Thursday, January 6

KERENGGA: PAS dakwa BN cuba rampas S'gor cara tak tamadun


"Di atas asas yang sama, agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut," katanya.

Abdul Hadi berkata sikap BN melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma.
Politik sempit BN

“Kita semua menyedari bahawa Umno-BN tidak pernah menghormati undang-undang yang mereka sendiri gubal, sehingga mereka sanggup melanggarnya demi kepentingan politik sempit mereka,” katanya lagi.

Isu timbul berikutan pelantikan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Muhd Khusrin Munawi sebagai SUK berkuatkuasa 1 Januari ini.

Sebelum ini, perlantikan Khusrin dilingkari beberapa 'kontroversi' dan ia dilihat pelbagai pihak sebagai tindakan yang seolah-olah ingin sabotaj kerajaan Pakatan Rakyat.

Antaranya, Khusrin pernah melobi program Umno dijalankan di sebuah masjid di Taman Medan Ramadan lalu serta engkar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. Beliau juga didakwa menimbulkan kontroversi lawatan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau al-Huda, Kajang.

Khusrin juga 'menempa nama' dengan kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalm majlis yang turut dihadiri wakil rakyat Pakatan.

Dari seri rekod pula, Khusrin sekadar dalam gred Jusa C sebelum melangkah ke Jusa B untuk menjawat jawatan SUK yang bergred Jusa A.
-malaysiakini-
at 1/06/2011 07:27:00 PM kwa-bn-cuba-rampas-sgor-cara-tak.html">KERENGGA: PAS dakwa BN cuba rampas S'gor cara tak tamadun

No comments:

Post a Comment