Friday, January 21

Tafsir Mimpi Menurut Islam

oleh Abu Basyer pada pada 21hb Januari 2011
Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia pernah bermimpi, kerana mimpi adalah perkara biasa berlaku semasa tidur dan ianya berlaku kepada setiap orang. Semakin bertakwa seseorang itu kepada Allah S.W.T. maka semakin benarlah mimpi-mimpinya sebagai petunjuk daripada Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : "Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian." (Hadis Riwayat Muslim)

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan 'alhamdulillah' dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).

Untuk mendapatkan mimpi yang benar seseorang perlulah melaksanakan adab-adab sebelum tidur seperti berwuduk, membaca al-Quran, berzikir dan solat witir. Tidur mengiring ke arah kiblat seperti tidur Rasulullah S.A.W. Waktu yang baik adalah waktu tengah malam di antara jam 1 pagi hingga 4 pagi. (waktu mustajab doa).

Sahabat yang dimuliakan,
Mimpi yang dimimpikan di antara masa seseorang hampir lena hingga dia tidur lena adalah benar dan berfaedah. Mimpi-mimpi ini selalunya merupakan pembawa pembukaan dan perantaraan kepada yang luar biasa. Bukti kebenaran mimpi dinyatakan oleh Allah S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah akan buktikan mimpi itu benar kepada Rasul-Nya, kamu akan masuk Masjidil Haram jika dikehendaki Allah dengan aman”
(Surah al-Fath ayat 27).

Secara umumnya, mimpi berlaku apabila seseorang itu sedang tidur. Boleh juga berlaku dalam situasi lain, seperti ketika pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat fizikalnya dalam keadaan separuh sedar.

Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata ‘menjenguk’ (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. Ibarat seseorang kaki kanan di dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasadnya manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.

Manusia keseluruhanya bermimpi. Kadangkala mimpi itu menggembirakan dan kadangkala tidak, kadangkala mimpi itu tidak dapat difahami dan di tafsirkan, kadangkala mimpi itu juga penuh misteri dan simbolik sehinggakan agak sukar bagi kita sebagai umat manusia untuk menafsirkan makna di sebalik setiap kejadiaan mimpi tersebut.

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata: "Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan."

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.

Menurut ahli-ahli takbir, mimpi ada tiga macam:

1. Mimpi daripada Allah S.W.T. iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat, merupakan khabar gembira atau satu peringatan daripada Allah S.W.T. supaya tidak melakukan maksiat kepada-Nya.

2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil. Atau mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan mala petaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.

3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya. Atau mimpi makan ketika diri sedang lapar, mimpi di aniayai orang ketika sedang sakit dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya ; "Mimpi itu ada tiga, mimpi daripada Allah (mimpi yang baik), mimpi daripada syaitan (mimpi buruk) dan mimpi daripada dirinya yang kerana terjadi sesuatu kemudian dia bermimpi."

Sahabat yang dihormati,
Mimpi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi membayangkan perkara yang bakal terjadi dan kemudian benar-benar terjadi. Mimpi yang baik adalah mimpi yang disandarkan kepada Allah S.W.T; ia adalah mimpi yang benar, yang datang dengan membawa khabar gembira dan peringatan. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, mimpi (yang baik dan benar) adalah sebahagian warisan kenabian yang kekal hingga ke hari ini.

Sedangkan mimpi yang tidak disukai adalah mimpi yang disandarkan kepada syaitan; Nabi S.A.W meminta agar menyembunyikannya dan membuangnya jauh –jauh. Baginda memberitahu kepada orang yang bermimpi (dari syaitan), bahawasanya mimpi itu tidak akan mendatangkan mudarat baginya. Sesungguhnya mimpi yang tidak disukai itu ialah mimpi yang menakutkan yang boleh mendatangkan fitnah dan tipu daya.

Dalam kitab-kitab karangan Ibnu Sirin, Imam Ad-dahlawi, Imam An-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar. terdapat cara-cara dan adab-adab yang sunat dilakukan ketika bermimpi daripada gangguan syaitan. Cara-caranya adalah seperti berikut :

1. Membaca ta’awwuz (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)

2. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.

3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.

4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu) dan berdoalah agar kita dijauhkan dari musibah dan bencana serta mintalah yang baik-baik serta perlindungan daripada Allah S.W.T.

Kalau diamalkan perkara di atas insya-Allah mimpi yang buruk itu tidak ada apa-apa kesan ke atas kita.

Di bawah ini di lampirkan takbir atau tafsir mimpi menurut ulama-ulama muktabar yang arif mengenai takbir dan tafsir mimpi seperti Imam Ibnu Sirin dan yang lain-lain :

1.0.  Melihat kematian.

1.1. Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud : "Mereka berkata: 'Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami.”
(Surah al-Mukmin ayat 11)

1.2. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.

1.3. Sesiapa yang bermimpi, lalu dia dimandikan dan dikafani, bererti selamatlah masalah keduniaannya tetapi rosak agamanya.

1.4. Sesiapa yang melihat imam (pemimpin negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.

1.5. Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Bermimpi melihat tangisan mereka itu menunjukkan terjadinya sesuatu yang menggembirakan bagi mereka. Menurut satu pendapat bemimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang keluarganya.

1.6. Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta. Jika datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya. Jika dia melihat seolah-olah anaknya mati, maka dia lepas dari musuhnya.

1.7. Jika dia melihat seolah-olah seseorang berkata kepada seseorang: “Si Polan meninggal dunia “, maka terjadi kesusahan bagi yang memberitahukan itu. Jika orang hamil bermimpi mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap, maka dia akan mendapat anak lelaki dan dia akan bergembira.

1.8. Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan.

1.9. Sedangkan mimpi meratap, sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat di tempat dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak baik di tempat itu yang menyebabkan ahlinya bercerai-berai.

1.10. Sedangkan mimpi menangis, ada tafsiran dari Ibnu Sirin bahawa beliau berkata: “Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian tidak baik mimpinya. Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang yang dikenalnya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya."

1.11. Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada kebaikan dalam kepemimpinannya.

1.12. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhannya itu.

1.13. Dan tafsiran dan sebahagian mereka (ahli mimpi), sesiapa yang melihat seolah-olah dia bersahabat dengan orang mati akan pergi merantau jauh dan di sana dia mendapat kebaikan yang banyak. Jika dia bemimpi makan bersama orang-orang mati bererti panjang umurnya. Dan melihat matinya pemimpin menunjukkan dia akan digulingkan atau diberhentikan.

2.0. Memandikan mayat

2.1. Adapun mimpi memandikan mayat, sesiapa yang melihat mayat memandikan dirinya sendiri, bermakna keluarga atau anak-anak mayat itu lepas dari dukacita dan bertambah hartanya. Jika mayat itu dimandikan oleh seseorang, bermakna ada orang yang bertaubat di tangan orang yang memandikan itu.

Orang yang memandikan menurut asal mimpinya ialah peniaga yang banyak mendatangkan manfaat dan banyak membantu orang susah, atau juga dimimpikan sebagai orang mulia yang bertaubat di tangannya orang-orang yang berbuat dosa.

2.2. Sesiapa yang melihat bersama-sama orang yang memandikan, maka dia akan naik dan lepas dari kesusahan. Jika melihat orang-orang mati mencari orang yang membasuh pakaiannya, bererti orang mati, itu sangat berhajat kepada doa, sedekah dan orang yang akan membayar hutangnya dan melaksanakan wasiatnya.

2.3. Jika orang yang bemimpi itu melihat seseorang membasuh pakaian orang yang sudah mati, bererti ada kebaikan dari yang memandikan itu yang sudah sampai bagi si mayat.

3.0 Melihat kafan

3.1. Manurut satu pendapat kafan dimimpikan dengan suka melakukan zina. Sesiapa yang melihat tidak sempuma pakaiannya, maka dia diajak melakukan zina tetapi tidak mengendahkannya. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia dibungkus dengan kain kafan seperti orang mati, menandakan dia akan mati. Jika dia lihat tidak tertutup kepala dan kakinya bererti ada yang kurang baik dalam agamanya.

Namun demikian terkadang kain kafan yang kurang bagi mayat diertikan sebagai dekatnya kepada taubat sedangkan kain kafan yang berlebihan diertikan sebagai jauhnya daripada taubat.

3.2. Sesiapa yang melihat seolah-olah kaum yang tidak dikenal menghiasnya dan memakaikan pakaian kemegahan kepadanya tanpa adanya sesuatu sebab seperti hari raya atau pengantin lalu mereka meninggalkannya bersendirian di satu rumah maka itu menunjukkan akan matinya.

