Saturday, December 17

Fitnah Liwat 1998: Bagaimana Transkrip Ucapan Mahathir Bocor?


(Ini adalah transkrip ucapan Mahathir kepada beberapa orang ahli Freemason di dalam UMNO termasuk beberapa orang ahli Majlis Tertinggi iaitu Daim Zainudin, Sabaruddin Chik, Sanusi Junid, Ibrahim Ali, Mohamed Rahmat dan Rafidah Aziz. Turut hadir ialah Rahim Tambi Chik dan Ghaffar Baba. Tempat pertemuan ialah di Sri Perdana pada hari Khamis, 5 November 1998. Transkrip ini bocor menerusi saluran di Pejabat UMNO)

Nota: Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan dipenjarakan pada 14 April 1999.


"Saya nak memaklumkan kepada tuan-tuan yang hadir pada malam ini beberapa perkembangan yang berlaku di negara ini dan langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasinya.

Pertama tentang sokongan terhadap Anwar oleh orang-orang UMNO.

Daripada maklumat yang saya terima, banyak orang UMNO di peringkat cawangan semakin menunjukkan tanda-tanda memihak kepada Anwar.

Banyak kali saya dimaklumkan yang ketua-ketua cawangan yang menjadi ahli Pas. Mereka berkempen memburuk-burukan pemimpin-pemimpin UMNO. Setiap hari saya menerima laporan daripada UMNO Bahagian tentang isu ini.

Dalam hal ini saya ingin meminta kerjasama tuan-tuan supaya membendung perkara ini daripada terus berlaku. Kita kena faham dalam isu ini, ahli-ahli UMNO sebenarnya marah dengan pimpinan UMNO yang kononnya menurut pendapat mereka, pimpinan parti telah menganiaya Anwar. Sebab itu mereka marah.

Saya tak nafikan mereka ini penyokong Anwar sejak dulu lagi. Mereka keluar UMNO sebab mereka nak tunjuk protes. Dengan berbuat demikian mereka harap mereka dapat menyampaikan sesuatu signal kepada pucuk pimpinan parti. Kita kena faham mereka ini tak boleh bersuara cara lain.


Mereka kebanyakan bukan perwakilan ke perhimpunan agung UMNO. Jadi itulah sebabnya mereka lepaskan perasaan marah mereka dengan menganggotai PAS.

Saya fikir hal ini mudah kita atasi. Kita sejukkan hati mereka. Kita buatlah apa-apa muslihat supaya mereka ini dapat lepaskan geram dan marah mereka kepada UMNO dalam UMNO.

Sebelum ni kita larang mereka dengan alasan menentang parti. Sebab itu saya meminta supaya Ketua-Ketua UMNO peringkat bahagian kena ambil tanggungjawab ini.

Dengar mereka marah, sabarlah dengar dengan protes mereka. Kalu mereka boleh bersuara nanti lembutlah sikit. Kemudian kita tabur janji pada mereka nak sampaikan kepada pucuk pimpinan parti bila ada kesempatan. Saya ingat mereka cepat sejuk cara macam ni.

Jangan kita takut-takutkan mereka dengan ancaman atau tindakan disiplin parti sebab lawan Presiden. Sebab itu saya tak setuju dengan keputusan Jawatan Kuasa Disipln UMNO yang diketuai oleh Datuk Najib dan Datuk Abdullah dalam isu tindakan yang dikenakan kepada ahli-ahli UMNO yang diberi surat tunjuk sebab kerana ini akan menjadikan UMNO parti yang tak disayangi oleh ahli-ahli. Nanti mereka sabotaj UMNO.

Saya mahu keputusan itu ditangguhkan supaya mereka itu ada reserve terhadap UMNO. Kalau kita pecat mereka, mereka akan masuk parti lawan. Nanti pengikut-pengikut mereka pun akan turut masuk parti lawan. Susahlah kita nak hadapi pilihanraya.

Isu kedua tentang bagaimana kita nak hadapi orang UMNO yang terus memberi sokongan kepada Anwar. Saya fikir soal ini masih belum dapat kita cari penyelesaian yang sebaik-baiknya.

Dulu kita arahkan jentera parti supaya berkempen hentam Anwar. Kita kata macam-macam tentang keburukan Anwar. Ada banyak yang kita tambah pun. Nampaknya dari laporan yang saya terima strategi tu tak begitu berkesan.

Mungkin kerana bila kita hentam orang jadi simpati pada Anwar. Orang Melayu ni mudah simpati, itu kita mesti ingat. Dulu kita tak teliti soal ini sebab tiba-tiba saja Anwar tak nak letak jawatan. Sebab tu saya akuilah bahawa saya bertindak pada masa tu lebih banyak ikut emosi.

Geram tenguk kepala batu tu. Jenis tak takut bila kita gertak. Saya nak supaya round kedua ni kita lebih diplomatik sikit. Kita kata Anwar memang pemimpin yang banyak berjasa.


Dia buat Bank Islam, Universiti Islam, Insuran Islam dan banyak projek Islam lain. Itu kita kena akuilah. Tapi Anwar ni guna Islam untuk dapat pengaruh politik. Yang sebenarnya dalam diri dia masih banyak yang tak betul.

Maksiat, zina, liwat ni jadi perkara biasa yang selama ini berjaya disembunyikan. Tapi jangan ceritalah macam mana dia sodomise Munawar, Sukma dan lain-lain tu. Orang susah nak caya. Sebab nanti orang tanya balik, kita tenguk ke? Guna diplomasi sikit.

Tun Ghaffar dan Rahim kena buat strategi lain. Yang kita bincang dulu nampak gaya tak boleh pakai la ni. Perkara ketiga soal maklumat. Saya dah terima laporan Jawatankuasa Politik MTEN tentang pengaruh Internet menyibarkan berita anti-kerajaan.

Ramai sungguh yang dah kemaruk Internet la ni. Dua minggu lalu, net surfers yang melawat Home page penyokong Anwar nak sampai 10 juta. Saya terkejut dengar laporan tu. Tapi melihat kepada media massa kita, saya fikir para penyokong Anwar akan terus melawat home page itu.

Sebab tu saya dah arahkan semua ketua pengarang akhbar supaya beri ruang sikit kepada berita sebenak tentang Anwar.

Sebelum ni kita arahkan supaya twist the story. Kalau laporan mahkamah tu biak pi lah bubuhberita yang agak pro Anwar. I don't mind sebab orang Melayu tak minat baca prosiding mahkamah yang teknikal. Yang sensasi saja yang depa suka.

Kalau tidak nanti orang tak baca surat khabar untuk tau cerita mahkamah. Depa baca Internet pula. Lagi sakit kita bila Internet lebih mereka percaya.

Pengarang-pengarah akhbar juga komplain tentang circulation yang makin menurun. Saya kata, sabarlah kita tengah berjuang. Kalau apa-apa yang buruk berlaku seperti kerugian besar sebab tak boleh cover cost, jangan sampai buang pekerja. Nanti rakyat lebih marah kepada kerajaan. Tak apalah nanti kita cari jalan macam mana nak bantu surat khabar.

Untuk makluman tuan-tuan, jualan Utusan merosot ada ketikanya sampai 40%. Jualan Berita Harian dan NST merosot 25%. Ini tak pernah berlaku sebelum ni. Dalam kegawatan ekonomi sekarang, teruk lagilah kewangan syarikat ini.

Star agak naik sikit sebab dia lebih berani.Sebab tu ZAM (Zainuddin Maidin - Utusan Malaysia) dan Kadir (A Kadir Jasin - NSTP) komplain bagaimana kita tak ambil tindakan terhadap Star yang guna advantage nampak kadang-kadang tak begitu pro-kerajaan.

Saya harap dalam soal ni, Tun Daim dan Tuk Mat main peranan lebih sikit. Bantu suratkhabar yang ada masalah kewangan. Kata pada semua editors, kurang circulation tak apalah. Nanti kita tanggung sikit. Tapi masej mesti terus macam yang diarahkan dulu.

Keempat, dan barangkali perkara terakhir sebelum tuan-tuan mengemukakan apa-apa pandangan, ialah tentang prosiding di mahkamah. Siang tadi, court telah buat keputusan supaya surat Said Awang kepada saya dikemukakan ke mahkamah. Saya dah bincang dengan IGP dan AG supaya surat itu direlease.

Kalau tidak nanti orang kata kerajaan macam-macam. Susah kita nak jawab. Surat itu penting sebab cerita tentang konspirasi nak jatuhkan Anwar. Tak apa nanti saya cover. Tun Daim tak perlu takutlah. Your name will not be tarnished. I know what to do.

Dalam surat khabar Internet, AFP dah buat report tentang surat tu. I am sure others will follow. Sekarang ni pun kita kena lebih bijak bila menjawab laporan akhbar terutama sekali kalau ditemuramah oleh media asing. Mereka tu tak terikat denganmana-mana dasar kita. Soalan dia pun banyak yang critical tak macam local journalists (ketawa) too straight forward and coward.


Kena faham baik-baik apa yang mereka nak kita buat kesalahan. Media asing memang akan hentam UMNO, mereka nak lanyak kerajaan.

Itu agenda mereka. Jadi kita kena faham betul-betul. Jangan kita masuk perangkap mereka. Nanti kalu susah kita. Sebab dunia tengah perhati kita. Apa yang terjadi dalam court dalam kes Anwar ni penting untuk masa depan pelaburan asing di sini.

Saya juga agak terkejut bila Alvin Toffler hentam saya dalam Los Angeles Times. Saya dapat laporan tulisan dia tu jugak disiar di banyak negara Arab.

Duta kita ke Saudi beri laporan tulisan itu terbit dalam Saudi Gazette pada 3 November. Ini susah sikit sebab Toffler ni penasihat MSC. Kalau penasihat dah kata jangan melabur di Malaysia, apa nak jadi. Saya ingat saya nak protes, nak tulis dalam akhbar yang sama jawab Toffler.

Tapi Tun Daim kata jangan sebab nanti orang lebih concern tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia. Kalau ada yang mereka tak setuju, tentang prosiding mahkamah, polis atau ISA, nanti mereka pull out. Susah kita nanti.

Sebab itu saya nak beberapa orang menteri kanan pergi sendiri ke Amerika, Britain, Jepun, Australia, Perancis untuk jelaskan isu Anwar. Kata pada mereka, kita mesti tunggu posiding mahkamah selesai sebelum buat keputusan. Kalu mereka masih tidak mahu melabur di Malaysia,

Kita kena berijaminan yang lebih kebebasan maklumat dalam Internet sebagaimana yang termaktub dalam cyberlaws jika mereka anggotai MSC. Sebab itu dalam kes Anwar ni kita tak boleh monitor Internet.

Sebenarnya kita monitor juga untuk tahu apa yang tersebar. Kita dah luluskan peruntukan RM20 juta untuk cover tentang isu Anwar menerusi Internet. Tapi kita tak boleh switch off terus. Kalau kita buat macam tu, mampuh MSC. Saya nak jelaskan di sini bahawa kita komited dengan MSC. Kita dah belanja berbilion untuk MSC.

Jabatan Perdana Menteri pun dah kita rancang beroperasi dalam kawasan MSC. Kalau tak silap saya, perancangan hingga tahun 2005 melibatkan RM35 bilion untuk pembangunan MSC. Banyak dah kita belanja.

Sebab itu MSC kena berjaya dan saya tak mahu isu Anwar ini, well I have to admit that I have done some fundamental mistakes, menyebabkan MSC tergendala. I hope the message is clear.

pas pelik sekarang,,kata nasha mat isa,,pas pelik ke atau kamu yang tak reti bahasa


KUALA LUMPUR, — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa membidas golongan tertentu dalam PAS, yang menurutnya “pelik” dan mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya umum ke-13.
Nasharudin yang turut dinamakan sebagai antara calon yang akan digugurkan berkata, beliau hairan dengan perkembangan terkini dalam PAS.
Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga disebut-sebut akan digugurkan tetapi dinafikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad lalu atas alasan pemilihan calon belum dimuktamadkan.
“Saya ada hubungi Dr Hasan dan menyatakan sokongan kepadanya. Saya pelik bila tengok ada pihak mendakwa beliau dan saya akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum.
“Mengikut amalan PAS, biasanya presiden yang umumkan siapa bertanding di mana. Tapi tiba-tiba ada pula individu peringkat bawah yang membuat kenyataan,” katanya dipetik Berita Harian.
Ia dilihat kenyataan media terbuka mengenai PAS sejak tewas mempertahankan kerusinya Jun lalu.
Nasharudin (gambar) turut mempersoalkan kenyataan pihak berkenaan bahawa pemilihan calon PAS berdasarkan pencalonan daripada kawasan sedangkan parti itu mempunyai beberapa Ahli Parlimen yang diimport dari luar kawasan.
Sebagai contoh katanya, PAS membenarkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti itu di kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 sebelum menjadi wakil rakyat Bebas.
Beliau juga merupakan calon luar tanding di Kelantan.
“Saya tak fikir banyak cawangan PAS di Pasir Mas mencalonkan beliau tetapi apabila pucuk pimpinan memberi lampu hijau, jentera bekerja untuk memastikan kemenangan parti.
“Sama juga apabila saya mendapat arahan presiden untuk bertanding di Yan pada 1999, Besut pada 2004 dan Bachok pada 2008,” katanya lagi.
Tambah beliau, PAS mempunyai proses saringan menyeluruh dalam memilih dan mengesahkan calon.
“Senarainya perlu melalui Biro Politik, Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura sebelum kata putus presiden,” katanya lagi.
Nasharudin juga menegaskan beliau berpegang kepada pendirian untuk menyerahkan soal bertanding atau digugurkan kepada pucuk pimpinan parti.
Katanya, masalah dalam PAS sekarang terlalu ramai orang yang hendak bercakap.
“Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS.
“Dulu banyak pihak, terutama rakan media kata cukup susah nak dapatkan maklumat mengenai PAS sebab yang bercakap biasanya cuma presiden atau setiausaha agung,” katanya lagi.

He's a 'pain in the ass'

'


Kata Hassan Ali, pemimpin PAS harus berlapang dada dan berjiwa besar. Setuju!!

In fact.... banyak dalam PAS yang ada kualiti yang kelas macam tu tapi mereka tak pulak menjadi 'a pain in the ass' pada parti. Itu bahasa omputihnya.

Bahasa kiasan Melayunyer... duri dalam daging. Duri yang menyakitkan daging. 'Toxic' yang memudaratkan PAS dan menjejaskan strategi untuk menumbangkan UMNO!!

Kita kena aware dengan elemen-elemen negatif ini. Mati kutu-kan mereka jika kita nak tengok UMNO terkubor.

Hasan Ali: ‘Pemimpin PAS harus berlapang dada dan berjiwa besar’
December 16, 2011
KUALA LUMPUR, 16 Dis — Datuk Dr Hasan Ali sambil menafikan penglibatan Umno berhubung segala isu melibatkan diri beliau yang kini menjadi polemik di kalangan pemimpin utama PAS, mahu parti itu “berlapang dada dan berjiwa besar.”
Sehubungan itu, bekas pesuruhjaya PAS Selangor ini menasihatkan pemimpin-pemimpin partinya berhenti membuat tohmahan sedemikian dan jangan berfikiran tertutup.
“Janganlah berfikiran tertutup dan simplistik sehingga segala-galanya dijuruskan kepada agenda Umno tanpa memberikan bukti,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Hasan mengeluarkan reaksi itu ekoran kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam yang menyifatkan Hasan dan bekas timbalan presiden parti itu Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan parti Islam itu.
Juga semalam, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Hasan boleh keluar PAS dan menyertai Umno jika beliau mahu.
Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasharudin bertindak tidak wajar sebagai pemimpin parti.
“Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS.
“Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti,” kata beliau.
Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno.
Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras.
Nasharudin dalam kenyataan terbaru kepada Berita Harianberhubung isu calon pilihan raya mendakwa PAS semakin pelik sejak kebelakangan ini.
Hasan juga berkata kenyataan dan pendirian pemimpin-pemimpin PAS bukan satu masalah kepadanya, sebaliknya menjadikan beliau lebih kental untuk terus berjuang atas nama Islam dan Melayu.
Hasan juga berkata, pemimpin-pemimpin PAS harus berlapang dada dan berjiwa besar menghormati pandangan serta pendapat sesama pemimpin demi kelangsungan perjuangan parti.
“Saya tetap setia dan akan terus setia kepada dasar perjuangan parti sebagai harakah Islamiah dan bukan parti politik semata-mata,” katanya lagi.-MI

lantak engkau la lim



Kalau dapat jadi calon dan tanding dalam pilihan raya, lepas tu menang pulak, dapat ler jadi YB. Uuuuu... syok tu!! Glamour you...

Tapi apakah itu yang dikatakan perjuangan?? Apakah seseorang tu hanya boleh berjuang hanya sekiranya dapat jadi YB@Wakil Rakyat??

Kalau itulah nawaitu mereka... maka alignment mereka terhadap perjuangan jauh lari dari landasannya. Sempit betul mentaliti mereka. Mengapa mesti jumudkan erti perjuangan??

Tapi, apa nak kata... kita manusia yang rambutnya sama hitam tapi hati dan cita-cita tak sama. Ada orang berjuang dengan harapan nak dapat recognition. Ada orang berjuang sambil-sambil tu, mengharapkan sesuatu habuan. Ada orang berjuang betoi-betoi untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Bagaimana dengan katak tua Lim Boon Chang dari PKR ini??

Oooopss!! Ex-PKR. Dari Gerakan... lompat ke MCA, then lompak pulak ke PKR... akhirnya lompat semula masuk Gerakan. Bila melompat jer.... ada saja alasan yang diberikannya. Mampuih pi.... Malas aku nak ambik pot dengan alasan yang diberikannya. Tak suka ler orang yang banyak sangat beralasan ni.

Tapi... kalau betul ler dia lompat balik ke dalam Gerakan kerana kecewa tak tersenarai sebagai calon seperti yang dilaporkan di sini, maka katakan kepadanya... Pergi mati la sama lu!!

Macam ini nak jadi pemimpin?? Ini bukan pemimpin.... ini pengemis politik!! Pengemis oportunis!!

Hahahaha.... Mampuih pi kat dia!!

tak suprise pun,,tak terkejut pun



Tak terkejut pun apabila Harun Taib backing Hassan Ali. Sebab... mereka 'serupa' tapi tak sama.

Sorang ulama manakala sorang lagi professional. Sorang... dari Terengganu, sorang dari Selangor.

Aha... tapi cer teka?? Mengapa mereka 'serupa'??? Apa persamaan mereka??

Now, PAS ulamas voice support for Hasan Ali

The PAS ulama council has thrown its weight behind Selangor exco member Hasan Ali, despite talk that he may be dropped as an election candidate.

The council's chief Harun Taib told Umno-owned Utusan Malaysiathat there is no reason not to include Hasan, “who is a good and committed leader”, in the candidate's list for the upcoming general election.

“PAS and Harun will always need each other, meaning that PAS still needs him and he still needs PAS,” the daily reported today.

He also denied speculations that Hasan would not be fielded in the polls, as that decision is yet to be made by the party leadership.

"All these are incorrect (allegations), since when was he dropped?

"Now, we have yet to decide on the placement on our candidates.

"There is no reason for us to drop him,” said Harun 

The paper also reported that PAS Youth had previously expressed support for the embattled exco member for Islamic affairs.

Last week, Selangor PAS information chief Saari Sungib toldMalaysiakini that Hasan did not receive enough nominations to defend his state legislative assembly seat in Gombak Setia.

Hasan also came under fire from party vice-president Mahfuz Omar and secretary-general Mustafa Ali yesterday, after he said he was prepared to accept an invitation from Najib to discuss the issue of uniting Malays and Muslim, including PAS and Umno.-Mkini

kepada siapa hala muncung senjata mu?-tuan ibrahim tuan man

 

 
 
Print
Peperangan bukan sahaja mengadu kekuatan pasukan berhadapan dengan musuh, tetapi apa yang lebih penting ialah musuh perlu dikalahkan dengan apa cara sekalipun. Di zaman kuno, sebaik-baik peperangan ialah peperangan yang dimenangi tanpa menggunakan seorang askar pun – taktik minda, tulisan sebenarnya
jauh lebih tajam daripada pedang mahupun keris.

Keupayaan mengalahkan musuh melalui senjata mereka atau mengelirukan mereka merupakan kaedah terbaik, sehingga musuh sudah lagi dapat membezakan siapa sahabat dan siapakah musuh dan akhirnya membenamkan diri sendiri.
Strategi mengelirukan ini  menyebabkan musuh akan menembak kawan mereka sendiri bahkan tidak mustahil ia sanggup menghalakan mungcung senjata kepada diri sendiri; terutama bilamana wujud kekeliruan luar biasa dalam diri. Inilah yang menyebabkan berlaku bunuh diri disebabkan wujudnya desakan dalaman agar menamatkan musuh yang sentiasa membisikkan dalam diri sendiri.
“Bunuh dia, agar kamu lepas dari bebanan ini” - lalu ia akan bertindak bukan membunuh musuh sebenarnya, kerana musuh itu tidak akan mati, tetapi ia bunuh dirinya.
Dalam detik perjuangan yang semakin genting, harus diingatkan musuh akan melakukan pelbagai cara untuk menimbulkan suasana huru hara dan konflik dalaman pasukan musuh, sehingga mereka sanggup menghalakan senjata kepada kawan sendiri. Teknik ini seringkali diguna oleh pelbagai agen sehingga berlaku pertembungan dalam pasukan.

Untuk berhadapan dengan konflik ini, setiap kita mesti menyedari plot sesuatu perkara, kerana modus operandi mereka hampir sama. Apa yang paling malang, bilamana wujudnya pengaruh besar dalam diri (senangnya ‘ego diri’) sehingga mereka sangat yakin bahawa tindakan mereka itu adalah betul dan semua tindakan yang lain adalah salah. Kekeliruan luarbiasa ini berlaku sehingga apa jua yang dinyatakan terus ditolak dan dianggap mengarut.
Hal ini terjadi adalah disebabkan kelewatan mengenali punca berlakunya konflik dalaman atau sikap membiarkan konflik tersebut tanpa mengambil sebarang usaha mengatasinya. Lebih malang apabila konflik yang sepatutnya dicari jalan penyelesaian baik, diurus dengan emosi amaran dan provokasi melampau, seolah-olah tiada jalan keluar melainkan dengan perisytiharan konfrantasi terbuka.
Rakan-rakan yang dikelirukan dan terkeliru dan dirumitkan keadaan kerana ego mereka yang tinggi, kadang-kadang diperlukan satu genjatan tajam untuk menyedarkan mereka bahawa mereka terperangkap dalam agenda musuh.
Persoalan utama ialah apakah muncung senjata itu dihadapkan kepada musuh, bukan kepada rakan sepasukan apatah lagi kepada diri sendiri. Perjuangan ini jauh dan mempunyai banyak halangan sebagaimana dinyatakan oleh Allah. Kalau ia jauh, tentu dengan kemampuan diri tidak akan mampu melainkan perlunya kesinambungan perjuangan oleh barisan pelapis yang baru.
Barisan pelapis ini akan tetap ada  dalam sejarah perjuangan Islam ini, namun bukan bermakna kita tidak perlu mempedulikan apa yang ada, kerana mata rantai perjuangan perlu bersambung, bukan terputus sehingga perlu diikat kembali. Demikian juga mehnah dalam perjuangan Islam ini datang dalam pelbagai bentuk, terkadang bukan untuk menguji orang yang berhadapan dengan mehnah itu, tetapi untuk melihat sejauh mana kita berusaha membantu rakan yang ditimpa mehnah itu.
Di sinilah, lahirnya nikmat persaudaraan dalam perjuangan Islam. Dalam perjuangan yang sengit ini, tiada sepatutnya wujud individu yang boleh memeras ugut jamaah ataupun merasakan dirinya ‘tinggi’ sehingga tidak boleh ditegur. Bak kata Inggeris, “No one is indespensible”. Bila mana kita berada dalam jamaah, kita mesti sedar bahawa pandangan jamaah lebih baik dari pandangan peribadi, apatah lagi menganggap jamaah tidak memelihara perjuangan Islam, atau lari dari prinsip Islam. Semoga Allah memelihara perjuangan ini dan memberi kesabaran di atas mehnah sedikit ini. Amin.

Tuan Ibrahim Tuan ManKetua Penerangan PAS Pusat

ketuanan islam tolak ketuanan bangsa

 

WRITTEN BY AKADEMI TARBIYAH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT Category: Isu Ummah
Print
Ketuanan sesebuah bangsa, ketuanan sesebuah kaum sejak dahulu lagi pernah dipelopori oleh tokoh-tokoh yang ekstrem, fanatik (ta’assub), liar dan tidak bertamadun. Ta’assub kebangsaan, ta’assub ketuanan merupakan satu penyelewengan juga bida’ah yang wajib ditolak dan dibetulkan kembali oleh setiap Muslimin di zaman ini. Jika kita menganggap dirinya mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsa, manakala orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak memiliki silsilah bangsa sepertinya, maka itu adalah kepercayaan yang batil dan menyanggahi asolah Islam. Samalah kiranya dakwaan bangsa itu seperti Yahudi yang menganggap mereka sebagai ‘bangsa terpilih’ (chosen race), tuan kepada bangsa-bangsa yang lain.
Di Amerika Syarikat, pernah berlaku konflik antara kaum yang berpunca dari penubuhan Ku Klux Klan. Ku Klux Klan ialah kumpulan ultra kanan bermazhab Protestan, memperjuangkan ketuanan bangsa kulit putih. Kewujudannya dikesan seawal tahun 1865, iaitu pada 24 Disember. Kewujudan mereka adalah untuk mengembalikan ketuanan bangsa kulit putih yang dianggap oleh mereka sebagai ras yang terbaik, ras yang sepatutnya diberi keistimewaan berbanding bangsa lain. Mereka mendirikan organisasi tersebut dengan maksud untuk berjuang memberantas kaum kulit hitam dan penganut Katholik Rom. Bahkan, kelompok ini juga menyerang warga kulit putih yang dianggap sebagai pelindung kulit hitam.
Aksi Ku Klux Klan memuncak pada dasawarsa 1950-1960-an yang akhirnya memunculkan kelompok perlawanan dari kalangan kulit hitam Amerika dan tokoh tokoh yang menyerukan persamaan hak dan anti rasisme seperti Malcolm X dan Martin Luther King. Ku Klux Klan memulaukan seluruh bangsa kulit hitam dan mengagungkan bangsa kulit putih yang dianggapnya sebagai bangsa Tuhan di negara Amerika. Berikut adalah apa yang pernah disebut oleh Matt Hale, pendeta besar gereja Rom (Pontifex Maximus) keta’asubannya terhadap perkauman;
We need a religion, which exalts our own people and our own people alone.  So we need to recognize this and do away with the idea that all men are created equal and idiotic notions of that kind. What we believe in doing is ending all aid to all non-white races. We believe that without this aid the non-white races would very quickly shrink their own numbers. They could not feed themselves… We believe that a perfect world is much more possible by having only white people, white racial comrades
"Kita memerlukan agama yang meninggikan rakyat kita dan hanya rakyat kita sendiri. Maka, kita perlu mengakui hal ini dan menyingkirkan pemikiran bahawa semua manusia diciptakan sama darjat dan menjauhkan kenyataan-kenyataan konyol seperti itu. Apa yang kita percayai untuk kita lakukan adalah mengakhiri segala bantuan kepada semua yang non-kulit putih. Kita percaya bahawa tanpa bantuan ini, orang kulit hitam akan dengan cepat menyusut jumlahnya. Mereka tidak mampu menyara kehidupan sendiri… Kita percaya bahawa sebuah dunia sempurna akan mudah dicapai dengan hanya dimiliki penuh oleh ras kulit putih, juga persahabatan ras kulit putih".
Dari sudut lain, jika Ku Klux Klan melihat ketuanan bangsa kulit putih tergugat selepas Perang Saudara Amerika, manakala serpihan-serpihan ideologi UMNO pula memunculkan PERKASA, PEWARIS, GERTAK dan seumpamanya apabila tergugat pasca Pilihanraya Umum 2008. Klon Ku Klux Klan Malaysia ini hadir dengan struktur yang sama, struktur memperjuangkan bangsa dan memperjuangkan kaum tertentu. Malaysia sebuah negara yang unik dan komposisi kaumnya pelbagai maka kerana itu, tidak perlulah ada satu lagi klon Ku Klux Klan di Malaysia. Terfikirkah kita kesannya kepada tanah air apabila kumpulan-kumpulan ultra nasionalis menerjah ruang minda marhaenis.
Kita bangsa Melayu tidak perlukan slogan ‘ketuanan Melayu’ (Malay supremacy).Kerana kita adalah bangsa yang Allah muliakan dengan Islam, jika kita mencari kemuliaan selainnya sudah tentu Allah akan menghina kita wahai umat Melayu. Bangsa lain akan menghormati kita jika kita bermaruah dan menjaga prinsip-prinsip Islam. Islam mengangkat kita menjadi bangsa mulia.Sedarkah kita, walaupun konsep ketuanan Melayu telah dijulang UMNO sejak lebih 53 tahun lalu, nasib kaum ini terus terabai dan terkebelakang dalam segala hal berbanding kaum lain. Bangsa Melayu dihujani masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budaya kehidupan yang membimbangkan. Manakala kuota 30% penguasaan ekuiti (ekonomi) Melayu-Bumiputera masih gagal dicapai. Mengapa? Kerana Melayu tanpa sedar menyokong ‘parti tauke’, parti yang menghambakan rakyat kerana menuankan pemimpinnya. Itulah kepakaran UMNO dalam menyihir rakyat dengan auta, membelitkan fakta, menghimpunkan segala kekuatan mentera-menteranya dengan kalimah ‘ketuanan Melayu’.
Manusia yang menyatakan keunggulan satu ras dan mempercayai bahawa mereka lebih unggul dari bangsa yang lain, mereka sebenarnya telah melupakan satu kenyataan penting bahawa tidak satu pun nilai-nilai tersebut bersifat abadi. Setiap manusia yang beriman mahupun kafir, hidup atau mati, akan meninggalkan semua yang dimilikinya di dunia ini. Segala amal usahanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah Rabbul Izzati. Pada hari itu, tidak seorangpun mampu menolong yang lain, tiada ada ras, warna kulit apatah lagi ketuanan Melayu. Allah Taala menggambarkannya dalam sebuah ayat yang bermaksud, "Apabila sangkakala ditiup maka tidak ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak pula mereka saling bertanya” - Surah al Mu`minun: 101, al Quranul Karim
Rujukan; Harun Yahya, Terrorism The Ritual Of The Devil. 2001

Friday, December 16

feqah dakwah dalam hadis rasulullah S.A.W

 

WRITTEN BY AKADEMI TARBIYAH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT Category: Mimbar Ulama
Antara kaedah penting yang perlu diketahui oleh para pendakwah ialah, setiap seruan itu memiliki dua ukuran yang berlainan. Ada ukuran yang boleh kita siar-bicarakan untuk tatapan umum, dan ada juga yang mesti di-khususkan (tidak boleh disebut melainkan orang yang benar-benar faham). Masyarakat biasa dikategorikan di tempat yang umum, manakala mereka yang terpelajar dan mampu memahami nilai perbicaraan tanpa menimbulkan fitnah, maka mereka ini dikategorikan di tempat yang khusus.
Dalam sejumlah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan juga Muslim, hal ini turut dinyatakan oleh Al Imam Al Allamah Al Qasimi RH di dalam kitab-nya, Qawa’id At Tahdis : “Tidak semua hadis sahih itu boleh engkau bicarakan ke pangkuan awam. Buktinya hadis yang pernah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan juga Imam Muslim, dari Muaz RA katanya, “Ketika aku di belakang Baginda SAW di atas seekor keldai lalu Baginda bersabda; Wahai Muaz, apakah engkau tahu tentang hak Allah ke atas hamba-hambaNYA, dan apakah dia hak hamba-hambaNYA kepada Allah? Aku berkata, “Allah dan RasulNYA lebih mengetahui”. Kemudian Baginda menyambung, “Sesungguhnya hak Allah ke atas hambaNYA ialah mereka menyembahNYA dan tidak menyekutukanNYA dengan sesuatu, dan hak hamba-hambaNYA ke atas Allah ialah tidak mengazab sesiapa yang tidak menyekutukanNYA dengan sesuatu”. Aku bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah boleh aku beritahu kepada orang ramai? Rasulullah menjawab, “Jangan engkau beritahu kepada mereka, mereka akan menjadi malas (tidak beribadat)”.  Yakni, hanya berpegang dengan maksud zahir hadis ini dan tidak mahu menambah amalan-amalan soleh yang lain.
Muaz RA mengkhabarkan hal ini sewaktu saat-saat beliau hampir menemui ajal, kerana khuatir ia menjadi dosa.Penegahan di sini adalah kerana maslahah (suatu kepentingan yang perlu dipelihara), bukan mengharamkan maklumat ini dari sampai ke pengetahuan umat, berdasarkan maksud zahir hadis, “Sampaikan kepadaku walau sepotong ayat”. Imam Bukhari menghuraikan maksud hadis ini sebagai saranan kepada para pendakwah hendaklah mengkhususkan sesuatu ilmu pengetahuan kepada satu kelompok manusia dan tidak kepada kelompok yang lain, kerana bimbang jika kelompok yang lain itu tidak memahaminya lalu ia menjadi fitnah (porak-peranda).
Manakala Ibn Mas’ud RA berkata mengenai hadis ini, “Jangan engkau memperkatakan kepada satu kaum sebuah hadis yang tidak difahami oleh akal mereka, aku khuatir ia menjadi fitnah kepada sesetengah mereka”.
Hakikat ini dijelaskan oleh Saidina Ali R.A, “Sampaikan kepada sekalian manusia apa yang sampai ke akal pengetahuan (kefahaman) mereka, adakah kamu suka melakukan pendustaan terhadap Allah dan Rasul-NYA?
Di dalam pengajian Usul Dakwah yang pernah disampaikan oleh Dr.Tola’at Mohamad Afifi, pensyarah di Universiti Al Azhar, beliau menyebut; Jika terdapat sebuah hadis yang mampu mempengaruhi (kerana nilai mistik, ajaib dan lain-lain lagi) kepada orang ramai (walaupun sahih), sedangkan ia tidaklah mustahak, tidak menjadi dalil yang menentukan sesuatu hukum, ataupun jika orang ramai tidak mendengar hadis tersebut sepanjang hayatnya hal itu tidak mengurangi nilai agama mereka, maka tidak perlulah ia dihebahkan tanpa keperluan yang wajar.
Maka hadis-hadis yang mengandungi butiran-butiran yang sukar difahami oleh akal manusia seperti kisah Nabi Musa AS menampar Malaikat Maut, hadis-hadis yang mengandungi perselisihan Salaf dan Khalaf sekitar masalah sifat-sifat khabariyyah dan fie’liyyah bagi Allah Taala, hadis mengenai penyakit dan penawar yang ada pada sayap lalat, jika tidak ada keperluan yang memaksanya untuk disebut, tidak perlulah ia ditimbulkan. Oleh kerana itu, setiap pendakwah yang gemar menarik para pendengar dengan keunikan-keunikan bicaranya bersandarkan keabsahan dalil, maka awal-awal lagi dia perlu meletakkan setiap matlamat bicaranya itu di tempat yang betul sekalipun sumbernya sahih, di samping turut bertujuan menghilangkan keraguan dan kekeliruan orang ramai.
Boleh jadi apa yang mahu ditampilkan oleh seseorang pendakwah itu benar, tetapi hasilnya kurang benar kerana tidak menilai dahulu kesesuaian intelek para mad’u-nya. Apalagi hari ini hal-hal sedemikian rupa bukan sekadar boleh didengar, malah boleh dibaca, boleh ditulis oleh sesiapa jua sekalipun mereka ‘bukan ahli’ yang mampu untuk memahaminya. Akibatnya, timbullah perkara-perkara yang mengelirukan masyarakat dan bercanggah dengan hakikat sebenar. Bid'ah qunut, bid’ah tarawih 20 rakaat, bid’ah maulid, bid’ah solat sunat sebelum solat jumaat dan sebagainya itu merupakan manifestasi kecelaruan.
Inilah bahayanya bila kita mahu bercakap tentang agama semahunya tanpa melihat asas-asas yang lain. Kita perlu mengetahui bahawa adanya tadarruj  dalam men-tarbiyah manusia, tanawwu’  dalam menyampaikan sesuatu ilmu kepada setiap kategori mereka. Lihatlah mengenai hakikat hadis ini, jika dalam hal menyampaikan kebenaran sebuah hadis-pun Para Sahabat R.A sangat berhati-hati kerana khuatir ia di-salah fahami, apatah lagi dalam komunikasi biasa sesama mereka. Berbeza dengan umat manusia hari ini yang suka menggunakan ruang bercakap seluas-luasnya tanpa menyedari adakala ia mempunyai petaka fitnah atau malapetaka lain yang bakal menimpa dari akibat enaknya kita meluncurkan bicara.Semoga Allah men-tarbiyah saya dan kita semua. – TARBAWI

memahami maratib al ahkam dan perbezaan pendapat

 

WRITTEN BY AKADEMI TARBIYAH DEWAN PEMUDA PAS PUSAT Category: Isu Ummah
Print
Di antara perkara yang sering diabaikan oleh pemuda yang memiliki roh perjuangan Islam, yang berkobar-kobar semangatnya terhadap kebangkitan umatnya ialah mengenal dan memahami martabat-martabat hukum syara’. Mereka lupa bahawa setiap hukum itu tidak hanya terdiri dari satu tahap sahaja dari segi kesabitan; mereka alpa adakalanya sesuatu hukum itu termasuk dalam perkara yang diharuskan kepada para ulama untuk berselisih pendapat.
Para pemuda yang terlalu ghairah ini tidak mengerti bahawa adanya hukum-hukum yang bersifat zanniah di mana ia menjadi lapangan perbahasan bagi mereka yang berautoriti (para ulama) melakukan ijtihad. Fahamilah, perbezaan pendapat dalam hukum-hukum yang bersifat furu'iyyah dan zanniah sama sekali tidak ditegah dalam Islam, apabila ia didasari syarat-syarat ijtihad yang benar dan terpelihara syara’-nya. Perbezaan seperti ini adalah rahmat bagi umat, malah menjadi kelapangan kepada syari'ah dan fleksibiliti ilmu feqah.
Begitupun di sana, ada juga hukum-hukum yang sifatnya sabit dengan Al Quran, Sunnah dan Ijma’ sehingga sampai ke darjat yakin. Sesiapa yang menyalahi hukum-hukum tersebut, disifatkan sebagai fasiq atau mungkin berkesudahan kepada kekufuran kepada Allah Taala. Na’uzubiLlah.
Ada juga hukum-hukum Islam yang diketahui secara mudah di mana peringkat pengenalannya setara di antara orang khas dengan orang awam. Orang yang mengingkari dihukum kafir tanpa ada khilaf lagi, kerana kederhakaan terhadap hukum yang tiada baginya khilaf diketahui umum seperti kefardhuan solat. Jika ada orang yang menafikannya sesungguhnya dia terang-terang telah mendustakan Allah dan Rasul.
Oleh kerana itu, kita tidak sepatutnya meletakkan semua hukum dalam satu darjat yang sama, sehingga menyebabkan setengah manusia terburu-buru melontarkan tuduhan kafir, fasiq, atau bid'ah kepada setiap orang yang membantah pendapatnya dalam sesuatu masalah hukum. Sesungguhnya para fuqaha’ kita yang tersohor telah berbeza pendapat dalam sesetengah masalah sampai kepada puluhan pendapat, malah dalam satu masalah sahaja didapati semua kenyataan mereka didorong oleh keragaman fikiran dan kepelbagaian hujjah.
Sebagai contoh tentang pendapat mereka berkenaan seorang Muslim yang membunuh Muslim yang lain, berlaku disebabkan desakan, tekanan dan paksaan. Adakah wajib qisas ke atas orang yang dipaksa melakukan pembunuhan seperti itu? Atau qisas itu dijatuhkan ke atas orang yang memaksa dan mengancamnya, kerana si pembunuh dijadikan alat baginya? Adakah kedua-duanya sekali (dikenakan hukuman qisas)? Kerana yang pertama disebabkan perbuatan membunuhnya, manakala yang kedua dengan sebab memaksanya? Atau tidak wajib kedua-duanya di-qisas kerana cara kesalahan membunuh itu dinisbahkan sebagai tidak sempurna untuk dijatuhkan hudud?
Dengan tiap-tiap kemungkinan ini, sebahagian fuqaha’ mengeluarkan pandangan dan masing-masing menggunakan sudut yang tersendiri dalam memutuskan hukuman tersebut. Bahkan di dalam satu mazhab dari mazhab-mazhab Islam yang kita ikuti itu terdapat banyak pendapat, riwayat, corak fikiran, kaedah dan perbezaan dalam memberikan kesahihan termasuklah menafikan kesahihan di kalangan para ulama mazhab itu sendiri.
Oleh itu, menjadi kewajiban teras kepada para pemuda supaya mereka menyempurnakan kefahaman terhadap Islam dengan cara ber-tafaqquh, mengetahui apa yang harus dan apa yang dilarang ketika berlaku khilaf (perbezaan pendapat). Ketahuilah bahawa daerah yang harus kita mengeluarkan berbagai-bagai pendapat adalah lebih luas dari daerah yang dilarang kita melakukannya.
Perbezaan pendapat yang melibatkan pertikaian ilmiah, pada dasarnya tidaklah berbahaya sekiranya ia disertai dengan sikap tasamuh (tolak ansur) serta bebas daripada elemen ta'assub (fanatik), prasangka dan suka merendahkan pandangan orang lain.
Sesungguhnya Para Sahabat Rasulullah SAW telah berbeza pendapat dalam banyak masalah, hukum-hakam, tetapi mereka saling berlapang dada dan tidak mencela antara satu sama lain. Demikian juga murid-murid mereka dari kalangan Tabi'en. Mereka dapati perbezaan pendapat ini sebagai kelapangan dan rahmat bagi umat, tempat subur dan kekayaan bagi ulama’ menjelaskan masalah-masalah feqah. Khalifah ke-5 Khulafa’ Ar Rasyidin, Umar bin Abdul Aziz pernah berkata, “Aku tidak pernah mengimpikan agar Para Sahabat Rasulullah SAW tidak pernah berbeza pendapat, kerana perbezaan pendapat di kalangan mereka adalah rahmat”.
Perihal adab berbeza pendapat ini dijernihkan lagi dalam masalah solat Asar di perkampungan Bani Quraizah, ketika Rasulullah SAW berkata kepada Para Sahabat di dalam peperangan Ahzab, “Barangsiapa yang beriman   kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan solat Asar melainkan di Bani Quraizah”.
Setelah itu sebahagian Para Sahabat menunaikan solat di tengah perjalanan sebelum luput waktunya kerana mereka berpendapat bahawa maksud perintah Rasulullah itu adalah supaya mereka menyegerakan perjalanan bukannya melewatkan solat dari waktunya. Manakala sebahagian yang lain berpegang kepada zahir nas dan mereka melaksanakan perintah Baginda mengikut harfiah-nya (secara tekstual). Golongan yang pertama mengambil fahaman yang tersirat, manakala golongan yang kedua mengambil zahir setepatnya. Menurut Ibnu Qayim — mereka adalah golongan yang terdahulu (salaf) dari ahli qiyas (pentakwil nas) dan juga golongan salaf dari ahli zahir (pengikut nas/ tekstual).
Petunjuk yang paling utama di sini ialah, bahawa setelah hal ini sampai ke pengetahuan Baginda SAW, mereka tidak mencela antara satu sama lain, walaupun salah satunya mungkin tersalah (dalam ijtihadnya). Maka peristiwa ini menjadi dalil kepada kita bahawa beramal apabila telah sempurna syarat ijtihad-nya, lalu tidak sepatutnya salah satu di antara mereka dikafirkan atau disalahkan.Kita sedari pada masa kini wujudnya kumpulan-kumpulan yang memaksa diri mereka, memaksa manusia bersatu dalam acuan mereka. Mereka menghimpunkan manusia secara dikotomi menurut satu pandangan sahaja, iaitu pandangan yang mereka rasakan sesuai dengan apa yang mereka fahami dari nas-nas syara’. Dengan demikian, menurut mereka tidak ada lagilah mazhab-mazhab, hilanglah pertikaian dan bertemulah semuanya pada satu kalimah yang sama.
Mereka lupa bahawa memonopoli fahaman nas-nas agama (yakni mengatur manusia supaya mengikut satu laras pendapat sahaja) tidak dapat lari dari satu hakikat yang menyatakan bahawa mereka boleh jadi salah atau boleh jadi benar. Ini kerana, tiada jaminan ‘ismah’ – seseorang itu terpelihara dari sebarang kesilapan – sekalipun dia cukup syarat-syarat ijtihad. Apa yang pasti adalah jaminan Rasulullah, baginya pahala di atas ijtihadnya, samada benar atau salah. Benar mendapat 2 pahala, jika salah mendapat 1 pahala. Kerana itu, sikap keras mereka ini tidak lebih dari menambah mazhab-mazhab yang telah tersusun sebagai mazhab yang baru. Amat ganjil, kerana mereka melarang umat Islam mengikut pendapat imam-imam mazhab, namun pada waktu yang sama mereka menuntut orang ramai mengikut pendapat guru-guru mereka pula.
Pandangan yang saya keluarkan ini jangan pula anda menyangka bahawa saya mengingkari seruan untuk mengikut kesahihan nas dan berijtihad, kerana medan berhujjah adalah hak setiap individu Muslim yang sempurna syarat dan alat untuk berijtihad. Tidak ada sesiapapun yang berkuasa menutup pintu yang telah dibuka oleh Rasulullah SAW untuk umat ini. Hanya yang saya ingkari ialah sikap keterlaluan kumpulan-kumpulan ini ke atas manhaj yang telah lama ditempuh oleh para ulama ummah. Yang saya ingkari ialah sikap penghinaan mereka terhadap feqah yang menjadi warisan umat, termasuklah dakwaan yang berleluasa bahawa mereka sahajalah yang benar, manakala yang selain dari mereka salah, sesat, bid’ah dan sebagainya.
Salah seorang penuntut ilmu yang turut terpengaruh dengan pengikut aliran ‘pendapat tunggal’, dengan ikhlas dia telah bertanya kepadaku, ”Kenapa tidak bersatu seluruh aliran mazhab Islam dalam satu pendapat yang mengikut nas yang paling absah?”.Kemudian saya (Yusuf Al Qaradawi) berkata kepadanya :
Tidak semudah itu (wahai anak muda). Hal itu mestilah datang dari nas yang sahih dan disepakati oleh seluruh ulama mazhab, mestilah nyata dilalah-nya menurut makna yang dimaksudkan; selamat dari nas-nas lain seumpamanya atau yang berlawanan dengannya, mahupun yang lebih kuat daripadanya. Sedangkan adakalanya sesuatu nas itu sahih di sisi seorang imam, tetapi dhaif di sisi yang lain. Kadang-kadang sahih di sisinya, tetapi dilalah-nya tidak tepat atas masalah yang dimaksudkan. Mungkin berlaku; di sisi seorang imam melihat sesuatu nas itu bersifat am tetapi di sisi yang lain melihatnya khas, ada yang melihatnya mutlak, tetapi di sisi yang lain sebagai muqayyad. Mungkin ada juga yang melihatnya sebagai dalil wajib atau haram, tetapi yang lain melihatnya sebagai dalil sunat atau makruh, mungkin sesetengahnya menganggap nas itu muhkam, sedang yang lainnya menganggapnya mansukh.
Ambillah contoh hadis-hadis berikut :
  1. Dari Asma' binti Yazid RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, (( Mana-mana wanita yang memakai kalung daripada emas, bererti ia mengkalungkan lehernya kalungan daripada api neraka di hari kiamat… )). H.R Abu Daud dan An Nasa’ie.
  2. Dari Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, (( Sesiapa yang suka kekasihnya memakai cincin dari neraka, maka ia pakaikanlah cincin dari emas; dan sesiapa yang suka kekasihnya memakai kalung dari neraka, maka ia pakaikanlah kalung dari emas; dan sesiapa yang suka kekasihnya memakai gelang dari neraka, maka ia pakaikanlah gelang dari emas… )). H.R Abu Daud.
  3. Dan hadis yang serupa ialah hadis Thauban RA, (( Bahawa Nabi SAW melarang Fatimah RA memakai rantai daripada emas untuk dijadikan perhiasannya. Dengan sebab itu ia menjualnya dan harga jualan tersebut Fatimah RA membeli seorang hamba lalu memerdekakannya semula. Hal itu diceritakan kepada Nabi SAW. Lalu Rasulullah berkata, “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan Fatimah dari neraka” )). H.R An Nasa’ie.
Berkenaan dengan hadis-hadis ini, para ulama mempunyai pendirian dan pendapat yang berbeza-beza, iaitu :
Pertama : Di antara ulama ada yang memperhatikan dari segi sanadnya, maka mereka mendapati sebab-sebab kelemahan yang ada menyebabkan nas ini ditolak dan dihukum hadis tersebut sebagai dha'if. Mereka berpendapat menghukum sesuatu yang haram mestilah dengan pasti dan berhati-hati, khasnya dalam perkara yang sudah menjadi kelaziman serta manusia beramal dengannya.
Kedua : Ada juga yang mensahihkannya (hadis ini), tetapi mereka berpendapat bahawa hadis ini telah mansukh, kerana sesungguhnya telah sabit harus-nya memakai emas bagi wanita dengan dalil-dalil yang lain. Imam Al Baihaqi dan yang lainnya telah menekuni hal ini serta ia diakui oleh pengamal-pengamal feqah.
Ketiga : Di antara mereka juga ada yang mengkhususkannya pada hak orang yang tidak menunaikan zakatnya bukan ke atas orang yang sudah menunaikan zakatnya. Mereka juga mengambil alasan dari hadis-hadis yang tidak selamat dari kritikan.
Keempat : Ada juga ulama yang mentakwilkan bahawa amaran dalam hadis itu hanyalah ditujukan kepada orang yang berhias-hias lalu menampak-nampakkannya. Ertinya amaran di sini adalah kerana tujuan bermegah-megah bukan semata-mata ia barang perhiasan. Imam An Nasa’ie telah meletakkan sebahagian hadis itu  di bawah bab “Makruh bagi wanita menampak-nampakkan perhiasan emas”. Lalu sebahagian ulama berkata, tegahan di sini hanyalah pada emas yang mewah-mewah dijadikan perhiasan, kerana di sana ada tujuan  untuk bermegah-megah.
Kelima : Pendapat Sheikh Nasiruddin Albani pada masa ini dikenali sebagai fenomena baharu. Beliau menghukum hadis-hadis yang melarang wanita memakai emas sebagai sahih lalu beliau berpendapat nas tersebut adalah dalil yang tegas pengharaman emas ke atas wanita. Pendapat ini (Albani) menyalahi apa yang telah ditetapkan oleh para ulama feqah dalam seluruh mazhab sepanjang 14 kurun yang lampau.Realiti yang berlaku, adakah sesiapa yang dapat menghalang wujudnya perbezaan pendapat dari segi sabit dan dilalah-nya sesuatu nas itu?
Jawabnya jelas, manusia akan terus berbeza pendapat dalam perkara-perkara seumpama ini dan hal ini tidak ada bahayanya jika ia ditangani secara beradab, insya Allah.

GEJALA FITNAH DALAM DUNIA SIASAH


Print

Berikut adalah antara yang disebut oleh Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi dalam wacana itu, "Fitnah ini kesannya lebih dahsyat dari membunuh dan menimbulkan masalah besar kepada tamadun manusia. Mewujudkan persengketaan, pertelagahan dan sampai ke peringkat boleh membawa kepada pembunuhan. Fitnah senjata paling tua di muka bumi untuk membinasakan pihak lain".
"Saya mempunyai satu tekad, apabila diberi amanah sebagai Ketua Pemuda PAS, saya ingin memastikan setiap anggota khasnya Pemuda mengamalkan dasar dan sistem politik berakhlak, bermaruah, berhemah dan bukannya bertunjangkan fitnah. Kita tidak mahu politik berlandaskan kepada menjatuhkan maruah orang lain, politik keji dan jijik".
"Dalam Dewan Pemuda. Kita diberi amanah untuk memastikan anak-anak muda dapat dibimbing. Saya mulakan langkah iaitu pertamanya untuk membetulkan akidah, kedua membina fitrah dan ketiga memastikan sahsiah atau akhlak seorang pemuda itu menepati ajaran Islam".
"Saya ingin memastikan Pemuda yang saya pimpin mestilah berkualiti, bukan hanya mempunyai suara politik kuat, tetapi dalamannya kosong". – Majalah I bilangan 105, Julai 2011.
Tanpa mengira kaum, individu mahupun jemaah, yang soleh mahupun yang fasad pasti akan terpalit dengan bahaman fitnah. Maka, di kala fitnah berpencak di ruang langit terbuka, kita sama sekali tidak boleh alpa untuk merujuk kembali khazanah agung rahsia kemenangan. Iaitu rahsia bagaimana sirah Baginda Rasulullah S.A.W mendepani ancaman ini yang dinamakan fitnah.
Bahaya fitnah, kerana saiz ukuran petakanya lebih luas, kesannya berabad-abad, atau mungkin tidak akan pernah dilupakan. Itulah fitnah yang memiliki lebih dari satu erti di dalam Al Quran, termasuklah apa yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W berdasarkan butiran sabdanya. Kalimah fitnah lebih umum, ia sejenis virus yang membuatkan lingkungan kita tidak selesa, gawat, boleh jadi ia memaksa seseorang untuk kembali kufur, merosak sendi kesatuan dan mencelakakan manusia sehingga sampai ke tahap pembunuhan.
Itulah dia fitnah, cengkamannya lebih parah, sekiranya tidak dirawat, ia akan menjadi lebih membarah. Wal hasil posisi fitnah ini bukan sahaja datang dari orang yang memusuhi kita, bahkan orang yang paling dekat dengan kita, harta, isteri, anak-anak, mahupun teman seaqidah.
"Dan takutlah kalian daripada (berlakunya) fitnah (iaitu dosa yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum)..." – Surah Al Anfal:25
Menurut Imam Al Alusi R.A, dikatakan di dalam ayat, "takutlah kalian..." menunjukkan bahawa fitnah itu buta, tuli, tidak pandang bulu, serta dapat menimpa sesiapa saja. Oleh kerana itu Allah Taala berfirman, "Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian (fitnah), dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar" – Surah Al Anfal:28 . Hatta harta yang melingkar di sekeliling kita-pun bakal menjadi bahan fitnah.
Rasulullah S.A.W pernah menegur Muaz R.A yang telah memanjang-manjangkan bacaan solatnya ketika menjadi imam solat jemaah, sehingga ramai para makmum yang jengkel dengan perbuatan Muaz R.A. Lalu Baginda S.A.W bersabda kepada Muaz, "Wahai Muaz adakah engkau mahu menyebabkan (fitnah) apabila manusia lari dari ajaran agama?" – Riwayat Bukhari dan Muslim.
Untuk membincangkan soal fitnah secara umum dalam maqalah ini, saya kira ruang ini cukup terbatas, banyak halaman yang perlu diperuntukan. Maka, topik yang ingin dikupas hanya sekitar fitnah yang berlaku dalam lapangan politik (siasah). Apatah lagi, hari ini fitnah dalam lapangan politik semakin mengganas, melepasi had pahala dan dosa. Dan lebih teruk apabila manusia sudah tidak lagi berakal untuk memikirkan perbezaan dari dua perkara yang saling bertentangan, iaitu kebenaran dan kebatilan.
Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya, "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan ruwaibidhoh".
Oleh itu, analisis ini dikupas mengikut tiga sub-tajuk, pertama : Cara Rasulullah S.A.W Menangani Fitnah Era Politik Makkiyah; Kedua : Para Salafussoleh Menangani Fitnah Era Politik Madaniyyah, dan; Ketiga : Fitnah Pada Zaman Khulafa' Ar Rasyidin Sehinggalah Ke Era Kosmopolitan.
1| Rasulullah S.A.W Menangani Fitnah Era Politik Makkiyah
Marilah kita meninjau, bagaimana Baginda S.A.W menangani politik fitnah ketika zaman Makkiyah lagi. Apabila kaum Kafir Quraish menyedari bahawa penentangannya terhadap Nabi yang berupa penyeksaan, penganiayaan tidak berhasil, mereka beralih kepada senjata propaganda. Propaganda digunakan untuk menyerang akidah Islam, merendah-rendahkan substansinya dan menghina esensinya di khalayak umum.
Salah seorang musuh Baginda S.A.W bernama Aswad bin Abdi Yaghuts, seorang yang suka melakukan propaganda, suka melakukan provokasi ketika bertemu Nabi. Kata Aswad, "Apa khabar Muhammad? Mengapa engkau tidak menceritakan wahyu-wahyu dari langit? Apakah hari ini engkau tidak menerima suatu khabar-pun dari langit? Khabar dari pemilik jagat raya di atas? Semalam ada berita apa dari langit?".
Apa yang dikatakan oleh Aswad itu semata-mata untuk menyakiti dan mentertawakan Nabi. Apabila bertemu Para Sahabat RasuliLlah pula, dia akan berkata, "Inilah calon-calon pemerintah! Inilah dia orang-orang yang hendak memegang Kerajaan Rom dan Farsi, mereka juga akan menjadi ketua kita di Tanah Arab nanti".
Saat itu, Para Sahabat Nabi kebanyakannya di kalangan mustadha'fin. Pakaian mereka koyak rabak, serba kekurangan, tubuh mereka kurus, wajah mereka lesu kerana tidak menjamah sebarang makanan. Mereka yang tidak tahan dengan cubaan ini, pasti akan kembali kepada agama berhala. Oleh kerana itu, di mana-mana mereka selalu dihina dan dijadikan bahan ketawa Musyrikin Quraish.
Begitupun semua celaan, cercaan, hinaan, ditangani oleh Rasulullah S.A.W dengan sabar, penuh maaf. Baginda tidak membalas tindakan yang serupa kepada mereka yang mengejeknya. Hal ini bukanlah kerana Baginda S.A.W tidak memiliki kemampuan terhadap mereka. Rasulullah S.A.W berasal dari Kabilah yang paling berpengaruh di Makkah. Jika Rasulullah S.A.W mahu, nescaya Baginda mampu menghimpun kekuatan yang dimiliki Bani Hasyim dan Bani Muttalib.
Begitu juga Rasulullah S.A.W pernah ditawarkan Malaikat untuk menghancurkan kaum yang mengingkarinya, Baginda dengan penuh sabar menjawab, "Jangan. Bahkan aku berharap mudah-mudahan Allah memberikan kepada mereka keturunan yang menyembah kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun" – Sahih Bukhari dan Muslim
Kesabaran Rasulullah S.A.W bersama Para Sahabat mengundang kewaspadaan dan cara berfikir kaum Quraish untuk menelaah kebenaran ajaran yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Ini disebabkan, jika bukan kerana kebenaran risalah yang dianuti oleh pendokong-pendokong Nabi, pasti tidak ada siapapun yang mampu bersikap teguh menghadapi cubaan, serangan dan konfrontasi yang dilakukan kaum kafir Quraish.
Suasana ini menumbuhkan empati kepada sebahagian kaum musyrikin Quraish, di mana secara fitrah dan manusiawi mereka sendiri tidak suka dengan kezaliman yang dilakukan terhadap orang Islam. Hal ini dibuktikan melalui tindakan lima orang pemuda musyrikin Quraish iaitu Zuhair bin Abi Umayyah Al Makhzumi, Hisham bin 'Amru, Muth'im bin 'Adi, Abu Al Bukhturi bin Hisham, dan Zama'ah bin Al Aswad.
Lima orang pemuda Quraish ini cukup menyampah dengan cara bertindak kaumnya yang memboikot segala hubungan dengan umat Islam terutamanya di kalangan Kabilah Bani Hashim. Mereka marah dan mempertikaikan naskhah pemboikotan di hadapan Ka'abah. Lalu Zuhair dengan semangat kepemudaannya berteriak, "Wahai penduduk Makkah! Mengapa kita makan minum dengan mewah dan berpakaian rapi, sedangkan Bani Hashim mengalami kebinasaan. Mereka dilarang berdagang dan berjual beli. Demi Tuhan, aku tidak akan berhenti sehingga naskhah pemboikotan yang zalim ini dilupuskan!".
Kekuatan lima orang pemuda ini menyebabkan majoriti masyarakat Arab ketika itu bersepakat dan setuju agar pemboikotan terhadap umat Islam dihapuskan.
