleh seorang pendakwah dari Jeddah yang bernama Sayyid Abd Aziz.

Ketahuilah bahawa, Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1422 – 1444) dan dilengkapkan di dalam zaman Sultan Muzaffar Syah (1445 – 1450). Hukum kanun Melaka meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan takzir.

Menurut beberapa orang pengkaji barat, seperti William R. Roff dan Alfred R. Rubin  bahawa Undang-undang Melaka itu pada dasarnya berasaskan Undang-undang Islam di samping Hukum Akal dan Hukum Adat. Pendapat mereka ini adalah menepati kenyataan yang terdapat di dalam qanun tersebut.

 “Mengikut hukum Allah, pada hukum Allah, menurut dalil AlQuran dan menurut amar bil makruf wa nahi munkar”
Berdasarkan kepada teks Hukum Qanun Melaka yang diselenggarakan oleh Dr Ph. S. Rankel mengandungi 27 fasal , Kitab Undang-undang Melaka dari Muzium British, mengandungi 44 fasal dan Undang-undang Melaka yang diselenggarakan oleh Liaw Yock Fang , mengandungi 44 fasal, setelah diteliti dan dikaji, dapatlah disimpulkan bahawa , Undang-undang Qanun Melaka ini adalah pada keseluruhannya berdasarkan Undang-undang Islam menurut Mazhab Syafie.

Walaupun tidak dinafikan bahawa di dalamnya terdapat juga unsur-unsur Undang-undang Adat Melayu, namun demikian ianya tidaklah menjejaskan sifat keIslamannya. Peruntukan-peruntukan undang-undang yang terdapat di dalamnya adalah menyeluruh dan luas, ianya mencakupi keseluruhan undang-undang Islam.

Pada mulanya undang-undang adat telah diikuti, akan tetapi apabila orang Melayu mula menganuti agama Islam, maka undang-undang Islam telah diterima dan adat Melayu mula diubah-suaikan supaya tidak bertentangan dengan undang-undang Islam.

Sahabat yang dihormati,
Kenapa kita mencari alasan untuk tidak mendaulatkah hukum hudud, qisas, diat dan takzir dengan dakwaan masyarakat majmuk? Jika kita benar-benar beriman kepada Allah SWT dan merasai merdeka kenapa setelah 54 tahun negara mencapai kemerdekaan tidak ada satu pun undang-undang Islam yang melibatkan hudud, qisas dan diat dilaksanakan?

Jika ada pihak lain cuba memberi penerangan kebaikan hukum hudud maka ada pihak lain yang mempersenda-sendakannya. Dan mendatangkan ketakutan kepada agama lain supaya takut kepada peraturan dan undang-undang Islam.

Kita akui dan memahami bahawa keadaan semasa bahawa perlaksanaan hukum-hukum Islam (hudud, qisas, diat dan takzir) perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan kesedaran perlu diberikan kepada umat Islam dan rakyat seluruhnya sebelum ianya dilaksanakan. Tetapi kita dapati pihak pemerentah tidak lagsung membuka peluang untuk memberi penjelasan kepada rakyat bahawa kebaikan undang-undang Islam dan perlu dipinda perlembagaan Persekutuan supaya memberi ruang yang lebih luas kepada perlaksanaan undang-undang Islam. Undang-undang Islam bukan hanya terdiri darisegi ibadah , munakahat dan faraid sahaja tetapi ianya adalah meragkumi hukum jenayah dan perbuatan sumbang dan dosa besar yang di kenakan dengan hukum hudud.

Hukum hudud bukanlah satu hukuman yang mudah dilaksanakan sekiranya tanpa mempunyai bukti yang kukuh untuk disabitkan satu-satu kesalahan. Jika tidak cukup bukti yang disyaratkan maka tuduhan terhadap zina, mencuri , minum arak dan lain-lain lagi akan ditolak oleh makhamah Syariah maka orang yang dituduh akan bebas daripada tuduhan. Dengan ini memberi hak kepada orang yang dituduh bebas daripada tuduhan tersebut. Malahan orang yang membuat tuduhan pula jika tidak mempunyai bukti yang kukuh akan didakwa. Ini akan memberi pengajaran kepada orang yang membuat tuduhan dan pembuat fitnah supaya berhati-hati sebelum ingin membuat sesuatu tuduhan. Keadilan ini tidak wujud di dalam undang-undang sekarang, pembuat tuduhan dan fitnah bebas melakukan jenayah fitnah dengan membuat vedio lucah, mengadakan sidang akhbar, dipuji dan mendapat ramai sokongan inilah kesan daripada menafikan keadilan dan undang-undang Allah SWT.

Setakat dakwaan bahawa kita belum mampu melaksanakan hukum hudud sekarang dan persekitaran masih belum sesuai tetapi usha-usaha positif kearah itu tidak diusahakan dan kerja-kerja dakwah dan tarbiah disekat d masjid-masjid, pemberian tauliah agama dikontrol oleh orang politik maka sampai bila pun umat Islam dan rakyat seluruhnya tidak akan dapat memahami bahawa keperluan dan keyakinan kepada undang-undang ciptaan Allah SWT yang terdapat di dalam al-Quran nul karim dan hadis Rasulullah SAW.