4.0.  Melihat keranda mayat

4.1. Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia diusung di dalam keranda, maka akan naik martabatnya dan banyak hartanya.

4.2. Sesiapa yang bermimpi dimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau membawanya, bererti dia akan dipenjara.

4.3. Sesiapa yang melihat seolah-olah orang yang menghantarnya menangis di belakang kerandanya, maka baik mimpinya, begitu juga kalau dia melihat mereka memuji dan mendoakannya. Kalau dia melihat mereka tidak menangis dan tidak memujinya tidak baik.

5.0 Mimpi Sesama Manusia

Adakala kita sering bermimpi yang adakalanya kita berada dalam keadaan bahaya di mana ada orang yang memburu kita dan cuba membunuh kita serta sering berada dalam pelarian dan ketakutan. Baiklah, mimpi sebegini boleh dihuraikan kepada mimpi berjumpa dan melihat orang yang mana terdiri kepada empat golongan iaitu orang tua, kanak, orang yang dikenali dan juga orang yang tidak dikenali. Diharap penerangan di bawah ini boleh dijadikan panduan, wallahuallam.

5.1. Mimpi melihat lelaki yang dikenali

Al-Ustaz Abu Sa’id berkata; “Bermimpi melihat lelaki yang dikenal menunjukkan akan mendapatkan sesuatu daripadanya, dari orang yang mirip dengannya atau yang satu nama dengannya.”

Maksud bemimpi menerima barang-barang berharga daripadanya bererti mendapatkan sesuatu yang dicita-citakan daripadanya. Kalau yang bermimpi itu orang yang layak menjadi pemimpin dan dia melihat menerima kemeja baru daripadanya, maka dia akan memimpin orang itu. Bermimpi menerima tali dari seseorang bererti ada berjanji denganya.

5. 2. Melihat orang tua

Melihat orang tua yang tidak dikenal atau yang berumur 35 tahun ke atas menunjukkan terbatasnya umur orang yang bermimpi itu. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mengikuti orang tua, bererti dia mengikut kebaikan. Sesiapa yang melihat  orang tua Turki bererti dia mendapat kawan yang baik.

5. 3. Melihat pemuda / tidak dikenali

Mimpi pemuda adalah musuh. Bermimpi melihat pemuda putih merupakan musuh yang tersembunyi, pemuda hitam adalah musuh yang kaya, pemuda berkulit kemerah-merahan merupakan musuh yang tua.

5.3.1 Jika orang yang bermimpi itu melihat diikuti oleh pemuda bererti dia akan berjumpa dengan musuh. Jika dia melihat bertembung melihat orang tua berubah menjadi anak muda, maka bermacam-macam mimpinya. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kesenangan. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kemerosotan, sama ada masalah dunia atau agamanya, ada yang mengatakan dia akan mati.

5.3.2. Jika dia melihat pemuda yang tidak dikenal dan sangat marah melihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya.Perempuan yang melihat perempuan muda dalam tidurnya bererti itu adalah musuh baginya dalam keadaan apa pun. Tetapi bermimpi melihat perempuan tua, bererti itu dunianya. Jika dia melihat wanita itu berhias mendedahkan auratnya, maka dia akan mendapatkan kesenangan dunianya. Jika dia melihat wanita tua itu berpaling muka, maka hilanglah kemegahannya.

5.3.3. Jika dia melihat orang tua masuk ke dalam rumahnya bererti dia akan mendapat kesenangan dunia dan jika dia melihatnya keluar dari rumahnya bererti hilang kesenangan dunianya.

5.3.4. Kalau dia melihat wanita tua itu bukan Islam bererti kesenangan yang itu kesenangan yang haram, tetapi kalau Islam bererti kesenangannya itu kesenangan yang halal.

5.3.5. Jika dia melihat seolah-olah wanita muda bertukar menjadi wanita tua menunjukkan baiknya dunianya.

5.3.6. Jika ada lelaki melihat wanita tua yang tidak suka kepadanya sedangkan dia suka melihatnya bererti dia susah mendapat kesenangan dunia. Jika wanita itu nampaknya suka kepadanya, maka dia mendapat kesenangan dunia sekadar kesukaan wanita tua itu.

6.0. Melihat kanak-kanak

6.1. Mimpi kanak-kanak ialah musuh yang lemah. Jika ada lelaki yang bermimpi seolah-olah dia berubah menjadi kanak-kanak bererti hilang maruahnya. Namun demikian mimpinya itu menunjukkan akan hilangnya kesusahannya. Jika dia melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti dia akan mentadbir kerajaan.

6.2. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belajar Quran atau adab bererti dia lepas dari dosa.

6.3. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mempunyai anak yang ramai bererti akan menghadapi kesusahan kerana mengurus kanak-kanak pun banyak kesusahannya.Menurut hikayat, ada seorang lelaki mendatangi Ibnu Sirin dan berkata: “Saya bermimpi seolah-olah di bilik saya ada kanak-kanak menjerit” Maka Ibnu Sirin berkata: “Takutlah kepada Allah dan janganlah memukul orang dengan kayu.”

6.4. Melihat kanak-kanak perempuan dalam tidur bererti mendapat keringanan dan kemudahan setelah, menghadapi kesusahan. Sesiapa yang bermimpi membeli hamba abdi bererti dia mendapat kesusahan dan sesiapa yang bermimpi membeli hamba sahaya akan mendapat kebaikan.

6.5. Sesiapa yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah akil baligh, bererti itu merupakan kemegahan dan kekuatan baginya. Tetapi kemegahan dan kekuatan itu lebih besar kemungkinan berlaku pada ibu anak itu. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa, bererti satu kebaikan yang akan datang kepadanya. Namun demikian kata satu pendapat orang yang mempunyai anak kecil, kemudian dia melihat seolah-olah sudah dewasa, bererti menunjukkan akan matinya. Kata yang lain lagi melihat kanak-kanak seolah-olah sudah menjadi dewasa menunjukkan kepada kekuatan dan pertolongan.

6.6. Ada orang yang isterinya sedang hamil bermimpi seakan-akan lahirnya anak lelaki tetapi rupanya isterinya melahirkan anak perempuan. Ada juga yang bemimpi mendapat anak perempuan tetapi dia mendapat anak lelaki. Bahkan ada juga yang tepat seperti yang dilihatnya dalam mimpinya itu.

7.0. Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.

2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat

3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitullah alamatnya anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh

4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia

5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan

6. Jika bermimpi membaca qur’an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda

7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar

8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat

11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira

12. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran

14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan

15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan

18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan

20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar

22. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.

23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya

25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati

26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa

30. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

31. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

32. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

33. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

34. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

35. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.

36. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

37. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat

39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna

41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang

43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik

44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat

47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah S.W.T.

49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan

50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal

51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna

52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung

53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu besar

54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri

55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh harta atau anak

57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh

58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh kekayaan

59. Jika bermimpi kanak-kanak ating kepada anda menandakan anda akan memperoleh harta yang banyak

8.0. Mimpi Berkaitan Alam Semulajadi Dan Tanaman

1. Bermimpi mengenai batu-batu halus alamatnya anda akan terlepas dari kedukaan

2. Bermimpi makan tanah liat anda akan mendapat harta

3. Seseorang yang bermimpi emas yang banyak di dalam rumahnya alamatnya anda akan menjelaskan segala hutang piutang

4. Jika anda bermimpi hujan turun dengan lebat, anda akan mendapat rezeki berlipat kali ganda dan memperoleh rezeki yang halal.

5. Jika bermimpi bintang jatuh ke riba atau jatuh ke atas rumah menandakan anda akan memperoleh kejayaan dan dikurniakan anak yang baik.

6. Sekiranya bermimpi naik ke atas angin dan tetap di sana anda akan menjadi raja.

7. Sekiranya anda bermimpi melihat matahari dan bulan, bulan turun ke riba atau masuk ke lengan baju, anda akan memperolehi kejayaan di dunia.Sebaliknya jika melihat matahari terbelah dua atau hitam warnanya menandakan raja di negeri itu mati atau negeri itu akan mendapat huru-hara.

8. Jika bermimpi mendengar halilintar atau guruh petir menandakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

9. Jika bermimpi tebu anda akan dimurahkan rezeki sebaliknya

10.jika bermimpi menanam sesuatu tanaman kemudian tanaman itu tumbuh menandakan anda akan memperoleh untung yang banyak

11. Bermimpi pohon gandum,padi atau kacang hidup dengan subur manandakan anda akan memperoleh rahmat allah, sebaliknya jika bermimpi menanam tanaman yang masam anda akan berduka-cita.

12. Jika bermimpi menanam kapas anda akan mendapat untung

13. Bermimpi air sungai mengalir dengan tenang menandakan anda akan terlepas dari bahaya.

14. Jika bermimpi air sungai kering anda akan memperoleh kesakitan

15. Jika anda bermimpi mandi dalam sungai menandakan anda akan beroleh rahmat

16. Jika bermimpi menyelam dalam sungai yang airnya sejuk alamatnya anda akan beroleh nikmat di dunia dan akhirat

17. Jika bermimpi air laut menjadi tawar atau manis anda akan memperoleh harta atau dijauhi dari sebarang bahaya.

18. Jika anda bermimpi air terlalu panas menandakan anda akan berduka cita.

19. Jika bermimpi makan buah timun alamatnya anda akan mendapat kebajikan atau berjumpa dengan orang yang mahir dalam ilmu pengetahuan

20. Bermimpi mengenai buah delima manis anda akan memperoleh kebajikan dan keuntungan dalam perniagaan

21. Bermimpi makan api memberi alamat beroleh isteri yang bijaksana

22. Bermimpi tentang emas,perak atau timah menandakan kerja yang dilakukan tidak mendapat sebarang keuntungan

23. Bermimpi emas bertahtakan permata anda akan mendapat kekayaan

9.0. Bermimpi Akan Haiwan

1. Jika bermimpi melihat kambing yang terlalu banyak menandakan pekerjaan anda akan memperoleh rezeki yang halal.

2. Sekiranya bermimpi naiki kuda atau unta, anda akan memperoleh kemuliaan dan kebajikan serta cita-cita anda akan dimakbulkan Allah.

3. Bermimpi naik gajah anda akan dipermuliakan orang dengan kebesaran.

4. Jika bermimpi membunuh gajah anda akan dihormati dan memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat.

5. Jika bermimpi melihat gajah berjuang alamatnya orang-orang besar akan berkelahi sesama sendiri.

6. Jika bermimpi harimau datang kepada anda alamatnya anda akan memperoleh kehinaan

7. Jika bermimpi melihat babi atau anaknya menandakan orang itu melakukan pekerjaan terkutuk. Sebaliknya jika bermimpi membunuh babi atau tikus anda akan menunaikan haji atau memperoleh pahala haji.

8. Jika bermimpi pelanduk atau kijang datang kepada anda alamatnya anda akan memperolehi isteri yang jahat.

9. Jika bermimpi lebah bersarang dalam telaga atau sarangnya jatuh dalam telaga menandakan anda akan dipermuliakan orang

10. Sekiranya bermimpi anda ditangkap harimau, alamatnya anda akan diperdayakan orang

11. Bermimpi memandikan binatang menandakan seseorang itu akan sakit atau mendapat kebinasaan atau kehilangan sesuatu

12. Jika bermimpi melihat terlalu banyak ayam di bawah rumah anda atau di dalam kampung anda akan beroleh orang gaji atau hamba yang baik

13. Jika bermimpi bermain telor ayam menandakan anda akan berkawan dengan orang-orang jahat

14. Jika anda bermimpi bermain dengan burung hantu di rumah atau berhampiran dengan rumah anda menandakan ahli keluarga anda akan meninggal dunia

15. Sekiranya anda bermimpi burung merak datang kepada anda lalu anda tangkapnya menandakan anda akan memperoleh kekayaan atau mendapat anak lelaki

16. Jika bermimpi lebah, lalat atau nyamuk terlalu banyak alamatnya orang ramai akan berhijrah ke tempat anda

17. Jika bermimpi burung terbang ke rumah anda kemudian terbang ke rumah orang lain menandakan anda akan berduka cita

18. Bermimpi burung putih datang ke rumah menandakan anda akan memperoleh isteri yang budiman atau mendapat rezeki

19. Jika bermimpi menunggang naga menandakan semua kehendak diperoleh

20. Jika bermimpi dililit ular seluruh badan menandakan sesuatu yang buruk akan berlaku

21. Bermimpi kutu atau hama melekat di badan atau pakaian menandakan anda akan mendapat bencana

22. Bermimpi disengat binatang bisa menandakan anda akan mendapat kecelakaan

23. Jika bermimpi dipatuk ular seseorang itu akan mendapat suami atau isteri

24. Bermimpi makan telor ayam, pisang atau minyak alamatnya akan memperoleh keuntungan

25. Bermimpi memukat ikan alamatnya anda akan menjadi kaya atau mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda

26. Bermimpi mencari burung alamatnya anda akan mendapat keuntungan dan dimurahkan rezeki

27. Bermimpi mendapat terlalu banyak najis menandakan anda akan kekurangan harta

28. Bermimpi mengenai najis besar menandakan anda akan mendapat kerugian

29. Jika bermimpi makan tahi alamatnya anda akan memperoleh harta yang halal dan akan sembuh dari penyakit

30. Jika bermimpi mencium bau kasturi atau anbar alamat orang itu akan sakit Bermimpi tubuh anda direnjis air mawar menandakan anda akan mendapat harta kekayaan yang halal

Sahabat yang dikasihi,
Takbir mimpi yang dinyatakan di atas adalah sebahagian saja takbir mimpi yang dapat di tuliskan, sebahagian besar takbir ini boleh merujuk buku bertajuk "Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Islam karangan Imam Muhammad Ibnu Sirin"

Sebahagian dari mimpi yang kita alami mungkin adalah mainan tidur (gangguan syaitan). Bergantung kepada waktu kita tidur dan kebiasaanya mimpi yang benar selalu berlaku apabila keadaan kita tidur dengan nyenyak  bermula jam 1 pagi sehingga 4 pagi sebelum waktu subuh. Mimpi yang baik juga adalah mimpi semasa tidur sebentar sebelum masuk waktu zohor .(Sunnah Rasulullah S.A.W. yang menyarankan agar kita tidur sebentar sebelum masuk waktu solat zohor dipanggil qailulah)

Setiap perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah S.W.T, kita perlu berserah kepada Qadak dan Qadar Allah S.W.T , kerana Dia saja yang Maha Mengetahui.  Wassalam.

(11) N.05 Tenang : GEMPAR !! Soi Lek 'tampar' calon BN? -

pada pada 21hb Januari 2011 pukul 10.37 ptg
Jumaat, 21 januari, 2011-Gara-gara menghasut pengundi cina dengan menghina hukum islam berkaitan hukum jabat tangan antara bukan muhrim KINI, pelakon porno diTEMPELAK oleh calon BN sendiri di Tenang.

Calon 'last minute' itu turut BERANG dan MARAH atas kenyataan yg dibuat oleh pelakon porno itu.
" Ini berkaitan soal agama dan 'hukum', dia(pelakon porno) tidak harus mencampurinya, lebih-lebih lagi sekarang.., saya percaya isu ini akan dimainkan oleh pihak Pakatan Rakyat, dan saya tidak setuju dia ber'kempen' cara itu, ini 'menampar' saya " ujarnya dengan nada marah apabila ditanya oleh pemberita selepas solat jumaat tengahari tadi.

Merujuk laporan portal maya yang popular lewat hari ini, calon BN, saudara Azhar Ibrahim juga turut kesal apabila membaca kenyataan yang diterbitkan di Malaysiakini hari ini. Laporan portal itu mendakwa, Menteri Besar Johor turut menggunakan Isu negara Islam, yang senada dengan MCA dimana Isu negara Islam telah lama menjadi modal politik MCA dan usaha memecahkan sokongan masyarakat Cina kepada pembangkang. Lazimnya, Umno jarang sekali menggunakan modal itu, sehingga kebelakangan ini..namun dibangkitkan semula dalam siri-siri kempen BN di Tenang muttakhir ini.

Kenyataan MB Johor itu dapat dibaca dibawah,
[MKini] - Sikap melampau dan isu negara Islam adalah antara modal yang digunakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ketika memancing undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil Tenang kali ini.

Abdul Ghani menggunakan modal yang sama seperti MCA dengan mendakwa kemenangan PAS adalah malapetaka dan justeru, bukan Melayu perlu mengundi BN untuk kesederhanaan.

