Thursday, January 20

KAU PERGI JUA,,BIKIN NAJIB PENING LAGI

انا لله وانا اليه راجعون ADUN Merlimau Meninggal Dunia,Al-fatihah..

oleh Sutera Biru pada pada 20hb Januari 2011 pukul 11.42 ptg
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam tadi. Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu Radhuana Salleh.

Mohamad Hidhir (Allahyarham) dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan
membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Januari lalu.Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke Kampung Tersusun Lipat Kajang, Jasin.

Sebelum itu, portal media tersebar luas melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa negeri itu telah meninggal dunia sedangkan beliau masih berada dalam keadaan koma.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan kerana merasakan perutnya tidak selesa sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan keputusan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat bagi menentukan satu lagi Pilihan Raya Kecil dalam masa terdekat.Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi.Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827.

Saya memohon semua untuk sama sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohamad Hidhir semoga roh beliau ditempatkan bersama golongan yang diperkenankan Allah..

Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment