Wednesday, September 28

DYMM Sultan Berkenan Untuk Memberi Nasihat Berkaitan Isu Pemeriksaan JAIS

 

Saya telah mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor pagi ini dan antara ini telah membincangkan laporan yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung pemeriksaan keatas majlis yang diadakan di Dewan 3, Dream Centre, Petaling Jaya.

Baginda  selaku Ketua Agama Islam di Selangor telah berkenan untuk memberikan pandangan dan nasihat untuk menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik.

Kerajaan Negeri Selangor akan akur dengan segala nasihat dan jalan penyelesaian yang akan dikemukakan oleh baginda. Kami yakin bahawa keputusan yang akan dibuat oleh DYMM Sultan Selangor adalah yang terbaik untuk masyarakat pelbagai kaum dan agama di Selangor di samping memelihara kesucian agama Islam itu sendiri.

Saya dan juga barisan Exco Kerajaan Negeri tidak akan membuat sebarang ulasan mengenai isu ini bagi menghormati keputusan DYMM Sultan Selangor.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

No comments:

Post a Comment