Apabila diminta mengulas laporan portal itu, calon 'last' minute yang diangkat oleh Muhyiddin rabu lalu jelas menunjukkan mimik wajah yang kecewa, dan hampa kerana beliau sangat malu melihat jentera kempen BN seperti sudah kehabisan isu dan terdesak lebih-lebih lagi beliau malu membaca kenyataan yang turut keluar dari kempen MB Johor sendiri. Mengulas dengan nada kecewa, beliau (calon last minute) berkata,

" sekiranya inilah kaedah kempen dan cara yang digunakan oleh pihak BN berserta jenteranya di Tenang, beliau dengan suara tegas sekali lagi menjelaskan bahwa beliau mungkin akan menarik diri sebagai calon BN pada Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang akan berlangsung esok. Tidak ada gunanya menjadi calon BN untuk menyelamatkan umat melayu tetapi pada masa yang sama menghina hukum islam dan menolak penubuhan negara islam. Politik cara ini sangat bahaya, dan sentimen memperolok-olok hukum islam dimata orang bukan islam adalah satu perbuatan dan tingkah laku yang sangat hina dan dilaknat Allah swt.." ujarnya tegas.

Esok sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak SPR, akan berlangsung Hari Penamaan Calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Tenang yang menyaksikan calon PAS, Cikgu Normala Sudirman mewakili Pakatan Rakyat manakala BN pula akan diwakili oleh calon 'last minute' Muhyiddin (baca: calon yang tidak direstui oleh Soi Lek) iaitu saudara Mohd Azhar Ibrahim, 39 tahun.

Desas desus kuat mengatakan bahawa calon yang tidak direstui MCA sekaligus disebut calon 'last minute' itu mungkin akan menarik diri dari dicalonkan esok.

Andai ini berlaku, orang paling gembira di Tenang esok tidak lain adalah milik mutlak 'pelakon porno'. Ini kerana sekiranya calon 'last minute' BN menarik diri, maka beliau akan terselamat dari dimalukan sekali lagi apabila terdengar khabar angin bahawa klip video-klip video pornonya bakal diedarkan semula di pasaran terbuka DUN Tenang.


(*) Laporan ini ditulis oleh ABC : Agensi Berita Cholek Gigi Cap Kote Kulop.

Sikap melampau dan isu negara Islam adalah antara modal yang digunakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ketika memancing undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil Tenang kali ini.

Abdul Ghani menggunakan modal yang sama seperti MCA dengan mendakwa kemenangan PAS adalah malapetaka dan justeru, bukan Melayu perlu mengundi BN untuk kesederhanaan.

“Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat kedua atau ketiga. Mereka pasti mahu jawatan perdana menteri atau menjadi parti paling berkuasa,” katanya sambil memberi amaran PAS akan menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Isu negara Islam telah lama menjadi modal politik MCA dan usaha memecahkan sokongan masyarakat Cina kepada pembangkang. Lazimnya, Umno jarang sekali menggunakan modal itu, sehingga kebelakangan ini.

Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 200 hadirin masyarakat India sempena sambutan perayaan Thaipusam, malam semalam, Abdul Ghani berkata masyarakat di negeri Johor kaya dengan tradisi menghormati kaum walaupun berbeza agama dan dan pengamalannya.

Tegasnya, beliau berasa sedih dan negara akan rugi sekiranya perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Sehubungan itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang ini, beliau mengajak masyarakat India menjaga kekuatan dan perpaduan yang terbina selama ini sejak kemerdekaan yang diasaskan oleh pemimpin BN sebelum ini.

Geran tanah untuk kuil

"Dia (Pakatan) buat orang India tidak berpuas hati atau mungkin berkecil hati sehingga membawa pepecahan (terlebih) dahulu. Ini taktik yang digunakan tahun 2008.

'Kalau begini caranya, maka (ia adalah) cara yang merosakkan negara kita," katanya.

Menurut Abdul Ghani, beliau berharap dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini, masyarakat Melayu, Cina dan India, menunjukkan semangat perpaduan dan terus memberi sumbangan kepada kerajaan.

"Ini asas penting untuk menjadi bangsa yang bersatu, (menuju) negara yang maju dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia," katanya yang juga pengerusi BN Johor.

Turut hadir dalam majlis tersebut ahli parlimen Labis Chua Tee Yong, ahli parlimen Tenggara Halimah Sadique, barisan kepimpinan parti komponen BN dan pemimpin kuil Sri Subramanian, di Labis.

Dalam ucapannya, Abdul Ghani turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memberikan geran tanah, tempat kuil itu dibina - yang mula beroperasi sejak 2009.

Bahkan katanya, kerajaan negeri "tidak ada masalah" untuk mengurniakan satu pertiga lagi tanah milik kerajaan negeri kepada pentadbir kuil tersebut untuk kegunaan kuil berkenaan [Mkini]



CHUA SOI LEK


MB Johor Ghani Othman

PRK DUN Tenang - Patutlah Tenang Dijamu Arak, Memang UMNO dan Arak Bagai Aur Dengan Tebing

oleh Sutera Biru pada pada 21hb Januari 2011 pukul 1.27 pagi

Kerajaan Negeri Selangor bermula pada 14 Januari berusaha menubuhkan sebuah tabung khas membantu pekerja Islam untuk berhenti bekerja di premis jual arak di seluruh negeri Selangor. Sehubungan dengan itu sebanyak RM10 juta diperuntukan bagi memberi modal dan peluang pekerjaan kepada mereka untuk memulakan pekerjaan baru yg halal.

Pemimpin non-muslim dari DAP turut menyatakan sokongan terhadap penubuhan tabung khas ini.Setiuasaha DAP Selangor, Lau Weng San antara individu terawal yang menyatakan sokongannya terhadap tabung ini dalam blognya."Saya mahu jadi yang pertama di Malaysia (menyokong tabung ini)." 

Kesalnya tindakan Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, pada 16 Januari lalu telah memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat tempat hiburan yang terlibat dgn arak dengan berkata langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. 

Ada sahaja kritikan yang dilemparkan terhadap usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dalam isu arak ini tidaklah menjadi luar biasa lagi kerana arak jugalah yang dibawa UMNO dan menjadi "makanan" kempen semasa PRK Galas dan yang terbaru di Tenang.

Arak sudah bersebati dengan UMNO, DULU KINI DAN SELAMANYA ARAK!
Ini hak asasi manusia cara UMNO dan BARISAN NASIONAL..

UMNO Merasmikan Kilang Arak
Gambar-Gambar Pada Tahun 1966 semasa Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang Pertama yang juga Presiden UMNO Ke-2 merasmikan kilang arak milik Guinness Malaysia Berhad.












Najib Tun Razak








Abdullah Ahmad Badawi








Mirzan Mahathir 














Khairy Jamaludin






Khairy:

"Apa yg betul? Adakah saya minum apa2 dlm gambar tersebut?"




Hishammudin Tun Hussein














Arak Lagi...


Thursday, January 20

KAU PERGI JUA,,BIKIN NAJIB PENING LAGI

انا لله وانا اليه راجعون ADUN Merlimau Meninggal Dunia,Al-fatihah..

oleh Sutera Biru pada pada 20hb Januari 2011 pukul 11.42 ptg
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam tadi. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.

Mohamad Hidhir (Allahyarham) dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan
membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

Sebelum itu, portal media tersebar luas melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia sedangkan beliau masih berada dalam keadaan koma.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan kerana merasakan perutnya tidak selesa sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan keputusan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat bagi menentukan satu lagi Pilihan Raya Kecil dalam masa terdekat.Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi.Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827.

Saya memohon semua untuk sama sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohamad Hidhir semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan yang diperkenankan Allah..

Al-Fatihah...

PEDOMAN


Adab dan Pahala Membaca Al-Quran
oleh
Abu Basyer pada pada 20hb Januari 2011
Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Rasulullah S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril. Al-Quran di turunkan sedikit demi sedikit hingga sempurna 30 juzuk.

Untuk menghidupkan al-Quran dalam jiwa kita, kita perlu membaca, melihat makna dan tafsirnya dan cuba sedaya upaya untuk menghayati di dalam kehidupan sehari-hari, kerana akhlak Rasulullah S.A.W adalah al-Quran seperti mana Siti Aisyah menyatakan bahawa akhlak Rasulullah adalah al-Quran.

Dalam hadis Rasulullah S.A.W. baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah S.A.W. maksudnya :
"Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong."

Seseorang yang membaca Al-Quran seolah-olah ia berada di sisi Allah S.W.T dan bermunajat kepadaNya maka hendaklah menjaga adab-adab yang tertentu yang layak di sisi Tuhan Yang Maha Agong lagi Maha Mulia.

Ulama-ulama muktabar telah menggariskan beberapa adab sebagai panduan sepeti berikut:

1. Hendaklah sentiasa suci pada zahir dan batin kerana membaca al-Quran adalah zikir yang paling afdal (utama) dari segala zikir yang lain.

2. Hendaklah membaca di tempat yang suci dan bersih yang layak dengan kebesaran Yang Maha Agong dan ketinggian al-Quranul Karim. Para Ulama berpendapat sunat membaca al-Quran di Masjid iaitu tempat yang bersih dan mulia di samping dapat menambah kelebihan pahala-pahala iktiqaf.

3. Hendaklah memakai pakaian yang bersih, cantik dan kemas.

4. Hendaklah bersugi dan membersihkan mulut. Melalui mulut tempat mengeluarkan suara menyebut ayat al-Quran. Hadis Rasulullah S.A.W. berbunyi:

"Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya al-Quran maka peliharalah dengan bersugi."

Berkata Yazid bin Abdul Mallek: "Sesungguhnya mulut-mulut kamu adalah merupakan jalan-jalan lalunya al-Quran maka peliharalah dengan bersugi."

5. Hendaklah melahirkan di dalam ingatan bahawa apabila membaca al-Quran seolah-olah berhadapan dengan Allah dan bacalah dalam keadaan seolah-olah melihat Allah S.W.T. Walaupun kita tidak dapat melihat Allah sesungguhnya Allah tetap melihat kita.

6. Hendaklah menjauhkan diri dari ketawa dan bercakap kosong ketika membaca al-Quran.

7. Jangan bergurau dan bermain-main ketika sedang membaca al-Quran.

8. Hendaklah berada dalam keadaan tenang dan duduk penuh tertib. Jika membaca dalam keadaan berdiri hendaklah atas sebab yang tidak dapat dielakkan adalah harus.

9. Setiap kali memulakan bacaan lebih dahulu hendaklah membaca Istiazah: (A'uzubillahiminasy-syaitannirrajim).

Kerana memohon perlindungan dari Allah dari syaitan yang kena rejam.

10. Kemudian diikuti dengan membaca basmallah: (Bismillahirrahmanirrahim).

Hendaklah membaca Bismillah itu pada tiap-tiap awal surah kecuali pada surah At-Taubah.

11. Hendaklah diulang kembali membaca Istiazah apabila terputus bacaan di luar daripada al-Quran.

12. Hendaklah membaca dengan Tartil (memelihara hukum tajwid). Secara tidak langsung menambah lagi minat kepada penghayatan ayat-ayat yang dibawa dan melahirkan kesan yang mendalam di dalam jiwa.

Firman Allah S.W.T maksudnya : "Kami membaca al-Quran itu dengan tartil."
(Surah Al-Furqan ayat 32)

"Hendaklah kamu membaca Al-Quran dengan tartil."
(Surah Al-Muzammmil ayat 4)

Pengertian Tartil pada bahasa: Memperkatakan sesuatu perkara itu dengan tersusun dan dapat difahami serta tanpa gopoh-gopoh. Menurut Istilah Tajwid ialah membaca al-Quran dalam tenang dan dapat melahirkan sebutan huruf dengan baik serta meletakkan bunyi setiap huruf tepat pada tempat-tempatnya. Saydina Ali k.w berkata: "Pengertian tartil ialah mentajwidkan akan huruf-huruf al-Quran dan mengetahui wakaf-wakafnya."

13. Hendaklah berusaha memahami ayat-ayat yang dibaca sehingga dapat mengetahui tujuan al-Quran diturunkan oleh Allah S.W.T.

Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Inilah al-Quran yang memimpin jalan yang lurus. (Surah Al-Israi’ ayat 9)

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Kami turunkan Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang mukminin."
(Surah Al-Isra’ ayat 82)

Firman Allah S.W.T. lagi maksudnya : "Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.
(Surah Sad ayat 29)

14. Hendaklah menjaga hak tiap-tiap huruf sehingga jelas sebutannya kerana tiap-tiap satu huruf mengandungi sepuluh kebajikan. Hadis dari Rasulullah S.A.W. berbunyi:

Diriwayatkan dari Tirmizi dari Abdullah bin Masud daripada Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran) maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

15. Hendaklah membaca al-Quran mengikut tertib mashaf. Dilarang membaca dengan cara yang tidak mengikut susunan kecuali diceraikan surah-surah dengan tujuan mengajar kanak-kanak adalah diharuskan.

16. Hendaklah berhenti mambaca apabila terasa mengantuk dan menguap kerana seseorang yang sedang membaca al-Quran ia bermunajat kepada Allah dan apabila menguap akan terhalang munajat itu kerana perbuatan menguap adalah dari syaitan.

Berkata Mujahid: Apabila kamu menguap ketika membaca al-Quran maka berhentilah dari membaca sebagai menghormati al-Quran sehingga selesai menguap.

17. Hendaklah meletakkan al-Quran di riba atau di tempat yang tinggi dan jangan sekali-kali meletakkannya di lantai atau di tempat yang rendah. Sabda Rasulullah S.A.W.:

Ubaidah Mulaiki r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Wahai kaum ahli-ahli al-Quran jangan gunakan al-Quran sebagai bantal tetapi hendaklah kamu membacanya dengan teratur siang dan malam.”

18. Hendaklah memperelokkan bacaan dan menghiaskannya dengan suara yang baik.

Sabda Nabi S.A.W. dalam sebuah hadis: Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W maksudnya : "Hiasilah al-Quran dengan suara-suara kamu."

19. Setiap bacaan hendaklah disudahi dengan membaca:
(Sadaqallahul’azim).

20. Disunatkan berpuasa di hari khatam al-Quran dan diikuti dengan mengumpul ahli keluarga dan sahabat handai bersama-sama di dalam hari khatam al-Quran. Dalam sebuah hadis ada menjelaskan kelebihan orang yang telah khatam al-Quran menerusi sebuah hadis yang berbunyi:

Telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W maksudnya : "Sesiapa yang telah khatam al-Quran baginya doa yang dimakbulkan."

Sahabat yang dimuliakan,
Terdapat banyak kelebihan dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada sesiapa yang banyak membaca al-Quran.
Kebaikannya adalah seperti berikut :

1. Pahala setiap huruf yang dibaca.

Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:
Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda maksudnya : "Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:


2. Tidak termasuk golongan yang lalai.

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai."

Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.

3. Di tuliskan satu kebajikan.

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat."

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:

4. Membaca surah Yasin.

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi."

5. Membaca surah al-Waqiah.

Nabi S.A.W bersabda maksudnya : "Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya."

6.Pahala membaca dengan berwuduk.

Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.

2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita isi setiap hari masa kita dengan membaca al-Quran dengan hati yang khusyuk dan mengharapkan keredaan Allah S.W.T. Sesungguhnya mukjizat al-Quran sentiasa ada di dalam ayat-ayatnya, jika kita jadikan rutin amalan harian ianya akan memberi manfaat yang cukup besar , hati dan jiwa kita akan tenang dan tenteram. Jiwa kita akan sentiasa disirami nur petunjuk dan hidayah kerana al-Quran adalah kitab yang memberi petunjuk kepada jiwa-jiwa manusiaAT2 FB

gelabah jugak ye pak ketam nih

: ADUN Merlimau Batalkan Hasrat Untuk Meninggal...

Berita dari MStar Online mengatakan ADUN Merlimau dalam keadaan kritikal dan berada di unit I See You sekarang ini. Berita yang siap bergambar lagi di mana Ali Ketam sedang menyepit di situ... hahahaha.... Ada sesetengah blog menyiarkan berita bahawa ADUN Merlimau telah meninggal dunia pukul 2 petang tadi... hahahaha... nakal sungguh lu orang nih.... tak baik tauuuuu.... hahahaha.... (kecut sekejap teloq Ali Ketam dan Najib Razak... muakakakakakaaaaa)Terkini yang gua ketahui selepas bersembang dan berbual mesra dengan Malaikat Izrail sebentar tadi, beliau memaklumkan bahawa beliau sedang menunggu arahan selanjutnya.... oleh sebab itu gua berani membuat kesimpulan bahawa ADUN Merlimau kini belum meninggalkan apa-apa lagi.... dan masih berada di dunia... ngeeee.....Oleh demikian, berita yang di siarkan oleh utusan meloya online (link asal sudah di padamkan dan di kemaskini) sebelum ini lu orang anggaplah sebagai fitnah semata-mata, maklumlah... lu orang pun tau kan... utusan meloya nih... akhbar pemfitnah fikiran rakyat... memang haramjadah punya akhbar... suka sangat buat fitnah... sesama gang pun nak buat fitnah... apa daaaaa.... hahahaha.... Justeru itu... Ali Ketam selaku big boss di Melaka sepatutnya melaknat akhbar pencacai haramjadah tersebut kerana memandai-mandai menyebarkan fitnah ADUN Merlimau telah meninggal dunia, jadi janganlah percaya apa-apa berita yang di laporkan oleh utusan meloya... kah...kah...kah...Bagi sesiapa yang nak berdoa tu... berdoalah.... apa yang patut.... !!!!Nota: Selepas bersembang dengan Malaikat Izrael tadi.... sehingga entry ini di siarkan... ramai di kalangan Malaikat tak tahu di manakah Malaikat Izrael ketika ini.... unknow status... adakah sedang skodeng di Hospital Melaka...???wallahuaklam

INFO PENTING : Arahan Lalu Lintas Hari Penamaan Calon N05 Tenang

Adalah dimaklumkan bahawa pihak polis sudah mengeluarkan surat pekeliling kepada parti bertanding berkaitan arahan lalu lintas sempena penaman calon N05 Tenang pada 22/1/2010 Jam 9.00 pagi.

Arahan daripada pengarah operasi bilik gerakan PAS N05 Tenang adalah seperti berikut:


1. Penyokong yang ingin menyertai perarakan untuk penamaan calon diminta berada di Pekan Labis sebelum jam 12 tengah malam 21/1/2011.


2. Sekiranya melepasi waktu tersebut, para penyokong dari KL/utara diminta keluar di tol tangkak menuju ke bandar Segamat dan melalui jalan Pogoh seterusnya menuju arah Labis dari segamat. Ini kerana seluruh jalan Di tengah bandar Labis bermula simpang Balai Polis Labis hingga ke Petronas kedua akan ditutup tepat 12.01- 22/1/2010. 3. Bagi arah selatam melalui Yong Peng, anda diminta meletakkan kenderaan di sekitar kawasan maybank sebelum balai Polis Labis dan jalan Muar-Labis sebelum masjid Labis.

Tentatif Program adalah seperti berikut:
7.00 a.m : Berkumpul di dataran Wayang Pacak PAS Labis
7.30 a.m : Solat hajat dipimpin Dewan Ulama' PAS
8.00 a.m : Perarakan Penamaan calon sejauh kira-kira 1.5 km mengikut arahan lalu lintas urusetia bilik gerakan operasi.
Moga Dipermudahkan olehNya.
Takbir!!

UMMI BUAT MALU BANGSA,,KATA AZWAN ALI,,DASAR PEREMPUAN MURAHAN

Pekakas terbaru Utusan Malaysia untuk memalukan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Ummi Hafilda Ali melalui cadangan saman jutaan ringgitnya mendapat reaksi dari adik beradiknya sendiri.

Kali ini beliau bukan diserang dari Timbalan Presiden PKR yang juga anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali tetapi dari pengacara rancangan hiburan terkenal, Azwan Ali.





"Slm. Buat malu bangsa nak saman owang berjuta juta! Sedangkan dosa n***** pada adik beradik tak ter ampun! Poodahhhh," tulis Azwan Ali dalam Twitternya.


Selain dari itu, Azwan juga menulis beberapa mesej lain dalam Twitternya terhadap Ummi Hafilda tetapi oleh kerana bahasanya terlalu kasar, Harakahdaily tidak bercadang untuk menyalinnya di sini.

Baru-baru ini, Utusan menyiarkan di muka depannya laporan Ummi Hafilda, yang berwajah baru, mahu menyaman RM700 juta terhadap para pimpinan Pakatan Rakyat.

Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, abangnya Azmin Ali, Datuk Seri Dr Wan Azizah, Karpal Singh dan juga Mohamad Sabu.

Karpal dalam kenyataannya meminta Ummi Hafilda merujuk dahulu peguamnya sebelum menyaman beliau.

Namun, lain-lain pihak tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kenyataan Ummi itu sehinggalah reaksi dibuat oleh Azwan Ali ini

KATALAH APAPUN,,MAH TAK KESAH

MUSCAT 20 Jan. - Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata, beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.


"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili,” katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia,” kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu.


Bernama

Ibu Termuda, Melahirkan Anak di Usia 5 Tahun « bestoneoffour

Mendengar seorang bocah usia lima tahun mengandung rasanya mustahil. Tapi kasus itu nyata menimpa seorang anak asal Peru bernama Lina Medina.
Peristiwa terjadi pada awal tahun 1939. Kala itu, Lina yang tinggal di kaki bukit Andes terpaksa dibawa ke rumah sakit karena bagian perut dan payudara terus membesar di usianya yang masih lima tahun.
Dr Geraldo Lozada, yang melakukan penanganan, awalnya mengira Lina menderita tumor. Namun, pemeriksaan lebih lanjut menunjukkan adanya janin yang tumbuh di perut bocah kelahiran 27 September 1933 itu. Usia janin sudah delapan bulan.
Satu setengah bulan kemudian tepatnya pada 14 Mei 1939, Lina melahirkan bayinya melalui operasi caecar di sebuah rumah sakit di Lima, Peru. Persalinan berjalan lancar. Lina melahirkan bayi laki-laki seberat 2,7 kilogram bernama Gerardo.
Seperti penuturan Dr Edmundo Escomel kepada La Presse Medicale, Lina menderita gangguan hormonal. Ia mengalami pubertas yang ditandai dengan menstruasi sejak usia delapan bulan. Pada usia empat tahun, payudaranya pun sudah tumbuh layaknya gadis remaja.
Tidak dijelaskan siapa yang menghamili Lina. Ayahnya sempat ditahan karena atas tuduhan pemerkosaan. Namun, akhirnya dibebaskan karena kurang alat bukti. Sementara Gerardo baru mengenai kisahnya saat usia 10 tahun. Sebelumnya, Gerardo mengenal Lina sebagai kakaknya.
Lina dan Gerardo tumbuh normal. Lina kemudian menikah dan memiliki dua anak lagi. Sedangkan Gerardo meninggal di usia 40 tahun akibat penyakit sumsum tulang.
Seperti dikutip Time, kasus kehamilan di usia anak memang langka. Namun, pada November 1957 kasus serupa juga terjadi di negara yang sama. Seorang bocah berusia sembilan tahun, Hilda Trujillo, melahirkan bayinya melalui proses normal di Lima Maternity Hospital. Hilda hamil setelah diperkosa ayahnya.

Perbualan dimeja makan antara Rosmah, Najib dan Anaknya, pasal “KOTE” yang perlu anda ketahui « bestoneoffour


Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.
Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,
“Beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu.”
Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.
“Telur ni untuk saya ke mak?”, tanya si anak.
“Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye”, kata emaknya.
Ha……Lu Pikir ah sendiri……..!
Nota Kaki: Tu lah pasainya ajak berdebat macam2 alasan bini si Ro$ ni reka. Harap badan jer besor, di Tenang melalak dengan penyokong umno totok bolehlah pung-pang2. Yang nyatanya tak ada kelayakkan pun untuk menjadi menteri atau ahli kabinet apatah lagi PM.
Tadbir bini & keluarga pun tak betul inikan pulak nak mentadbir negara, hancusssssslah jawabnya.
Sekali lagi buat pengundi di Tenang….Lu Pikir La Sendiri….!osmah, Najib dan Anaknya, pasal “KOTE” yang perlu anda ketahui « bestoneoffour

DEMO INTERLOK THAIPUSAM:SEMBILAN HINDRAF DITANGKAP

 


Kuala Lumpur - Sembilan lelaki ditahan kerana cuba menimbulkan kekacauan dengan memaparkan poster bertulis 'Haramkan Interlok' ketika sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini hari ini.

Gambar: SEKUMPULAN lelaki yang memakai baju T berwarna oren dan mempunyai tulisan HINDRAF mempamerkan poster protes pada sambutan perayaan Thaipusam hari ini, di Kuil Batu Caves, Kuala Lumpur. - Foto Zulfadhli Zulkifli.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dalam kejadian pada pukul 10.10 pagi itu, kesemua lelaki yang memakai baju T berwarna oren dan mempunyai tulisan Hindraf itu cuba mempamerkan tiga poster kepada orang awam.

"Ketika polis hendak menghalang kesemua mereka yang berumur antara 18 hingga 46 tahun itu, mereka merempuh polis menyebabkan mereka ditangkap.

"Kami turut merampas kesemua poster itu untuk simpanan bukti kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lapan daripada mereka berasal dari Selangor manakala seorang lagi dari Ipoh, Perak.

Siasatan juga mendapati tiga daripada mereka mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, katanya.

Beliau turut berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas.

Mereka kini ditahan di Balai Polis Selayang.

Tun Hisan berkata, dari Isnin hingga hari ini, tiada kejadian jenayah dilapor di kawasan tumpuan sambutan perayaan bagi penganut agama Hindu itu kecuali kekacauan yang dileraikan polis itu.