Setiap pemimpin umat Islam yang berkuasa dan berpengaruh di dalam masyarakat perlu ingat bahawa mereka semuanya akan ditanya oleh Allah SWT di hari akhirat nanti adakah mereka telah berusaha untuk mendaulatkan undang-undang Allah SWT dimuka bumi ini. Apakah usaha, tindakan dan keinginan yang bersungguh-sungguh untuk menegakkan ajaran Islam sepenuhnya? bukan dakwaan kosong dan berpotifkan politik semata-mata.

Dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat kenyataan bahawa agama resmi Malaysia adalah agama Islam :

"Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).


Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Berdasarkan falsafah Islam “membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia”, maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama."

Mengikut tafsiran sebenarnya apabila "Perkara 3 Perlembagaan bahawa agama Islam ialah agama resmi bagi Persekutuan.." sepatutnya perlu kembali kepada takrif Islam yang sebenarnya iaitu Islam adalah agama suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui kitab suci al-Quran nul karim dan melalui sunnah Nabi-Nya. Islam punya dua makna. Pertama, nash (teks) wahyu yang menjelaskan din (agama) Allah. Kedua, Islam merujuk pada amal manusia, yaitu keimanan dan ketundukan manusia kepada nash (teks) wahyu yang berisi ajaran din (agama) Allah.

Jika sudah jelas bahawa agama resmi Persekutuan Islam kenapa darisegi perlaksanaannya terpaksa ambi tafsiran daripada Suruhanjaya Reid?

Apakah dia Suruhanjaya reid? 

"Suruhanjaya reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.

Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956. Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri."

Jelas disini bahawa Suruhanjaya reid adalah suruhanjaya peninggalan Britisah dan ianya boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen Malaysia yang beragama Islam untuk sesuaikan semula Perlembagaan Persekutuan dengan undang-undang Allah SWT samaada hukum qisas, hudud dan diat. Hukum Qanun Melaka adalah undang-undang yang paling hampir dengan undang-undang Islam sebenarnya maka jika kita tinggalkan undang-undang sekarang bukanlah satu yang asing kerana undang-undang Islam sendiri pernah dilaksanakan di Tanah Melayu dahulu. Yang asing bagi kita adalah kita pertahankan undang-undang Britisah yang pernah menjajah negara kita dahulu sedangkan kita telah merdeka 54 tahun yang lalu. Apa erti merdeka jika kita masih dikongkong dengan peraturan orang asing sedangkan kita adalah umat Islam dan menjadi hamba Allah SWT yang beriman dengan al-Quran dan sunnah Nabi-Nya.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri, sejauhmana kita telah berusaha mencari rahmat dan keredaan Allah SWT dalam kehidupan kita sehari-hari. Jika kita berazam untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah SWT dan berusha semaksima mungkin ketika di dunia ini maka ini adalah jihad yang paling besar. Walaupun kita memahami undang-undang Islam atau hukum hudud bukan boleh ditegakkan dalam masa sehari atau seminggu kerana undang-undang ini telah lama ditinggalkan, tetapi niat yang ikhlas, usaha berterusan dan cita-cita yang tinggi dan mencari mana-mana ruang yang boleh kita tegakkan undang-undang Islam bermula yang mudah-mudah dulu maka lama ke undang-undang ini akan diterima oleh rakyat dan orang bukan Islam juga boleh menerimanya kerana undang-undang Islam tidak pernah menzalimi manusia samaada umat Islam atau agama yang lain.

Kerja-kerja dakwah dan tazkirah perlu berterusan dan beri kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat seluruhnya akan keadilan ISLAM, kebenarannya, keindahannya maka saya yakin masyarakat kita semuanya samaada umat Islam atau bukan Islam akan menerimanya dengan hati terbuka. Saya menyeru kepada setiap ahli Parlimen yang beragama Islam perlu bersatu dalam perkara untuk menegakkan undang-undang Islam kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama. Dan pujuk rakan-rakan agama lain supaya memahami hasrat kita untuk tegakkan undang-undang Islam kepada kehidupan kerana satu-satunya agama yang di redai Allah SWT adalah Islam.

Firman Alah SWT maksudnya :

"Sesunggunya agama disisi Allah Adalah Islam".
(Surah Ali Imran ayat 19)

"Jadi siapa yang menginginkan selain Islam berarti dia memilih kebathilan dan dalam keadaan merugi.(Surah Ali Imran ayat 82)

"Islam adalah Agama yang sempurna "(Surah Al Maidah ayat 3)

DYMM Sultan Berkenan Untuk Memberi Nasihat Berkaitan Isu Pemeriksaan JAIS

 

Saya telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor pagi ini dan antara ini telah membincangkan laporan yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan keatas majlis yang diadakan di Dewan 3, Dream Centre, Petaling Jaya.

Baginda  selaku Ketua Agama Islam di Selangor telah berkenan untuk memberikan pandangan dan nasihat untuk menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik.

Kerajaan Negeri Selangor akan akur dengan segala nasihat dan jalan penyelesaian yang akan dikemukakan oleh baginda. Kami yakin bahawa keputusan yang akan dibuat oleh DYMM Sultan Selangor adalah yang terbaik untuk masyarakat pelbagai kaum dan agama di Selangor di samping memelihara kesucian agama Islam itu sendiri.

Saya dan juga barisan Exco Kerajaan Negeri tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai isu ini bagi menghormati keputusan DYMM Sultan Selangor.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR