Friday, December 2

AKHLAK DAN DISIPLIN BERORGANISASI

Kita mestilah memastikan diri kita dan keluarga kita menunjukkan contoh teladan yang baik di mana sahaja kita berada, kerana kita akan menjadi duta kepada perjuangan parti, untuk melebarkan pengaruh parti kepada masyarakat. Sebelum mereka melihat parti, mereka akan menilai dahulu siapakah aktivis-aktivisnya? Oleh kerana itu terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian kepada ahli PAS sekalian.
Menunaikan Janji

Allah memberi penegasan dalam perkara ini dengan firmanNya (bermaksud), "Dan sempurnakanlah perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah)". An Nahl:9

Sama ada perjanjian dengan jemaah atau perjanjian sesama sendiri dan termasuklah juga perjanjian dengan musuh hendaklah ditunaikan dengan sempurna. Sebarang kemungkiran boleh menghilangkan kepercayaan antara satu sama lain dan menghilangkan kewibawaan. Jika kita tidak boleh laksanakan sila beritahu daripada awal, supaya perjalanan parti tidak terjejas. Sila maklumkan awal kepada penganjur jika kita mempunyai keuzuran syar'ie. Jangan sampai kita terkenal sebagai orang yang mungkir janji. Banyak mereka yang hebat terkeluar daripada saf kepimpinan apabila mereka tidak menepati janji.
Tidak Melampau

Allah Taala melarang sikap dan tindakan yang melampau walaupun terhadap musuh hatta di medan perang. Sikap melampau dalam semua perkara banyak merugikan jemaah. Sejarah mencatatkan orang yang melampau berakhir dengan mereka gugur di dalam medan perjuangan. Contohnya mereka yang mengkafirkan UMNO sekarang sudah bersama dengan UMNO. Tepatlah sabda Rasulullah S.A.W, "Sebaik-baik perkara ialah sederhana dalam amalan".
Bersabar

Perlu banyak bersabar, kerana kerja-kerja Islam akan berhadapan dengan macam-macam perkara yang tidak menyenangkan. Malahan jalan dakwah penuh dengan liku-liku kepayahan, penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan, persendaan yang memalukan. Kerana kita terpaksa berhadapan dengan orang jahil, orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yang emosional, orang yang mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah tersinggung. Semuanya perlu kepada kesabaran yang tinggi. Firman Allah Taala bermaksud, "Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu". Surah An Nur:22
Bersifat Rendah Diri

Mestilah bersifat tawaduk atau merendahkan diri khususnya terhadap saudara se-Islam dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) sama ada yang miskin mahupun yang kaya. Perlu sedar bahawa ahli PAS terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan status.

Kita tidak hanya bergaul dengan orang kaya sahaja dengan meninggalkan orang miskin dan susah. Ini kerana perbuatan ini tidak mendapat rahmat daripada Allah Taala. Rasulullah s.a.w. sendiri memohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripada sifat takbur. Baginda bersabda yang bermaksud : "Tidak akan memasuki syurga yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah sifat takbur". (Riwayat Muslim)
Jauh Sangka Buruk

Mesti menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Sebaliknya kita lebih banyak menyuluh dan menuding diri sendiri daripada dihadapkan kepada orang lain. Sangka buruk ini sifat yang tidak baik dan boleh mendatangkan keburukan kepada orang lain. Maka ini perlu dijauhi oleh ahli parti. Janganlah dia berburuk sangka kepada sahabat yang lain ini akan menyebabkan ruang untuk berpecah akan bertambah luas.

Firman Allah Taala bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha Penerima Taubat lagi Penyayang". (Al Hujurat:12)
Qudwah Hasanah

Mesti menunjukkan contoh teladan yang baik selari dengan akhlak Islam. Kita percaya bahawa contoh teladan yang baik amat kuat mempengaruhi orang lain untuk mendekati perjuangan kita. Maka kita mesti pastikan diri kita, keluarga kita mesti menunjukkan contoh teladan yang baik di mana sahaja kita berada, kerana kita akan menjadi duta kepada perjuangan parti, untuk melebarkan pengaruh parti kepada masyarakat. Sepertimana kata hukama, "lisanul hal (tindakan) lebih baik daripada lisanul maqal (berkata-kata)".
Bekerja Untuk Kemenangan Islam

Biarlah sesaat di dalam hidup kita tidak berlalu begitu sahaja. Kita mesti memikirkan apakah cara supaya Islam dihayati oleh masyarakat untuk menyelamatkan negara dan masyarakat. Kita mesti rasa cemburu dengan golongan yang bekerja siang malam untuk mengekalkan kezaliman di negara ini walaupun mereka tahu bahawa kerja mereka dimurkai oleh Allah Taala. Apakah kita boleh tidur lena ketika khazanah negara dijahanamkan? Laporan Ketua Audit Negara menyerlahkan lagi sikap kerajaan yang tidak pernah mengambil iktibar walaupun setiap tahun inilah rupa bentuk laporannya. Apakah kita mahu membiarkan anak cucu kita pada masa akan datang merempat di bumi sendiri.

Kita berjuang bukan memikirkan diri kita tetapi ialah untuk generasi akan datang. Untuk kita sudah selesai, kerana hanya membilang hari untuk bertemu dengan Allah Taala, tetapi anak kita akan meneruskan hidup mereka. Jangan biarkan mereka memaki kita kerana kita tidak berjuang untuk mereka. Firman Allah Taala bermaksud, "Dan hendaklah takut (kepada Allah) yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraannya). Oleh sebab itu hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar". (An Nisa’:9)

PERANCANGAN STRATEGIK KEBANGKITAN ISLAM,,TGHA

[ Antara teks ucapan Presiden PAS, TUAN GURU ABDUL HADI AWANG di Persidangan Kebangkitan Islam di Tehran, Iran ]. Allah Taala berfirman dalam Surah Al Maidah, ayat 3 bermaksud, "Pada hari ini, orang-orang kafir telah berputus asa (daripada memesongkan kamu) daripada agama kamu (setelah melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu, janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKU kepada kamu dan Aku reda Islam itu menjadi agama untuk kamu."

Sesungguhnya kebangkitan Islam yang muncul pada masa kini membuktikan kebenaran kata-kata Allah dan janji-Nya yang tidak akan dimungkiri. Allah telah berjanji akan menjaga agama-Nya dan akan membantu golongan yang membantuNya. Namun, umat Islam akan berhadapan dengan siri-siri peperangan Ahzab yang tidak terhenti dengan peperangan Ahzab pertama yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W, dan pakatan Ahzab tersebut telah berjaya dikalahkan dengan pertolongan Allah. Inilah hikmah yang mendalam di sebalik kita berulang kali menyebut sejarah ini selepas setiap kali kita bertakbir. Ini menegaskan lagi firman Allah, "Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu sehingga mereka memalingkan kamu dari agama kamu jika mereka mampu". (Al Baqarah:217)

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali redha terhadap kamu (wahai Muhammad) sehingga kamu menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka); Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang benar. Dan sesungguhnya jika kamu menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya wahyu, maka kamu tidak akan memperoleh daripada Allah sesuatu pun yang dapat membela dan memberi pertolongan kepada kamu". (Al Baqarah:120)

Kita telah menyaksikan kesatuan Zionis-Salibiyah dan pakatan golongan sekular (neo-musyrikin) dalam memerangi agama Islam. "...Pada saat itu orang-orang beriman telah diuji dan digoncangkan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. Dan ketika itu orang-orang munafik dan orang-orang yang mempunyai penyakit dalam hatinya berkata; Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja". (Al Ahzab:11-12)

Sesungguhnya umat telah berhadapan dengan pelbagai fitnah ujian dan tribulasi selepas kejatuhan Khilafah dan lenyapnya kerajaan Islam. Islam diletakkan di kandang tertuduh, tersepit di antara kejahilan umat dan kelemahan ulama serta pengkhianatan pihak pemerintah selepas keluarnya pihak imperialis dari bumi umat Islam. Mereka telah membahagi-bahagikan negara-negara Islam dan penduduknya dengan sempadan geografi yang bersifat perkauman dan nasionalis yang sekular. Mereka telah berjaya meminggirkan Islam dari pentas politik negara dan kepimpinan umat.

Orang-orang beriman pula telah terpesona dengan solusi-solusi yang diimport dalam menangani isu-isu politik, ekonomi dan sosial. Agama Islam telah dihukum dan bukan lagi menjadi agama yang memutuskan sesuatu hukum. Agama Islam bukan menjadi ketua (panduan yang diikuti) dan rujukan, tetapi ia terkongkong dalam kerangka undang-undang yang membelenggunya, terperosok di bawah akta yang dinamakan sebagai urusan hal ehwal Islam dan pengawasan terhadap ajaran agama yang sebenarnya bertujuan untuk memisahkan Islam daripada kehidupan umat secara keseluruhannya.

Namun, mereka tidak akan mampu memadamkan cahaya agama ini, sesungguhnya Allah akan menyempurnakan cahaya agamaNya walaupun dibenci oleh orang-orang yang membenci. Gerakan kebangkitan Islam telah tersebar ke seluruh dunia sebagaimana tersebarnya siang dan malam. Umat Islam telah bangkit dengan kesedaran menentang golongan thaghut yang mewarisi jejak langkah penjajah tanah air umat Islam, yang sebenarnya telah gagal dengan keseluruhan sistemnya. Sehingga akhirnya umat pula terpaksa menanggung perit derita kezaliman dan kefasadan yang berlaku, bermula dengan keruntuhan blok komunis dan petanda-petanda runtuhnya blok kapitalis lalu meninggalkan pemimpin-pemimpin sesat di negara-negara umat Islam dalam keadaan terkial-kial di kerusi-kerusi mereka berhadapan dengan kebangkitan baru yang datang daripada kalangan rakyat tertindas.

Kebangkitan Islam telah muncul di seluruh tempat dan kemusnahan ideologi-ideologi rekaan penjajah dan Zonis telah terzahir setelah ia mengalami femerosotannya di negara-negara besar dan pihak yang mempromosikan ideologi-idelogi tersebut di negara kita bergantung harap kepada tali barut dengan perancangan dan pembiayaan daripada pihak luar. Akan tetapi, kebangkitan yang mulia ini tidak akan mencapai matlamat yang dikehendakinya melainkan dengan perancangan yang sistematik untuk menggerakkannya dan mengembangkannya sehingga golongan Islam tidak lagi disengat berkali-kali dalam satu lubang yang sama, sebagaimana yang berlaku ketika era jihad menentang penjajah dan revolusi-revolusi selepasnya yang mana walaupun mereka yang memulakannya tetapi pihak lain yang memetik hasilnya. Ini kerana di hadapan kebangkitan ini terdapat pelbagai cabaran sama ada yang bersifat dalaman mahupun luaran yang perlu ditempuhi dan terbentang pelbagai halangan yang perlu ditangani.

Faktor-Faktor Kebangkitan Islam

Kita mempunyai asas-asas yang kukuh dalam umat yang mempengaruhi kebangkitan Islam, antaranya :
Ad Din

Agama Islam itu sendiri merupakan faktor kebangkitan Islam, dari segi akidahnya, syariatnya, akhlaknya dan sistemnya. Walaupun terdapat perselisihan mazhab dalam perkara furu' akan tetapi ia bersifat kukuh dari segi sumber-sumbernya yang terdiri daripada teks-teks syarak dan ijtihad para ulama. Maka menjadi satu tanggungjawab bagi para ulama dan pemikir Islam untuk membina wehdatu as saff (kesatuan barisan) antara pasukan kebangkitan ini di atas asas-asas yang kukuh dan sikap toleransi, serta merapatkan jurang yang wujud dengan sebab khilaf yang bermanfaat dalam perkara furu' dan menjauhi khilaf yang tidak bermanfaat yang menghidupkan sudut-sudut negatif dalam sejarah dan mana-mana bahagian-bahagiannya yang tidak diiktiraf.

Revolusi Islam di Iran yang berjaya menggulingkan kerajaan Shah juga menggunakan agama. Dari revolusi itu lahirnya nilai-nilai positif yang mendorong kebangkitan Islam yang wujud di dunia Islam, begitu juga peranannya yang ketara dalam isu-isu umat seperti isu Palestin dan Balkan. Namun, terdapat perkara-perkara memerlukan semakan dan perhatian. Antaranya ialah menggunakan Revolusi Islam untuk menyebarkan mazhab tertentu dan menghidupkan perbezaan pendapat dalam perkara furu' yang negatif yang akhirnya menjadikan revolusi tersebut sebagai suatu yang turut negatif, dipinggirkan oleh umat dan dituduh sesat.

Fanatik buta di kalangan mazhab-mazhab Islam turut membawa ke arah keburukan dan menjadi penghalang dan sekatan kepada kemajuan kebangkitan ini. Nun di sana terdapat usaha-usaha mulia yang telah dilakukan oleh para ulama salaf yg mengajar dan belajar sesama mereka, walaupun mereka berbeza aliran tetapi mereka saling menguatkan serta bersatu untuk gerak kerja jihad, dakwah dan berhadapan dengan pihak pemerintah yang zalim pada zaman mereka. Mereka mengarang kitab-kitab yg sangat bernilai dengan menghimpunkan pendapat-pendapat daripada keseluruhan mazhab sama ada pendapat yang kuat mahupun yang lemah.

Hakikatnya, kekuatan dan kelemahan dalam hujah ijtihad kadangkala berubah dengan sebab perubahan masa, suasana, cabaran, Maqasid Syari'ah dan Siyasah as-Syari'yyah. Betapa banyak pendapat-pendapat yang lemah pada zaman lalu telah berubah menjadi hujah yang kuat pada zaman sekarang dan begitu juga sebaliknya. Di sinilah peranan organisasi-organisasi seperti Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Majma' at Taqrib dan Majma' al-Fiqhi, maka serahkan perkara ini kepada para ulama yang pakar dalam urusan ilmu nescaya organisasi-organisasi tersebut akan menjadi sumber rujukan yang sangat bernilai untuk pelaksanaan syariat yang adil untuk seluruh manusia dan menjadi rahmat untuk seluruh alam.

Begitu juga kita melihat peranan umat Islam dalam revolusi jalanan menentang sistem pemerintahan, ia menjadi bukti kepada pengaruh mereka dalam masyarakat dan kejujuran mereka yang tiada dalam diri para pejuang yang lain. Akan tetapi, kita tidak mahu mengulangi kembali sejarah lampau, tindakan-tindakan yang lalu yang mempunyai kekurangan yang telah menjadikan umat Islam berada di barisan hadapan pada permulaan jihad dan revolusi, tapi pada akhirnya mereka berada di pinggir, dalam keadaan berpecah belah dan dizalimi.

Ini berlaku sama ada dengan sebab perselisihan dan perpecahan dalaman mereka, kelemahan dari segi gerak kerja dan perancangan yang tidak sistematik ataupun sikap rendah diri mereka yang tidak kena pada tempatnya kononnya berselindung di sebalik sikap tidak cintakan kuasa serta membenci urusan politik. Itu semua menjadikan mereka lemah dan tidak mampu untuk menghadapi tipu muslihat musuh-musuh sama ada dari dalam mahupun musuh dari luar.

Antara faktor yang membawa kepada kebangkitan Islam ialah kegagalan pelbagai agama dan ideologi baru yang tampak jelas keburukannya, terutamanya di kalangan para pemuda dan golongan cendekiawan yang terdidik dengan pengetahuan Barat dan sebahagian mereka yang berasal dari negara Barat sendiri. Ini menyebabkan munculnya idea untuk kembali merujuk kepada Islam semula. Tetapi di sana terdapat percubaan jahat untuk meracuni kebangkitan Islam dengan cara mempersembahkan Islam berdasarkan agenda serangan pemikiran yang lama yang bertujuan menghalang Islam daripada berada pada kedudukan yang sebenar, iaitu Islam mengatasi seluruh agama lain di dalam negara yang berlandaskan syariat Islam yang sempurna dan saling menyempurnakan.

Percubaan jahat itu menggunakan label 'islah & tajdid' namun dengan mempersembahkan Islam tanpa politik atau politik Islam tetapi tanpa pelaksanaan syariat, sebagai helah untuk tidak tercapainya matlamat mengaplikasikan Islam secara keseluruhan. Agenda yang dilaksanakan itu merupakan sebahagian daripada jejak langkah syaitan. Maksud firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian ke dalam agama Islam secara keseluruhan dan jangan kalian mengikuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya ia adalah musuh yang nyata bagi kamu". (Al Baqarah:208)
Kesatuan Ummah

Umat Islam terdiri daripada pelbagai jenis masyarakat dan berbilang kaum yang bertaburan di benua-benua dunia dan menetap di pelbagai tempat yang kaya dengan sumber-sumber semula jadi dan sumber-sumber manusia. Mereka juga berada di kedudukan geografi yang strategik dalam hubungan antara negara-negara yang saling bersempadan. Ukhuwah berlandaskan iman masih lagi kekal dalam hati-hati mereka, buktinya mereka berdiri dalam satu saf menangani segala isu umat yang menyentuh perasaan nurani mereka atas dasar ukhuwah keimanan, kerana perumpamaan orang-orang beriman dari segi kasih sayang, kemesraan dan simpati sesama mereka adalah bagaikan satu jasad, apabila salah satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh anggota turut merasai kesakitan dengan berjaga dan demam.

Kita telah melihat fenomena yang mulia ini ketika era pergolakan yang berlaku di Selatan Lubhan dan kepungan yang berlaku di Gaza, sekalipun terdapat pelbagai kaum dan mazhab, pertembungan antara kerajaan-kerajaan dan perselisihan para ulama. Itu antara bukti yang menunjukkan bahawa umat yang beriman berada di lembah kesatuan manakala urusan kerajaan pula berada di lembah yang lain. Justeru, perkara yang paling penting ialah mengembangkan sikap ukhuwah yang berkekalan ini dan mengaturnya dengan baik.

Begitu juga dengan kesepakatan mereka dalam isu Palestin misalnya, mereka mengasaskan sebuah organisasi persidangan Islam selepas tragedi pembakaran Masjid al-Aqsa dan para pemerintah negara Islam seluruh dunia menerima organisasi tersebut sama ada secara rela atau terpaksa. Perkara tersebut juga menjadi bukti kepada kekuatan pengaruh kesatuan ummah dalam mengubah pentadbiran negara-negara Islam di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Pembentukan Dan Perkembangan Kebangkitan Islam

Sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak akan membiarkan walaupun satu jalan kosong tanpa campur tangan mereka, tanpa tindak balas dan tanpa tindakan yang kontra dan berlawanan, bertujuan menghadapi kebangkitan Islam. Buktinya ialah aktiviti-aktiviti di peringkat serantau dan antarabangsa yang dijalankan oleh negara-negara kuasa besar dan negara-negara di bawah penguasaannya yang berselindung di sebalik bantuan kemanusiaan, reformasi politik, pembinaan negara, pelaburan dan pembangunan dalam bidang ekonomi dan sebagainya.

Usaha itu dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif, projek, pelaksanaan yang mana semua itu dimanipulasi melalui media massa, pergerakan pangkalan tentera di kawasan terbabit serta pengaruh mereka di kalangan kerajaan-kerajaan setempat. Mereka semua bersaing antara satu sama lain berdasarkan kepada kebaikan dan manfaat yang bakal mereka perolehi manakala kita tidak akan memperolehi apa-apa kecuali dengan kadar yang sedikit lagi hina.

Walaupun kita tidak patut mempercayai kejujuran mereka, akan tetapi kita perlu mengamalkan sikap keterbukaan dan optimis berdasarkan kepada maslahah serta kewajipan dakwah terhadap golongan-golongan lain daripada kalangan mereka yang mengambil jalan damai dan yang bermusuh. Segalanya memerlukan tindakan yang bijaksana daripada para pemimpin, ulama dan pemikir dari kalangan umat Islam sendiri.

Kita juga perlu kepada pembentukan kebangkitan yang mulia ini secara bertarbiyah, bersistematik dan berstrategi. Maka di sinilah peranan kumpulan orang-orang beriman, para ulama dan pemikir yang mana mereka adalah penjaga yang salih bagi urusan umat Islam dan tidak harus dibiarkan urusan ini berada di tangan penjaga yang jahat.

Di sinilah peranan kerajaan-kerajaan dan parti-parti Islam yang sedang berada dalam proses islah dan tajdid untuk membentuk dan mengembangkan kebangkitan Islam dengan melakukan campur tangan secara langsung agar semuanya berada dalam satu saf dari segi keselarasan dan ta'awun serta satu pasukan dari segi gerak kerja. Justeru, negara Iran perlu berperanan aktif bagi menyeru para pemerintah yang bersepakat dalam agenda islah dan tajdid di peringkat global ke arah kebebasan yang sempurna melalui jalan diplomasi, contohnya dengan menggerakkan organisasi persidangan Islam, mengadakan pelbagai persidangan, membina hubungan secara langsung supaya kerajaan-kerajaan yang ada akan bersama-sama dengan kebangkitan Islam yang bakal mengubah wajah dunia Islam dan ummah, sama ada mereka akan menerima atau menolak perubahan tersebut.

Para ulama dan pemikir sepatutnya memimpin kebangkitan Islam atas dasar kefahaman terhadap agama dan kebijaksanaan dalam perancangan dan gerak kerja, supaya kebangkitan tersebut tidak menjadi huru-hara yang menyebabkan matlamat yang didambakan tidak tercapai iaitu untuk kembali memimpin umat menuju Islam. Sekiranya dalam ibadat, pernikahan, muamalat dan jihad terdapat fiqahnya tersendiri, maka kebangkitan Islam juga sangat berhajat kepada fiqah. Orang-orang yang mengerjakan haji tanpa ilmu fiqah tidak melontarkan batu-batu sebagai simbolik lontaran ke arah syaitan, akan tetapi mereka melontarkan batu, kasut dan apa sahaja yang berada di tangan mereka ke arah saudara-saudara mereka sendiri.

Orang-orang yang berjuang di jalan Allah tanpa ilmu fiqah pula akan memerangi seluruh manusia dengan mengabaikan hukum-hakam yang adil dan adab-adab dalam jihad, sesungguhnya -mereka memusnahkan ajaran Islam dengan tangan mereka sendiri. Maka begitu juga dengan kebangkitan Islam yang mulia ini, ia tersangat berhajat kepada peranan para ulama, pemikir dan golongan cendekiawan daripada kalangan umat ini untuk membentuknya, menyusunnya, menyebarkannya dan memimpinnya supaya ia sentiasa berada di atas jalan yang lurus.

Monday, November 28

financial mismanagement and worse-off economy may stymie najib"s ge-13 push

Financial mismanagement and worse-off economy may stymie Najib's GE-13 pushDatuk Seri Najib Razak’s pre-polls charm offensive could sputter on alleged mismanagement of government projects and an uncertain economy despite the prime minister announcing a slew of reforms to boost voter support for the ruling Barisan Nasional (BN), say opposition lawmakers.
In recent months, Najib repealed three Emergency declarations, pledged to abolish the Internal Security Act (ISA), tabled a contentious Peaceful Assembly Bill, formed a parliamentary select committee on electoral reform and given more leeway to university students to participate in politics.
But a minister’s family’s handling of the RM250 million National Feedlot Centre (NFC) and an inflation rate that has remained at 3.4 per cent for two months is a challenge to Najib, who remains personally popular with a 59 per cent approval rating.

is umno racits? ask the people of malaysia

Is Umno racist? Ask the people of MalaysiaDeputy Prime Minister Muhyiddin Yassin’s assertion that UMNO is not racist and looks out for all Malaysians is mere political talk at a time when the 13th general election could see the toughest battle ever for the Malaysian political landscape.
Make no mistake, UMNO is out to win at all cost and this is powered by the greed of its many division chiefs who see the political party as a means to reap huge monetary rewards, once they get a seat on the gravy train. And this is why, there is constant infighting for position at an UMNO General Assembly. It is truly a dog-eat-dog race.
Non-Malay Bumi members
Although non-Malay Bumiputera also form a huge portion of the party membership, the fact is that key seats are basically reserved for the Malays. This is already causing unhappiness amongst the Bumi in Sabah Umno. So for Muhyiddin to shoot his mouth off with his absurd claim is not only disrespecting the intelligence of all Malaysians, but also disregarding and thereby insulting the feelings of the non-Malay Umno members.

dap,,tiada bukan melayu bercita cita jadi pm

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1Tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi perdana menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana jawatan itu harus disandang oleh pemimpin berbangsa Melayu, kata setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.

Justeru, katanya, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi perdana menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua.

“Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media.


Katanya lagi, ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insuran, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu.

Dalam politik pula, kata Lim, jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri disandang oleh orang Melayu. Begitu juga dengan jawatan semua menteri besar dan ketua menteri kecuali di Pulau Pinang sahaja.

NONEOleh itu, kata Lim, tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) untuk mempertahankan agenda perkauman Umno dan pengakuannya bahawa beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong.

Justeru, menurut beliau yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang, slogan berkenaan hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas pilihan raya umum yang akan datang.

“Malah, Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan cauvinis Cina walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan.

“Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol,” katanya.

Malah, lebih mengejutkan, menurut Lim, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu.

NONETegasnya, ancaman kepada orang Melayu sebenarnya bukan DAP adalah Umno kerana sikap parti itu yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit seperti pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan.

“Selain itu, berlaku juga kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah,” katanya

anwar,,teruskan berjuang walaupun saya ke penjara


Penjara bukan menjadi halangan untuk meneruskan reformasi dalam parti sebaliknya harus dijadikan semangat untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.
 "Saya tidak takut dan tidak gentar kalau pun saya dipenjara kerana agenda mereformasikan negara ini dari cengkaman kezaliman pemimpin-pemimpin Umno-BN merupakan agenda rakyat yang didokong oleh Keadilan," kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menyampai ucapan di sesi penggulungan dan ucapan penangguhan Kongres Nasional Tahunan Keadilan ke-8 di sini hari ini.
Mengulas lanjut Anwar berkata usaha kerajaan pemerintah memburukkan politik negara dengan fitnah dan serangan pribadi ketas dirinya tidak mematahkan semangat beliau malah ia menyedarkan rakyat dari terus dizalimi.


"Saya dipenjarakan enam tahun, adakah harga minyak turun? Adakah politik antara kaum bertambah baik? Adakah negara semakin sejahtera? Jadi apa yang berlaku selama ini adakah  kerana Anwar?" tegas Anwar .
Anwar berkata pertemuan dengan rakyat bawahan untuk mendengar keluh kesah mereka adalah ubat mujarab yang menjadi formula kepada karier politiknya yang sering dihimpit pelbagai dugaan dan cabaran pihak lawan.
"Saya belajar semua ini dengan siapa? Dengan pak lebai dan semangat saya datangnya dari mana? Dari mak cik tua. Golongan ini yang memberi api kepada obor perjuangan kita.
"Setiap kali saya bersua muka dengan rakyat bawahan, saya renung mata mereka, saya nampak derita dan harapan mereka," katanya.
Menyedari kekuatan perjuangan Pakatan Rakyat berpunca dari gerakan rakyat bawahan, Anwar menjelaskan Umno-BN menjadikan golongan ini sebagai sasaran untuk menyebarkan fitnah bagi memburukan dan menyemai benih kebencian kepada Pakatan.
"Strategi penting mereka (Umno-BN) ialah menyebarkan fitnah dan khabar angin supaya membenci kita

menyokong umno,,ibarat menanam pohon yang condong

Perdana Menteri tetap seorang Melayu, walau parti mana pun yang memerintah dan di beri mandat oleh rakyat. DAP telah menyatakan dengan terang dan jelas yang orang bangsa lain dari Melayu tidak pernah berbincang untuk mengambil alih orang Melayu untuk menjadi PM.

Cerita momokan dari UMNO sahaja yang gila-gila menggunakan isu yang jika PR memerintah dan jika PR di domonasi oleh DAP maka ditakuti jawatan PM itu akan menjadi milik orang cina DAP. Momokan ini telah menjadi kempen orang-orang UMNO sekarang ini di bawah-bawah dengan tujuan menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong DAP.

MCA pun telah membuat kenyataan yang MCA tidak pernah terniat untuk meletakan wakilnya di Parlimen untuk menjadi PM negara ini. Kedua-dua MCA yang seratus peratus dari orang cina dan DAP sebuah parti berbilang kaum yang kini masih di dominasi oleh kaum cina telah menyatakan dengan jelas dan terang yang apa yang di cadangkan oleh setengah pihak supaya perlembagaan kita dipinda untuk memberi kepastian yang jawatan PM itu di pegang oleh orang Melayu itu di berikan kepastian mengikut perlembagaan.

Salah urus, ekonomi dingin boleh hakis ‘kelancaran’ kempen PRU Najib

KUALA LUMPUR, 28 Nov — Meskipun Datuk Seri Najib Razak sudah memulakan kempen prapilihan raya dengan siri pengumuman transformasi politik, pemimpin-pemimpin politik khususnya pembangkang melihat pendekatan ‘mesra’ itu boleh terhakis dengan dakwaan kelemahan pentadbiran dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan sejak kebelakangan ini.
Susulan perutusan Hari Malaysia, Perdana Menteri memansuhkan tiga deklarasi darurat, mahu membawa dua akta baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menggugurkan Seksyen 27 Akta Polis dengan undang-undang berkaitan dengan perhimpunan aman, membentuk jawatankuasa pilihan khas mengkaji sistem pilihan raya dan memberi kebebasan kepada penuntut institusi pengajian tinggi menyertai politik dengan memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti.


Bagaimanapun isu projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menggunakan dana awam RM250 juta dan kadar inflasi 3.4 peratus bagi tempoh dua bulan berterusan kekal sebagai satu cabaran kepada pentadbiran Najib meskipun mencatatkan populariti peribadi pada paras 59 peratus.

“Dengan Pakatan Rakyat menggunakan skandal NFC dengan maksmum (dalam pertemuan) dengan komuniti kawasan luar bandar, ditambah dengan kenaikan harga barang dan pendapatan pula kekal tidak berubah, kemungkinan tsunami senyap di kubu kuat tradisi Barisan Nasional (BN) tidak boleh diketepikan begitu sahaja,” kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua kepada The Malaysian Insider.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menggambarkan projek NFC sebagai sesuatu yang bermasalah.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa dana NFC juga digunakan untuk perbelanjaan peribadi keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jali dan projek itu digambarkan sebagai satu kegagalan.

Pua (gambar) berkata pengumuman-pengumuman besar oleh Najib tidak membawa harapan besar ke atas pembaharuan yang mahu dibawanya memandangkan perdana menteri itu tidak memberi penekanan ke atas isu-isu yang diketengahkan oleh Ketua Audit Negara.

Sebagaimana disaksikan ketika kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pua menggambarkan Najib sebagai pemimpin yang cuba mengelak daripada mengambil pendirian jelas dalam isu-isu utama.

“Paras popularitinya tidak tinggi sangat berbanding Abdullah Badawi sebelum pilihan raya umum lalu, jadi saya tidak akan terkejut jika keputusan pilihan raya umum akan datang, sekali lagi mengatasi jangkaan banyak pihak termasuk Najib dan Umno sendiri,” kata wakil rakyat DAP ini.

Pendekatan ekonomi Najib yang bersifat “meleleh”, kata Pua, tidak membantu menangani persekitaran ekonomi yang sukar dan pemberian wang tunai dan pengumuman “projek mega” tidak banyak membantu rakyat biasa negara ini.

Kerajaan mempertahankan paras pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada tahun depan. Bagaimanapun kebanyakan firma penyelidikan menjangkakan bahawa pertumbuhan Malaysia adalah antara tiga hingga lima peratus.

Awal minggu lalu, Bank Dunia berkata ekonomi Malaysia dijangka terus perlahan pada tempoh berbaki tahun ini dan awal 2012 ekoran kemerosotan permintaan luaran dan menjangkakan pertumbuhan sekitar 4.9 peratus tahun depan.

Laporan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) September lalu menjangkakan pertumbuhan 5.2 peratus tahun ini dan 5.1 peratus pada 2012 bagi Malaysia.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menekankan bahawa Najib selalu mengelak daripada bercakap mengenai isu-isu berkaitan skandal kerajaan dan sentiasa membiarkan menteri atau timbalannya memberi respons.

“Sikap menjauhkan diri adalah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan beliau,” kata beliau sambil menambah, sikap terlalu berhati-hati itu akan membawa kesan berlawanan di kalangan pengundi dan pemimpin Umno sendiri.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai penggal pertama ini berkata, laungan tiba-tiba Najib dalam soal hak asasi manusia bertujuan mendapatkan sokongan di kalangan rakyat Malaysia kelas pertengahan yang menurutnya kebanyakan adalah penyokong Pakatan Rakyat

Saturday, November 26

KEJATUHAN MOGHUL KERANA FITNAH,,PERLU JADI IKTIBAR


EMPAYAR Mughal (Moghul) juga disebutkan sebagai (Mughal Baadshah) adalah sebuah kerajaan yang pada masa kemuncaknya telah diberikan peluang untuk mentadbir Afghanistan, Ba-lochistan, dan kebanyakan anak benua India antara tahun 1526 sehingga 1857. Kejatuhannya yang antara sebabnya berleluasanya fitnah perlu dijadikan iktibar. Empayar Islam ini yang juga dipanggil sebagai Moghul, didirikan oleh pemimpin berketurunan Mongol, Babur pada 1526 ketika beliau mengalahkan Ibrahim Lodi, Sultan Delhi terakhir dalam Pertempuran Pertama Panipat.

Perkataan Mughal adalah versi Indo-Aryan daripada Mongol. Agama rakyat Mughal adalah Islam. Kesan daripada kemajuan pembangunan Islam yang dibangunkan daripada Mughal pada satu saat dulu, maka warisan itu masih juga dapat dilihat pada hari ini.

Catatan di bawah ini dipetik daripada catatan Dr. Awang Sariyan (Kembara Bahasa) di Facebook. Hadir rasa kagumnya ketika menyaksikan betapa banyaknya kesan pengaruh bangunan Islam di kota Huhhot. Huhhot adalah ibu kota salah sebuah wilayah Mongolia dalam yang sentuhannya dilihat sebagai begitu berseni. la hidup dengan seni bina Arab (Islam), di sebalik pembangunan hotel, gedung beli-belah mahu pun hospital; demikian menurutnya :

"Penduduk Islam hanya kira-kira 40,000 orang di kota itu, tetapi terdapat daerah penduduk Islam di kota itu yang menjadi salah satu mercu tanda kota Huhhot," tulisan beliau dipetik.

Melalui catatan ringkas itu juga, dikatakan ada 12 buah masjid di kota Huhhot sahaja. Sementara itu, di seluruh daerah pendalaman Mongolia, yang saiznya sekitar satu perenam negara China, terdapat penempatan "Islam yang dianggarkan kira-kira melibatkan ratusan buah masjid.

"Yang menarik ialah bahawa walaupun merupakan penduduk minoriti, Islam diiktiraf sebagai agama yang penting di daerah itu dan penduduknya dihormati oleh penduduk majoriti yang terdiri daripada bangsa Mongol dan Han," kata beliau lagi.

Tambahnya pada tahun 2008, kota Huhhot telah dikurnia Anugerah Antarabangsa Dubai sebagai kota Amalan Sekitaran Kehidupan Islam.

Sebahagian keturunan Mongol menjadi Muslim terutama selepas melihat teladan baik orang Islam di rantau yang mereka takluki. Bangsa ini akan sentiasa diingati sebagai pemusnah kota Baghdad pada 1258, sekali gus mengakhiri Daulah Abbasiyah.

Kedudukan agama model Altantuya dari Mongolia misalnya turut menjadi bahan perbahasan sebab ada pihak mendakwa bahawa mangsa itu beragama Islam. Tapi akhirnya abu Altantuya yang diambil sudah cukup menyebabkan kita membuat kesimpulan bahawa mangsa itu bukanlah Muslim.

Bani Abbasiyah, Bani Umayyah telah diberi peluang mentadbir dunia melalui ajaran-Nya (Islam), tetapi disebabkan kemaksiatan yang menyebabkan para ulama menjadi bisu, lalu kekuasaan mereka digantikan dengan kaum-kaum lain pula melalui jalan peperangan.

Menurut sejarah, kerajaan Moghul sebahagian besarnya adalah di bawah taklukan Sher Shah ketika tadbiran Humayun. Di bawah Akbar kerajaan ini berkembang terus sehingga pada akhir pentadbiran Aurangzeb. Kemudian, Ja-hangir anak kepada Akbar diberi peluang memerintah kerajaan ini antara 1605 - 1627.

Selepas Oktober 1627, Shah Jehan, anak Jahan-gir telah mewarisi takhta kerajaan yang luas dan kaya di India. Pada abad itu, dikatakan bahawa empayar ini mungkin merupakan kerajaan terbesar di dunia. Maka, ketika zaman keagungan inilah Maharaja Mughal Shah Jehan, memerintahkan pembangunan Taj Mahal antara 1630-1653 di Agra, India. la dibina atas nama cintanya ke atas isteri-nya, Mumtaz Mahal.

Ketika inilah empayar Mughal mula berdepan dengan kemerosotannya. Apa pun, selepas pentadbiran Shah Jehan, maka empayar itu diganti dengan anak ketiga beliau bernama Aurangzeb. Dan, setelah kematian Aurangzeb pada 1707, Mughal mengalami kemunduran.

Pada 1739, empayar ini dikalahkan Parsi yang dipimpin oleh Nadir Shah. Pada 1756, pasukan Ahmad Shah menceroboh Delhi sekali lagi sebelum Empayar British akhirnya membubar-kannya pada 1857. Inilah kali terakhir Empayar Mughal jatuh. la jatuh di India, atau setepatnya, Pakistan. Warisan Mongol ini mengalir ke Pakistan seperti mana kesan pengaruh empayar Turki mengalir ke dalam Alam Melayu.

Pada masa depan sejarah peradaban Islam Mughal ini wajar diberi penekanan di sekolah agar Muslimin masa depan dapat menyemak semula kelemahan termasuk fitnah yang berleluasa untuk dijadikan iktibar dan jangan diulangi. Tanpa mengenal di mana sempadan kelemahan umat terdahulu, sulit bagi kita membina dan menyu-sun semula kekuatan kita pada masa-masa hadapan.

MANUSIA MENJADI BAIK APABILA MENERIMA KEBENARAN


 
Print
FIRMAN Allah Taala yang bermaksud : "(Katakanlah Wahai Muhammad), sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) daripada Tuhan kamu".
(Surah Al An'am:104).
Ibnu Kathir di dalam kitab tafsirnya menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan 'Basoir' dalam ayat ini ialah keterangan-keterangan dan hujah-hujah yang mengandungi dalil yang jelas dalam Al Quran serta apa yang didatangkan oleh Nabi SAW (sunnahnya).
Firman Allah yang bermaksud : "Oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya". (Surah Al An'am:104).
Yakni sesiapa yang menerima keterangan dan hujah Al Quran dan sunnah Nabi SAW serta meyakininya dan beriman dengannya maka faedahnya ialah untuk dirinya sendiri, untuk kebaikan dunia dan akhirat sebagaimana dinyatakan oleh Allah di dalam firman-Nya yang lain yang bermaksud, "Sesiapa yang memperolehi hidayah petunjuk (menurut panduan Al Quran), maka sesungguhnya faedah petunjuk yang didapatinya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya keburukan kesesatannya hanya ditanggung oleh  dirinya juga". (Surah Al Isra':15).
Justeru Allah Taala menegaskan dalam ayat seterusnya yang bermaksud : "Dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka tertimpalah ke atas dirinya sendiri". (Surah Al An'am:104).
Yakni sesiapa yang sengaja tidak nampak kebenaran dalam keterangan ayat-ayat Allah dan hujah Nabi-Nya SAW maka keburukan keengganan dan penolakan itu akan menimpa diri sendiri sebagaimana Allah menjelaskan dalam ayat yang lain tentang apa sebenarnya berlaku yang bermaksud, "Keadaan sebenarnya bukanlah mata kepala buta tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada". (Surah Al Haj:46)
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu". (Surah al-An'am:104)
Dalam ayat ini Allah memerintahkan Nabi SAW supaya menjelaskan bahawa kewajipan Baginda SAW menyampaikan kebenaran itu kepada manusia. Allah SWT tidak mempertanggungjawabkan Nabi SAW untuk memastikan manusia menerima kebenaran tersebut.
Soal siapa yang menerima petunjuk hidayah itu atau tetap dalam kesesatan, urusan itu terserah kepada Allah SWT. Baginda SAW tidak dipertanggungjawabkan untuk mengawasi manusia dan memastikan mereka menerima kebenaran tetapi kewajipan Baginda SAW ialah menyampaikan keberanan itu semuanya tanpa sembunyikannya dari pengetahuan manusia.
Nabi SAW juga memerintahkan umatnya turut berbuat demikian melalui hadisnya yang popular yang bermaksud, "Sampaikan dari aku walaupun satu ayat".
Kemudian Allah berfirman yang bermaksud, "Dan demikianlah Kami menerangkan ayat-ayat keterangan Kami". (Surah Al An'am:105)
Sebagaimana Allah berikan keterangan-keterangan hujah-Nya di dalam surah ini dalam persoalan ketauhidan dan kesuciannya dari sebarang syirik bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia begitu juga Allah SWT menjelaskannya keterangan-keterangan-Nya dalam ayat ini untuk menjadi hujah kepada manusia-manusia yang jahil supaya hilang kejahilan mereka.
Bagaimanapun apa yang didustakan oleh orang-orang kafir musyrikin itu adalah dengan mendakwa penjelasan Nabi SAW ialah penjelasan yang telah mereka dengar dari ahli-ahli kitab zaman dahulu. Mereka berkata kononnya mereka telah belajar dan mengetahuinya dari ahli kitab tersebut dan jelas bahawa ahli-ahli kitab telah membawa cerita-cerita dongeng orang zaman dahulu kala yang tidak berpijak di bumi nyata. Maka samalah kamu seperti mereka wahai Muhammad, dakwa golongan musyrikin tersebut.
Sedangkan merekalah yang menggelarkan Nabi Muhammad SAW Al Amin (yang amanah) sejak dari kecil sehingga Baginda SAW menerima wahyu dan menyampaikannya kepada mereka.
Lalu mereka menuduh Nabi Muhammad SAW dengan tuduhan yang bohong dan fitnah semata-mata.
Mereka mendakwa serupa sahaja apa yang diberitahu oleh Nabi SAW dengan apa yang diberitahu oleh ahlil kitab. Pembohongan ini ditentang oleh Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud, "Dan orang-orang kafir itu berkata, (Al Quran ini) hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad, dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain. Maka (dengan kata-kata itu) sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta.Dan mereka berkata lagi, Al Quran itu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala, yang diminta oleh Muhammad supaya dituliskan, kemudian perkara yang ditulis itu dibacakan kepadanya pagi dan petang (untuk dihafaznya)". (Surah Al Furqan:4-5). - TARBAWI
<

REFORMASI POLITIK KOTOR SUATU KEWAJIPAN MUSLIM


Soalan : Seluruh Umat Islam sedia maklum bahawa mencegah mungkar adalah perkara yang wajib dilaksana berdasarkan tiga tahap keupayaan (yang disebut dalam hadis Baginda S.A.W). Tetapi yang dibicarakan sejak akhir ini ialah mengenai jenayah politik. Kita biasa diberitakan hal-hal kemungkaran yang berlaku dari saluran politik. Persoalannya adakah bergelumang dengan politik kotor ini termasuk sebagai kemungkaran yang wajib dicegah? Ataukah yang disebut kemungkaran itu hanyalah sekitar perlanggaran hukum syara' semata-mata seperti kes penzinaan ataupun minum arak? Dan apakah hukumnya bagi mereka yang mendiamkan diri membiarkan jenayah politik berlaku?



Dr.Yusuf Al Qaradawi menjawab :

Dengan nama Allah dan segala pujian bagi-Nya. Selamat dan kesejahteraan buat Baginda Rasulullah dan juga para pengikutnya.

Beberapa penjelasan di dalam Al Quran dan Hadis mengenai perihal membisukan diri (pasif) dari sikap bingkas dan bangun mencegah kemungkaran, ataupun sikap berpeluk tubuh terhadap kezaliman sangat keras dan mampu menggugah perasaan sesiapun yang di dalam hatinya memiliki iman sebesar zarah. Al Quran telah memberikan ancaman terhadap golongan ini,"Orang-orang Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu bersikap menceroboh (hak-hak Allah). Mereka sentiasa tidak melarang (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka kepada Allah) yang dilakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan". (Al Maidah:78-79).

Manakala Rasulullah bersabda,"Sesiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubah (menukar) dengan tangannya (kuasanya), jika ia tidak mampu maka hendaklah dengan lisannya (keterangannya), jika ia tidak mampu juga hendaklah dia mengubahnya dengan hati dan inilah peringkat iman yang paling lemah". (Riwayat Muslim dan selainnya meriwayatkan dari Abu Said al Khudri)

Adalah menjadi suatu kesilapan jika kita menyangka bahawa kemungkaran itu hanya tertumpu melibatkan perbuatan zina, minum arak dan yang seumpama dengannya.

Ketahuilah sesungguhnya mempermainkan maruah rakyat  juga dikira sebagai mungkar, menipu dalam pilihanraya juga merupakan jenayah serius yang bererti mungkar, enggan melunaskan tanggungjawab pilihanraya juga disebut sebagai mungkar (kerana ia termasuk dosa menyembunyikan kesaksian), memilih pemimpin yang tidak layak untuk mentadbir sesuatu urusan adalah perkara mungkar, Membolot harta rakyat adalah perkara mungkar, memonopoli dan menyembunyi barang keperluan rakyat demi kepentingan peribadi dan kroni adalah mungkar, menangkap seseorang dengan menggunakan sistem kehakiman yang tiada integriti adalah mungkar, menyeksa  dan membungkam orang yang tertuduh di dalam penjara (dengan sistem zalim itu) adalah mungkar, membayar atau menerima rasuah adalah mungkar, menyogok pemerintah untuk melakukan kebatilan lalu mereka menjadi penyokongnya yang sama bersekongkol dengan musuh Allah serta musuh orang beriman - mereka mengaburkan kepentingan orang Mukmin atas perbuatan khianatnya, semua itu termasuklah sebagai petanda kemungkaran telah berlaku.

Rentetan kemungkaran ini seterusnya kita akan dapati ia menjadi satu daerah dosa yang berleluasa sehingga jenayah dianggap orang sebagai teras wajib dalam politik itu sendiri (wujud istilah politik jijik kerana ia dikotori). Lalu adakah wajar seorang Muslim yang berpegang teguh dengan agamanya, dan bersungguh mengharapkan keredhaan Allah rela membiarkan kemungkaran ini? Patutkah seorang Muslim itu mengundurkan diri dari lapangan bertindak kerana bacul, masih mengharapkan cebisan habuan dari penguasa dengan sikap play safe untuk menyelamatkan diri sendiri?

Jika pendirian hina seperti ini menyala dalam jiwa raga umat maka ini bererti misi mereka di muka bumi sudah berakhir. Kecelakaanlah bagi umat ini kerana kita tidak meletakkan identiti mereka yang disifatkan oleh Allah,"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)". (Al Imran 110).

Tidak hairanlah Nabi pernah mengingatkan kepada kita mengenai kebejatan umat bisu sebagaimana sabda-Nya yang bermaksud,"Jika kamu melihat umat-Ku bacul, takut untuk mengatakan kepada si zalim: wahai zalim! Maka mereka sebenarnya telah ditinggalkan (Allah)". (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad Hanbal bin di dalam Musnad-nya melalui Abdullah bin Amru) - Ertinya mereka ditinggalkan Allah kerana hilangnya ahli dari kalangan umatnya yang memiliki hati yang hidup untuk mempertahankan kebenaran.

Setiap individu Muslim dituntut menuruti keyakinan imannya agar tidak berpendirian pasif menonton kemungkaran walau dalam bentuk apapun; sama ada kemungkaran itu berlaku dalam politik, ekonomi, resam budaya ataupun dalam kancah sosial. Sebaliknya kita wajib bangkit melawan dan melakukan perubahan (reformasi) dengan kuasa yang ada pada tangan, jika tidak mampu maka dengan lisan dan keterangan, jika  tidak mampu maka beralihlah melakukan perubahan ke tahap yang paling rendah disebut dalam hadis di atas iaitu melalui hati.

Meskipun Baginda Nabi menyebut perubahan hendaklah dengan hati sebagai selemah-lemah iman tetapi mobilisasi yang lahir dari penjanaan hati, ataupun elemen emosi sebenarnya berupaya menentang kemungkaran. Mereka yang berada di tahap ini bukanlah bererti tidak melakukan apa-apa tindakan sebagaimana yang disalah-tafsirkan sebahagian orang. Jika tanpa tindakan masakan Baginda Nabi menyebutnya dalam hadis sebagai – taghyir – (mengubah, menukar perkara batil kepada perkara yang hak).

Semangat yang lahir dari dalaman jiwa, kesedaran dan hati nurani ini mestilah terus bernafas hari demi hari sehinggalah ia mencapai usaha positif yang mungkin menghasilkan revolusi menyeluruh terhadap kemungkaran. Terus bersemarak sehingga berupaya menghasilkan ledakan yang kemudiannya membentuk generasi yang mampu menjenterai gerakan islah sebagai suatu proses yang disebut sunnatuLlah kepada khalayak makhluknya (ketetapan Allah sejak azali bahawa orang yang zalim akan ditumbangkan).

Jika inilah hadis yang menyebut perubahan yang harus dilakukan melalui posisi hati, maka kalam mukjizat lain turut menyebut fenomena ini sebagai jihadul qalbi (jihad hati), iaitu darjat jihad terakhir seperti darjat iman yang paling rendah. Imam Muslim meriwayatkan dari Ibn Mas'ud RA secara marfu' : "Tidak ada seorang Nabi yang diutuskan kepada suatu umat sebelumku, kecuali ia memiliki hawariyyun (pengikut-pengikut setia) dan para sahabat yang sentiasa mengikuti sunnahnya dan mentaati apa yang menjadi perintahnya. Kemudian, sesudah mereka akan muncul generasi (orang-orang) yang mengatakan apa-apa yang mereka tidak laksanakan dan mengerjakan apa-apa yang tidak diperintahkan. Maka, barangsiapa yang memerangi mereka dengan tangannya, ia adalah Mukmin. Barangsiapa yang memerangi mereka dengan lisannya, ia adalah Mukmin. Barangsiapa yang memerangi mereka dengan hatinya. Ia adalah seorang Mukmin. Setelah itu, tidak ada lagi iman meskipun hanya sebesar zarah".

Antara Individu dan Berjemaah

Kadang-kadang orang perseorangan memanglah tiada upaya untuk menentang kemungkaran apatah lagi apabila daerah kemungkaran itu berleluasa dengan biaknya; justeru pelakunya melibatkan konspirasi besar di kalangan orang berpangkat ataupun didalangi oleh pemerintah sendiri, iaitu orang yang sepatutnya memiliki posisi paling hadapan berkewajipan menumpaskan kemungkaran dan bukannya orang yang paling awal melindungi atau melakukan perbuatan jahat tersebut. Kaadaan ini seperti yang disifatkan dalam pepatah sebagai harapkan pagar pagar makan padi. Ataupun seperti yang diungkapkan penyair  :

Pengembala kambing itu ditugaskan menghalau serigala (dari membaham ternakannya). Namun  apa pula yang bakal terjadi seandainya penggembala itu adalah serigala.

Pada peringkat ini berkerjasama membasmi kemungkaran - tidak syak lagi- menjadi suatu kewajipan. Justeru ia adalah suatu bentuk kerjasama bermatlamatkan kebajikan dan taqwa. Kerjasama ini boleh dilaksanakan melalui amal jama’ie dalam wadah persatuan, parti, gerakan dan lain- lain saluran yang terbuka. Perkara seperti ini menjadi suatu kemestian agama dan tuntutan hidup.

Diterjemah dari web rasmi Dr.Yusuf Al Qaradawi

SIAPA MAHU JADI PEMIMPIN


Print
”Jatuh bangun sebuah negara itu bermula dari seorang pemimpin. Pemimpin yang baik akan turut merajah masyarakat menjadi sebuah komuniti yang unggul, seperti generasi Sahabat yang lahir daripada hasil  sejumlah peranan yang dibebani Rasulullah S.A.W sebagai mangkubumi, seorang da’ie, seorang ulama…”.
Rasulullah S.A.W sebelum mengutuskan satu jemaah itu keluar melakukan permusafiran, Baginda akan mengumpulkan mereka dan mendengarkan bacaan Al Quran setiap orang. Pernah satu ketika Baginda bertemu seorang lelaki yang paling muda lalu bertanya,”Adakah kamu menghafaz Al Quran?
”Ya, aku hafaz beberapa surah termasuklah surah Al Baqarah”.
”Kamu hafaz surah Al-Baqarah?
Pemuda itu menjawab,”Ya, aku hafaz surah Al Baqarah”.
Rasulullah S.A.W mengarahkan kepada pemuda tersebut sebagaimana maksudnya,”Pergilah, kamu dilantik menjadi ketua jemaah mereka (pergi bermusafir)”. [ Hadis Hasan ini dikeluarkan oleh at Tirmizi 5/156,  Kitab Fadhail Al Quran ]
Berdasarkan hadis ini Imam Thowus berkata : “Sesungguhnya di antara sunnah itu ialah memberikan sanjungan (penghormatan) kepada orang yang berilmu (ulama)” [ Ibnu Abdil Barr, Jami’e Bayan al Ilmi wa Fadhlihi 1/136 ]
Inilah salah satu penghormatan Rasulullah S.A.W kepada seorang yang mempunyai pengetahuan agama, berilmu untuk menjadi ketua bagi kaumnya.  Begitupun pakej ilmu dan keagamaan sahaja tidak memadai jika ia tidak disertai dengan penghayatan.
Umar al Khattab, tokoh Islam pertama yang mengembalikan Kota Al Quds kepada umat Islam telah menunjukkan kepada kita kriteria seorang ketua yang layak menguruskan hal ehwal negara. Mereka itu bukan sekadar yang tinggi ilmunya, disegani ketokohannya tetapi mestilah seorang yang memiliki karakter seorang yang bertaqwa.
“Tunjukkanlah kepadaku seorang lelaki yang patut dilantik menjadi ketua”. Kata Umar.
Kemudian seorang lelaki bertanya kepada Umar,”Siapakah yang kamu kehendaki?
Umar menjawab,“Aku mahukan seorang lelaki apabila dia tidak menjadi ketua di tengah-tengah kaumnya, dia seolah-olah adalah ketua bagi mereka. Sebaliknya jika dia menjadi ketua, dia seolah-olah orang biasa di kalangan kaumnya (kerana sifat taqwa yang ada padanya)”. [ Dr.Raghib As Sarjani, Idarah Umar Ibn Khattab ]
Islam tidak menggalakkan kepimpinan diberikan kepada orang yang bercita-cita atau meminta namun Islam membuka ruang supaya pemilihan kepimpinan tersebut diadakan secara syura. Inilah yang selalu dilakukan Umar al Khattab dalam pemerintahannya mengikut sunnah yang dibawa Rasulullah S.A.W.
“Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah melakukan mesyuarat) maka hendaklah bertawakal kepada Allah” [ Surah Al Imran:159 ]
Namun hari ini, berapa ramai di kelibat-kelibat ahli gerakan yang tidak melalui proses musyawarah dalam memutuskan pemilihan seseorang pimpinan. Lebih malang lagi, kaedah semberono tersebut diperdagangkan dalam ruang publik ( seperti facebook, twitter dan sebagainya).
Lihatlah bagaimana Para Sahabat menggunakan platform paling beradab untuk menegur dan menasihati pemimpin. Abu Ubaidah bin Al Jarrah dan Muaz bin Jabal pernah menulis surat kepada Umar al Khattab, dan hal itu tidakpun diwartakan kepada khalayak sehinggalah Abu Nuaim menulisnya di dalam Al Hilyah sebagai renungan :
“Dari Abi Ubaidah bin Al Jarrah dan Muaz bin Jabal, kepada Umar bin Al Khattab. Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepadamu. Kami menasihatkan kepadamu sehubungan dengan bebanan tugasmu yang penting di mana kini engkau menjadi pemimpin umat ini, yang pelbagai warna kulitnya. Di hadapanmu akan duduk orang yang mulia dan yang hina, musuh dan teman dan masing-masing harus engkau perlakukan secara adil. Lihatlah kedudukanmu dalam hal ini wahai Umar. Kami ingin mengingatkan kepadamu tentang satu hari yang wajib diimani, hari di mana wajah-wajah manusia diheret ke hadapan Sang Penguasa yang memaksa mereka dengan kerajaan dan kekuasaan-Nya. Kami juga ingin memberitahu perangai jahat umat ini akan muncul pada akhir zaman, mereka akan menjadi saudara di luar padahal mereka adalah musuh dalam selimut. Sesungguhnya tulisan kami adalah nasihat kepadamu bukan tujuan hebahan kepada yang lain…” [ Lihat Abu Nuaim di dalam Al Hilyah, 1:237 ]
Kepimpinan bukanlah satu jawatan untuk mencari pengaruh, sokongan atau publisiti. Namun apa yang mesti diinsafi jawatan kepimpinan itu hanya layak diserahkan kepada orang yang berhak dan memiliki sifat rabbani.
Dalam kes yang lain, kepimpinan itu wajib diambil atau dipinta oleh seorang berilmu dan mampu menyelamatkan masyarakat daripada kehancuran. Sebuah hadis ada menyebut,“Apabila muncul perkara-perkara bida’ah (kesesatan dan penyelewengan) di kalangan umatku, maka wajib ke atas orang yang berilmu menyebarkan ilmunya (menegakkan kebenaran) maka jika dia tidak melakukannya, baginya laknat Allah, para malaikat dan seluruh manusia” [ Musnad Rabi’e bin Habib – sanad hadis ini dinyatakan dhaif ].
Hal ini dikukuhkan lagi dengan potongan ayat yang menceritakan permohonan Nabi Yusuf untuk menjadi ketua perbendaharaan negara berdasarkan akhlaknya seorang yang menjaga diri (taqwa) dan memiliki ilmu pengetahuan.
“Yusuf  berkata, jadikanlah aku pengurus perbendaharaan (hasil bumi Mesir). Sesungguhnya aku sedia menjaga dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. [ Surah Yusuf:55 ]
Daripada ayat ini terdapat pandangan yang melihat bahawa maruah umat Islam hanya dapat dikembalikan apabila proses pemurnian siasah dimulai dengan tertib iaitu memilih pemimpin yang soleh, pemimpin yang memiliki kewibawaan ulama dan mereka itu melalui perjalanan tarbiyyah yang panjang sebagaimana Para Nabi melalui prosesnya.
Moga-moga satu hari nanti umat Islam dikurniakan pemimpin semulia Baginda S.A.W, bukannya pemimpin yang sanggup menjadi bidak kepada identiti perkauman, tetapi pemimpin yang ikhlas membangunkan idealisme Islami.
Oleh : EDITOR TARBAWI

MUHASABAH BUAT UMANG-UMANG DALAM JEMAAH

Rehlah adalah sebahagian dari ekspidisi yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik. Apatah lagi ia diatur dan disusun oleh insan yang berjuang, mencari ruang dan medan mendekati diri kepada Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta.

Rehlah seperti ini biasanya disebut Rehlah Tarbawi. Selain menyatu diri dengan keindahan alam semesta, meredakan ketegangan saraf yang hampir kejang setelah bergelut di medan guna mempertahankan Islam dan usaha mendaulatkannya, rehlah ini juga menenangkan minda dan mendamaikan jiwa.

Lebih bermakna apabila rehlah disertai oleh rakan seperjuangan. Saling memahami malah saling melengkapi. Perkara benar disokong dan dibantu sementara perkara salah, tanpa silu diperbetul dan dipandu. Indah! sungguh indah dunia ini andai semuanya adalah sahabat seperjuangan kita.

Tetapi realitinya tidaklah sebagaimana apa yang saya sebutkan tadi. Ada sahabat yang bersedia menjadi sahabat kita tanpa mengira suka atau dukanya. Saat perlu ia hadir, saat buntu ia mampir. Susah kita resah dia, sakit kita letih dia, sukar kita payah dia, senang kita tenang dia, bahagia kita gembira dia. Demikianlah indahnya bersahabat.

Namun, ada kalanya kita berdepan dengan musuh. Sering mencari salah dan silap kita justeru itulah pelurunya untuk menembusi jantung hati kita. Bukanlah sukar mereka mahu memahami kita tetapi sengaja buat-buat tidak faham lalu bertindak melulu dan mempertikai apa jua yang lahir dari kita . Tidak tergaris wajah sayang dan kasih sebaliknya apa yang terhambur ialah kebencian dan dendam kesumat .

Lebih malang, kita bertemu kawan atau sahabat pada nilai pertamanya tetapi pantang mendapat kesempatan, segala kepercayaan diragut dan segala kesetiaan dinodai tanpa rasa simpati biarpun sekelumit. Dia boleh tipu kita tanpa berkerut kening. Dia tergamak menikam kita walau dari arah belakang.

Sahabat saya kata, orang macam ni tak ubah seperti umang-umang. Mulanya kelihatan seperti berkawan dengan kerang atau spesis siput kemudiannya rumah [ cengkerang ] siput atau kerang itu akan diambil setelah ia dibunuh. WAllahua'alam bis sowab.

Saya tidak pernah melihat umang-umang merampas rumah siput atau kerang tetapi yang saya pasti cengkerang umangumang itu saling tidak tumpah milik spesis siput atau kerang.

Harapnya tiadalah sahabat-sahabat ku menjadi umang-umang atau tidaklah pula aku menjadi umang-umang kepada sahabat-sahabat ku. Rehlah tarbawi mengajar erti pengukuhan dalam bersahabat biar pun tiada modul khusus yang lakukan. hanya melalui rehlah dan mukhayyam, persahabatan kian erat dan ukhuwwah kian bersemadi. Apa lagi jika rehlah itu lengkap dengan agenda tarbawi yang baik dan dibimbing pula oleh sang murabbi yang hebat dan berkat.



Rehlah tarbawi sangatlah baik dilakukan di semua peringkat pemuda. Sesekali kita keluar dari ruang pejabat kita, jauh ke tengah pulau yang tiada line telefon untuk dihambat oleh wartawan, tiada pula boat yang menanti untuk beralasan lari meninggalkan tapak rehlah. Kita sesama kita, hadapi segala pancaroba dan tempuhi bersama suka duka biarpun 2 atau 3 hari namun ia satu simbolik untuk kekal persahabatan kita tanpa khianat bagi tempoh rehlah kedua menyusul pula akan datang.

Sungguh indah hari-hari yang dilalui dengan ketenangan. Kemudiannya ia menjadi modal dan energy baru untuk turun semula ke medan berdepan dengan musuh-musuh Islam, lalu menjulang panji perjuangan. - Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi

KUBUR DIPENUHI PERISTIWA CEMAS DAN MENGINSAFKAN

Mereka yang meziarahi orang sakit dianjur mendoakan untuk kesembuhan orang yang dilawati. Begitu juga orang yang sakit itu hendaklah mohon doa kepada Allah SWT untuk kesembuhan dirinya. Hendaklah bertawakal kepada Allah SWT yang mendatangkan pelbagai ubat ke dunia ini, untuk penawar menyembuh penyakit. Nabi SAW memberitahu; "Setiap penyakit ada ubatnya, kecuali mati".

Antara hak sesama Muslim ialah apabila di kalangan mereka mati, hendaklah iringi jenazah ke kubur bagi persemadiannya. Setelah sembahyang maiyit (jenazah) hendaklah bersama iring jenazah hingga ke perkuburan. Selain daripada tanggungjawab kemasyarakatan Islam, ia juga banyak pengajaran yang diperolehi jiwa, terutama ketika jenazah dimasukkan ke liang lahad di kambus tanah, untuk bersemadi sendirian buat selamanya.

Akan tercetus rasa pilu dan insaf di hati melihat linangan air mata kaum keluarganya, sedih mengiringi sebuah perjalanan terakhir seorang hamba Allah. Pengalaman tersebut akan menginsafkan hati, mengingatkan diri kepada kekuasaan Tuhan serta ingat hari akhirat.

Menyaksikan mayat orang baik atau sebaliknya semuanya dikambus dalam tanah, akan menyedarkan bahawa dirinya sama ada cepat atau lambat akan ke sana juga.

Islam mengajar kita agar berdoa setiap kali lalu berhampiran tanah perkuburan dengan mengucapkan:

"Salam sejahtera terhadap ahli kubur sekalian, sesungguhnya kami insya-Allah bakal mengikuti jejak kalian juga".

Ucapan doa terhadap penghuni kubur serta mengingati bagaimana jenazah disemadikan di liang lahad, banyak manfaat yang diperolehi jika kita iring jenazah.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Sesiapa yang iring jenazah ke tanah perkuburan baginya pahala satu qirot, jika tunggu sejenak hingga mayat selesai disemadikan, untuknya akan diberi pahala dua qirot. Adapun qirot itu ukuran pahala yang sama besar dengan bukit Uhud".

Hadis Nabi SAW itu memberi perangsang kepada umat Islam agar mengiringi jenazah ke perkuburan setiap ada kematian. Sekecil manapun pahala amat berharga di akhirat kelak. Apatah lagi jika pahala itu sebesar bukit Uhud yang dianugerahi oleh Allah SWT hanya kerana iring jenazah. Jika tidak berselera juga maka habis ikhtiar dari sudut agama.

Sebahagian daripada tanggungjawab orang Islam ialah ziarah kubur, tidak kira sama ada kubur orang dikenali atau tidak asalkan dia orang Islam.

Ada tiga tujuan ziarah kubur :

Pertama, ialah untuk mendoakan kesejahteraan, kerana ahli kubur amat mengharap bantuan doa orang yang hidup, sebagaimana • orang lemas di lautan memerlukan pertolongan orang di daratan.

Kedua, mengambil iktibar daripada kematiannya sama ada insan salih atau sebaliknya, ketika hidup dapat bertemu dengannya. Setelah manusia mati tidak diketahui apa kedudukan nasibnya di akhirat, sekiranya tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT;

Dan ketiga, untuk melembutkan hati dengan mengingati mati (zikrul maut), tidak menyerap nasihat agama ke hati yang keras.

Amat malang jika dibala Tuhan dengan hati keras. Kerana hati yang mati itu lebih keras daripada batu pejal, sedangkan batu boleh lekok dengan titisan air yang berterusan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Aku tidak pernah melihat satu pandangan yang mencemaskan kecuali kubur amat menginsafkan".

Permukaannya dikenali dengan kubur tempat jenazah di semadikan, tetapi alam persemadian itu dikenali dengan "alam barzakh". Terlalu banyak peristiwa dan tragedi mengerikan di dalam kubur, hanya dapat dilihat dan difahami dengan pandangan mata hati yang beriman.

Kubur meskipun pada permukaannya kelihatan damai dan hening, namun alam barzakh penuh pelbagai situasi nikmat bagai halaman syurga, atau azab sengsara bagai terowong daripada neraka.

Nabi SAW melihat kubur sebagai alam barzakh yang nyata, penuh pelbagai peristiwa cemas menginsafkan, dengan rintihan jiwa sengsara, balasan pelbagai kemaksiatan yang dilakukan. Panorama itu daripada pandangan seorang utusan Allah SWT, yang jarang ada pada manusia lain, kecuali insan beriman dan berilmu.

Hatim Al Ashom berkata yang bermaksud : "Sesiapa yang lalu di pinggir perkuburan, dalam situasi tidak terdetik suatupun dalam fikirannya serta tidak mendoakan ahli kubur, orang itu telah khianat terhadap seluruh ahli kubur tersebut dan khianat terhadap diri sendiri".

Ertinya, apabila terlihat kubur; hendaklah hati terasa sesuatu mengenai nasib yang bakal dihadapi setelah mati kelak, adakah seperti di halaman syurga atau bagai berada di terowong neraka yang dahsyat. Sekurang kurangnya terkenang beberapa perkara yang boleh mendatangkan keinsafan di hati, kerana kubur mengikut Nabi SAW. adalah suatu alam yang amat cemas dan menginsafkan.

Terhadap ahli kubur terdiri dari sahabat handai se-Islam, mereka sedang menanti jasa baik dari yang hidup berbentuk doa. Doa yang afdal ketika menziarah kubur, ialah mohon agar Allah SWT ampuni dosanya. Minta diganti dosa maksiatnya dengan pahala kebajikan, mohon hindarkan daripada api neraka dan masukkan ke dalam syurga. - Tarbawi

POLITIK HAJI DAN HIJRAH,,TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG

     Email Print

Para jamaah haji yang baru pulang, masih tersemat dalam ingatan mereka laungan talbiyah yang berkumandang di tanah suci, bermaksud, "Ya Tuhanku! Ya Tuhanku! Tiada sekutu bagimu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan menjadi milikmu". Diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada sesiapa yang memakai pakaian ihram untuk haji dan umrah, menggantikan ucapan syirik oleh kaum jahiliyyah yang menunaikan haji sebelum menganut Islam.
Lafaz bagi menyahut seruan Nabi Ibrahim A.S, sebutan bahasa Al Quran Ibrahim atau Abraham mengikut sebutan penganut agama lain. Ibrahim diberi penghormatan kerana perjuangannya mengajak Maharaja Namrud dan rakyat kepada ajaran yang benar daripada Allah iaitu Islam sehinggalah beliau dihalau. Perjuangan ini di sambung oleh para Rasul di kalangan Bani Israel dan Rasul akhir zaman Muhammad S.A.W menunjukkan bahawa perjuangan Islam yang sempurna tidak memisahkan politik daripada agama. Sabda Rasulullah S.A.W, "Pemimpin politik Bani Israel ialah para Anbiya". (Riwayat Al Bukhari). Menunjukkan juga bahawa amalan syirik bukan sahaja berlaku dalam perkara ibadat, bahkan berlaku dalam cara hidup yang melibatkan amalan politik.
Musim haji menjadi salah satu medan perjuangan Rasulullah S.A.W untuk berdakwah. Setelah para pemimpin musyrikin Makkah menolak Islam dan tawaran menegakkan negara yang adil untuk semua dan Rasulullah S.A.W juga menolak tawaran mereka untuk melantiknya menjadi raja atau pemimpin serta tawaran harta kekayaan yang melimpah ruah. Diikuti dengan penentangan secara kekerasan terhadap Rasulullah S.A.W dan orang-orang yang mengikutnya di Makkah. Para sahabat yang beriman diperintah bersabar menghadapi kezaliman, walaupun ada yang mati dibunuh.
Akhirnya Rasulullah S.A.W berkempen kepada pemimpin kabilah Arab yang berpengaruh supaya menerima Islam dan mengizinkan Islam ditegakkan dalam masyarakat dan negara. Allah berjanji bahawa kemenangan pada akhirnya kepada Islam. Firman Allah Taala maksudnya, "Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka para pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (memerintah bumi)". (Al Qasas:5).
Kedatangan pemimpin kabilah Arab di musim haji dijadikan kesempatan mengajak mereka kepada Islam dan tawaran kemenangan daripada Allah. Rasulullah S.A.W ditemani oleh sahabatnya yang setia, Abu Bakar R.A memulakan pertemuan dengan pemimpin Bani ‘Amir yang ramai pengikut. Rasulullah S.A.W mengajak mereka kepada Islam dan menerima supaya negeri mereka menjadi tempat berlindung bagi menegakkan Islam dan Allah menjanjikan kemenangan.
Apabila mereka mendengar janji kemenangan daripada Allah, mereka bertanya, "Apakah janji habuan harta dan kedudukan yang hendak diberi kepada kami apabila kemenangan dicapai, adakah kami akan menjadi ketua selepas kamu?
Rasulullah S.A.W menjawab, "Akan diberi kepada kamu mengikut kehendak Allah, kerana Allah yang memiliki kerajaan, diberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya".
Pemimpin Bani ‘Amir berkata, "Kalau itulah jawapannya, maka kami tidak bersedia, kerana janji begini hanya menempah kesusahan sahaja".
Rasulullah S.A.W meninggalkan khemah Bani ‘Amir dengan rasa sedih, kemudian mengunjungi khemah pemimpin Bani Syaiban. Apabila mengajak kepada Islam dan tawaran janji kemenangan daripada Allah, pemimpin Bani Syaiban bertanya, “Terangkan kepada kami, apa dia Islam?
Apabila Rasulullah S.A.W menerangkan makna Islam dan membaca beberapa ayat-ayat Al Quran, pemimpin Bani Syaiban berkata, "Ini bukan ucapan penduduk bumi, apa yang dinyatakan ini benar tetapi cabarannya besar kerana ditentang oleh musuh dari seluruh pelosok dunia. Kalau berdepan dengan kabilah-kabilah Arab kami bersedia, tetapi menghadapi Parsi (kuasa besar dunia) yang bersempadan dengan kami sangat berat, kami tidak mampu". Seterusnya mereka berjanji untuk berfikir dahulu.  Rasulullah S.A.W memberitahu bahawa untuk bersama dengan Islam sekarang mestilah bersedia menghadapi cabaran daripada segenap penjuru dan mempersilakan mereka datang apabila mendengar kemenangan Islam.
Akhirnya Rasulullah S.A.W menemui rombongan kabilah Aus dan Khazraj, penduduk Yathrib (nama asal Madinah) yang bermasyarakat majmuk dengan kaum Yahudi (Ahli Kitab) yang menceritakan berita kelahiran Nabi akhir zaman yang di nanti-nanti. Apabila pemimpin Aus dan Khazraj ditemui oleh Rasulullah S.A.W, mereka terus menganut Islam dan mengadakan Bai’ah (perjanjian setia) menyerahkan diri, harta dan tanah air mereka menjadi tempat hijrah. Maka berlakulah peristiwa hijrah yang terkenal.
Ketika bersedia untuk berhijrah Rasulullah S.A.W meminta menantunya Ali bin Abi Talib R.A menyerahkan barang-barang simpanan yang diamanahkan kepadanya oleh kalangan penduduk Makkah, (ahli sejarah ekonomi Islam menyatakan bahawa inilah muamalah Bank yang pertama dalam sejarah manusia). Rasulullah S.A.W selamat keluar daripada Makkah dengan menembusi kepungan musuh yang lengkap bersenjata untuk membunuhnya dengan pertolongan Allah secara mukjizat (luar biasa).
Dalam perjalanan hijrah itu Rasulullah S.A.W menggunakan pemandu, seorang bukan Islam yang tidak bermusuh dengannya bagi melalui jalan pintas yang tidak diketahui umum. Peristiwa ini menunjukkan ada kerjasama dengan bukan Islam yang bencikan kezaliman. Setelah berlakunya hijrah dengan sepenuhnya maka Rasulullah S.A.W telah mempersaudarakan kalangan penganut Islam yang berhijrah, mereka yang dikenali dengan Muhajirin dengan penduduk tempatan yang menganut Islam yang dikenali dengan Ansor.
Seterusnya menerima kehadiran masyarakat majmuk bersama kalangan bukan Islam daripada kaum Yahudi, kaum Arab musyrikin dan diikuti oleh penganut kristian yang tinggal di Najran. Satu perjanjian dimaterai, dikenali dengan Sahifah Madinah (Piagam Madinah). Yathrib ditukar nama kepada Madinah (Bandar).
Projek pertama ialah mendirikan sebuah masjid, tempat berhimpun untuk beribadat, mendengar khutbah sekurang-kurangnya sekali seminggu, majlis ilmu, pusat arahan pentadbiran, mahkamah dan menerima rombongan daripada luar, termasuk daripada kalangan bukan Islam. Projek kedua ialah pasar Madinah yang menjadi pusat perdagangan bagi seluruh rakyat semua kaum. Maka lahirlah sebuah negara dan masyarakat madani, mengambil sempena perkataan Madinah yang bererti bandar atau perkataan Tamadun yang bermaksud keadaan masyarakat manusia yang berkembang kemajuan pemikiran dan kebendaan melalui ilmu, politik, ekonomi dan Islam pula menambahnya dengan akhlak yang berteraskan iman.
Islam telah memperkasakan manusia dengan iman dan ilmu, bukan sahaja menerima manusia yang menganut Islam tanpa paksaan, dalam masa yang sama menerima ilmu akal dan pengalaman daripada pelbagai kaum dengan membawa konsep tiada pemisahan di antara perkara dunia dan akhirat, kerana dunia adalah tempat manusia beramal untuk akhirat, samada beribadat atau memakmurkan dunia berpandukan syariat Allah.
Haji dan Hijrah mencipta titik tolaknya amalan mengislamkan manusia dan negara yang menjadi mesej Rasulullah S.A.W, nabi akhir zaman yang menjadi Rasul ketika manusia seluruh dunia ditemukan dengan kemajuan perhubungan dan maklumat yang menemukan manusia seluruhnya dengan berbagai alat ciptaan yang canggih dengan meletakkan batas baik dan buruk, manfaat dan mudarat, adil dan zalim.
Firman Allah maksudnya, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat".(An Nisa’:58)
Di antara amanah yang paling besar dalam ajaran Islam ialah memilih pemimpin, sehingga para sahabat R.A bermesyuarat ketika wafatnya Rasulullah S.A.W dan menjadikannya lebih penting daripada menghadiri upacara mengkebumikan jasad Rasulullah S.A.W. Sebahagian besar para sahabat menghadiri mesyuarat dan hanya sedikit sahaja yang berada di tempat pengebumiannya.
Imam al-Ghazali menegaskan, ”Agama Islam adalah asas, pemerintahan (politik) adalah pengawas, tanpa asas menjadi runtuh dan tanpa pengawas menjadi sia-sia. Umat Islam menjadi lemah kerana lemah pegangan agamanya dan hukum Islam banyak yang menjadi sia-sia kerana politik dipisahkan daripada agama Islam atau Islam menjadi slogan tanpa kuasa  politik yang beramal dengan seluruh syariatnya".
Di zaman kelemahan umat Islam pula, sehingga tanah air dijajah, umat Islam dipecah dan diperintah, para ulama yang berkumpul di Makkah mengambil kesempatan musim haji mengajak jamaah haji yang datang daripada seluruh pelosok dunia supaya menentang penjajah di negeri masing-masing dan mendidik anak-anak mereka dengan ilmu Islam yang sempurna supaya Islam ditegakkan semula bagi meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W.
Beginilah hubungan haji dengan urusan umat, sehingga seorang pemikir orentalis menegaskan bahawa Islam tidak boleh dihapuskan selagi masih ada al-Quran dan Makkah.