Dilaporkan kira-kira 1.3 juta pengunjung dan penganut agama Hindu tempatan dan luar negara membanjiri perkarangan kawasan berkenaan sejak Isnin lepas.

Seramai 1,200 polis ditugaskan mengawal keselamatan di kawasan itu termasuk laluan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) bagi memastikan kelancaran trafik dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini. -Bernama

TENTERA JIHAD YANG PENGECUT

Sekali lagi sahabat saya Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mendapat perhatian masyarakat Malaysia apabila menerima ugutan bunuh daripada pihak yang menggelarkan diri mereka “Tentera Jihad”. Beliau didakwa oleh pihak tertentu bersifat tidak sopan dan tidak menghormati institusi masjid apabila telah dua kali “mengguriskan” perasaan orang Islam apabila memasuki surau dengan tidak menutup aurat sepenuhnya dan juga kerana turut bersenam di perkarangan masjid dengan pakaian yang “ketat”.

Saya kehairanan bila ada pihak yang begitu sensitif apabila YB Teoh Nie Ching masuk surau dengan tidak memakai tudung. Beliau pada ketika itu telah memakai sepasang baju kebaya yang pada pandangan saya sopan buat seorang bukan Melayu dan bukan Islam. Saya pernah bertemu di dalam surau dan masjid, banyak kali, remaja dan wanita Melayu masuk masjid dengan memakai seluar dan baju ketat atau jarang serta dalam keadaan “free hair” (tidak bertudung). Saya tidak pula pernah mendengar pula mana-mana ulama menegur wanita-wanita Islam ini secara lantang. Walaupun mata saya sering memerhati mereka ini dari ekor mata, saya merasakan walaupun mereka berpakaian begitu mereka masih mahu datang ke masjid untuk menunaikan solat. Alhamdulillah. Saya bersangka baik yang mereka mungkin singgah untuk solat dalam perjalanan dari tempat lain dan tidak berniat untuk menghina institusi masjid dengan berpakaian sedemikian. Sepatutnya mereka faham dan tahu hukum hakam yang asas dalam Islam. Mana ‘tentera jihad’ tidak menegur wanita Islam yang masuk ke masjid tanpa menutup aurat.? Ramai wanita islam termasuk isteri-isteri Pembesar Negara yang masuk ke masjid tanpa menutup aurat sepenuhnya apabila jambul rambut mereka sering tersepai keluar. Kenapa “tentera jihad” diam seribu bahasa.?

Kalau kita lihat gambar senaman di perkarangan masjid yang menjadi kontoversi, Nie Ching berpakaian seluar track suit dan bukan “leotard” yang memang seperti memakai setokin atau “leggings”. Ramai peserta wanita yang lain juga berpakaian ‘track suit’. Adakah kita mahu dia berpakaian seluar longgar seperti seluar salwar kamis wanita Punjabi semasa beraerobik atau pakai seluar tidur? Adakah kita ada dua nilai untuk pakaian sukan: kalau di perkarangan masjid perlu pakaian longgar dan jika ditempat lain pula (di padang atau stadium) boleh berpakaian ketat dan melanggar syarak?. Di mana “tentera jihad” apabila ahli sukan wanita beragama Islam memakai pakaian ketat semasa bersukan?

“Tentera jihad” karut yang hanya berani meletakkan bangkai ayam dan surat ugutan dalam gelap. Sepatutnya umat Islam berasa bangga seorang pemimpin bukan Islam sanggup mendekati umat islam (atas apa sebab sekali pun) dan mengambil peluang mempamerkan keindahan akhlak orang Islam.

Saya tidak fikir perbuatan mengugut YB Teoh dilakukan oleh orang mukmin dan soleh tetapi oleh mereka-mereka yang mengaku Islam tetapi tidak faham apa itu Islam. Mereka mungkin beragama Islam tetapi tidak menghayati Islam. Islam dibibir sahaja. Islam luaran. Islam tempelan. Mereka ini ingin menimbulkan rasa permusuhan orang bukan Islam terhadap penganut Islam. Mereka cemburu apabila melihat kini pemimpin DAP sudah mula berjinak untuk mendengar dan cuba memahami Islam. Bagi orang-orang PAS, bukan kerja kita memberi petunjuk dan hidayah kepada orang bukan Islam. Itu hak Allah swt siapa yang hendak di beri hidayah olehNYA. Tugas kita hanya untuk menyampaikan Islam. Kalau dulu mereka benci dan bermusuh tapi kini mereka mungkin bersimpati dan mahu mendengar pandangan kita. Kita perlu kefahaman pemimpin DAP terhadap hukum hakam Islam supaya satu hari nanti mereka tidak menentang jika pun mereka tidak menyokong PAS apabila kita mahu melaksanakan undang-undang Islam ke atas orang Islam.

Saya mengutuk keras tindakan mengugut YB Teoh Nie Ching dan berharap pihak polis dapat menyelesaikan misteri “tentera jihad” ini. YB Teoh, saya memohon ma’af bagi pihak orang Islam (yang sealiran dengan cara fikir saya) dan berharap YB tidak menyimpan buruk sangka terhadap orang Islam. Saya mahu YB tahu bukan ini caranya kami berjihad. Malangnya tindakan “tentera jihad” ini telah memalukan kami umat Islam yang istiqamah berjuang untuk memertabatkan Islam. Malah menjadi tanggungjawab umat Islam turut melindungi YB, jika perlu, walaupun YB tidak seagama dengan kami.,,OLEH,,DR SITI MARIAH  

SENARAI HITAM:PAS MAHU PERBINCANGAN SEBELUM 28 FEB

Senarai Hitam: PAS mahu perbincangan sebelum 28 Feb
KUALA LUMPUR, 20 Jan: PAS mahu satu perbincangan diadakan antara kerajaan, pihak Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) dengan rakyat sebelum tempoh pembekuan sementara senarai hitam berakhir 28 Februari ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau yang juga Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase), sedia mewakili rakyat membincangkan perkara itu yang sehingga kini tidak menampakkan sebarang tanda penyelesaian munasabah.

"Saya masih mengharapkan bahawa sebelum 28 Februari ini ada perbincangan dengan saya yang akan mewakili rakyat yang tertindas ini.

"Dia mesti beranilah, bukan saya nak lawan atau nak apa," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut hari ini.

Menurutnya, terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan termasuk pindaan terbaru Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan secara tergesa-gesa di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya lagi, rang undang-undang tersebut dilihat tidak menyelesaikan pelbagai masalah besar berbangkit, antaranya berkaitan kemalangan maut, kesalahan memandu secara merbahaya, saman ekor dan masalah senarai hitam pemilik kenderaan.

Beliau sebelum ini juga menuntut agar segala saman ekor yang dibuat sebelum pindaan undang-undang 2010 dihapus kira kerana tidak menepati peruntukan undang-undang.

Ianya termasuk tiada tanda amaran sebelum 500 meter dari kamera perangkap had laju yang dipasang.

Apa yang dirisaukan katanya, pindaaan rang undang-undang baru tersebut akan menjadikan saman ekor sebagai perniagaan dan bukan untuk mendidik rakyat.

"Dulu masa dia amibil ramakaman imej tetapi pada waktu itu tak ada peruntukan undang-undang yang menjadikan rakaman itu bahan bukti untuk menyabitkan kesalahan.

"Selepas pindaan undang-undang baru ia jadi bahan bukti. Maksudnya kesalahan undang-undang (sebelum pindaan) ini tak boleh pakai," tambahnya lagi.

Mahfuz sebelum ini juga, telah menghantar memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi menagguhkan perlaksanaan pindaaan rang undang-undang baru tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, pada Ogos tahun lalu mengumumkan senarai hitam pemilik kenderaan ditarik balik sementara waktu sehingga 28 Februari tahun tahun ini.

Berikutan itu, semua pemilik kenderaan yang mempunyai masalah untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu boleh berbuat demikian sehingga tempoh itu

BUNUH ISTERI HAMIL,,AMBIL JANIN BUAT TANGKAL LOTERI


HANOI: Seorang lelaki Laos memberitahu polis, dia membunuh isterinya yang hamil dengan kapak kerana mahukan janin untuk menjadikannya tangkal bagi membolehkannya menang loteri.

Akhbar Vientiane Times melaporkan, lelaki berusia 38 tahun itu ditangkap sehari selepas memujuk isterinya yang berusia 24 tahun masuk ke dalam hutan di wilayah Xieng Khuang sebelum membunuhnya dengan mengapak belakang wanita itu.


Menurut laporan itu, janin berkenaan tidak ditemui.

Polis memberitahu akhbar berkenaan, lelaki itu mengaku merancang menggunakan janin berusia tiga bulan untuk membuat ‘louk lord,’ tangkal yang menurut legenda masyarakat Laos boleh memberi pemiliknya kuasa dan kekayaan. “Pembunuh itu mengaku melakukan jenayah kejam itu tetapi enggan menyatakan di mana dia menyimpan janin berkenaan. “Suspek berkata, dia diberitahu jika dia berjaya menghasilkan ‘louk lord,’ dia boleh bercakap dengan hantu untuk mendapatkan nombor loteri.


“Atau dia boleh menjual tangkal itu dengan harga yang amat tinggi,” kata Ketua Penyiasat, Mejar Khamsouk Phonkhamdy.


Bagaimanapun, menurut Khamsouk, setakat ini tidak jelas sama ada lelaki itu melakukan jenayah berkenaan bersendirian atau bersama rakan yang masih berusaha membuat tangkal itu. - AFP

KAUM INDIA MENGAMUK DI BATU CAVE..TAIPUSAM KECOH?

RUANG IKLAN Beberapa anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan pagi ini dalam satu demonstrasi yang bertukar liar di tapak sambutan Thaipusam di Batu Caves.

Sambutan berkenaan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Lebih 20 orang anggota polis mula bertindak ke atas kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi itu bagi memprotes buku teks sastera Interlok.

Tindakan itu dilakukan ketika ketua penerangan HRP S Jayathas yang mengetuai kumpulan itu sedang membacakan satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Najib sedang menyampaikan ucapan di dalam kompleks kuil berkenaan.

Pergelutan kecil turut berlaku apabila kira-kira 15 orang anggota HRP cuba membolosi kawalan polis berhampiran pintu pagar kuil.

Peserta demonstrasi berkenaan turut dilihat membawa poster antaranya dengan slogan "mansuhkan Interlok", "Pemuda Tamil tidak sokong BN" dan "Kami mahu keadilan."
Isu Interlok: HRP demo di program Thaipusam PM

MUKA PELACUR POLITIK

RUANG IKLAN Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melambai ke arah 
jurugambar di luar rumahnya di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang selepas
 kerusinya diumum kosong semalam.  —  Foto Bernama Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melambai ke arah jurugambar di luar rumahnya di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang selepas kerusinya diumum kosong semalam

: Demam tak kebah di Merlimau?TAMBAH MEROYAN SIANG DAN MALAM


Dari Allah ia datang......kepada Allah ia kembali.Al-Fatihah untuk bekas Adun Merlimau, Umno/BN yang telah pulang ke Rahmatullah.
Pok Oncu telah mengesahkan melalui telefon tadi.Diucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan.Begitulah kehendak yang Esa......kalau Pelabuhan Kelang, Kota SiPuteh, Behrang dan Changkat Jering SPR boleh berdolak dalih sekalipun......Merlimau pasti diadakan.Sekarang siapa yang pening.......siapa yang demam......ini yang dikatakan demam tak kebah.
Demam tak kebah di Merlimau?

BN = Barang Naik: Santan naik mendadak 60%, syarikat roti bakal umum kenaikan harga roti seluruh negara!



BERITA 1

Santan naik RM2 sekilogram

KUALA LUMPUR: Suri rumah yang ditemui rata-rata merungut apabila harga bahan keperluan utama memasak iaitu santan naik mendadak 60 peratus iaitu daripada RM4.50 kepada RM6.50 sekilogram.

Harga itu mula naik dua minggu lalu kerana bekalan kelapa di pasaran berkurangan lebih 50 peratus hingga menjejaskan pengeluaran santan.



Tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit dan Pasar Besar Gombak mendapati hampir keseluruhan peniaga menjual santan dengan harga RM6 hingga RM6.50 setiap kilogram berbanding sebelum ini sekitar RM4.50 sekilogram.

Suri rumah, Yah Yussuf, 44, berkata kenaikan mendadak itu membebankan belanja dapur isi rumah kerana terpaksa berbelanja besar untuk memasak setiap hari.

“Kenaikan sekitar RM2 tidak wajar kerana memberi tekanan kepada perbelanjaan harian,” katanya. - H.metro

BERITA 2

Selepas petrol, harga barangan lain akan naik

PETALING JAYA: Selepas kenaikan harga beberapa barangan keperluan pengguna baru-baru ini, roti dan tepung gandum dijangka turut menerima tanda harga baru ekoran kesan rantaian dari peningkatan kos pengeluaran bahan makanan itu.

Peningkatan harga tersebut tidak dapat dielakkan memandangkan kesan kos tambahan ekoran kenaikan kos pengeluaran yang semakin meningkat yang menyebabkan syarikat pengeluar roti tidak dapat mengekalkan harga pasaran yang ada pada masa ini.



Demikian menurut Pengurus Pemasaran Syarikat pengeluar produk roti terkenal, Gardenia Bakeries Sdn Bhd, Cik Azlina Harun ketika dihubungi hari ini.

“Kenaikan harga roti memang tidak dapat dielakkan tetapi bergantung kepada masa. Selama ini pun kita menyerap kenaikan harga gandum, gula, susu dan lain-lain semenjak bulan Oktober lagi. Kami pantau kenaikan harga bahan-bahan ini.

“Kalau ikut keadaan semasa, harga gandum kemungkinan akan naik lagi disebabkan krisis pengeluaran gandum peringkat global yang berlaku sekarang dan ini tentu memberi kesan kepada kenaikan harga roti tidak dapat dielakkan.

“Pihak kami juga khuatir jika pasaran gandum mengalami masalah kami tidak dapat memperolehi gred tepung yang bertepatan dengan piawaian produk kami pada masa akan datang. Jika kami memilih tepung gred lebih rendah tentu menjejaskan mutu produk kami nanti,” kata Azlina.

Menurut Azlina lagi, pada masa ini Gardenia Bakeries masih menyerap peningkatan kos pengeluaran syarikat yang bertambah semenjak bulan Oktober tahun lalu gara-gara kesan rantaian kenaikan harga barangan lain yang berkaitan dengan pengeluaran produk syarikat itu.

“Pada masa ini Syarikat kami masih cuba menyerap kenaikan kos pengeluaran kami yang semakin meningkat semenjak Oktober lagi.

Tetapi ia tidak akan terus kekal begitu, kenaikan harga tidak dapat dielakkan,” kata beliau.

Disamping itu dalam isu yang sama tanda-tanda awal mula dikesan apabila tinjauan rambang mendapati bekalan roti di beberapa kedai sekitar Petaling Jaya, didapati bekalan roti berkurangan dengan agak ketara daripada sebelumnya.

Roti kurang di pasaran?



Dalam tempoh tiga hari kebelakangan ini, sehingga jam 6.00 petang, kebanyakan kedai yang menjual roti didapati telah hampir kehabisan stok berbanding lazimnya stok roti masih banyak sehingga pengedar menghantar bekalan baru pada hari berikutnya.

Manakala bekalan roti di beberapa kedai lain termasuk kedai serbaneka 24 jam terkemuka pula didapati telah mula kehabisan stok seawal jam 9.00 malam lagi, sesuatu yang jarang berlaku.

Menurut seorang pekedai di sini, pada masa ini pembekal roti mula mengurangkan jumlah roti yang dibekalkan di kedainya tetapi ianya tidak melibatkan roti gred premium yang berharga lebih tinggi dari gred biasa.

Bagaimanapun, mengulas mengenai perkara ini, Azlina berkata syarikat Gardenia Bakeries tidak mengurangkan pengeluaran roti syarikat itu malahan telah meningkatkan lagi pengeluaran syarikat itu.

“Syarikat kami tidak mengurangkan pengeluaran, sebaliknya pada masa ini ada sedikit pertambahan pengeluaran yang kami buat,” katanya lagi.

Sementara itu, syarikat pengeluar tepung tempatan, Bidara Flour Sdn Bhd ketika dihubungi turut tidak menafikan akan berlaku kenaikan harga tepung gandum pada masa akan datang.

Menurut kakitangan Jabatan Pemasaran syarikat itu, Puan Suzie, antara penyumbang keadaan tersebut kerana berlakunya krisis pengeluaran gandum peringkat global pada masa ini.

“Sekarang ini ada krisis global keluaran gandum, jadi harga tepung gandum memang akan naik, cuma belum tahu bila dan adakah ia hanya kepada agen atau melibatkan harga pengguna,” jelas beliau.

Menurutnya, tepung gandum keluaran Bidara Flour merupakan antara syarikat pengeluar gandum paling murah yang berada di pasaran walaupun tidak mendapat subsidi dari kerajaan. - FreeMalaysiaToday