Ketika era dakwah Makkiyah, Rasulullah S.A.W bersikap lembut terhadap fitnah dan penindasan kaum musyrik untuk membendung berkembangnya sikap permusuhan. Ini kerana, jika permusuhan semakin meningkat, ia akan mengakibatkan konfrontasi bersenjata, kemudian sebahagian kaum musyrikin yang sepatutnya mampu bersikap objektif terhadap Islam menjadi keras tidak keruan, manakala kaum Muslimin pasti menghadapi ancaman pemulauan habis-habisan.
Darihal itu, Baginda menanganinya secara bijak penuh hikmah, maka ramai orang-orang yang dahulunya Kafir, memeluk agama Islam. Malah ada di antara mereka yang begitu memusuhi Rasulullah, namun di akhir hayatnya mereka dipuji oleh Baginda S.A.W. Sebagai contoh Urwah bin Mas'ud At Thaqafi, pembesar Bani Thaif, kematiannya mendapat jolokan sebagai 'syahid surah Yaasin' oleh Rasulullah.
2| Para Salafussoleh Menangani Fitnah Era Politik Madaniyyah
Kaum Yahudi telah lama intim dengan masyarakat Madinah sejak perpecahan Aus dan Khazraj, iaitu sebelum Baginda S.A.W sampai ke sana. Maka mereka adalah masalah yang paling awal muncul ketika negara Islam Madinah baru berdiri. Keintiman mereka semakin menjadi-jadi apabila Islam menjadi aturan pemerintahan di Madinah.
Keintiman tersebut berlaku disebabkan iri hati, dengki dan benci. Lazimnya sifat manusia apabila benci dengan seseorang menyebabkannya semakin menjauh, tetapi kebencian Yahudi terhadap Islam menyebabkan mereka menjadi semakin mendekat dengan umatnya, di atas matlamat merosakkan keluhuran Islam.
Dari riwayat Ibnu Abbas R.A bahawa Abu Bakar As Siddiq R.A pernah melewati kawasan pengajian orang-orang Yahudi di Madinah. Ketika itu seorang rahib Yahudi bernama Fanhash berada di tengah-tengah kumpulan bangsanya sambil duduk berteleku, di tengah-tengah perut Madinah Al Munawwarah membahaskan sesuatu. Lalu dengan tegas Abu Bakar mengherdik Fanhash, "Celaka engkau, bertaqwalah kepada Allah. Masuklah kepada Islam! Sesungguhnya engkau tahu kebenaran Muhammad bahawa dia utusan Allah, dia-lah membawa kebenaran dari Tuhan-nya. Perkhabaran ini, telah kamu tahu dari lintas helaian yang terkandung dalam Taurat dan Injil!".
Kemudian semakin lantang Fanhash merendah-rendahkan Islam di hadapan Abu Bakr As Siddiq dengan mengatakan, "Demi Tuhan wahai Abu Bakar. Kami tidak memerlukan Allah wahai Aba Bakr. Kami tidak fakir di sisi Allah. Dia-lah yang sebenarnya faqir di sisi kami. Kami tidak tunduk kepadanya sebagaimana Dia tunduk kepada kami. Sesungguhnya kami tidak memerlukanNya, bahkan Dia-lah yang memerlukan kami...".
Fanhash berkata seperti ini merujuk kepada kefahaman fatal-nya terhadap Surah Al Baqarah ayat 245.
Lantas dengan kemarahan yang disandarkan kerana cintanya kepada Allah, Abu Bakar memukul wajah Fanhash dengan keras dan berkata, "Demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, seandainya tidak ada perjanjian antara kami dengan kamu, pasti aku penggal kepalamu wahai musuh Allah!".
Hal itu menyebabkan Fanhash tidak puas hati lalu mengadukan hal ini kepada Rasulullah S.A.W bahawa Abu Bakar telah memukulnya. Sengaja Fanhash adu-kan untuk menempelak tarbiyah Baginda S.A.W kepada Para Sahabat tentang beginikah cara kamu mengajar Abu Bakar berdakwah? Beginikah akhlak orang Islam?
Inilah kaedah lazim yang digunakan oleh 'orang jahat' untuk memanipulasi-kan isu.
Akhirnya perbuatan Abu Bakar As Siddiq dibela oleh Allah Taala dengan firmanNya, "Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang (Yahudi) yang mengatakan; Bahawa Allah miskin dan kami kaya. (Allah) menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Para Nabi dengan tiada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka; Rasalah kamu azab seksa yang membakar" – Surah Ali Imran:181
Allah turut menurunkan ayat lain mengenai hal ini, "...Kamu akan mendengar orang-orang yang telah diberikan Al Kitab, banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa maka itulah yang paling utama" – Surah Ali Imran:186
Begitulah hebatnya fitnah (cubaan) dari kaum Yahudi terhadap umat Islam sewaktu generasi soleh yang terawal. Ia memakan waktu yang cukup panjang sehingga berlakunya pengusiran Bani Qainuqa', pengusiran Bani Nadhir, hukuman terhadap Bani Quraizah, Perang Khaibar dan termasuklah pertelingkahan Para Sahabat yang dibarisi Ali bin Abi Talib dan Muawiyyah bin Abi Sufyan – Allah merahmati mereka semua.
3 | Fitnah Pada Zaman Khulafa' Ar Rasyidin Sehinggalah Ke Era Kosmopolitan
Pernah Amirul Mukminin, Umar Al Khattab memberikan pesanan kepada Jeneral Tentera Muslimin, Saad bin Abi Waqqas sewaktu peperangan Qadisiyyah, "Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samamu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh islam. Sesungguhnya orang islam telah mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t disebabkan oleh kemaksiatan yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada lagi bagi orang islam kekuatan.
"Bilangan tentera kita tidak seramai bilangan tentera mereka, kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan akan menyebelahi mereka. Jika kita tidak mendapat pertolongan daripada kurniaan Allah ke atas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak dapat mengalahkan mereka.
Hari ini pesanan seorang yang pernah mendapat gelaran Al Faruq daripada Rasulullah, dianggap sepi.
Kita menentang musuh Islam, kita benci kepada orang yang memusuhi Islam, malangnya fitnah pada agama itu ada pada peribadi kita sendiri. Sikap dan peribadi kita lebih kurang sama sahaja dengan mereka, mengikut nafsu, melakukan maksiat kepada Allah.
Tidak hairanlah mengapa sehingga kini kita terus dikuasai musuh Islam dalam segala bentuk penjajahan kerana kitalah yang telah mencipta fitnah tersebut pada diri kita sendiri. Kita kalah dengan musuh zahir kerana terlebih dahulu kita kalah dengan musuh batin iaitu nafsu, kita kalah kepada pembangunan musuh kerana binaan akhlak yang buruk telah kita bina sendiri.
Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah menyerahkan urusan agamaNya pada diri seseorang, maka baik-buruk agama itu dilihat melainkan dengan ketinggian dan kemulusan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini? " – Riwayat At Tabrani
Kerana itu Saidina Ali pernah menegur hal ini kepada kita mengenai jatidiri dan akhlak umat Islam yang pertama menjadi punca kepada pergolakan fitnah politik pada zamannya. Saidina Ali pernah dikritik oleh sebahagian ahl al halli wa al 'aqdi, "Mengapa pada zaman Khalifah Abu Bakar dan Umar tidak pernah ada huru-hara fitnah seperti ini?
Lantas Saidina Ali menjawab, "Ketika Abu Bakar dan Umar menjadi khalifah, aku menjadi pengikut (rakyatnya). Sedangkan sewaktu saya menggalas amanah ini (menjadi khalifah), pengikutku seperti kamu".
Begitulah fitnah membadai dunia politik Khalifah Ali Abi Talib sehinggalah di akhir zaman ini, ia berlaku kerana dicipta oleh tangan rakus mereka yang bergelar umat Islam. Malang bukan? Amat mengecewakan apabila fitnah sebenarnya dijenterai oleh umat Islam sendiri. Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah bukannya menyuruh orang lain bermuhasabah, ber-istighfar tetapi diri kita sendiri melupakan tanggungjawab tersebut.
Kesimpulan
Fitnah. Sehingga ke hari ini tidak akan pernah pupus. Senjata kuno ini sentiasa evergreen menjadi bencana kepada umat manusia. Senjata ini sering di-upgrade sehingga akhirnya menjadi fitnah dajjal, fitnah di akhir zaman. Maka solusi menangani fitnah ini mesti digali dengan jalan sejarah yang sahih agar kita tidak tertipu, diterokai dengan jalan tarbiyah agar kita tidak kalah, dikuatkan dengan aplikasi akhlak yang mantap agar kita tidak diperbudakkan nafsu, dan disambut dengan panduan alim ulama' serta nasihat mereka yang rabbani agar kita sentiasa segar dipandu menuju hakikat dan kebenaran yang dikehendaki Allah Taala. Kerana Gerakan Islam itu dimenangkan bukan hanya dengan segala kelengkapan yang padu, dana yang melimpah ruah, tetapi ia mestilah digerakkan oleh insan-insan rabbani di dalamnya. WAllahua'alam. - TARBAWI